Aug 23, 2008

Kesian Si Colin Itu...



Seekor anak ikan paus yang cedera dan tertekan selepas kehilangan ibunya sehingga menjadikan beberapa bot dan kapal layar sebagai ibu di perairan di utara Sydney sejak seminggu lalu, akhirnya terpaksa dibunuh semalam kerana terlalu lemah untuk hidup.

Nasib malang anak ikan yang digelar 'Colin' menjadi paparan utama media Australia dan antarabangsa sejak Ahad lalu selepas ia mula dikesan cuba mendapat susu daripada bot yang disangka ibunya....

Ia kemudian diberikan suntikan maut pada awal pagi semalam dan bangkainya diperiksa di Zoo Taronga, di sini.

Anak mamalia sepanjang 4.5 meter dilihat membenamkan dirinya di dalam air ketika pegawai veterinar cuba memberinya bius untuk dibawa ke pantai berhampiran.

(Courtesy of Berita Harian Online)


Moral of the story : Sayangilah anak-anak anda, jangan dibiarkan jadi macam si Colin nih, iskh... sebak jugak ler baca kisah Colin ni, tapi di maafkan la kan, nama pun haiwan, tak dikurniakan nikmat akal fikiran, tapi rasanye dia sesat ni, kalau tak mesti mama dia jaga dia dengan baik, ni manusia... ada akal, boleh berfikir, tapi masih tak reti nak beza yang mana baik yang mana buruk, dapat anak di buang-buang, tak reti nak bersyukur, tak reti nak menghargai nikmat yang Allah bagi, hmm kesian...., dunia akhir zaman... lebih banyak fikirkan hal duniawi dari dunia selepas mati... (muhasabah untuk diri sendiri & kawan2) Wallahhu'alam...




No comments:

Related Posts with Thumbnails