Feb 27, 2011

~~Tak larat~~


Since hari Jumaat mmg dah terasa tekak sakit & badan panas2 sket, biarkan aja. Esok baiklah tu.... Malamnya hidung dah start berair. 'Iskh, taknak demam lagiii..., cukup la sekali dulu...' kata dalam hati. So pulun minum air masak bergelen-gelen.

Hari Sabtu, semalam..... mmg tak larat, gagahkan diri bangun awal, sebab tergedik nak g Lorong Haji Taib. Hih, bukan ada pun, nk beli benang jek. Then singgah dewan Taman Keramat AU2 sbb ada sale baju + barang baby. Ternampak banner on the way nak g KL. Abang terus tarik muka lepat liat, muehehehe. Mmg teruja g situ, rambang mata, tapi disebabkan financial tk berapa nk stabil, beli sket2 je dulu. Abang mmg layankan aja kerenah wife dia yg ala2 mereng nih.

Then balik umah, lepas Zohor kuar g makan kenduri pulak. Pengantin cantik, makan pun sedap (^-^). Tak padan dengan sakit I pulun makan banyak gak, heh. Asyik sneezing dalam keta sebab air cond. Panas kat luar MasyaAllah, macam dalam oven. 'Panas penyakit nih', abah cakap.

Banyak pit stop ok, dengan jam tak hengat nya kat area Ampang tu, we all pegi Carrefour pulak. Beli barang untuk BBQ, jemput family2 aja. Orang kat Carrefour MasyaAllah ramai. Buat semak perut jek. The BBQ went well, sbb adik2 yg tolong buat. Gegak gempita 1 umah dengan kehadiran makcik2 yg mmg suka bersembang. Tak larat smpi lupa nk snap pic. I mmg cakap kt abah awal2, arini macam nak pengsan + tak larat. Dengan mata merah, runny nose, sore throat, coughing etc, suma lah ada, package lengkap.

Larat tak larat, I tolong la kemas umah lepas tu, tolak2 sofa balik, sapu2, basuh pinggan. And right now, takleh tdo, since pukul 4 am tadi... badan panas.... air dah bergelen telan. Asyik ulang alik masuk toilet & kaco abg tdo, heh. And one more, risau, sbb dari semalam tk rasa movement baby, huuu. Ke mama yg tak perasan baby buat 'somersault' kt dalam tu? Sian baby, mama tak jaga kesihatan btol2. Takut nak telan panadol byk2, takut pulak effect kat baby. Esok mama try minum air bali pulak, hopefully panas badan boleh turun, runny nose & batuk ni bley kurang sket, InsyaAllah.

Dah 540am ni, jap lagi nk masuk Subuh dah.... Okie people, have a good day... jaga kesihatan ok, muaahsss..... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

No comments:

Related Posts with Thumbnails