Apr 28, 2009

~~Sometimes it lingers on my mind...~~


A delicate little wild flower on Mount Dandenong.... I love it!


Hye people... today is my lazy day, so as I finished my tutorial just now, I was wandering around the city, to be specific Melbourne Central. Really couldnt just stay at home and faced this monitor all day long (even I still have heaps of work to be done). So,I went in and out few shops, window shopping, doesnt really love to shop alone, but I did spend some money today, hih! Went down to 1st floor without any direction, iskh... really hopeless huh! Went inside Borders, looking here and there, until I found magazine section... hmm... u know, all types of magazine are quite expensive nowadays, hmmm... really cekik darah ok, except for the gossips mag... the rest are way too expensive, and 1 of them of course architecture mag. As I was browsing around, my eyes came across this 1 mag, I thought I've seen it before.. yes, definitely the same mag but diff volume...I got it from a friend of mine, it was requested by me to have that mag from that country.. Which country?? Let me just keep it to myself.. And suddenly my mind lingers on ...... Hmm... years really passed by huh...

And time does change people a lot, in every way, in every aspect, physicals, feelings, the way of life, and not to be exaggerate the entire world, nothing is immortal except Him. Every phase has it's own memories and history, and so do I. Sometimes I do recall those old memories...sweet and sad, both.. Some of them do make me smile to myself. Hmm.. I missed all those good old memories, if only I can turn back the time and video them all, I would love to keep all the series in one tape so I can watch them over and over again. Anyway, talking about the mag, it is still in a good condition, as if I just got it yesterday (^-^). I couldnt recall whether I already thank the sender or not, huhu, hope I did!! (suddenly feels like listening to Alyah's song) Yeah, it's kind of true.. sometimes we do need to recall the old memories, to make us happy, to lift up our life, to use it as a direction in the future, dont we?? Unfold the good one and keep the bad one, as simple as that!! Be positive and confident, spread your arms, smile and you'll find happiness, InsyaAllah (^-^).

Apr 23, 2009

~~Unforgettable 10/4 - 18/4~~ Part II

DAY 2

We were supposed to join Add & Hamza to go to Great Ocean Road, but I preferred to bring Abang to go around the city first coz I thought it's not worth it to go to GOR in a day. It's too far and of coz tiring, 4 hours go and 4 hours to come back, 8 hours in a car!!(Well, it doesnt matter if I'm on a plane for 8 hours, hihih). So there we go, we went to Victoria Market in the morning, just to show him what does it looks like and for him to survey souvenirs for people back home, but he ended buying some souvenirs already... both hands were fully occupied, iskh, iskh! (bley tahan gak bershopping).

After about 2 hours wandering around the market, we went home for a while to drop the stuffs and solah, then headed to the city to find something to eat (yer saye malas masak pada hari ini, hehe)



Nia dia calon manusia gila shopping pada hari ini, muehuehue....


Had our lunch at Blok M, Ayam Balado, veeeeery yummy! Tu je pic tourist guide yang ada, yang lain suma muka cik abang.Then we were browsing around GPO and Bourke Street...Notice tak dia pakai sweater kuning yang baru dibeli pagi tadi, hekhek, tak menyempat!


Had a break at Fed Square, luckily there was a street performer at that time, and Abang did enjoy watching it.... hihihi... sampai la dia mengadu tak larat, so we headed back home (nak kejar solat sama sebenarnye, huhu)... tgk la muka kepenatan nye tuu... iskh, tak bley bawak bejalan langsung....camana I nak g Spain nih!!

End of day 2.

to be continue...

Apr 21, 2009

~~Unforgettable 10/4 - 18/4~~

DAY 1 & the night before.

Without a doubt, this was the biggest surprise I ever had.... bunch of feelings suddenly appeared when I first saw him standing in front of the seating area outside the airport. I didn't know how to react, was speechless along the way back home. I didn't expect any birthday celebration though (yer la, dah tua2 ni takla excited pun, panjang umur syukur Alhamdulillah). Reached home safely and still couldn't talk, not that I didn't know, they still bought me a cake, huhu... kena la tiup kan orang dah beli.. Later on that nite, I couldnt sleep really... had a long chat with abang (^-^)

It was a lovely fine day later on that morning... as planned, we had a trip to Mornington Peninsular for picnic aka celebration for my birthday(as planned by Abg & kroni2 nye, actually dia yang nak sangat g tepi pantai, kan kan....hamikk.. sejuk tak hengat)...



Bertolak dah nak dekat kol 11, masing2 bangun lambat. Then dah sampai, picnic kat Mornington Park dulu... yum..yum...


Dari kiri: Calon2 ibu mithali, anak mithali (Haziq), tukang masak mithali (Kak Amy), ayah mithali (Abg Bad) & tak lain tak bukan... perencana mithali (Cik Kiah)


Bergambo bagai.... last pic.... kroni2 perencana mithali (Fina & Kak Zura).. sebulan jugak la kena kelentong kan...


Jalan2 tepi pantai kat Sorento.. kunun2 romantik abes la... :P. Ada cruise/feri beso dari sini ke Geelong kalau tak salah...


Kami-kami... hihi

End of day 1.

Apr 9, 2009

(^-^)


My instinct says he is coming, so I prepared his favorite dish. No matter what it is... I will face it with a smile (^-^)



Apr 7, 2009

~~F.R.A.G.I.L.E~~


Me.... Xtra fragile.... at the moment..


Apr 1, 2009

~~Ikhlaskah kita? ~~

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,“Yang ikhlas.”“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:kerana suruhan-Nyakerana keredhaan-Nyakerana arahan-Nyakerana mentaati-Nyakerana patuh pada-Nya Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal

2. pertengahan

3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”“Aku akan jadi terkenal…”“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air. Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh. Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Wallahu a’lam.


(Courtesy of Bawang GorengZ, Mstar Online)

Related Posts with Thumbnails