Tak sangka sudah sampai entri yang ke -200. Tak ada yang menarik hari ini. Sehari-hari berada di rumah memang amat membosankan. Pagi hingga ke tengah hari memang agak sibuk dengan kerja-kerja rumah dan memasak.
Selepas itu? Terkedip-kedip mata menonton TV, bosan!! Kadang-kadang terasa ringan tangan untuk buat kerja-kerja mengait, terasa pula seperti nenek, huuuu.....
Hajat dihati nak keluar berjalan-jalan, window shopping atau bercuti-cuti Malaysia. Hmmm... tapi hajat tinggal hajat. Pulang bercuti ketika orang lain sibuk bekerja memang membosankan. Jadi, hanya terperap dirumah menjadi baby sitter cum bibik.
Harapnya weekend ini dapat membuat aktiviti di luar rumah, sudah jemu asyik naik turun tangga rumah.. huuuu.... bai!
No comments:
Post a Comment