Jan 26, 2009

~~Ku Mohon~~

Setiap hari ku,

mohon agar Kau sentiasa,

memberiku ketenangan,

dalam hati kekuatan......







..............

..............

..............









Ku berserah segalanya kepadaMu,

agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu,

selalu.......







Jan 24, 2009

~~D.O.R.A or D.O.R.A.L.I.N.??~~

Dora in the houseeeeeee..... (#^-^#), kisahnya I got a new hair cut today. Hair stylist nye ialah Kak Zura, potong punya potong, last2 dapat cutting Dora d Explorer, hikhik! Tak kisahhhhh, janji chumel, itu yang penting.... the word 'chumel' I love most actually, eventhough muka ku nampak lagi bulat macam Doralin, Dora? Doralin? Alaaa.. dua2 pun lebih kurang sama jek, kuakuakua.. perasan chumel! Haruslah potong rambut supaya malam hari boleh tdo dengan selesa, well... what do u expect from a summer season!! Occay people, keyboard off for now, manyak lagi keja lain menanti, daaaa.. muaahss!

Jan 20, 2009

~~Mengomel~~

Dak ok sket demam, dan banyaklah kerja2 yang terbantut menanti, kerja opis kena siapkan malam ni jugak, esok big boss nak bawak masuk meeting. Kerja sekolah.. hmm, mmg tak penahnya abes pun, siap.. ada lagi, siap... ada lagi, owh how I wish I am on my bed back home now. Selalu kalau rindu kat umah, time nak tdo mesti imagine tengah baring atas katil kat umah kat kampung, bukak aircond bagi sejuk sebelum tdo and bukak kipas laju2, dengar bunyi cengkerik & segala macam binatang kt luar nun, dengar bunyi tikus berkejaran sesama seniri kt tingkat atas, pastu mata terkebil kebil tgk siling sebelum terlena, huhu, kronik kan!

Since demam dah kebah, mata pun membulat je nih coz dah tdo seharian siang tadi, lelap tak lelap, sampai petang jugak la. Banyaknya benda nak pk, hmmm... pening... pening... Menulis blog ni sambil tgk abang menikmati + pulun nasik goreng yang dia buat seniri, kihkih. Since pindah umah baru ni, rajin pulak jadi tukang masak. OK la kan, masak untuk makan diri seniri jek, u go abang!! Belajar masak bagi terer, nanti balik nak try, hih! Nanti update la dlm blog occay, menu apa yg dah terer masak, hiks!

Arrghhh, takde idea nak buat design.. please.. please... please, timbul la idea... 1 week to go before 1st crit, uhhh... cuaknye masuk studio nih, dengan kelas dari pagi sampai petang, kadang2 rasa nak terlelap jek dalam kelas, tp disebabkan tutor nih suka bagi keja on the spot, so tak sempat nak terlelap, huhu... otak sentiasa berpusing ke sana sini. (#^-^#). Iskh, nak mengomel banyak jek idea, nak buat keja taknak pulak dia datang, ok people.. have a good day ehhh, muaahss!

~~Iskh!!~~

Waaa.... ada orang buang baby, jahat!!!! Buang dalam tong sampah pulak tu, mmg kejam!!!
Budusssss.... eheh, sowwie ekk.. terover acting, tak bley la baca news orang buang anak nih, takde otak ke nak pk??! Hishhh.... (#^-^#)

Jan 16, 2009

~~A pray for a house~~

Today for the forth times, people coming and out to inspect my house, or to be exact the house which I staying in is now for sale. Hmmm..... Another disaster is coming, you know,it is hard to find a spacious cheap and comfortable accommodation here in Melbourne. I started to review few houses from a real estate website, but unfortunately none of them within my budget. Me and housemate even went for an inspection on 1 house far far away in Coburg suburb, quite occay, the rent is affordable, spacious and I kinda like the house when I first entered the entrance. But then, it is available now while our lease will end on the 9th of May, still got a long way to go ehh. Dear God, please... please... please... let no one buy this house, so I can stay much longer, hih!

Jan 9, 2009

~~G.O.L.D.C.O.A.S.T.~~



Penerbangan ke Gold Coast mengambil masa hampir 2 jam dari Melbourne. Perjalanan yang biasa, aircraft kadang kala terumbang ambing atas bawah kiri kanan disebabkan turbulance. Cuaca juga agak kurang baik pada hari itu. Hujan renyai2 menyambut kedatangan kami di lapangan terbang Gold Coast. Sebaik saja sampai di airport, terus pick up kereta & meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Demi Allah sungguh saya tidak tahu, accommodation yang di tempah agak lah jauh, huhu, lebih kurang 60 km dari bandar Gold Coast & 40 km dari Brisbane. Haruslah turun di airport Brisbane klu nak menginap di sini yer kawan2. Luckily perjalanan nya smooth sebab kami mengambil Pacific Highway instead of jalan biasa. Pemandangan adalah pemandangan biasa di tepi highway, dengan semuanya taman tema bertaburan di sepanjang jalan. Jeng, jeng, jeng... dah tau nak masuk exit yang ke berapa, hiks!

Sampai di tempat penginapan, quite occay. Sesekali terasa macam di Malaysia, sebab ada pokok pisang, pokok kelapa, huhu.... Biliknya pun occay, semuanya in house, dari dapur sampailah bilik mandi. Belakang rumah ada driving range, cantik... hijau, luas mata memandang. Lepas unload barang, haruslah mencari supermarket untuk membeli stok makanan, hehe, masing2 dah pucat kelaparan.

Hari pertama, nothing much to do, petang sudah menjelma ketika sampai di Gold Coast, so di malam harinya, hanya merayau ke tempat2 berdekatan dengan accommodation. Luckily ada sebuah shopping complex yang agak besar dalam suasana kekampungan itusss... Hyperdome nama di beri. (^-^)





Hari kedua, jeng jengggg.... semua pun bangun awal, bersemangat nak menjalani hari baru. Tempat pertama yang di tuju : Movie World!!! Alkisah nya terlampau excited, sampai awal hinggakan orang jual tiket pun tak masuk keja lagi. Haruslah berposing sakan depan pintu masuk, walaupun terik matahari dah ada atas kepala, heh!

Masuk je ke dalam Movie World, MasyaAllah, besonye tempat neh, sampai tatau nk ke mana dulu, ikut jek semua orang, macam2 lah ada dalam tu, sempat la bergambo dengan few characters, dia punyer amusement park pun manyak, tak ternaik semuanya sebab dah penat menjerit naik Spooky Train & Wild West Falls, Batman nye jet pejuang dll. Ada performance by Looney Tunes characters jugak. Siri animasi Shrek 4D adalah aktiviti wajib untuk ditonton. Sangatlah best occay, new experience orang kata! One thing yg mmg terkagum ada kt taman tema nih adalah prayer room, walaupun agak open, tapi tetap bagus coz diaorang dah start cater dengan orang2 dari negara lain. Taklah tercari-cari tempat tersorok untuk solat (^-^). Ada juga restaurant buffet halal yang kita boleh masuk sampai kedai tutup klu kita beli package buffet tu, so... nak masuk berapa kali & makan sampai perut buncit pun, tukang masak tu takkan marah. Hari pertama di sini di akhiri dengan Movie Parade. Semua characters kuar buat perbarisan sampai melambai-lambai kepada pengunjung. Diaorang tutup kedai lebih kurang kol 5 30 gitu. Sungguh seronok hingga terbawa bawa sampai dalam tidur, huhu, haruslah penat occay!





Hari ketiga, ke Sea World. Sama seperti Movie World, tempat ini amatlah besar, macam2 ada bak kata pakcik dalam channel Astro tu. Performance ikan lumba2, singa laut, jet ski dll. Saya paling suka menonton siri animasi 4D hidupan dalam laut. Ntah apa ke namanye, lupa dah, hihi, tapi tetap best mcm Shrek 4D jugak. Amusement park kering & basah juga ada di sini. Mungkin nasib kurang baik, hari itu hujan agak lebat, dan byk permainan ditutup atas sebab keselamatan. Lepas hujan reda jek, tergedik gedik naik itu ini, hih! Naiklah berapa kali pun, makcik jaga tu tak marah, yerlah, tiket mahal ooOooOo.....

Owh ya, Movie World & Sea World adalah di bawah pengurusan yang sama, jadi tiket kedua-duanya boleh dibeli secara package dengan harga yang agak murah daripada harga apabila dibeli berasingan (tips nih!!) .Dan haruslah bawak pakaian salin kalau nak mandi manda occay! Kalau tak, tengok tepi kolam je la. Prayer room juga ada di sini, tapi sangatlah open sampaikan klu hujan, not advisable untuk bersembahyang di sini, sudahnya kami bersolat di dalam kereta sahaja. Hari ini jugak kami balik sambil tersengih dalam keadaan yang amat penat, huhu!




Hari ke empat, kami menuju ke Currumbin Wildlife Park, suasana biasa seperti di mana2 zoo, kami memilih untuk naik keretapi instead of berjalan. Sepanjang perjalanan naik keretapi ada banyak cicak beso tu, eyyy takut!! Taklarat sehh, beso tempat tu. Acara yang paling digemari adalah acara bergambar dengan Bobby si koala. Nervous abes la time dukung Bobby neh. Sib baik la dia behave, huhu, kalau tak mau di cakar dengan kukunya yg agak panjang & tajam tu. Lepas say hi hi bye bye kat semua binatang, kami teruskan perjalanan ke city pulak.

Wax Museum ialah salah satu tempat kunjungan di city, bapa ntah tiket. Overall muzium ni buat pameran patung2 lilin, manyak la tokoh2 terkenal yang ada kt sini ie Kylie Minouge, harga patung dia lebih kurang Aud60-70k, fuhhh.. bagi kat haku buat kenduri kawen pun best. Tapi yang tak bestnye diaorang diletak dalam glass box, tak macam kt UK nun, so takleh la nk posing2 manja ala letak kepala atas bahu patung, huhu. Tingkat bawah tanah ada lagi, but this time ada tourist guide tunjuk jalan sambil bercerita. Ceritanya pasal jenis2 hukuman zaman dahulu kala, ngeri abes la, dah la lampu ala2 suram jek, jenis hukuman yang tak pernah terpk dek akal pun ada dalam muzium tu, taknak la cita, nnt mimpi, nak tau g tgk seniri, heh! Saya juga kurang gemar mengambil gambar patung2 manusia neh, so... tak byk la gambar kt Wax Museum neh!

Sesudah selesai di Wax Museum, berjalan seketika di city, balik awal today coz nak mengejar waktu solat. Malam hari just stay kat bilik sambil makan nasik dengan sardin masak cili + telur dadar, sedap wooooo.... (#^-^#)





Last day gi Gold Coast, cuma merayau rayau di sekitar bandar mengambil gambar, ke tepi pantai Surfer's Paradise dan menabur duit di kedai2 souvenir, heh! Agaklah mahal souvenir di sini, so.. sekadar beli yang kecil2, yang beso2 tengok je cuci mata. Penerbangan pulang dijadualkan pada pukul 2 15 pm, so kol 1 lebih dah sampai airport coz nak pulangkan kereta dulu. Semuanya selamat, tak ada benda yang tak diingini berlaku, Alhamdulillah. Walaupun saya tidak mengunjungi semua taman tema yang ada di sini, saya tetap berpuas hati & gembira dengan vacation ini. Jika ditakdirkan saya datang lagi ke Gold Coast, saya ingin membawa adik2 & keluarga bersama, InsyaAllah (^-^).



Travelled period : 27 Nov - 1 Dec '08
Ahli rombongan : Kak Dilah (ketua rombongan), Kak Hasnah, Dian & Me!!

Jan 8, 2009

~~D.I.E.T. : From 12 to 8~~

Sejak menjadi sedikit montel ini, saya cepat merasa letih dan mengantuk, lebih-lebih lagi dengan cuaca di sini yang semakin panas. Tambahan pula terpaksa mengangkut beg galas saya yang tak pernahnya ringan, lain lah kalau di Malaysia, abang ku yang sudi membawa beg untuk ku, kihkih.
Berbalik kepada masalah montel tadi, haruskah ku berdiet, atau biarkan saja diriku bertambah montel? Owh tidak, saya tak sanggup menjadi Doralin lagi, huhu. Saya tidak sanggup lagi menambah almari dengan baju-baju baru yang bersaiz besar, owh tidakkkkk! Haruslah berdiet dengan bersungguh-sungguh selepas ini, harapnya menjadi slim seperti sewaktu di sekolah menengah dahulu, bolehkah?? Tunggu dan lihat sahaja.... (^-^)

Jan 6, 2009

~~P.E.N.A.T~~

My summer class has started today, the whole day long from 930 am - 600 pm, huhu.... and Im very2 exhausted, uhuks! No mood to update about my vacations, I thought of doing it tonight, but then my school's assigment tangled me up, sob, sob.... hmmm.... penat, penat, penat....... (sila baca dalam keadaan bergema) (#^-^#) Owh ya, Selamat Tahun Baru semua, moga lembaran baru ini lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah...

-Sekian-

~~Nilai Kemanusiaan~~


MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.



Tersentap tatkala membuka lembaran berita Utusan Malaysia di internet, berlinang airmata, hanya itu yang mampu dilakukan kala ini....
Ya Allah, apalah dosa anak-anak ini, tangisan demi tangisan, ratapan demi ratapan, namun dunia masih buta, buta mata hatinya.... Moga dicucuri rahmatNya.... Amin....
Doa... ya, doa dan usaha mampu mengubah nasib dengan izinNya InsyaAllah... moga dikurniakan kekuatan iman untuk menempuh musibah yang melanda, moga terbit lagi nilai kemanusiaan yang tulus, nilai kemanusiaan yang seharusnya tak reput dek hujan tak lekang dek panas, moga derita yang di alami berakhir, berakhir dengan kedamaian... Amin...

(Courtesy of Utusan Malaysia Online)
Related Posts with Thumbnails