Jan 9, 2009

~~G.O.L.D.C.O.A.S.T.~~



Penerbangan ke Gold Coast mengambil masa hampir 2 jam dari Melbourne. Perjalanan yang biasa, aircraft kadang kala terumbang ambing atas bawah kiri kanan disebabkan turbulance. Cuaca juga agak kurang baik pada hari itu. Hujan renyai2 menyambut kedatangan kami di lapangan terbang Gold Coast. Sebaik saja sampai di airport, terus pick up kereta & meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Demi Allah sungguh saya tidak tahu, accommodation yang di tempah agak lah jauh, huhu, lebih kurang 60 km dari bandar Gold Coast & 40 km dari Brisbane. Haruslah turun di airport Brisbane klu nak menginap di sini yer kawan2. Luckily perjalanan nya smooth sebab kami mengambil Pacific Highway instead of jalan biasa. Pemandangan adalah pemandangan biasa di tepi highway, dengan semuanya taman tema bertaburan di sepanjang jalan. Jeng, jeng, jeng... dah tau nak masuk exit yang ke berapa, hiks!

Sampai di tempat penginapan, quite occay. Sesekali terasa macam di Malaysia, sebab ada pokok pisang, pokok kelapa, huhu.... Biliknya pun occay, semuanya in house, dari dapur sampailah bilik mandi. Belakang rumah ada driving range, cantik... hijau, luas mata memandang. Lepas unload barang, haruslah mencari supermarket untuk membeli stok makanan, hehe, masing2 dah pucat kelaparan.

Hari pertama, nothing much to do, petang sudah menjelma ketika sampai di Gold Coast, so di malam harinya, hanya merayau ke tempat2 berdekatan dengan accommodation. Luckily ada sebuah shopping complex yang agak besar dalam suasana kekampungan itusss... Hyperdome nama di beri. (^-^)





Hari kedua, jeng jengggg.... semua pun bangun awal, bersemangat nak menjalani hari baru. Tempat pertama yang di tuju : Movie World!!! Alkisah nya terlampau excited, sampai awal hinggakan orang jual tiket pun tak masuk keja lagi. Haruslah berposing sakan depan pintu masuk, walaupun terik matahari dah ada atas kepala, heh!

Masuk je ke dalam Movie World, MasyaAllah, besonye tempat neh, sampai tatau nk ke mana dulu, ikut jek semua orang, macam2 lah ada dalam tu, sempat la bergambo dengan few characters, dia punyer amusement park pun manyak, tak ternaik semuanya sebab dah penat menjerit naik Spooky Train & Wild West Falls, Batman nye jet pejuang dll. Ada performance by Looney Tunes characters jugak. Siri animasi Shrek 4D adalah aktiviti wajib untuk ditonton. Sangatlah best occay, new experience orang kata! One thing yg mmg terkagum ada kt taman tema nih adalah prayer room, walaupun agak open, tapi tetap bagus coz diaorang dah start cater dengan orang2 dari negara lain. Taklah tercari-cari tempat tersorok untuk solat (^-^). Ada juga restaurant buffet halal yang kita boleh masuk sampai kedai tutup klu kita beli package buffet tu, so... nak masuk berapa kali & makan sampai perut buncit pun, tukang masak tu takkan marah. Hari pertama di sini di akhiri dengan Movie Parade. Semua characters kuar buat perbarisan sampai melambai-lambai kepada pengunjung. Diaorang tutup kedai lebih kurang kol 5 30 gitu. Sungguh seronok hingga terbawa bawa sampai dalam tidur, huhu, haruslah penat occay!





Hari ketiga, ke Sea World. Sama seperti Movie World, tempat ini amatlah besar, macam2 ada bak kata pakcik dalam channel Astro tu. Performance ikan lumba2, singa laut, jet ski dll. Saya paling suka menonton siri animasi 4D hidupan dalam laut. Ntah apa ke namanye, lupa dah, hihi, tapi tetap best mcm Shrek 4D jugak. Amusement park kering & basah juga ada di sini. Mungkin nasib kurang baik, hari itu hujan agak lebat, dan byk permainan ditutup atas sebab keselamatan. Lepas hujan reda jek, tergedik gedik naik itu ini, hih! Naiklah berapa kali pun, makcik jaga tu tak marah, yerlah, tiket mahal ooOooOo.....

Owh ya, Movie World & Sea World adalah di bawah pengurusan yang sama, jadi tiket kedua-duanya boleh dibeli secara package dengan harga yang agak murah daripada harga apabila dibeli berasingan (tips nih!!) .Dan haruslah bawak pakaian salin kalau nak mandi manda occay! Kalau tak, tengok tepi kolam je la. Prayer room juga ada di sini, tapi sangatlah open sampaikan klu hujan, not advisable untuk bersembahyang di sini, sudahnya kami bersolat di dalam kereta sahaja. Hari ini jugak kami balik sambil tersengih dalam keadaan yang amat penat, huhu!




Hari ke empat, kami menuju ke Currumbin Wildlife Park, suasana biasa seperti di mana2 zoo, kami memilih untuk naik keretapi instead of berjalan. Sepanjang perjalanan naik keretapi ada banyak cicak beso tu, eyyy takut!! Taklarat sehh, beso tempat tu. Acara yang paling digemari adalah acara bergambar dengan Bobby si koala. Nervous abes la time dukung Bobby neh. Sib baik la dia behave, huhu, kalau tak mau di cakar dengan kukunya yg agak panjang & tajam tu. Lepas say hi hi bye bye kat semua binatang, kami teruskan perjalanan ke city pulak.

Wax Museum ialah salah satu tempat kunjungan di city, bapa ntah tiket. Overall muzium ni buat pameran patung2 lilin, manyak la tokoh2 terkenal yang ada kt sini ie Kylie Minouge, harga patung dia lebih kurang Aud60-70k, fuhhh.. bagi kat haku buat kenduri kawen pun best. Tapi yang tak bestnye diaorang diletak dalam glass box, tak macam kt UK nun, so takleh la nk posing2 manja ala letak kepala atas bahu patung, huhu. Tingkat bawah tanah ada lagi, but this time ada tourist guide tunjuk jalan sambil bercerita. Ceritanya pasal jenis2 hukuman zaman dahulu kala, ngeri abes la, dah la lampu ala2 suram jek, jenis hukuman yang tak pernah terpk dek akal pun ada dalam muzium tu, taknak la cita, nnt mimpi, nak tau g tgk seniri, heh! Saya juga kurang gemar mengambil gambar patung2 manusia neh, so... tak byk la gambar kt Wax Museum neh!

Sesudah selesai di Wax Museum, berjalan seketika di city, balik awal today coz nak mengejar waktu solat. Malam hari just stay kat bilik sambil makan nasik dengan sardin masak cili + telur dadar, sedap wooooo.... (#^-^#)





Last day gi Gold Coast, cuma merayau rayau di sekitar bandar mengambil gambar, ke tepi pantai Surfer's Paradise dan menabur duit di kedai2 souvenir, heh! Agaklah mahal souvenir di sini, so.. sekadar beli yang kecil2, yang beso2 tengok je cuci mata. Penerbangan pulang dijadualkan pada pukul 2 15 pm, so kol 1 lebih dah sampai airport coz nak pulangkan kereta dulu. Semuanya selamat, tak ada benda yang tak diingini berlaku, Alhamdulillah. Walaupun saya tidak mengunjungi semua taman tema yang ada di sini, saya tetap berpuas hati & gembira dengan vacation ini. Jika ditakdirkan saya datang lagi ke Gold Coast, saya ingin membawa adik2 & keluarga bersama, InsyaAllah (^-^).



Travelled period : 27 Nov - 1 Dec '08
Ahli rombongan : Kak Dilah (ketua rombongan), Kak Hasnah, Dian & Me!!

1 comment:

filz said...

Bestnyer....Bila ler dapat nak pegi yek? Dalam mimpi jer kot....Hihihi....

Related Posts with Thumbnails