Feb 11, 2011

~~Kisah di KKIA,Taman Sri Rampai~~


Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat hari ni. How time flies... I dah 20 weeks 5 days today. Alhamdulillah....so far semuanya ok, Allah permudahkan segalanya, takda morning sickness yg teruk2 dari awal pregnancy

So hari ni kena g Klinik Ibu & Anak, untuk check ada diabetes ke tak since abah ada diabetes. Set alarm kononnya nk bgn 530 am nk goreng karipap bawak bekal la kan. I kena puasa starting from 10 pm semalam sampai la abes procedure tadi.

Nope... nope, tk bgn @ 530 am, 610 am gak jadinye. Sebab? Sebab takleh tdo coz baby sangat aktif @ 300 am (ceh , alasan semata-mata). At last mak jugak yg tolong goreng karipap & prepare bekal, heh!!

Gelap gelita kol 655 am, we all pun gerak dari umah, kekonon nak dapat no 1 la kan untuk treatment. Muehehehe... takde maknanya, ada org dtg lagi awal. So I dpt no 4, errr... bley dpt adiah lg ke ekkk klu no 4?

Orang pun tk ramai hari ni, & abg tunggu smpi 830 am before he headed to work. Kisahnya lepas amik darah 2nd time untuk check diabetes, ada doc masuk & sorang trainee doc yg nak belajar guna ultrasound. So lepas pulun makan karipap 2 bijik, I telah di jadikan bahan ujikaji untuk sesi pembelajaran itussss.

Lama jugak la I tahan geli time diaorang asyik larikan alat ultrasound tu atas perut. Nak cari kepala baby la, nak cari spine la, nak cari bontot baby la. Baby pulak time tu la dia nak gerak2 pusing sana sini. Sib baik la doc tu friendly & byk sembang, klu tak seriously dah lama I lena, huhu.

Alhamdulillah.... according to the doctor, tumbesaran baby ok, selari dengan usia 20 weeks of pregnancy (^-^). And..... gender.... jeng jeng jeng..... biarlah rahsia dulu, muehehehe. Doc cakap dia dah nampak, but dia kata, ikut experience dia, since baby kecik lg, dia tak confirm btol2 la lg, hiks!!! I sengih2 kerang busuk jek la.

Ok, esok pagi ada check up dgn Doc Halim pulak. Kena bgn awal lagi.... heeeeee.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

No comments:

Related Posts with Thumbnails