Nov 25, 2012

~~We miss you...~~

It's been about 2 weeks since we left Sheffield. We miss you a lot abang..... Especially Imtiyaaz, he keeps on searching for you everyday, mainly at night, in the middle of the night to be exact. Even the light is already off, he will wake up, sitting still on the bed, looking around for a minute and sleep back.

It makes my heart cries, a lot. And sometimes it cries me a river. And now he's having a fever, since the last few days. He's missing his abah a lot. Really hope he'll get well very soon and we will get through this, InsyaAllah. It's just a matter of time, yes...a matter of time. I will stay stronger for my lil son, hope for no more tears after this, Amin.

*********************************************************
 When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 25, 2012

~~Makanan untuk otak~~


Imtiyaaz is enjoying his boiled corn, jagung dalam kategori bijirin lah kan?? or sayur??? 
Takpe lah, yg pasti ada dalam list, hehehe

Salaam and hi all. Sihat semuaaa??? Heheh, came across to this informative article, thought of sharing it with you. Untuk anak2 kita & kita jugak. Credit to Pa & Ma magazine. Mohon share yer....

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.



Urmm,, ada few lagi items dalam list tu belum pernah bagi Imtiyaaz try, next time boleh la bagi. Hopefully Imtiyaaz dapat makanan yang seimbang, baru boleh membesar dengan sihat dan kuat (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Sakit perut~~

Hari ni sakit perut, period pain. Dah lama tak rasa sakit ni, sejak lahirkan Imtiyaaz, since then tk datang bulan. Normal for fully breast feeding mommy katanya.

Owh sakit and rasa takmau buat apa2. Urrmm.... tp definitely sakit nak bersalin lagi sakit, and I could bear with it. Sakit niii, eleh... sket je ni, petang karang baeklah.. InsyaAllah , heeeeee....



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 7, 2012

~~6 perkara yang Allah SWT sembunyikan~~

Salaam.... Ramadhan Kareem semua. Harap semuanya sihat2 belaka, jangan terlebih makan sudah. Dan semoga semua amalan kita dibulan yang mulia ni diberkati olehNya, InsyaAllah. Just nak share sedikit ilmu, maybe some of us dah pernah baca this article kat mana2. Yang belum baca, luangkan sedikit masa, tambahkan ilmu di dada (^-^)




6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.




*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 12, 2012

Jula juli... bley?

Dah lama tk menulis kat sini, I mean yang betul2 menulis for a certain topik. Hmmm, bz yang macam2, itu semua alasan jek.

Tapi, mmg betul bz pun, bz dengan kerja, sampai berat turun 4 kilo... uppssss. Alhamdulillah, last week and this week dah slow down sket, bley balik awal dari office & entertain Imtiyaaz :). But for temporary jek, once dah confirm build up area, akan bermulalah cerita bermalam di opis kembali. Bos cakap bila projek dah start, dengan buaian Imtiyaaz sekali kena angkut g opis, heh. I hanya senyum kerang busuk bila dengar ayat tu time meeting last week. Luckily Imtiyaaz tak tidur dalam buaian.

Alhamdulillah, hujung bulan ni dah masuk 3 bulan kerja, rezeki Imtiyaaz. Boleh la cover2 bil kat umah, beli barang2 sendiri + barang2 Imtiyaaz tanpa ragu2, tak la rasa bersalah sangat, heheh. Boleh bagi mak abah sket, beli2 barang umah itu ini, Alhamdulillah, tak mewah tapi boleh hidup dengan selesa. Tapi  kena buat budget jugak, shopping punya shopping kang simpanan hari tua xdak pulak, yer tak?

Tengah serabut actually... budget macam tk mencukupi, salah sendiri sebenarnya, tak alert, sambil lewa. Tapi sedih jugak, baru start nak kumpul duit, masalah  benda lain pulak timbul (#o_o). Hmmm, maybe Allah nak bagi peringatan, sbb sebelum ni leka. Walopun dh ada gaji seniri, tp dgn budget bulanan yg ada, I still tk boleh beli brg yg I nak. Kadang2 sedih jugak, kadang2 I merungut and tension  kat hubby. Yer lah, tak nampak duit tu belanja untuk diri seniri. Keja penat2, portion diri seniri dpt sket je, sama mcm I tak keja dulu, portion tu lebih kurang jek, duit simpanan tetap sket, nak amik insurans jauh sekali. Sebab tu Allah turunkan peringatan kot, hmmm... ntah la, susah nak cakap. 

Ummm, setiap kesulitan ada jalan penyelesaian, InsyaAllah... Allah akan membantu kalau kita sentiasa berusaha & berdoa kepadaNya, Amin... Ok lah, to be continue dengan topik lain pulak pasni... daaaaa, muaahsss

********************************************************* When you lose your way, to Allah you should turn.

Jun 5, 2012

~~Happy Birthday my dear hubby~~

Better late than never. That's all I can say... Happy Birthday abang, hope your life ahead will be showered with His blesses, InsyaAllah. I'm so sorry, there's no proper celebration for you this year, coz I have to be 'there' day in and day out, and dragging you along to the office on your birthday. 

I'm so sorry, coz there's no even a proper birthday card from me & Imtiyaaz to show how much we appreciate and love you. I'm so sorry, coz there's no suprise present for you even I've tried hard to make it happened, not until this becoming 7th of June... just wait patiently ehhh.. (^-^)...

It's just this song, I want to dedicate to you.... from me & Imtiyaaz, we both love you till the end of breath..


                                            "A Thousand Years"

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Apr 29, 2012

...

Menyakitkan hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Apr 23, 2012

Semuanya...

Rutin bertukar.

Dah lama rasanya tak update pasal kehidupan sendiri & Imtiyaaz. Well, 2-3 ni minggu bz sket. Tugas & rutin harian dah totally bertukar. Dulu, bangun Subuh, then tdo balik dgn Imtiyaaz, hubby nak g kerja baru bangun balik, hih. Sekarang, bangun Subuh... kadang2 tdo balik , tp selalunya tak, iron baju, kemas2 umah sket, mandi2, tunggu Imityaaz bangun & mandikan, siap comey2, kiss & byebye Imityaaz, keluar dengan hubby, then petang/malam baru balik umah. I'm getting used to it now. Supermak la kononnya, ehhh.

Rezeki Imtiyaaz, Alhamdulillah ai dah dapat ' kerja'. Kerja pegi tolong2 buat tender, seriously I know nothing about tender report, but it's ok, belajar. Ilmu Allah tu luas, belajar sket2 nanti dapat la kan, InsyaAllah... from zero to something. And Alhamdulillah, dah siap dah all the tender docs, tinggal nak compile everything and hantar. Moga2 ada rezeki dapat tender ni, Amin.

Kerja lepas ni?? InsyaAllah ada rezeki dapat la kerja tu nanti. I'm still waiting for the offer letter, at the moment still tolong2 apa yang patut. Staff2 kt situ pun semuanya friendly and helpful :).

Imtiyaaz.

Dah lama jugak tk update pasal anak bujang ai yg sorang ni. Alhamdulillah dah nak masuk 10 bulan. But still gigi belum ada, tanda2 nak bertatih pun belum ada. Tapi bab memanjat tangga dah terer, pasni kena pasang pagar tangga naik atas pulak.

Hobi Imtiyaaz, suka tengok gambar seniri. Suka senyum bila tengok cermin. Dah pandai respon kt org sekeliling, walopun dia tak kenal. Kira peramah macam abah dia jugak la.

Imtiyaaz dah makan solid food, I mean macam biskut baby tu. Dia dh boleh makan seniri, just kena alert la takut dia tersedak or dahaga. Kalau dapat biskut kat tangan, memang tak kisah orang lain dah, hehe, comel ja anak mama ni. Bubur nasi pun dh kena buat banyak2, Imtiyaaz makan banyak sekarang. Selera baru ada kot. The other day dia demam fews day, berat dah susut sket, dukung pun dh rasa ringan, huhu.

Since ai dah 'bekerja', ai buat la stok susu untuk Imtiyaaz, pam then simpan dalam freezer. Tapi Imtiyaaz tak suka. So me and hubby cari susu formula yg sesuai. At the moment dah 4 jenis susu dah try, 2 direject olek Imtiyaaz, 2 lagi bley la dia minum sket2 ja. Botol pun rasanya dah 3 kali tukar. Baru2 ni try puting latex pulak, maktok cakap Imtiyaaz ok dengan puting tu. Bley la minum susu banyak sket pasni.

Recently ada beli toys baru kt Imityaaz, bola + playpen ala2 swimming pool kecik tu. Jenuh jugak nak pam, sib baik ada pam angin yg letrik tu. Tapi Imtiyaaz tak gemar sangat dok dalam tu sbb dia sorang2 jek, kalau ada org sebelah dia then ok. Hopefully lama2 nnt dia ok dok dalam tu, bley la mama & abah buat keja lain sambil2 tgk dia.

Bercuti.

Penat2 bekerja (ceit, baru kerja 3 minggu ++). Rasa macam nak pegi bercuti, rehatkan minda, tapi $$$ tak mengizinkan. The other day ada buat short trip ke Cameron Highland. Ex-colleague hubby yg arrange semuanya. Ok la, dah lama teringin nak g Cameron, finally dapat pi :). Imtiyaaz pun first time g jalan2 overnight dgn mama & abah saja, enjoy la jugak. Tp yg tak bestnya penat atas jalan. Jauh... lama dok dlm keta, pi 2 hari ja, tolak masa atas keta, jadi sehari je la kat atas nun, huhu.

Imtiyaaz di Cameron Highland :)
Hari lahir.
Kejutan yg tak berapa terkejut from hubby, thanx dear, muaahhss.. :)
Ai suka bulan April. Bulan ini adalah bulan kelahiran ai. Tak ada sambutan gegak gempita, bersyukur masih dipanjangkan umur & diberi kekuatan untuk bershopping beramal & berbakti. Tapi seperti biasa ada kejutan dari encik suami, jamuan kecil kecilan di rumah beserta sebijik kek. Ai yg pulun lebih, eh mesti la, hari lahir seniri kan. Hari lahir pertama sebagai mama, cukup lah tgk anak membesar  di depan mata & tersenyum  riang :). Terima kasih jugak atas ucapan2 & doa anda semua.


OK, cukup la smpi kt sini dulu. Akan update lg di lain hari, da people, muuaahhsss.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Apr 8, 2012

~~MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.~~

Salaam and hi u ols. Lama betol tak update blog... Been busy lately (^-^). Nak share sedikit info. Next post will be about kehidupan diri seniri, Stay tuned!!!



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.

Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk.

Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 14, 2012

~~Dengan lafaz Bismillah~~

Dengan lafaz Bismillah hirrahmanirrahim.... Hari ni ai hantar lagi application & resume to few more architect firms. Yupppp few more, many more to go. Moga ada rezeki ai kali ni di luar. Ya Allah, permudahkan lah urusanku di dunia dan akhirat. Kurniakanlah rezeki yang halal & diberkati kepada seluruh keluargaku, Amin. Ai percaya Allah dah tentukan bahagian ai, cuma cepat atau lambat, kena berusaha mencari, InsyaAllah one fine day, akan ada... somewhere out there.
p/s: Dah muak dengan soalan2 - "Keja tak lagi?" atau "Dah dapat keja?" atau "Kenapa tak keja lagi, belajar tinggi2...." atau "Bila nak start keja?". Tolonglah jangan tanya lagi, I'm sick of it.... Telah dan sedang berusaha sedaya upaya mencari dan masih lagi mencari.....

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 11, 2012

~~Seriously in need of a new baju kurung~~

Tengok tajuk pun dah tau pasal apa & takyah baca post ni dah kan? Hehehehe.... tapi nk tulis gak, tak kira. Pagi2 nak mengomel pasal baju sekali sekala :P
Kalau dengar ada kenduri, first thing yang ai akan pk ialah..... baju mana nk pakai ni?? Buka almari & selak2 baju, iskh... satu pun tk sesuai, some more.... TAK muat jugakkkkk (that's the main reason actually), sobsss.
Kadang2 bukak almari mak, cari baju... sama jek, tak muat, tak sesuai , tak berkenan, tk memenuhi kriteria ibu menyusu... huuu, byk lah alasan!!!!
Kalau dicongak2 balik, rasanya dah 2 tahun tak buat baju kurung, sadis kan?? Baju raya pun recycle baju2 taon lepas. But now, seriously sumanya macam ala2 ketat, uwaaaaaa, sedey sedey.
Today ada 3 kenduri yg perlu di attend, masih mencari2 baju yg sesuai untuk dipakai. Silap haribulan mama Imtiyaaz pakai tshirt dgn suar jek nih, hih. Ok lah, nk g tgk Imtiyaaz... pagi2 dh merayap g umah Tokteh. Some more Pak Ajam ada rajin melayan si kecik nih, hihi. Okie people, happy Sunday aitee... muaahss!!
p/s : Pegi monthly check up last Thursday, & berat dah turun 2 kilos... muehehehe, hip hip hoorayyyy, hip hip horraayyyy.. (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 8, 2012

~~Solid foods for Imtiyaaz~~

Alhamdullilah, Imtiyaaz is turning 9 months at the end of this month. He started to take solids when he was 4 months old. But have to stop for a while sbb Imtiyaaz jadi susah nak poo poo. Dah la anak bujang ai ni kurang gemar minum air masak (o_O).

Some more, pharmacist kt kedai obat tu pun suggest jgn kasik lagi sbb baby @ 4 months old, perut & usus dioarang still lagi tk matang & susah nak digest solid food. Alas, ai pun stop serta merta & kasik susu jek kt Imtiyaaz (ekceli sadis tgk Imtiyaaz nanges bila nk poo poo & some more ada kuar darah sket, huuuu)

Bila Imtiyaaz dh 6 months old, baru start bagi balik. So he starts with vegetable & fruits puree. Banyak jugak ai google sana sini cari 'can & cant foods'. Masuk forum tanya sana sini. Maklum la, first baby, ilmu masih kurang di dada + excited nak bg anak makan solids, hihi.

@ 6 months old, Imtiyaaz dah start makan :
- puree lobak
- puree kurma (Imtiyaaz suka)
- puree epal
- puree brokoli (Imtiyaaz kurang gemar yang ni)
- puree pisang
- puree betik
- puree keledek

Then, bila dah masuk 7 bulan lebih sket, I started menu yang ada nasi. Kat atas tu ialah puree nasi+lobak merah+ayam. Rebus semua sekali sampai betul2 lembut, blend & tapis. Imtiyaaz sangat suka puree ni. Ada jugak buat puree nasi + ikan bilis, tapi jalan 4-5 sudu jek, huhu.

4 days wait rule :

Macam mana kita apply rule ni?? Senang jek, untuk satu2 puree yg kita baru nak perkenalkan kat baby kita, kita bagi baby makan puree tu dalam masa 4 hari. So dalam 4 hari tu kita monitor la, puree tu sesuai tak untuk baby. Ie: Ada cirit birit ke tak, susah nak poo poo ke tak, naik ruam or alahan lain ke. Macam tu lah lebih kurang. Kalau takda apa2, then baby boleh consume that puree, di selang seli dgn puree yang lain.

Pic atas ni ialah puree pear, ada mummy yg suggest blend dgn nasi, katanya sedap. So far bagi puree pear tu itself jek kt Imtiyaaz.

Ni pulak sweet green peas, tengah rebus. Mummies, ai dah try rebus & blend sekali dgn kulit, rasa dia macam tk sedap sket. Better kupas & amik kacang kt dalam jek. Dah try blend dgn nasi, so far Alhamdulillah Imtiyaaz bley makan. (Mummies kena rasa gak makanan yang baby kita makan sekali sekala, secara tak langsung kita tau camana baby kita rasa time diaorang makan)

Imtiyaaz kena measles or demam campak kecik the other day. So maktok rebus nasi + ayam _ kentang bagi Imtiyaaz makan, without blend, tenyeh2 jek bg halus. Soupy sket yang ni, so that Imtiyaaz bley hirup sup ayam sekali, dah baek punnnn. Mekaseh maktok (^-^)

Ni menu terbaru ai baru discover untuk Imtiyaaz - epal + mangga manis. Sanggup pegi supermarket gi belek2 makanan baby dalam balang2 comel by Heinz tu. Ai hafal combination fruits & vegi yang diaorang guna dalam product diaorang, hihi, gigih tak?

Masuk hari ni dah 3 hari Imtiyaaz makan puree ni. Pasni nk try puree sweet green peas + zucchini pulak. Aritu cari zucchini kt Giant takdek pulak.

So, sedikit sebanyak update pasal makanan pejal untuk Imtiyaaz. Moga anak mama membesar dgn sihat dan kuat, InsyaAllah, Amin.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 7, 2012

~~Losing my mind~~


Kecewa, sedih, rasa tak dihargai, rasa takda hak untuk buat apa2 pun yang diri seniri mahu buat, rasa takda langsung ruang untuk buat sesuatu yang diri seniri suka. Semua kena ikut kata org lain, semua kena ikut telunjuk org lain. Selalu saja perasaan dipermainkan, mcm takda harga diri...

Kenapa perlu faham & jaga hati orang lain sedangkan takda seorang pun yang faham & mahu jaga hati ni... *tears*...

Thanks for all those hurting words... thanks.... Even I know it's just a silly joke, but it's hurting me, because of the silly + insulting response. Many many many many.. so many times, but it seems like u keep doing it again and again....

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 4, 2012

~~Hari minggu di rumah~~

Yer, berhari minggu di rumah saja minggu ini. Motif?? Imtiyaaz tak berapa sihat, or to be exact, Imtiyaaz kena demam campak 0r should I address it as measles??

Alhamdulillah arini dah getting better, dah tak nampak sangat all the bintik2 merah. Makan pun dah lalu. Klu tak, makan 4-5 sudu then takmau dah. Agaknya rasa mulut pahit ke apa tatau la, Dah kurus sket nampak. Sian anak mama....

Ai pun, since dah few days tak cukup rehat + tdo & segala bagai, asyik malas jek nk bt benda lain. Semua keja kena stop jap... Asyik mengendeng dgn Imtiyaaz jek. Masak pun malas. Semalam lagilah, pening semacam, telan panadol 500 tu, then lega sket.

Hari ni getting better, so merajinkan diri di dapur. Menu malas hari ni - nasi tomato, ayam masak merah , daging rebus & air asam, simple. Kes malas masak banyak lauk, heh!

Dah tepu otak dok dalam umah jek. Nak bawak Imtiyaaz jalan2 keliling taman jap lagi. Okie people... da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 2, 2012

~~Suka sampai nak nanges~~

Over tak tajuk tu?? Hehe, saja browsing through the internet and I came across to these luxury handbags.

Dont know why, I'm really into leather bags, but material lain pun kadang2 suka jugak, klu kena dengan design, color & harganya, hih. Kurang menggemari yang ada corak2.

But these 3 below, I was like... wahhhhhh, sukanya beg2 niiii. Rasa macam nak nanges & nak gigit2.
Cantik kan?

This color pun cantik, eh beli dua2 la gitussss :P
Yang ini punnnnnnn.....waaaa, nak nak nak!!

Hehe, masa meng'over' kan diri dan berangan dah abes. Suka2 di pagi Jumaat. Harganya biarlah rahsia...

Idok ler teman mampu membelinya sekarang. InsyaAllah one day... bila duit teman dah berkepuk kepuk bawah katil, eh... dalam bank, hiks!! (gedik sungguh la mama Imtiyaaz hari ni)


p/s: Wokeh, time to kejut encheck somi. Imtiyaaz biar dulu, tdo lama sket. Sian dia kena chickenpox.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~It's their engagement~~

Backdated post.

Di pagi Jumaat yang mulia ni, elok lah dimulakan dengan berita baik & gembira (^-^). Jeng.. jeng... jenggggg.....

Baru sampai, muka happy dapat stereng.
Berjimba dengan abah sambil menunggu dalam keta. Panas kat luaq!!
Orang2 tua tengah berpantun, eh berbincang , hih.
It's their day.
Finally.... tarraaaa, inilah yang kami tunggu2. U know, instead
of amik berkat, kami bagi berkat.. (^-^). Sweet like sweets.

Congrates to both of u Ili & Paretto... upsss Hasrul :). Akadnye bila?? Ehemmm, we all dah tau, hihihi, but for now biarlah rahsia. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya. InsyaAllah yang baik2 saja coming in your way (^-^), Amin.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 29, 2012

~~5th day~~


Hari ni dah masuk hari ke 5 Imtiyaaz demam. Sabtu & Ahad macam suam2 kuku lagi, and he's still giggling here & there :). Suhu badan naik turun & the highest was 39.9 degree Celsius.

Tdo malam pun dah banyak hari tunggang langgang. Kejap2 check kepala Imtiyaaz panas ke tak, sambil jelum2 kepala & badan dia dgn towel lembab. 2 jam sekali check guna termometer pulak.

Some more we all anak beranak dah tuka tempat tdo - depan TV sekarang. Luas & airy sket, baru udara bertukar sket. Tak berkuwap macam dalam bilik. Sian Imtiyaaz, kejap happy kejap tak larat. Tdo jek 2-3 hari ni.

Hari Isnin dh g klinik, doc kasi ubat demam jek. Takda progression, so this morning when his body temp went up until 39.8, we decided to go Damai Service Hospital.

Turned out the fever was caused by both virus & bacteria. So the doc gave us both ubat demam & antibiotik. Hopefully pasni suhu badan Imtiyaaz bley turun sket2.. InsyaAllah, Amin.


p/s : Banyak topik nak update, tapi right now takda hati lagi nak buat. My priority now is Imtiyaaz.....

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 25, 2012

~~Tetiba~~


Bla....bla... bla....before that... bla..bla..bla...perbualan di kala Imtiyaaz lena kali kedua... bla bla bla..

Me : Sian, dah janji... Ok bley pegi, dengan syarat, nk g beli baju baru!!
Hubby : ........ ......... ......... Tak p lah kot.... bukan janji pun dengan dia.
Me : Eleh abang jeles sbb ayang nk beli baju baru kan??!!!!
Hubby : ...... ....... ...... .......(few minutes after that). G lah mandi, jom g Jalan TAR.
Me : (I was like...) Napa nak g Jalan TAR??? Buat apa nak g Jalan TAR?

Masuk ni dah 2 kali hubby yang ajak g jalan TAR, pelik. Before this ai yg sangat tergedik-gedik nak g. Almost every weekend nak g. And as usual hubby akan rasa reluctant nak g, heh. Biasa la org lelaki, mana ada yg suka g jalan TAR. Buang masa & tenaga jek bagi diaorang. Kalau pegi pun kejap2 tengok jam kat tangan, kita yang nak membeli pun terus hilang mood nak membeli. Begitulah selalunya...

Tapi tetiba, dia ajak lagi g Jalan TAR, hehehe.... ini peluang yang baek. Tapi, tapi, tapi.. tengoklah dulu, mood untuk berjalan-jalan jamu mata & bershopping dah faded away since kelmarin :P. Dengan kata lain, saki baki merajuk masih ada...alah, merajuk2 manja gitussss... Hmm, kay lah, saja merapu2 yang ringan... good day all!!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 16, 2012

~~Amalan ketika anak sedang tidur~~

Amalan baik untuk ibu bapa lakukan ketika anak sedang tidur ;


Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

Seterusnya, membaca surah Al fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak
.
Berguna juga bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi....


Courtesy: Persatuan Ibu-Ibu Chomel Mengandung

P/s : Nothing to lose if we try, Wallahu'alam. InsyaAllah niat yg baik akan mendatangkan perkara yg baik (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 15, 2012

~~ Pola tidur si kecil - Tidur Imtiyaaz... tidur~~

"Imtiyaaz tdoq la, mama dah ngantuk ni... kang tgh malam nk bgn lagi nak bg susu kat Imtiyaaz" or "Bila Imtiyaaz nak tdoq ni, mama dah tak larat ni", ayat2 ni mmg almost every night terkeluar dari mulut ai.

Uols camana? Mesti biasa jugak kan dengan situasi ni, especially untuk young parents yg baru dapat first baby. Aduuhhh, mmg penat sgt kadang2.... walopun dok umah jek. Ngadap anak 24 jam sambil disulam dengan keja2 umah, sapa kata tak penat?? Even superman pun penat tau.
Sleeping handsome, tdo dengan Mr Froggie

So, Imtiyaaz mmg susah nak tdo. And some more, si kecik ni jenis 'telinga kuali', ada bunyi sket terus terjaga', huhu. Today tgh baca2 online paper, I came across to this article. Banyak info berguna. Panjang gila artikelnya, maleh ai nak baca tapi ku paksa rela jugak baca. So below are few points yg ai amik dr artikel tu (ekceli byk jugak, hehehe). Baca lah... 'sharing is caring'... I like this sentence lately... Here goes....

PERNAHKAH anda menghadapi situasi ini? Bayi anda yang baru berusia tiga bulan tidak dapat tidur lena dan terbangun setiap dua jam. Malah dia tidak mahu tidur semula walaupun sudah disusukan dan ditukarkan lampin. Menjelang jam lima pagi barulah dia dapat tidur nyenyak. Keadaan ini sudah tentu memenatkan tambahan pula bagi ibu yang bekerja keesokan harinya.

Hasil kajian mendapati :

47 peratus daripada ibu di Malaysia yang terbabit dalam kajian itu tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam

45 peratus ibu bapa berpendapat, bayi mereka mempunyai masalah tidur. Pada masa sama, 20 peratus ibu bapa menyatakan menidurkan bayi adalah waktu yang sukar.

Ibu bapa di Malaysia tidak begitu menyedari bayi mereka tiada pola tidur yang sihat dan ini menjadi punca masalah tidur yang dihadapi bayi mereka.

Dari sudut kesihatan :

Tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak.

Tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi.

Ketika tidur banyak lemak yang tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.

Kanak-kanak yang tidur kurang 12 jam sehari berisiko tinggi mengalami masalah berat badan

Kira-kira 17 peratus kanak-kanak yang tidur kurang dari 12 jam sehari menjadi obes pada usia tiga tahun berbanding hanya tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak cukup tidur

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mereka cepat marah.

Mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga di sekolah.

Muka notty lepas puas tdo

Pola tidur bayi & kanak-kanak :

Pola tidur bayi dan kanak-kanak - secara purata setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada hari mereka untuk tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

“Bayi berusia dua hingga 12 bulan biasanya memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 15 jam sehari. Biasanya 15 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi.

Pola tidur begini tidak tetap tetapi masih dikira baik. Jadual tidur yang konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang.

“Pada usia setahun hingga tiga tahun kanak-kanak memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari dan keperluan ini semakin berkurangan kepada 11 hingga 13 jam sehari apabila usia meningkat enam tahun.

Faktor penyebab masalah tidur :

Masalah obesiti

Genetik tidak normal

Cara pernafasan tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.

Tabiat normal bayi :

Sesuatu yang normal sekiranya bayi terjaga pada waktu malam. Ibu tidak perlu panik dan terus bangun kerana bayi sebenarnya hanya terjaga untuk seketika dan akan tidur semula dengan sendirinya.

Kebanyakan bayi akan bangun setiap dua atau tiga jam setiap malam untuk menyusu badan atau apabila lampin basah. Malah keperluan untuk bangun pada waktu malam akan berkurangan selepas usia mereka mencecah enam bulan ke atas.

Langkah awal penerapan pola tidur :

Menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya

Menetapkan waktu tidur anak-anak sebaiknya tidur sebelum jam sembilan malam serta mengasingkan bilik tidur anak-anak sejak bayi lagi.

Membiasakan anak-anak tidur bersendirian akan memberikan mereka lebih waktu tidur yang sempurna serta melatih mereka berdisiplin ketika di tempat tidur - ini memastikan mereka masuk ke bilik mengikut waktunya,

Tidak tidur bersama anak di ruang tamu atau membiarkan anak menonton televisyen bersendirian kerana ini akan menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan tidak akan tidur awal.

Khusus untuk bayi :

Selain mendapatkan rutin tidur secara berkala menyediakan ruang tidur yang selesa serta memberikan sentuhan menerusi urutan dan belaian mampu mempengaruhi tempoh tidur bayi.

Ini boleh dilakukan dengan memandikan bayi selama lima minit menggunakan mandian bayi diikuti urutan pada keseluruhan badan bayi menggunakan minyak bayi selama dua minit.

Pakaikan pakaian nipis diperbuat daripada kapas.

Bangkitkan suasana tenang dengan melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai sehingga bayi terlena.

Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan bayi rehat sehingga esoknya.


Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

Lakukan aktiviti pada siang hari. - Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Pantau tidur siang anak anda - Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

Ikut rutin waktu tidur yang konsisten - Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

Tidurkan bayi ketika mengantuk. - Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

Beri masa untuk dia bertenang. - Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya

Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

Pastikan malamnya sentiasa gelap. - Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Elakkan menonton televisyen - Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menontonsebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.


Courtesy : Harian Metro Online

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 13, 2012

~~Lanna's Birthday - pre celebration party~~

It was Lanna's birthday on the 8th of February. Her papa & mama wished to surprise her before they hold a big party on this becoming Saturday. So they booked a row of table at Pizza Hut for this small surprise birthday party.

It's just us who attended, Lanna's family, abah ngah, mama ngah, Imtiyaaz, tok abah, maktok & maksu Liana. Somehow Toksu's family was in their good fortune on that night. They came for other purpose but then ended up with us at the Pizza Hut restaurant as well.

The birthday girl. She kept saying b4 that.. "there's no
birthday cake for me though". And we were all kept smiling at her....
surprise, surprise!!
Papa, ALiff, mama & Lanna
The whole family, except Uncle Bob & Pakteh Yuih
Imtiyaaz & abah
Surprise!!! The cake!!! - from Pistachio
Enjoying themselves
Last but not least, mama's little sunshine (^-^)

P/s : Thank you to all Pizza Hut's staffs (near Carrefour Wangsa Maju) for their good efforts, warmth service+hospitality & for bringing the cake & singing together for our little angel... we really had a blast!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 12, 2012

~~Mee Udang Banjir Meru~~

Backdated 2 weeks ago.

Entri ringan di kala Subuh. Pegi makan mee udang ni. Kat mana?? Kat Meru la. To be exact on d way nk pegi pekan Meru, klu dari Klang sebelah kiri, sebelah dengan kedai perabot AG klu tk salah.

Actually tkdak niat pun nk pegi makan mee ni, lokasi yang di tuju ialah umah mak pak sedara di Taman Kiyai Ridzuan. Saja nk pegi ziarah, katanya tak sihat. Lagipun lamaaaaaaa sangat dah tk pegi. Imtiyaaz pun dah nak masuk 8 bulan, iskh iskh iskh. Takut plak kang Imtiyaaz tk kenal mak pak & tok sedara dia.

So we all pegi 3 keta, 2 keta dari Banting. Ai & hubby + Imityaaz dari KL. Dah nak smpi sgt dah ni, mak call cakap umah takdak org, bertutup rapat. Ropanya diaorang keluar, huhu. Ai & hubby dah la tk lunch lagi, so we ended up kt kedai mee ni lah. Noticeable dari jalan besar.


The taste?? Not so bad la.... but seriously ai rasa ai buat lagi sedap. Kuah pekat suma dah ok, it's just flavor dia kurang sket. Udang dia maveles, fresh & mmg banjir dgn udang jek, hihi!! Bley la nak nak isi perut di kala lapar tahap Gaban (^-^)

SEKIAN.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 9, 2012

~~Trauma~


"Mama yang salah, mama say sorry sangat, mama tak sengaja, mama tak sedar, mama sorry kay, mama sayang Imtiyaaz"...I keep saying this sentence to Imtiyaaz since yesterday. Huuu.... mmg jantung berhenti berdegup seketika the moment he fell & screamed out loud.

Semuanya salah ai....xda salah org lain. As usual bila bebudak kecik tu balik dari sekolah, ai akan bawak naik Imtiyaaz ke bilik & tdokan kan dia kt atas. Baru bley dia tdo nyenyak sket. Yesterday pun macam tu gak, but ai letih sket, buat keja umah, then out to clinic for monthly check up, dengan panasnya Allah saja yang tau.

So bawak Imtiyaaz naik atas, on both aircond & kipas, tdokan dia. Keliling katil mmg dah sendal dgn bantal sesiap & I baring tepi katil so that jadi benteng untuk Imtiyaaz jugak. Somehow ai terlelap, yang tk sedar2, agaknya banyak sgt setan bergantung kt mata ni, MasyaAllah. Selalunya ai akan sedar klu Imityaaz terjaga. Huuu.... then tersentak bila dgr Imtiyaaz nanges dengan kuat. Tengok2 dah ada atas lantai.

Ya Allah... terus peluk Imtiyaaz kuat2 & dukung dia. Tak berenti menangis, ai pun nangis sekali sbb takut sangat jadi apa2 kt Imtiyaaz. Hidung dia ada scratch luka sket, then ada kuar darah sket dari dalam hidung. "Ya Allah, apa aku dah buat niiii.... , mcm mana Imtiyaaz bley jatuh dari katil. Ya Allah tolong selamatkan Imtiyaaz", terdetik dalam hati time tu.

Mak amik Imtiyaaz after that & check. Mak cakap takda apa2, it's just Imtiyaaz jatuh, terkejut & trauma. Mak mandikan dia lepas tu, ai naik atas & nanges2 call hubby. Then mandi & get ready nak bawak Imtiyaaz g klinik. Ye lah, physically mmg tak nampak luka apa2 pun, tapi ai takut sangat klu ada crack ke, terseliuh kt mana2 (o_O). Lepas mandi nanges dia dh tone down sket. Dah bley sengih2 sket. Somehow ai still takut.... selagi tk jumpa doc mmg dalam hati ni risau sangat.

Hubby balik & we all terus g klinik, Alhamdulillah doc cakap luka dalam idung tu sebelah luar jek. Somehow kena observe jugak klu2 Imtiyaaz demam, jadi tak aktif, asyik menangis. Syukur, today Imtiyaaz aktif mcm biasa. Ai pun trauma jugak, semalam xleh tdo coz asyik tgk Imtiyaaz takut2 dia sakit or demam. Kejap2 usap kepala dia tgk panas ke tak. Alhamdulillah Allah lindungi anak mama ni. Hopefully pasni mama tk lalai lg, and moga Imtiyaaz membesar dengan sihat, Amin, InsyaAllah.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 6, 2012

~~Best friend's wedding~~

Yesterday was one of my best friend wedding back in Uitm. When she first texted me saying that's she's getting married in few days time, I was like... What?? Why so sudden?? Why didnt u give me an ample notice?? I want to help you to do all the 'hantaran', huh.

But after we had a long quite long texting msg, then I realized she only wants simple solemnization session & reception day. So, the solemnization was held 2 weeks ago, a bit frustated coz I didnt manage to be there. I said to myself, by hook or by crook, whatever it is, I want to go to her reception day.

In Sabak Bernam it was, we went there quite early, 1030am. Abah said it's gonna be a long journey, so it was. It took 3 hours for us to get there.... ( bumpy road & jammed to make it worse, huhu)

Hot & it's tiring, but I really had great day, manage to meet long lost friends back in Uitm. And I just managed to snap 1 picture of us... huhu....


To Diana aka Manterra & her hubby, hope your life ahead will be showered with His loves & barkah. Moga berkekalan hingga ke syurga, Amin.. InsyaAllah. Berdua itu lebih baik, trust me (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 1, 2012

~~A blissful Wednesday aka Cuti Hari Wilayah~~

Backdated 4 days ago....

That is it.... cuti hari Wilayah. To make it as a contented day, without an ample notice, we went for a picnic at Taman Tasik Titiwangsa. Yes, just planned it yesterday & Alhamdulillah... it went well.. We did enjoy every moment there very much (^-^)

Tok Abah & Imtiyaaz are ready for Titiwangsa :)

Just arrived, siap bawak khemah lagi.. muka2 excited.. hihi

Setting up for breakfast - nasi lemak, burger, sandwich, nugget, teh panas, jus oren , jus mangga... yummm

After effect from all the fatty foods... hihihi

Ibu2 bergossip....

Bapak2 layan anak2...

Sesi melawat kuda - Abah & Imtiyaaz

Imtiyaaz tgh curious tgk kuda dari dekat, mama posing terlebih sudahhh

Aliff nak pegang kuda tapi takut nk g dekat.. :)

In his own world... Just realize pic Liana & Lanna xda pun coz diaorang sibuk berseronok kt playground.. hih

Bapak & anak dua2 lena... *mode kenyang terlampau*

After effect pegi jalan2 for the whole day... hihi, tired but still cute!!

P/s: Thank you Allah for this great moment & rezqi (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails