Deringan telefon rumah tatkala Subuh mahu melabuhkan tirainya mengejutkan aku. Tak sempat menyambut deringan tersebut, tiba2 hp pula berbunyi. "Hello Angah, dapat tak msg tadi??!! kedengaran suara abangku di talian. " Msg apa?? Tak dapat pun", dadaku bedebar-debar, tak penah orang di Malaysia menghubungi aku seawal pukul 3 pagi di sana. "Pak Njang Idros dah meninggal". Darahku terus menyirap... "Hah?? Bila?? Lin balik tak?"' "Baru jap tadi, tak payah la balik".... ok.. talian diputuskan. Sememangnya ada 2 msg yg belum dibaca dari abang & Kak Lin.
"Abang, Pak Njang dah meninggal, ayang balik ni dah tk sempat nk jumpa", berita disampaikan kepada hubby. Terus air mata mengalir laju. Dah tak dapat berkata apa2. Terasa ralat, tatkala keluarga terdekat pergi menemui Nya, aku tiada di sana, sangat-sangat ralat. Hanya sempat ziarah & bertanya khabar waktu aku pulang untuk cuti musim sejuk 3 bulan yg lalu. Selesai Subuh, aku hadiahkan surah Yassin untuk arwah.
Telefon berdering lagi, kali ni suara abah yang kedengaran. "Dah smayang Subuh?" tanya Abah. "Dah.....". "Ni abah nak habaq ni.....". Air mata ku mengalir lagi, tanpa sempat abah abeskan ayat... "Lin dah tau dah, abang call tadi..." tersedu-sedan aku sambil bercakap. "Ok, klu mcm tu, Angah bacakan Yassin.. hadiahkan untuk Pak Njang." Tak mampu lagi aku untuk berkata-kata, hanya kedengaran suara abah sehingga talian diputuskan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku tau, sesedih-sedih aku, sedih lagi Mak Njang & sepupu2 ku. Alangkah baiknya klu aku boleh berkongsi rasa sedih ni bersama mereka di sana. Tapi aku yakin, semua ahli keluarga ku di sana akan berkongsi rasa itu, menenangkan mereka.
Allah lebih sayangkannya, Allah ambil nyawanya supaya Pak Njang tak terus menerus menderita menahan rasa sakit kanser yg dihidapi nya. Sudah terputuslah tanggungjawab dan hubungannya dengan dunia yg fana ni. Moga keluarga arwah redha & tabah. Hanya doa yang mampu dikirimkan di saat ini... Al-Fatihah.....
*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
1 comment:
al fatihah!
sabar kak lin.
Post a Comment