Masa kualiti @ quality time, pelik ehhh bila translate ke BM. Ke I yang tak reti translate?? Dunno. Bagaimana anda semua menghargai quality time anda bersama orang tersayang especially family?
I baru balik dari kampung hubby last Wednesday. How did we spend our quality time together?? Dah jadi rutin... makan malam mesti sama2, sebab breakfast & lunch, masing2 sibuk ie: g keja, bgn tdo tk sama time etc. Kalau keluar mesti angkut adik beradik sekali sbb sekali sekala jek balik.
And walopun skill memasak I takde la sebagus mana, I try jugak buat nasik kerabu yg hubby request untuk jamu family & kawan rapat family. Ok seriously that day memang I takut gila nasik kerabu I tak jadi, tambah pulak diri seniri bagi idea nk bt ayam percik Kelantan sekali. Tapi....it turned out quite well I guess (^-^)
Walopun I ni jenis tk byk mulut (hubby cakap PR I very weak, huh), tapi I try to take part jugak, walopun sekadar jadi mak pacak, hihi. And this time balik I sempat teman mak mentua g shopping kt bazar. Sungguh happy sekali mak mentua I shopping, pastu sempat lagi kami singgah pasar malam dekat umah survey harga tudung, muehehehe.
For my family pulak, since form 1, kami 4 beradik memang dah di antar ke sekolah asrama. So our quality time hanya bertumpu waktu cuti sekolah bila semua adik-beradik balik bercuti. Tapi tak jugak coz my parent sibuk bekerja. So, we all adik beradik akan stay kat umah arwah Tok Piah & arwah Tokwan Hadi. Time we all kecik2 paling best I rasa. Sebab abah & mak selalu bawak g jalan2, gi Terengganu, Kelantan, Teluk Batik, Langkawi, g berkelah, balik cuti raya kt Teluk Intan etc.
Ni time balik beraya kt Teluk Intan, umah arwah Tok Man, me & siblings & a cousin.
Dah tua2 ni, jarang dapat spend masa sama2, eventhough I still tak keja. Yer la, adik2 sibuk dgn keja & study, abah pun sibuk kt opis, Abg Jan dah ada family seniri, tinggal la mak, Liana & anak2 sedara jek kt umah. Jarang la dapat makan complete 1 family. Even dgn hubby pun kadang2 tkda quality time, especially hari bekerja. Abes jauh pun g dating kat Hero beli ikan bilis, aci tak gitu? Hehe.... but it's ok, masing2 ada tanggungjawab masing2.
Dekat jeti bot nak g Seberang Takir, Terengganu with Mak Njang's family.
Pic bajet comel with little brothers - Kelantan
Kalau I recall balik, time stay kt Penang dulu lgi banyak quality time dengan family kot. Pagi2 lepas Subuh ikut abah g jogging kat Tasik Mengkuang. Then singgah market beli ikan sambil pekena nasik lemak kt warung dekat2 situ. Balik umah sambil tunggu mak masak, tgk TV sama2.Petang pulak, tolong abah basuh keta or semua pakat melepak amik angin atas buai depan umah Makteh. Sembang punya sembang sampai nak dekat Maghrib. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan sekarang. Dah takda orang kt umah Tanah Liat tu, sekali sekala jek balik tgk umah, dah tak meriah macam dulu. Owh, how I miss those moments.
Pic taon lepas - jogging @ Mengkuang Dam
Hubby pun ikut sekali time ni.
Tak macam adik-beradik hubby, I dgn adik2 I jarang kuar sekali. Kalau kuar sekali pun pegi makan kenduri sedara mara or kawan2 rapat. Other than that, not that I remember. Yer la, diaorang burung hantu, siang tdo malam berjaga. One more reason, I tak gemar sangat merayap sampai pagi2 buta or kuar malam la. Kalau g Jusco'dut' I ok, hehehehe (^-^).
Owh, hari ni I spent quality time dgn hubby, we all kemas bilik, pilih2 barang yg suka hati disumbat di tepi/ dalam almari. Hihihi, bapa lama dah suh hubby tgk barang dia, tak jalan jugak. So arini I kuarkan semua longgok depan dia, muehehehe. Akhirnya berjaya clearkan sket almari yg dah penuh. Wiken lain2, ada jugak our quality time, nak tau?? We all masak sama2, sidai baju sama2, basuh keta sama2 (ni baru sekali buat, tu pun setelah dipaksa). Iron baju jek hubby fail, so I yg kena buat.
Quality time dengan pakcik makcik & sepupu sepapat. Simple, family I mmg suka buat makan2, eventhough bukan birthday party. Kalau we all terasa nak buat, kami akan buat jek tanpa ragu2. Selalunya buat BBQ, jemput la semua adik-beradik & jiran2 dekat umah.... So macam tu la we all spend our quality time together. Like yesterday, Mak Njang buat makan2 untuk birthday 4 org sepupu I. Gegak gempita 1 umah macam nak runtuh. But yang penting semua orang happy....Jumpa untuk tukar2 cerita, update gossip etc, hehehe.
So, bagaimana pulak u ols spend quality time dengan family?? I believe masing2 ada cara tersendiri.... Ok lah, muaahsss, da!
When you lose your way, to Allah you should turn.
No comments:
Post a Comment