Mar 25, 2010

~~Cerita semalam - DIY~~


Ello, ello..... hi people... ni semalam punya cerita, balik dari class macam malas nk tgk assessment, coz baru lepas abes test. Pandang kiri kanan, MasyaAllah, semaknye umah.. huuu. So dengan penuh tekad, konon nk kemas umah la kan, dari utara selatan timur barat semua la nak kemas. So I start dengan re-lipat tudung2 yang bercamuk atas rak, hmm... rimas btol, asal lipat jek semak balik. Ingat nk g Ikea la beli rak baru yg beso sket, tapi cam malas. So... sambil2 tunggu abang mengulit depan TV, I came up with one idea... ---->> Ceenonet's Bling Hijab Cage.. hihi, nama tak kalah tu... Jom lah tengok cemana process & ropa benda alah ituss...



Ini lah masalahnye, koleksi tudung yang agak banyak...


Nak dimuatkan atas rak comel ni, tapi selalu sangat jadi semak balik...


Okeh, let's start the work - the tools (^-^)


Tanda mengikut saiz yang di inginkan


Potong ikut saiz yang dah ditanda (tips: guna cutter lagi cepat dari guna gunting, trust me!)


Proses memasang, ala2 konsep tanggam la gitu, tatau tanggam tu ape?? Sila google seniri, hih!


Dah siap, perlu di letakkan base yer kawan2, klu tak abes tercicir suma tudung (^-^)


Upacara perasmian, boleh la susun tudung ikut color ke, ikut corak ke.... sesedap rasa la kiranye


Taraa.... dah siap!! Comel kan? Pasni kalau nak pilih2 tudung senang sket, tarik je, takyah selak2 & selerakkan suma tudung yang lain, mudah kan??


Itu saja rancangan DIY untuk minggu ini. Jimat & mudah. Kotak tu pun di kutip di tepi-tepi jalan sahaja, hihi... And save duit tram & duit berbelanja di Ikea juga (^-^). Da!!


Mar 23, 2010

~~Kemas kini~~

Kelmarin dulu-dulu-dulu

- Bangun seawal pagi untuk menyambung kerja yg telah ditinggalkan selama 3 minggu, owh, sungguh penat & berpeluh segala... huuu....
- Sepatutnya ada groupwork di bengkel 45 pada waktu tgh hari, tapi mendapat khidmat pesanan ringkas dari groupmate yang dia tk dpt datang *sigh*, ngape la ko text haku time haku dah smpi kt workshop...iskh, "rabbit!!!" Terpaksa buat kerja sorang2
- Di malam hari merajuk dengan abang


Kelmarin dulu-dulu

- Merajuk dengan abang lagi
- Tapi masih hari yang indah buatku, dapur berasap... maka ada ler menu nasi ayam... yummy!!!
- Nini datang jadi teman makan, bukan setakat nasik ayam, teman makan kek coklat & eskrem juga... huu...Juga teman berjalan-jalan mencuci mata sambil mencari-cari adiah besday untuk diri seniri (^-^)
- Sambung kerja sekolah , tidur pun hanya sesudah subuh, sobbbssss.....


Kelmarin dulu

- Mengulitkan diri dengan projek, mengadap kerja2 highrise model making, 1 : 100 ok!! Kerja secara berkumpulan, tapi terpaksa buat secara berseorangan.. hmm, nasib... nasib....
- Arfa datang sebab tertinggal kunci rumah, bergossip hingga jam 11 pm, menunggu sehingga osmet nya pulang ke rumah


Semalam

- Asyik bz lagi dengan design studio nye projek, groupmate tak berapa nak membantu, bantu tambah kan pening kepala ada la, huuuuu
- Teringin nak makan eskrem lagi (#^-^)


Hari ini

- Sejak pagi asyik pening kepala, rasa macam nak demam, mungkin sebab tidur tk lena semalam, orang utara cakap "tidoq tak jeghap" , hih!
- Gagahkan diri ke kelas, sepatutnya pembentangan secara berkumpulan, tapi groupmate itu tidak datang, jadi merepek meraban seorang diri sewaktu pembentangan *sigh*, Alhamdulillah.. dah lepas seksa hari ni
- Makan malam nasi berlauk kan ikan pekasam goreng
- Perlu bersedia untuk 2 ujian esok hari.... aduiii... beratnye kepala/mata ni nak nengok buku



Sekian, terima kaseh!!

Mar 19, 2010

~~.......~~

Menangis pun sendiri.... ketawa pun sendiri.... *sigh*

Mar 18, 2010

~~Tips untuk dapur anda~~


Yuhuuu yuhiiii... tetiba angin rajin nk update blog datang lagi, ala2 'Tora datang lagi' gitu (^-^). Nak bagi quick tips jek... maybe applicable untuk para ibu dan isteri yang selalu ada kat dapur. Kadang2 kan ada situation terbentuknya ais2 yg tak dikehendaki dalam freezer anda. So, dia akan sempitkan ruang penyimpanan tu kan... Especially fridge yang dah tua, yang dah agak2 nak 'padam', tapi still sayang nak ganti dengan yang baru kan, problem ni mesti ada...

So, bagaimana nak 'defrost' kan segala ais tu dalam waktu yang singkat? Mudah saja.... first of all, kena la empty kan ruang freezer tu dari segala benda yang disumbat. Secondly, switch off the fridge. So... dah off fridge tu konon nya ais tu akan cair la kan, memang pun, tp berzaman la nak tunggu sampai dia cair semua. Wokeh, ini tips nya, try sprinkle kan gula ke atas ais tu, if possible suma permukaan ais tu kena gula, jangan over sampai jadi air gula dah la (^-^). Kesannya sangat bagus, waktu untuk men 'defrost' menjadi lebih singkat. Saya dah cuba, kesan nya sangat positif. Anda bila lagi???

Sekian, tima kaseh.


~~I feel like.....~~

Now is 31 degree Celsius, according to the 'TheAge' weather forecast. But it's a bit gloomy outside, it's going to rain I think.....good, at least I can switch off the fan for a while (^-^). Erm... I feel like eating ice-cream right now. Ice-cream... ice-cream... where are you???

P/S: Ini ialah post di kala kebusanan yang amat sangat. Sila abaikan nya jika anda tidak suka. (^-^)

Mar 17, 2010

~~My solitude night~~

Yuhuuuu people.... saje nyibuk kat blog ni, hihi. Though I got heapsssss of work to be done. It was my first Chinese 2 class this noon, it went well, with lotsa new words and characters. Huuuuu, hope I can memorize them all. Already half way to finish the first assessment, yeah... I did translated all the Chinese characters into pinyin... huu... kembang kempis otak ku nak translate chinese essay tu, but I believe in myself, so I know I can do it, chaiyokkkk!!

It's already 15 minutes past 1 am now, and I couldnt sleep still, my ooOoo my... When will I able to get my right bed time back?? Believe it or not, I'm still in a jet lag mode even after 2 weeks *sigh*, maybe terlebih rindu kt hubby kot?? Err... maybe je tau, heee, takleh layan sangat perasaan ni, kang keja ke mana + hidup jadi upside down plak kan. (Pssst... B, I miss you)

Actually time2 gini, Abang mmg dah terpacul depan pc melayan kerenah wife dia ni. But tonight ada tetamu dari jauh kat rumah, so kena la entertain diaorang kan. Mak Long Bibah's family pay us a visit, obviously la pegi umah kt KL kan. Kalau datang melawat anak sedara yang kesunyian kt Melben ni pun ok jugak, sobs sobssss!

Hmm, sejak 3-4 hari ni asyik rasa tak sedap badan, rasa tak sedap perut, bangun pagi asyik rasa mual2, rasa nak marah orang tak tentu pasal (of course abang yang jadi mangsa, ampunnnn). MUNGKINKAH?? Jeng jeng jenggg.... Owh tidak, masih terlalu awal untuk buat konklusi itu. Harus bersabar dan bersabar.... Tapi kalau ada rezeki, Alhamdulillah (^-^). Bak kata abang.. 'kita terima ja kalau Allah nak bagi' (^-^)

Eyyy oklah, nak mengemaskini drawing yang dari semalam tak siap2 lagi, then nak try lelapkan mata, moga mimpi yang indah2 + baek2 saja, good night Malaysia, I miss you... da!

Mar 13, 2010

~~Saturday Blues~~


~Sigh~ What a boring day today?? Believe it or not I just stayed at home from dawn to midnight, the whole day in this tiny 'shoes' box'.... huuu..... Didn't have any courage to go out. I just couldn't believe that Add is gone. Deena did text me this noon to check on me, whether I'm okay or not. Yeah, I was the one who cried out loud last night, huuuu...... pk2 balik, aiyarks.... malu la pulak, tetengah orang ramai kat International Departure tu kan....

So, for the whole day today, I just staring at my laptop's screen, doing assessment and watching movies... I repeat, movies... haha. Abes la segala movies citer Melayu kat youtube, belasah saja tgk semua, uppss.... horror movie is excluded okay, heee! From Senario The Movie : Beach Boys, Adnan Sempit, sampai la ke Pisau Cukur.... not too bad la.... I love all of them, especially Pisau Cukur, hih! Busan buat keja sekolah, citer kartun Hagemaru tu pun I belasah tengok sbb xde org nak sembang dgn I arini. Janji bley gelak sorang2 + hilangkan rasa bosan yang bersarang di hati, kira oklah!! Abang awal2 lagi dah inform his plans for today... fuh.... busy woooo dia this weekend.

Esok? Esok dah hari Ahad.... hajat di hati nak g Ikea, but tgk la tahap kerajinan esok cemana. Dah survey rug yang nak dibeli, rug kat umah ni dah buruk nau ropanye... macam belacan pun ade gak, hih! Hmmm, since balik ni, mood tak berapa nak stabil lagi. Kejap ok, kejap tak, plus... still jet lag jugak, uhuks! Will try to fix my bed time...hopefully by next week, things will turn out better, InsyaAllah. Ok people.... full stop for now... muaahss, da!


Mar 12, 2010

~~So we say farewell, for now is a new beginning~~



Tonight one of my good friend is leaving for Malaysia, for good!! Iskh, one by one is leaving me here in Melbourne, sob.... sob! But this friend, will make me cry a river. She's a friend, she's a sister, and sometimes even being a mother to me.... She knows me in & out. We share countless memorable moments, happy & sad, but most of them do make me smile to myself when I recall them back. I cant say much coz tears are already starting to overflow. Just wanna dedicate this song to you.....


The cherry blossom dance, under a chilly sky,
You walk away, dreams and hopes on your small shoulders,
As you leave, I want to tell you, I can at least be serious today, cant I?
To make my smile as beautiful as a garden,
And tell you when you need to hear it most,

Thank you, for laughing with me,Thank you, for crying with me,
It'll be okay, I'll try my best not to miss you,
The path you once believed in will soon be behind you,

So we say farewell, for now is a new beginning,
We say farewell, I'll understand why someday,
It'll be okay, You're not alone,You'll always have a place to come back to....


Thank you & sorry for everything Add. I doakan semua yang terbaik untuk U.... U'll be missed... a lot!!! Have a safe flight back. Hug & kisses....


Our last dinner in Melbourne 120310 - Gaylord Restaurant


Mar 11, 2010

~~Fakta mengenai Hari Kekasih (Valentine's Day)~~


Terjumpa artikel ni while browsing on the net. Moga kita tidak tergolong di kalangan mereka semua, Wallahu'alam.


Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari 'Valentine' ini.

l Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.

2 'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.


(Courtesy of Mstar Online - Forum)


Related Posts with Thumbnails