Oct 24, 2010

~~Lovely Sunday~~

It's already Sunday, bright & sunny....good indeed to have a walk outside & feel the spring's breeze.... Huu..... I'm so stress right now. A good reason for me to finish 2 packs of Mamee in less than 5 minutes while hubby is cooking his 'signature dishes' --->> fried egg with soy sauce & fried peas + carrot, also with soy sauce. Whatever it is.... I was like.... yum yum.... they smell good....

I'm so stress, coz it's a lovely Sunday, but I have to stay at home & do my work... (-_-#)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 21, 2010

~~(#o_O)~~


Hari ni I telah menjadi makcik garang kat umah. Sebab? Sebab I tension buat keja. So I telah forbid hubby I dari bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya, meanwhile I tengah kerut2 dahi memikirkan masalah dunia. Iskh taklah, bukan masalah dunia, masalah buat section drawing untuk final projek ni. Padan muka diri sendiri, buat lagi staircase berpintal-pintal sana sini :P. Pasti civil engineer marah kt I pasni.

Tiap kali hubby tersengih-sengih or kuar suara aka ketawa, I akan buat jelingan tajam dari tepi kt dia. Mencik I, sbb I bley nampak apa yg dia buat sbb we all duduk sebelah menyebelah. Huwaa... I dah nak muntah memikirkan pasal projek ni. Sekali sekali bila busan, I layan/cuci mata tgk website Coach, bley gitu? Takpun main Word Challenge kat facebook. Takpun I akan gigit tangan hubby I, muehehehe, sudah jadi separuh gila nampaknya.

Hmmm.... peninglah, 9 days to go. Wawawa.... nk print hari Sabtu depan, sempat kah?? Nanti bila I ada anak, I takmau bagi dia jadi arkitek, serius!! Cukup la I sorang jek yang jadi. Bley jadi permenant head damage cenggini, huhu. Sudahlah, bai!!!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 18, 2010

~~Ceritera~~


Mata pedih sbb asyik ngadap skrin laptop ni, konon buat keja.... Tapi sket je yg siap, fokus yang lain terbabas ke facebook, ke email, ke budiey, ke beautifulnara etc. Aiyohhh, sangat tidak membantu.Internet ni kadang2 mmg melalaikan. Nak2 untuk org macam I yg cepat sangat hilang fokus. Huuu.... Ngantuk pun ada ni. Perut plak kembung dgn air.

Errm, u ols mesti dah dgr pasal budget 2011. Cey cey cey.... bergembira lah kakak2 & makcik2 di luar sana. Pasni bley bergaya dgn branded handbags & other stuffs. Yer la... duty import untuk barang2 tu dh dimansuhkan. I?? I tak bergembira pun, bersyukur jek. I belum ada keja tetap... makan pun kais seminggu sekali baru ada duit sket, huhu.

Tapi ada gak benda dalam bajet tu yg mcm mengabeskan boras/duit rakyat. Ie: Buat bangunan berbillion ringgit & peruntukan kononnya untuk tolong rakyat, but end up... bantuan masuk poket seniri. Rakyat tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Not apply to all la. But that's d fact which is going around the nation & government. Hurmm...I tak go into detail lagi Bajet 2011 tu. Nanti2 la bila ada masa sket I review.

Kepoh jer kan, I ni sapa la kan nk bg pendapat. Hanya ibarat seekor semut yg sedang berenang-renang di tengah lautan yang luas. Eh, reti berenang ke haku?? Errr... reti kot, janji bley floating, muehehehe.

Hmmm... ok tuka topik. Arini I masak sambal ayam yang 'tulang banyak + isi ciput + end up kena makan tulang ayam' sambil buat demo kt hubby, and abang amik kontrak masak sayur. Kelmarin dia masak sayur & sardin, sayur mentah OK.... paksa rela untuk telan, gulps!! Cakap dgn mak mertua, "Amboi rajin masak, kat umah tk penah masak pun", balas mak mertua ku, hih. It's ok la, baru jinak2 nak masuk dapur. So I target by the time we all balik M'sia dia dah tau masak simple dishes. Klu I tk larat masak, dia bley take over dapur, yeah... dat's my secret mission yang dah tak secret (^-^)

Sejuk harini, dari pagi smpi ke malam. Sbb tu rasa nk tdo makin membuak-buak (o_O). Iskh, okay lah. Keyboard off for now. Muaahss... da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Diracik, dimandi & dikebumikan~~

Agak menarik artikel di bawah, sebelum ni I tak penah tau & amik tau pun, huhu.... Sekadar berkongsi info....

EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.

Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.

Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.

“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.

Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.

“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.

Memelihara dan melupus

“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.

Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.

“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.

Hajat terlaksana

Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran. Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.

“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.

“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.

Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.

“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.

Suhu 700 darjah Celsius

Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.

“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.

“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.

Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya.

(Courtesy of Kosmo Online)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 17, 2010

~~Back on the track~~

Alhamdulillah..... I'm back on the track. I went to see my supervisor today, yup it's on Sunday's evening. And I even paksa abang ikut sekali, heh! Syukur, at last he accepted my proposal, he loved my idea... last minute idea. Sebelum present drawings tadi, Paul tanya.. "How thing's going on? OK?... I reply dengan takut2...."Yeah, hopefully it's getting better"....

Huuu...... it's 2 weeks away before the final, and the final proposal baru approved. Can you imagine it?? Happy... happy.... this moment buatkan I lebih bersemangat & lapang dada untuk terus update keja I. There's something miracle... when you believe. And I percaya, I boleh siapkan segala-galanya untuk projek ni in 2 weeks time. Wish me luck!!

Actually kelmarin I langsung xda mood nk bt keja. Berita sedih dari M'sia buatkan I jadi lemah semangat. Plus, mata asyik pedih penangan menangis bersungguh-sungguh awal pagi kelmarin. But I forced myself to do the work. And thank you so much abang, for doing all the houseworks. Uppss, not all... I still masak and sapu2 umah jugak (^-^). Tdo kol 11 pm & bgn at 4 am solat, then terus sambung keja lagi. Alhamdulillah, tk sia2 bersengkang mata semalam & batt hp abes sbb on torchlight, chian hubby nk tdo pulak klu I switch on the light.

Pasni kena lebih bersemangat..... moga Allah permudahkan segala-galanya untuk perjuangan yang satu ini, Amin.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 16, 2010

~~Al-Fatihah~~


Deringan telefon rumah tatkala Subuh mahu melabuhkan tirainya mengejutkan aku. Tak sempat menyambut deringan tersebut, tiba2 hp pula berbunyi. "Hello Angah, dapat tak msg tadi??!! kedengaran suara abangku di talian. " Msg apa?? Tak dapat pun", dadaku bedebar-debar, tak penah orang di Malaysia menghubungi aku seawal pukul 3 pagi di sana. "Pak Njang Idros dah meninggal". Darahku terus menyirap... "Hah?? Bila?? Lin balik tak?"' "Baru jap tadi, tak payah la balik".... ok.. talian diputuskan. Sememangnya ada 2 msg yg belum dibaca dari abang & Kak Lin.

"Abang, Pak Njang dah meninggal, ayang balik ni dah tk sempat nk jumpa", berita disampaikan kepada hubby. Terus air mata mengalir laju. Dah tak dapat berkata apa2. Terasa ralat, tatkala keluarga terdekat pergi menemui Nya, aku tiada di sana, sangat-sangat ralat. Hanya sempat ziarah & bertanya khabar waktu aku pulang untuk cuti musim sejuk 3 bulan yg lalu. Selesai Subuh, aku hadiahkan surah Yassin untuk arwah.

Telefon berdering lagi, kali ni suara abah yang kedengaran. "Dah smayang Subuh?" tanya Abah. "Dah.....". "Ni abah nak habaq ni.....". Air mata ku mengalir lagi, tanpa sempat abah abeskan ayat... "Lin dah tau dah, abang call tadi..." tersedu-sedan aku sambil bercakap. "Ok, klu mcm tu, Angah bacakan Yassin.. hadiahkan untuk Pak Njang." Tak mampu lagi aku untuk berkata-kata, hanya kedengaran suara abah sehingga talian diputuskan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku tau, sesedih-sedih aku, sedih lagi Mak Njang & sepupu2 ku. Alangkah baiknya klu aku boleh berkongsi rasa sedih ni bersama mereka di sana. Tapi aku yakin, semua ahli keluarga ku di sana akan berkongsi rasa itu, menenangkan mereka.

Allah lebih sayangkannya, Allah ambil nyawanya supaya Pak Njang tak terus menerus menderita menahan rasa sakit kanser yg dihidapi nya. Sudah terputuslah tanggungjawab dan hubungannya dengan dunia yg fana ni. Moga keluarga arwah redha & tabah. Hanya doa yang mampu dikirimkan di saat ini... Al-Fatihah.....

Dalam kenangan.. Pak Njang's family - Eidulfitri 2010

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 13, 2010

~~Saja nak merapu~~

Weahuuuu, dah hari Rabu, huuu.... sejuk hari ni. But I suka. Actually pagi tadi waktu bangun Subuh mmg I doa supaya hari ni hujan. Reason?? So that hujan dapat tapis segala habuk2 + pollen bunga yang berterbangan di angkasa, yg selalu buatkan hidung I gatal.

Alhamdulillah... btul hujan, and the bad side, I end up bangun kol 1015am, huehuehue.... sangat tidak sihat aktiviti seperti ini. Itu pun setelah di ganggu oleh alarm enpon lagu Wali band yang I tak suka ituss.....

Azam hari ni, nak siapkan designnnnn, atau dengan kata lain, nak finalize dengan sebelum jumpa SV esok. Moga2 dipermudahkan segalanya, Amin.

As usual, on pc, first thing I buat ialah baca paper, sambil2 buka facebook. Ermm, banyak sangat isu lately.Dari kes bunuh, kes pukul/buli, kes buang baby sampai la kes eksiden yang menyayat hati tu. Kesian sangat baca berita kes bas eksiden tu, moga ahli keluarga mangsa2 kemalangan tu tabah & redha.

U ols!!! Macam mana ekk nk cari side income? Dah nak balik ni, sementara nak cari keja tetap, kena buat sesuatu, takkan nk goyang kaki jek kt umah. Huuu.... dalam kepala otak right now, either nk tolong my mom jual tudung yg dia jahit & jual children accesories, yg I buat seniri.

Pastu angan2 nak buat patchwork yang comel2 - blanket, pillow case... and jual jugak!! Tapi bolehkah?? Erm... balik M'sia kena try dulu la kan. Kalau tak try mana nak tau boleh ke tak. Right now, I tgh kumpul kain2 patchwork yg comel2.... hihi.... angan2 kena ada, kan??!!! I inspired nk bt patchwork lepas tgk pameran kat Melbourne Showground dulu, aiyoohhhh, cantik gila patchwork dioarang buat, and harga pun bley tahan.

Iskh, dah la merapu.. till then... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Tik tok tik tok.... 6 weeks more....~~

Tik tok tik tok.... counting the days. Another 6 weeks to go before I leave Melbourne for Malaysia. This time it's for real!!! Yeah.... I'm going back for good.

Cant wait really. Dear Allah, may my days ahead will be showered with your blesses & I pray that the road which I'll be going through is smooth & ease until the end, Amin.

Till then, ganbatte Lin!!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 12, 2010

~~Break up..~~



Mahu bercerita perihal yang satu ni..... Tisu... ya, sekarang jadi teman baik I. Kemana-mana saja even time tdo ada di sebelah, tak boleh tidak.

Just imagine, sekotak tisu boleh di habiskan dalam masa kurang seminggu. Aiyohhh, kaya lah saper2 yang bukak kilang tisu or jual tisu tu... huuuu.....tahniah!!

Mahu break up dengan tisu, tapi Allah belum izinkan lagi... I redha... (o_O)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Stressful moment~~

I dont know why, but I'm so stressful with my work. I dont even manage to come out with a simple idea. Iskh...it seems like my brain doesnt work 100%, less than 50% I reckon. And this cold/flu is killing me now. Sigh, what should I do??

Luckily, there's hubby around, and he does understand my condition. He helps a lot with a house works, even though sometimes I'm the one whom likely to finish 'em all.

I'm so desperate to get out from this 'dumbly' world. Yeah, a world that I created myself. Huuuu... okeh, keyboard off for now... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 6, 2010

~~Flowers in the window~~






Feels like blogging again & again, Beautiful they are, aren't they? I bought 'em a week ago. Love 'em.

They give me the feelings of having other life in this tiny apartment. Make my small world even more colorful & contented. They accompany me day & night without fail, though they cant talk.

Upsss, but now 'we' have a new addition in the house. Another life... my hunny bunny hubby (^-^). Thanks to Allah SWT for all these good feelings.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Rainy spring~~


Flowers are blooming everywhere, make the world even more colorful & beautiful. But.... Spring means pollens are flying up in the air & they are everywhere. Yeah, it causes hay fever & runny nose, the one that I'm having now.

It's raining outside, rainy spring I'd like to address it. Thank God, it's the only way to decrease flying pollens (^-^). But it is so dark & gloomy now. Drives me to sleep all day long after I took a tablet of Claratyne-D. Just bought it this morning. Hope this tablet will work on me.. hopefully.....

We're gonna have spaghetti bolognese for dinner today. And me will supervise hubby to prepare it, ihiks! Yeah I know..... but I'm not acting like a queen control here. I just want him to get used to kitchen works, simple cooking I reckon, just in case if I'm not around, he will know what to do (^-^). Dear hubby... everything happens for a reason or two, kan?!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 5, 2010

~~Labi was in the kitchen~~


Update for previous entry.... well, Labi was in the kitchen.... hihi.... let's have a look, what he cooked for our lunch & dinner......


Cutting, peeling & chopping...

Labi is showing off his cooking skills :p !!

Taraaaa.... the dishes, simple but yummy (^-^)

Our lunch, the 'sambal ayam' was the left over from yesterday... nope, nope... wifey prepared it..

Our dinner....fried chicken & scramble egg

Thanks hubby!! Muaahss....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 4, 2010

~~Monday blues~~


There's no sign of my hay fever will get any better *sigh*. Alas, the prescription which I got both from the doctor & pharmacy didn't seem to work on me as well. Hurmm... this morning hubby prepared hot lemon juice + honey after we had cucur udang for breakie. Turned out it taste so bitter.. bitter sweet to be exact I guess.

And I couldn't stand the watery itchy red eyes + runny nose + chesty cough also. Everything seems not right now, and definitely I couldn't focus on my work at all.

Hubby is cooking today, yeay... finally!! And me supervising him a meter away from the kitchen counter, muehehe. Cant wait to see & taste the dishes. Ihiks, sometimes it's good to be sick while ur love one is around (^-^). U know what I mean right!!... Okeh, will update more with pics after this... (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 3, 2010

~~Update hubby datang & review Ponyo~~

Ihiks, tiba2 rasa excited terlebih nak update blog. Hubby datang.... kali ni lamaaaaa, sampai I abes study & we all akan balik sekali nanti, InsyaAllah. Usah ditanya bapa banyak cuti dia ada, and sila jangan jeles sebab dia cuti panjang, byk kisah di sebaliknya......

As usual, dah org nk dtg dari M'sia kan, panjang la list pesanan I, 1 beg penuh dengan makanan jek. Semuanya yg agak mahal kalau nk beli kt sini. Owh, kueh raya pun ada ok, sib baik tk bertukar jadi serbuk kuih raya (^-^).

Byk la request lain yg I buat. One of them ialah nk tgk citer Ponyo. Best citer ni walopun citer nye tak logik. But acceptable la sbb citer kartun/anime. Citer nye tak la berat sangat tapi sarat dengan pengajaran & message.

Ponyo

I recommend this movie untuk mak2 bagi anak2 diaorang tengok. Menghiburkan sambil bagi pengajaran. Sambil tengok bley terangkan kt anak2, pasal alam sekitar, pasal menghormati orang tua etc. And bagus untuk parent jugak, guideline untuk bina sikap positif dalam diri anak2, bina keyakinan diaorang untuk buat sesuatu perkara. 2 thumbs up la untuk movie nih!!

Ok lah, more updates after this.... da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Update untuk seminggu~~

Salaam & hi all.... it's been a while, seminggu tak update blog. Been busy dgn mid sem crit, and... urm, the feedback, tk berapa ok. Bak kata diaorang, design brief ok, planning suma ok, site bagus, "but we cant see the idea behind it' - kata critique panels. Sigh, poning kepala mokcik. Ni dah 3 hari tak tgk langsung. Menyampah & nak muntah lak rasa.

Errmm, dat's the bad news, the good is... hubby is here (^-^). So I dah ada teman, walopun dia asyik tgk Detektif Conan, takpun tgk rancangan yg I mencik tu -"How I met your mother". At least bila I nanges time tension, ada org console kan I. Dat's more than enough.

Owh... and, I reckon sekarang kadar vitamin D dalam badan I dah makin ok kot, sbb I asyik kuar jek waktu siang, hihi. Dah 6 hari hubby kt sini, the 1st three days mmg terbiar kejap la sbb I busy dgn presentation, tp buat last minutes gak, heheh... salah diri seniri.

Owh, 1 lagi berita kurang baik, Aliff cracked his collar bone. Terjatuh time tgh bergayut kat suar papa dia. Aiyohhh, kesian anak sedara ku yg sorang ni, ditimpa macam2 kecederaan. Hopefully tk serius sbb kena pakai anduh tangan tu jek. Tu pun dok tk diam. Moga Aliff cepat sembuh, Amin. Rindu plak, dh tkleh online dgn Aliff, selalunya hubby yg bawak Aliff online dgn I.

Kejap je kan dah nak abes bulan Syawal. Terasa baru semalam jek raya, how time flies.. Hurmm, daylight saving pun dah start, which means... sekarang ni beza waktu between M'sia & OZ ialah 3 jam. Fatut la cerah semacam jek time bangun pagi tadi, rupanya sang matahari kuar lgi awal.

Aisehhh, abes idea nk tulis apa dah.. nanti update lagi, till then.. daaaa...


Tengok tu si notty Aliff, panjat pintu grill.... huhu.....

Family potrait- Eid 2010, next year akan ada lagi 2 orang, InsyaAllah
(^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails