Jul 9, 2010

~~Yang belum & sudah terlaksana~~



Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah sampai ke penghujung minggu ke -3 bercuti di Malaysia. Sungguh tak sedar masa yang berlalu.

Kononnya cuti kali ini, banyak perkara yang mahu dilakukan... tapi sebahagian besarnya belum tertunai. Namun ada selingan perkara yang tiada dalam senarai telah dilakukan. Jom lah tengok hajat yang belum tertunai & perkara yang tak dirancang tapi terjadi ;


Senarai hajat ;

- Mahu membuat & menjual accesories kepala kanak- kanak : Berjaya, itupun setelah memaksa mak membelinya untuk budak2 itus, hihi

- Pelancaran Ceenonets Bling website : Website still under construction, huuuuu....

- Mahu ke Ikea : Belum tercapai

- Mahu ke Mid Valley : Belum tercapai

- Mahu jahit baju kurung sendiri sebab koleksi kain sudah terlalu banyak : Belum tercapai

- Mahu makan malam di TGI Friday : Belum tercapai

- Mahu bercuti di mana-mana pulau & tenangkan fikiran : Belum tercapai

- Mahu keluar & berjumpa teman-teman sambil bertukar-tukar cerita : Belum tercapai

- Mahu jahit quilt cover bertemakan warna merah & hitam : Belum tercapai

- Membuat research untuk projek semester hadapan : Still going on

- Mahu berjumpa O & G specialist : Sudah berjumpa, tapi langsung tak membantu


Perkara yang tiada dalam senarai tapi terjadi ;

- Mandi-manda di Sunway Lagoon bersama keluarga pada hari minggu pertama berada di Malaysia

- Mengait topi/kopiah untuk Aliff & adik (^-^)

- Menjadi baby sitter kepada Aliff & Alanna

- Belajar menjahit tudung scallop & butterfly


Cukuplah untuk kali ini, kalau ikutkan hati, memang banyak lagi perkara yang mahu dilakukan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya...

Till next post, da!



4 comments:

hidayahrodhi said...

jumpa kawan-kawan sekolah.dah tercapai..huhu

Elylinn said...

hihi, dah tercapai, tapi tk sempat bergossip panjang, rasa tak puas... huhu

n.a.j said...

wah..seronok tuu jumpa kawan2 skolah...bila la boleh jumpa ramai2 dr segala batch ?

Elylinn said...

Huuu... Kak Ain, ada reunion sekolah every year, tapi selalu terlepas.... kalau organize dalam group yg lg kecik.. maybe boleh jugak kot.... sonot tgk suma org dah ada family masing2, anak2 pulak suma kiut2....

Kak Dayah, u coming soon kan? hikhik

Related Posts with Thumbnails