Feb 27, 2011

~~Tak larat~~


Since hari Jumaat mmg dah terasa tekak sakit & badan panas2 sket, biarkan aja. Esok baiklah tu.... Malamnya hidung dah start berair. 'Iskh, taknak demam lagiii..., cukup la sekali dulu...' kata dalam hati. So pulun minum air masak bergelen-gelen.

Hari Sabtu, semalam..... mmg tak larat, gagahkan diri bangun awal, sebab tergedik nak g Lorong Haji Taib. Hih, bukan ada pun, nk beli benang jek. Then singgah dewan Taman Keramat AU2 sbb ada sale baju + barang baby. Ternampak banner on the way nak g KL. Abang terus tarik muka lepat liat, muehehehe. Mmg teruja g situ, rambang mata, tapi disebabkan financial tk berapa nk stabil, beli sket2 je dulu. Abang mmg layankan aja kerenah wife dia yg ala2 mereng nih.

Then balik umah, lepas Zohor kuar g makan kenduri pulak. Pengantin cantik, makan pun sedap (^-^). Tak padan dengan sakit I pulun makan banyak gak, heh. Asyik sneezing dalam keta sebab air cond. Panas kat luar MasyaAllah, macam dalam oven. 'Panas penyakit nih', abah cakap.

Banyak pit stop ok, dengan jam tak hengat nya kat area Ampang tu, we all pegi Carrefour pulak. Beli barang untuk BBQ, jemput family2 aja. Orang kat Carrefour MasyaAllah ramai. Buat semak perut jek. The BBQ went well, sbb adik2 yg tolong buat. Gegak gempita 1 umah dengan kehadiran makcik2 yg mmg suka bersembang. Tak larat smpi lupa nk snap pic. I mmg cakap kt abah awal2, arini macam nak pengsan + tak larat. Dengan mata merah, runny nose, sore throat, coughing etc, suma lah ada, package lengkap.

Larat tak larat, I tolong la kemas umah lepas tu, tolak2 sofa balik, sapu2, basuh pinggan. And right now, takleh tdo, since pukul 4 am tadi... badan panas.... air dah bergelen telan. Asyik ulang alik masuk toilet & kaco abg tdo, heh. And one more, risau, sbb dari semalam tk rasa movement baby, huuu. Ke mama yg tak perasan baby buat 'somersault' kt dalam tu? Sian baby, mama tak jaga kesihatan btol2. Takut nak telan panadol byk2, takut pulak effect kat baby. Esok mama try minum air bali pulak, hopefully panas badan boleh turun, runny nose & batuk ni bley kurang sket, InsyaAllah.

Dah 540am ni, jap lagi nk masuk Subuh dah.... Okie people, have a good day... jaga kesihatan ok, muaahsss..... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 25, 2011

~~Jumaat suda...~~


Alhamdulillah.... dah hari Jumaat, & Alhamdulillah.... masih dipanjangkan umur. Owh, mood I dah kembali normal. I suka hari Jumaat, ihiks. Yes I know.... why nak suka hari Jumaat klu jadi surirumah jek, hari2 pun cuti kan? Why?? Why??

Sebabnye.... esok hubby cuti, weeahhuuuuuu, boleh la daku demand pegi merayap-rayap ke serata perosok alam, eheh. Bosan okeh dok umah jek...

Dah abes tugas bibik kat dapur. Hari ni xda plan pun, so sangap je la kt umah, sambil2 tu buat hair clips untuk Lanna & Liana. Then sangap lagi... hehe.

Esok nak attend kenduri kt Ampang, tapi takda baju yg seswai nak pakai sbb baju kurung suma dah ketat, huuuuuuuu. Harus la I pakai jubah mak saja... heheh. Takpun aci tak kalau pakai blouse dengan suar ali baba jek, iskh pelik la pulak kan.......

Aaaa.....aaa..... seriously takdek modal nk bergossip... ok lah, da!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 24, 2011

~~Iskh~~


Geram, sakit hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... marah sangat sangat sangat sangat sangat sangat hari ni!! Iskh.... pagi2 dah bagi org naik hangin!!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 22, 2011

~~Wiken lepas~~


Wiken lepas I & hubby ada buat aktiviti kt luar. Hari Sabtu je la. Hari tersebut dikenali sebagai hari mari pegi hospital, hehe. Upsss... bukan kami berdua yang sakit tau.....

Ni baby yg baru dilahirkan sehari, kami jumpa kt Hospital Pantai, Bangsar. Bukan baby I of course, comel kan?? Kulit merah jek....

Ni la mak nye, Puan Siti aka Kak Tee. Bersalin hari Jumaat lepas, awal 3 hari dari date yang sepatutnya. Tahniah Siti & Eri for your new born.

Ni pulak akak kepada baby tersebut, Zahrah namanya. Disebabkan 'gap' umur diaorang hanya setahun sebulan, so dia buat tak reti jek kt adik dia. Tunggu beso sket baru paham kot.

For some reason pic ni jadi terbalik & I malas nak adjust. Lunch dekat Zainul Nasi Kandar, PJ, bersama hubby, Cmeen & Chon. Layannnnnn......

Lepas isi perut kt ZNK, we all ramai2 gi PPUM. Lawat Rezqi, kena viral infection. Upsss, Rezqi tu nama baby tu. Bapaknya tu kawan kitaorang time sekolah menengah. So, pegi melawat sesama rakan, bagi moral support.

Cute kan?? Time ni Rezqi baru bangun tdo, so muka ceria sket sbb dah cukup rest, hihi. Okeh, sesapa nak cop buat menantu di persilakan (Eceh, mcm anak I pulak, kekeke)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~301~~


Dah post yang ke- 301, hih. I malas nk menaip byk2 arini. So... banyak tempek gambo jek. Aktiviti sekitar 1-2 minggu lepas. Layannnnn................

We all pegi tgk umah kt Puchong, I mean umah yg dah di beli 8-9 taon lepas, tadi takda org sudi nak duduk kt situ. Dah bley jadi zoo dah umah tu, huhu. Then, g visit cousin kt sekolah dia. And pic di atas ialah aktiviti membaham durian sebelum bertolak balik. I telah telan 4 ulas durian tanpa ragu2 dengan penuh kenikmatan. Malam tu harus la xleh tdo sampai ke pagi (o_O#)

Ni water fountain kat Jusco AU2, Setiawangsa. Lepas makan2 & beli barang, lepak2 jap kt sini. Ada mak bapak lepas anak2 diaorang mandi manda kt situ, sib baik tak bawak sabun & syampu sekali, hih!

Hubby, menikmati suasana malam. Actually dia tingin nak join main water fountain tu, tapi dia malu, muehehehe.

Lampu lip lap lip lap anak mami bentuk binatang kat sekeliling tu.

Penulis juga tidak ketinggalan untuk bergambar. Tak gemuk kan untuk ibu mengandung 5 bulan?? Kan?? Kan?? (sila cakap tak)

Yerrr.... ini ialah kek hari lahir. Tapi bukan untuk hubby I, hubby I muda lagi mcm I. Kek ni untuk abg ipar hubby I. From Secret Recipe, sedap, ada layer of ice cream kat dalam tu, yumm!!

Ini dia besday boy, huh, boy lagi ke? Anak dua dah ni, hehe. Alhamdulillah masih di panjangkan umur (^-^)

Makanan sampingan malam tu aka our dinner. Sambut kecik2 jek kat umah. Save budget!!


-TAMMAT-

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 17, 2011

~~Saja-saja~~


Takdek modal pulak nk update blog. 2-3 hari ni jiwa kaco sket, ntah la napa, Arini ok sket. Awal pepagi buta dah kuar g HKL teman hubby buat check up. And we ended up tatau jugak result coz kena buat CT scan pulak. Next check up is in April. Hopefully xda apa2 yg serius, Amin.

Second thing, owh anak sedara I dah bertambah lagi sorang. Biras I or senang cakap akak ipar I sebelah hubby selamat gave birth to a baby boy, 3.8 kilos normal delivery youuuuu. Sungguh tembun & gebusss baby itu, nama?? Belum tau lagi..... Apa2 pun congrates Kak ZIla & ABg Li. Pasni turn I pulak... moga2 dipermudahkan segalanya walopun badan ni bagai di pam-pam, InsyaAllah.


New addition to the family. Pic 'pinjam' dari facebook Asyraf adik iparku, hehe. Comel kan??

Next, one of my good friend back inMelbourne pun dah nak due next Monday. Satu pesanan dia - 'merayap selagi boleh'. Hehe, kami berdua mmg dikenali sebagai pasangan yang suka merayap di setiap ceruk Melbourne dulu, especially ke 'flea market' (^-^).

Hmmm, , baru I realize yang I mmg di kelilingi dengan mak2 buyung lately, hehe. Maybe untuk tambah semangat & kurangkan rasa takut.

Upsss, actually naik atas nak mandi & kuar berhoya hoye di Jusco'dut'. Tetiba jek melekat depan PC, hihi. Ok lah update serba sedikit... muaahssss, da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 14, 2011

~~Romantika D'Titiwangsa~~


Bley buat tajuk filem tak? Hehe.... so last Saturday I ada check up dgn doc Halim. Alhamdulillah sumanya ok except for 1, I gained 4 kilos in 6 weeks!!! My God... And according to doc Halim, it's not good for me & baby. Increase of 1.5 kilos per month is normal he said. Huhu.... so I pun kena la catu makanan pasni, especially those mouth watering yumm yumm carbs... (-_-#)

After that we accidentally bumped into abah & mak yg pegi pasar hari kt Melawati, and we ended up g breakfast sama2 buat kali kedua since abah insisted (me & hubby dah b'fast before jumpa doc Halim). Abg tanpa segan silu makan nasik lemak sebungkus, iskh iskh iskh....

Lepas tu balik umah, I mula la plan itu ini. Since I dah google all the informations, nak tak nak abang kena bawak I g Lorong Haji Taib... eheh. Upsss.... jgn pk lain ok, I wanted to buy a quilt batting for my next project (^-^). Happy happy, pusing punya pusing..... jumpa gak kedai yg I nak g tu. Ok la the price, Rm7/= per meter. Ada kt tempat lain jual Rm15/=, huhu.

And to our surprised, siang2 pun ada 'Nyah'. Huuuu.... tk koser akak nk jalan dekat2, takut.. cepat2 masuk keta & kunci pintu. Berani btol diaorang buat bisnes siang2....

Eh, byk la pulak bebel kan.... lepas bershopping kt Lorong Haji Taib... aktiviti berdating + bergambar sambil makan pasembor + cendol pun bermula..... (^-^)

Bergambar ala pelancong sambil cover perut yg kenyang.

Ni Rajnikanth sesat kt Titiwangsa, muehehehe...

Posing konon2 chomel tepi tasik (sekali sekala perasan)

Both of us before hujan turun & kena balik, byk lagi pics actually,
tp kang takut muntah plak tgk byk2....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 11, 2011

~~Kisah di KKIA,Taman Sri Rampai~~


Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat hari ni. How time flies... I dah 20 weeks 5 days today. Alhamdulillah....so far semuanya ok, Allah permudahkan segalanya, takda morning sickness yg teruk2 dari awal pregnancy

So hari ni kena g Klinik Ibu & Anak, untuk check ada diabetes ke tak since abah ada diabetes. Set alarm kononnya nk bgn 530 am nk goreng karipap bawak bekal la kan. I kena puasa starting from 10 pm semalam sampai la abes procedure tadi.

Nope... nope, tk bgn @ 530 am, 610 am gak jadinye. Sebab? Sebab takleh tdo coz baby sangat aktif @ 300 am (ceh , alasan semata-mata). At last mak jugak yg tolong goreng karipap & prepare bekal, heh!!

Gelap gelita kol 655 am, we all pun gerak dari umah, kekonon nak dapat no 1 la kan untuk treatment. Muehehehe... takde maknanya, ada org dtg lagi awal. So I dpt no 4, errr... bley dpt adiah lg ke ekkk klu no 4?

Orang pun tk ramai hari ni, & abg tunggu smpi 830 am before he headed to work. Kisahnya lepas amik darah 2nd time untuk check diabetes, ada doc masuk & sorang trainee doc yg nak belajar guna ultrasound. So lepas pulun makan karipap 2 bijik, I telah di jadikan bahan ujikaji untuk sesi pembelajaran itussss.

Lama jugak la I tahan geli time diaorang asyik larikan alat ultrasound tu atas perut. Nak cari kepala baby la, nak cari spine la, nak cari bontot baby la. Baby pulak time tu la dia nak gerak2 pusing sana sini. Sib baik la doc tu friendly & byk sembang, klu tak seriously dah lama I lena, huhu.

Alhamdulillah.... according to the doctor, tumbesaran baby ok, selari dengan usia 20 weeks of pregnancy (^-^). And..... gender.... jeng jeng jeng..... biarlah rahsia dulu, muehehehe. Doc cakap dia dah nampak, but dia kata, ikut experience dia, since baby kecik lg, dia tak confirm btol2 la lg, hiks!!! I sengih2 kerang busuk jek la.

Ok, esok pagi ada check up dgn Doc Halim pulak. Kena bgn awal lagi.... heeeeee.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 9, 2011

~~Dah rasa 'dia' gerak-gerak (^-^) ~~


Dah nak dekat pukul 12 am, yer I belum tdo. Hubby dah lama belayar. Saja tgk2 internet cari kedai jual barang jahit yg murah. Hajat di hati nak g terjah wiken nih.

Other reason tak tdo lagi is, I rasa teruja + seronok + gedikss + rasa nk lompat & sewaktu dengan nya, sebab dah rasa movement baby dalam perut. Bila terasa, senyum sorang2 sambil tgk perut toing toing. Rasa macam 24 jam nak tgk perut jek.

Maybe before this I tak rasa sangat, but starting from yesterday, dah bley rasa byk kali baby gerak, hih. Waktu awal pagi & petang.

"Mama dah minum susu & makan nasik untuk baby", I cakap kt baby sambil pegang perut. Pastu ada rasa movement... hikhikhik, baby bagi respon. Pastu sembang2 lagi, ada respon lagi. Klu orang taktau mesti diaorang ingat I gila cakap sorang2, heh.

Abang plak dari semalam asyik pegang perut nak rasa baby gerak, tapi baby malu kot. Malam ni tetiba dia gerak banyak & hubby bleh rasa. Terus sengih sampai ke telinga. This is one of the greatest miracle in life, dont u think so? Alhamdulillah & terima kasih ya Allah sbb bagi I peluang untuk rasa pengalaman ni.

Ummm, ok lah, masa untuk tdo, esok as usual nak bangun awal jadi tukang masak. Da, nite people... muaahssss.



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Mak buyung yang asyik ngidam~~


Ya, tidak syak lagi I mmg asyik nak makan itu ini lately. Tapi most of them benda yg senang cari la. So last wiken, tingin sangat nak makan laksa & ais kacang. Nak jugak kombinasi makanan tu, huhu.

So we all pegi la gerai makan tepi jalan dekat2 umah. Memang harus la takdek laksa di malam hari, selalunya org jual petang2. Then, since cuti raya Cina, kedai pun banyak tutup.

Melabuhkan punggung di sebuah kedai ala2 tomyam. Laksa memang confirm la takdek. "ABC dah abes dik, kedai pun banyak tutup ni, so cepat abes", kata makcik kedai tu. Owh sekali lagi I keciwa, takde rezeki, huhu (o_O). So redha jek makan benda lain.

Tu kisah hari Ahad, ni kisah hari Isnin pulak... hihi. Nak dekat2 hubby abes time keja, time tu la suma benda terasa nak makan (motif nak ajak hubby kuar jalan2, heh). So, tetiba ngidam nk minum rootbeer float A & W.

Sib baik la kat Wangsa Walk ada A & W. Kali ni tak bagi chance, minum float + makan (ni sampingan jek, tk ngidam pun) dengan penuh kenikmatan. Syukur ya Allah untuk rezeki ini.

A&W rootbeer float + curly fries yg menjadi pojaan perut+baby ku. Sila abaikan tangan gebu ituss.... hih!

Ecehh terbalik pulak pic nih, belasah jek la. Apa ntah nama burger ni, ada dalam set tu, so we all belasah jek beli sbb yg dalam set lagi murah dari beli items asing2. Yummmmm..!!



P/s : Hari ni terasa nak makan satay ikan pulak, huhu. Dah kirim kat mak mintak dia beli time amik Liana kat sekolah. Hopefully pokcik tu datang arini, Aminnnnn (^-^)



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Entri di kala bosan~~


Takdek motif pulak nk update blog, hehe. Time2 macam ni Aliff tdo, Lanna pulak layan Tom & Jerry kat youtube. So mak sedara diaorang sangap tatau nk buat apa, huuu.

Pagi tadi buat mee goreng ala mamak untuk hubby bawak bekal. Actually tak larat nak pk masak lauk apa pagi2 buta. So, mee goreng mamak pun jadikkkk, abang cakap sedap, ihiks. I know I memang masak sedap pun (^-^).

Hari ni mandom sket, ntah la napa tak larat sangat. Kol 10 am lebih camtu, tdokan Aliff, dengan I sekali terbabas. Sampai mak kuar nk amik Liana pun tak sedo. Terjaga dah 12 lebih. Kelam kabut bangun masak, huhu... yer la, budak2 nak makan nasik. End up sempat masak sayur lemak, telur dadar dengan udang goreng kunyit. Sib baik mak beli gulai, hih.

Ahaaa, ni pulak cita last weekend, gelagat si Aliff yg notty tapi pandai bergaya. Jiran selang 2 buah umah buat kenduri kawen adik dia. So we all pakat pi ramai2 sbb kes malas masak, bley gitu?? So tgh hari panas la kan, Aliff muchoo pun bergaya sakan dengan payung dia, hih. Bley tahan anak sedara ku yg sorang nih!!

Tengok tu.... bawak payung kaler2 lagi.

Bley plak posing tengah2 panas... huhu

Kat bawah ni pulak pics time kitaorang pegi Hero kelmarin. Nak biar dalam kedai, abes suma benda dia capai, so bagi chance dia naik mainan kt tepi Hero tu, tak gerak pun takpa, janji bley naik & dia behave buat seketika (^-^)


Vroommmm...vroommmm

Tengok tu muka happy Aliff. Klu ada sebijik kt umah benda alah ni confirm 24 jam dia dok atas tu, huhu.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Ubat gigi untuk ibu mengandung~~


Salaam hari Rabu..... smile people.... smileeeeee.... (^-^)

Ok, topik pagi di Rollinglifes : Ubat Gigi Ibu Mengandung (Maternity Tooth Paste)

Seriously I tak penah tau pun ada benda alah ni. Kisahnya time pegi umah Add the other day, macam2 tips la I dapat, since Linda dah beranak 1 & I consult terus dengan Cik Add si Pharmacist, hih!

So, hubby tolong google pasal ubat gigi nih, jumpa la 1 brand. Tapi I belum beli lagi. Sapa2 yg penah beli/guna produk ni please advise.... And ada tak ubat gigi ibu mengandung dari jenama lain??

Kenapa Mesti ubat gigi materniti Pureen?Kenapa x ubat gigi lain..Nie jawapannyer..

Ubat gigi Materniti PUREEN selamat untuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi:-

- Fluorida
-Sodium Lauril Sulfat
-Sakarin

Ubat gigi PUREEN mengandungi:-

-Kalsium 3 kali ganda dan fosfat untuk menguatkan gigi dan memutihkan gigi.
-8% Xylitol untuk merangsang rembesan air liur dan mencegah kerosakan gigi.
-2.1% Sarcosinate untuk mencegah nafas berbau.

Kenapa Tanpa Fluorida?

-Fluorida adalah lebih toksik daripada plumbum dan sedikit kurang toksid berbanding dengan arsenik. Ia merupakan bahan buangan industri pembuat baja dan racun tikus dan serangga.Fluorida adalah toksik,boleh memudaratkan kesihatan dan memberi kesan kumulatif dlam badan manusia walaupun diambiil dalam amaun yg kecil.Kajian menunjukkan bahawa fluorida boleh masuk ke dalam plesenta.

Kenapa Tanpa Sodium Lauril Sulfat?

-Sodium Lauril Sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yg didapati pada ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yg melindungi mulut.

Kenapa Tanpa Sakarin?

-Sakarin disintesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Environment Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. ia boleh meresap masuk ke dalam palenta dan mempengaruhi fetus.




Whatever it is, bagus jugak info kat atas ni ehhh. Kalau takdek jenama lain yg lagi meyakinkan, I rasa I akan beli ubat gigi nih (^-^)


p/s: Susu pun dah nak abes, kena la g borong jugak petang nih!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 8, 2011

~~Kudap-kudap hari minggu~~


Uppsss, sebelum g mandi, nak update 1 lagi post. Hehe.... ini ialah cream puff yang I buat untuk kudap2 last weekend. Dah buat hari Jumaat untuk birthday party kat umah Mak Njang, but I sempat rasa 2 bijik jek. So balik rumah, hari Sabtu I buat lagi since inti custard cream tu ada baki lagi (^-^). Rajin kan I? Kan? Kan??


Ni ingredients untuk puff.

Adunan puff yang dah siap

Box of nozels yang beli kt Melbourne dulu. Actually most of these nozels are meant untuk buat cake decoration guna icing coz lubang dia suma kecik2. But I belasah saja guna... hihi.

Puff bentuk siput 'bite' size.

Closed up sket!! Comey kan, kan....!!? (Sila cakap comey)

Okeh, bley masuk oven & bakar for 20 minutes @ 180 degree Celsius.

Puff dah masak, bley la masukkan custard cream ni dalam perut puff. Then boleh ngap!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Aku seorang surirumah~~


Hehe, best tak tajuk??

Hari ni seperti biasa lepas Subuh terus masuk dapur. Sempat masak sambal telur & ayam goreng berempah untuk hubby bawak bekal lunch hari ni. Lauk2 lain karang baru masak sebelum bebudak kecik tu balik dari sekolah.

Kelmarin masak sardin, gulai, ayam masak kicap & sayur sawi. Ada lagi baki, so takyah nak pulun masak sangat arini. Just nak buat sup daging & gulai jek jap lagi. Pastu bley mengulit dengan Aliff depan TV (^-^).

Teruja ; pagi tadi lepas hubby g keja, saja lepak2 kat hall sambil baca paper & tunggu Aliff mai. Tetiba perut rasa geli-geli gitu. I pun dok dendiam tgk perut. Ihiks.... ada toing toing kat perut. Means baby tgh gerak2, maybe lapar kot. Owh... terasa sangat teruja buat seketika, then sengih sorang2 macam org sewel, muehehehe.

I'm in 20 weeks & 2 days now. Ramai org cakap baby girl, tapi I & hubby tak kisah pun girl or boy. Janji sihat & sempurna.And tak sabar nak g shopping barang baby pasni. Dah ada kumpul sket2, tapi sbb belum confirm lagi girl or boy, I tak berani beli banyak2. Tengah survey barang2 menyusu pulak.

Ceenonets Bling ; so far sambutan tk begitu menggalakkan. Maybe promosi kurang kot, abang cakap kena sabar, baru lagi. Ada la 3-4 items yang dah terjual. Owh, I akan upload items baru very2 soon. Pastu nak buat promosi banyak2 sket, so that orang tau. Setakat ni hanya promote kt facebook jek (memang dasar orang tak reti berniaga, heh)

Ok lah, nak mandi.... muaahssss... smile people, da!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 6, 2011

~~Jom tengok jom~~


Salaam & hello semua............. Apa khabar hari ni?

Jom tengok koleksi terbaru kat ----> Ceenonet's Bling Collection



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 5, 2011

~~Masa Kualiti~~


Masa kualiti @ quality time, pelik ehhh bila translate ke BM. Ke I yang tak reti translate?? Dunno. Bagaimana anda semua menghargai quality time anda bersama orang tersayang especially family?

I baru balik dari kampung hubby last Wednesday. How did we spend our quality time together?? Dah jadi rutin... makan malam mesti sama2, sebab breakfast & lunch, masing2 sibuk ie: g keja, bgn tdo tk sama time etc. Kalau keluar mesti angkut adik beradik sekali sbb sekali sekala jek balik.

And walopun skill memasak I takde la sebagus mana, I try jugak buat nasik kerabu yg hubby request untuk jamu family & kawan rapat family. Ok seriously that day memang I takut gila nasik kerabu I tak jadi, tambah pulak diri seniri bagi idea nk bt ayam percik Kelantan sekali. Tapi....it turned out quite well I guess (^-^)

Walopun I ni jenis tk byk mulut (hubby cakap PR I very weak, huh), tapi I try to take part jugak, walopun sekadar jadi mak pacak, hihi. And this time balik I sempat teman mak mentua g shopping kt bazar. Sungguh happy sekali mak mentua I shopping, pastu sempat lagi kami singgah pasar malam dekat umah survey harga tudung, muehehehe.

For my family pulak, since form 1, kami 4 beradik memang dah di antar ke sekolah asrama. So our quality time hanya bertumpu waktu cuti sekolah bila semua adik-beradik balik bercuti. Tapi tak jugak coz my parent sibuk bekerja. So, we all adik beradik akan stay kat umah arwah Tok Piah & arwah Tokwan Hadi. Time we all kecik2 paling best I rasa. Sebab abah & mak selalu bawak g jalan2, gi Terengganu, Kelantan, Teluk Batik, Langkawi, g berkelah, balik cuti raya kt Teluk Intan etc.

Ni time balik beraya kt Teluk Intan, umah arwah Tok Man, me & siblings & a cousin.


Dah tua2 ni, jarang dapat spend masa sama2, eventhough I still tak keja. Yer la, adik2 sibuk dgn keja & study, abah pun sibuk kt opis, Abg Jan dah ada family seniri, tinggal la mak, Liana & anak2 sedara jek kt umah. Jarang la dapat makan complete 1 family. Even dgn hubby pun kadang2 tkda quality time, especially hari bekerja. Abes jauh pun g dating kat Hero beli ikan bilis, aci tak gitu? Hehe.... but it's ok, masing2 ada tanggungjawab masing2.

Dekat jeti bot nak g Seberang Takir, Terengganu with Mak Njang's family.

Pic bajet comel with little brothers - Kelantan


Kalau I recall balik, time stay kt Penang dulu lgi banyak quality time dengan family kot. Pagi2 lepas Subuh ikut abah g jogging kat Tasik Mengkuang. Then singgah market beli ikan sambil pekena nasik lemak kt warung dekat2 situ. Balik umah sambil tunggu mak masak, tgk TV sama2.Petang pulak, tolong abah basuh keta or semua pakat melepak amik angin atas buai depan umah Makteh. Sembang punya sembang sampai nak dekat Maghrib. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan sekarang. Dah takda orang kt umah Tanah Liat tu, sekali sekala jek balik tgk umah, dah tak meriah macam dulu. Owh, how I miss those moments.

Pic taon lepas - jogging @ Mengkuang Dam

Hubby pun ikut sekali time ni.


Tak macam adik-beradik hubby, I dgn adik2 I jarang kuar sekali. Kalau kuar sekali pun pegi makan kenduri sedara mara or kawan2 rapat. Other than that, not that I remember. Yer la, diaorang burung hantu, siang tdo malam berjaga. One more reason, I tak gemar sangat merayap sampai pagi2 buta or kuar malam la. Kalau g Jusco'dut' I ok, hehehehe (^-^).

Owh, hari ni I spent quality time dgn hubby, we all kemas bilik, pilih2 barang yg suka hati disumbat di tepi/ dalam almari. Hihihi, bapa lama dah suh hubby tgk barang dia, tak jalan jugak. So arini I kuarkan semua longgok depan dia, muehehehe. Akhirnya berjaya clearkan sket almari yg dah penuh. Wiken lain2, ada jugak our quality time, nak tau?? We all masak sama2, sidai baju sama2, basuh keta sama2 (ni baru sekali buat, tu pun setelah dipaksa). Iron baju jek hubby fail, so I yg kena buat.

Quality time dengan pakcik makcik & sepupu sepapat. Simple, family I mmg suka buat makan2, eventhough bukan birthday party. Kalau we all terasa nak buat, kami akan buat jek tanpa ragu2. Selalunya buat BBQ, jemput la semua adik-beradik & jiran2 dekat umah.... So macam tu la we all spend our quality time together. Like yesterday, Mak Njang buat makan2 untuk birthday 4 org sepupu I. Gegak gempita 1 umah macam nak runtuh. But yang penting semua orang happy....Jumpa untuk tukar2 cerita, update gossip etc, hehehe.

So, bagaimana pulak u ols spend quality time dengan family?? I believe masing2 ada cara tersendiri.... Ok lah, muaahsss, da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Related Posts with Thumbnails