Apr 13, 2010

~~Abah~~


It's nearly a month after my latest entry. Malam ni baru ada mood nak update... actually memaksa diri, coz taknak pk benda2 lain. Lately macam2 benda yang jadi... Tarikh 28/03/2010, I terima berita yang tak di sangka2, hp berbunyi banyak kali before I could answer it, I was praying at that time dalam studio. Bila dah selesai, my group mate cakap.." Eh, tu tadi Kak Lin call", next ringing, I still discuss2 pasal keje dengan dia, but he insisted me to pick up the phone first.

Kedengaran suara Kak Lin di hujung talian, tak macam selalu, suara nak tak nak cakap + lesu je gitu. "Ni mesti ada apa2 ni", I cuba buat lawak dengan Kak Lin, tiba2 suara dia macam nak nangis, I pun macam dah dup dap dup dap. "Lin, sebenaqnya Mak & Abah tak bagi cakap, tapi Kak Lin nak habaq jugak... Abah masuk IJN, sakit pagi tadi". Ya Allah..... menyirap darah, air mata dah bergenang, suara memang tersekat-sekat dah, tak boleh cakap...terkejut. As far as I know, abah tk penah sakit teruk sampai masuk hospital before this, kalau ada pun, demam+ batuk biasa. And I mmg tau abah ada diabetes, but on medication regularly. Yang hanya mampu I tanya, "Abah teruk tak? Sekarang dia macam mana?..... Air mata dah merambu keluar tak berenti, I cuba pergi satu sudut kt studio tu, so that kawan2 tk nampak. Kak Lin bagitau abah dah undergo 1 surgery, 1 more to come.. tapi tk confirm lagi bila... he's been suffered a heart attack, dalam bahasa medik, MI - myocardial infarction: destruction of heart tissue resulting from obstruction of the blood supply to the heart muscle.

Kak Lin cakap abah dah kuar dari OT time tu, dah boleh cakap, tapi dalam CCU, which is 2 orang jek bley masuk at 1 time. "Lin nak cakap dengan abah dak? Nanti Kak Lin masuk dalam & call balik", kedengaran Kak Lin tanya I di hujung talian. Aduhh... tersedu sedan menangis, tapi I seka air mata & buat2 sambung keja. Few minutes lepas tu.. mmg Kak Lin call balik, "Hello, mak ni, angah jangan risau, abah dah ok... nak cakap dengan abah?", mak tanya. Kedengaran suara abah lepas tu, I mmg tak bley nak cakap apa dah, cuma dengar ja abah cakap "Abah dah ok ni, tak payah risau la", and I asyik... menangis tak berenti.... Tetiba Imraan kuar to check on me.. adeh, malu la pulak. Dah abes cakap, masuk la balik studio, and suma kawan2 tanya, ok ke? I try senyum & I just cakap kat Imraan jek what happened, senang nak explain dalam BM...

Since I got the news, mmg hati tak tenang, asyik menangis, even tengah buat model, tanpa segan silu air mata ni menitik-nitik atas meja studio. Balik umah lagi la, macam empangan pecah. Otak asyik pk yang bukan2, "Sempat ke balik ni?" Tapi dalam hati tak putus2 berdoa moga abah selamat & sihat balik. I cakap dengan abang, nak balik, kebetulan cuti Easter dah dekat, abang cakap tunggu dulu tgk keadaan abah cemana. Rasa macam nak terbang balik hari Ahad tu jugak. Tapi I kuatkan diri, pergi kelas hari Selasa, hari Rabu... dengan hati yang kosong, hati dah ada kt M'sia, terkenang abah & family. Ni la disadvantage duduk jauh, berita apa2 pun kita dapat last, and sometime it becomes a secret, even time mak masuk hospital dulu pun I tatau, sampai la I call malam tu, sobss!

Hari Isnin malam, dapat msg dari abang.... "Beli la tiket, kalau abang dalam situation ayang pun, abang akan balik", macam tu la lebih kurang sms tu. Malam tu abang tolong belikan tiket. Tapi I mintak rahsiakan dari semua orang, takut dioarang tak kasik balik. Nak balik... nak tengok abah, hati tak tenang selagi tak tengok keadaan abah dengan mata sendiri. Hari Rabu malam Khamis, lepas pack barang lebih kurang, Abg Bad & Kak Amie,datang jemput, anta g epot, usung sekali dua babies yang dah lali ngantuk, sian Haziq & Qistina. Terima kaseh banyak2 Abg Bad & Kak Amie, susah2 anta Lin g epot. I inform Add jugak sbb dia dah balik M'sia, tanya dia macam2 pasai penyakit ni, and dia bagi byk sgt info, sampai term2 medication yang I tk paham pun dia explain, thanx Add, muaahss.

Dah smpi KL, berkira-kira nak amik tiket bas, dari epot-KL Sentral, sbb tk bg abang amik cuti. Ropa2nya abang mai jugak jemput, thanx dear. Risau + lapar + penat suma ada la time tu. Singgah breakfast kt RnR, pastu ingat nk pegi IJN terus tgk abah. "Sekarang kalau p pun tk boleh masuk tgk abah", abang cakap. Balik la umah dulu, bagi salam.... mak sahut dari dalam, "La, balik ka anak ni....", kedengaran suara mak dari tingkat atas. Sian mak, muka penat ja, suma benda nk kena urus, anta jemput Liana g sekolah, jenguk abah kt IJN, uruskan hal2 kt umah. Sembang2 dengan mak, macam mana abah boleh sakit, mak pun cita from A-Z.

Kol 10 am Abg Jan jemput mak pegi IJN, I dgn abang tunggu nak amik Liana kt sekolah, siap2kan dia untuk g sekolah petang pulak. Mak call lepas tu, "Abah buat 2nd surgery arini, kol 4 baru boleh masuk tgk", mak bagitau. Sepatutnya dah schedule buat Jumaat depan. I pun siap2 kuar dgn abang, berenti lunch, and terus ke IJN. Sampai kt IJN, dh nk dekat kol 4 pm, mak & Abg Jan tengah tunggu kt luar OT tu lagi. "Lama dah ni, abah tak keluar pun lagi, sepatutnya 1 jam ja", mak inform I. Surgery start kol 1 pm tadi, but until now abah tk kuar2 lagi, tadi ada nurse cakap, bleeding kt tempat kena tebuk tu tak berenti lagi, darah still cair. It's been almost 3 hours la diaorang tunggu kt luar tu, I suh mak dgn Abg Jan g smayang & makan dulu, I dgn hubby pulak take turn tunggu abah. Menempel jek tepi lab tu, kot2 bley nampak abah, and dgn muka tak malu I masuk lab tu tanya the person incharge... "Encik Razak dah ok ke? Dia dah boleh kuar ke?", orang tu cakap we have to wait for another 20 minutes, bleeding tk stop lagi, huuuu...

I melekat jek kt tepi opening kt pintu transfer room tu, diaorang usung abah kuar, nak transfer atas katil lain, terkedip-kedip I tgk dari luar, then orang yg dlm lab tadi buka pintu, bagi I masuk. I senyum semampu yang boleh kat Abah, takkan nak nanges pulak kan, nnt dia risau plak, tp mmg abah tau I mmg kuat nanges, sensitif. "Abah ok tak?" I tanya depan2 staff yg ramai tu. Abah angguk jek sambil senyum, dah kurus sket. It flattered me when I saw a smile on his face.... though I tau abah still tahan sakit. 2 orang nurse tolak abah masuk ward, I dgn Abang ikut je.... Alhamdulillah, dah transfer masuk ward, but still Abah tk bley gerak banyak, especially kaki yang kena tebuk tadi. Dioarang mmg tak buat direct surgery dekat jantung coz abah ada diabetes, so high risk la kalau buat by-pass, huuu.. takut! I sembang mcm2 benda dgn abah, dari bab makanan smpi la politik. Sempat la merasa makanan org sakit kt IJN jugak!Malam tu abah tk bagi sapa2 teman dia.... so semua orang pun balik la.

Esoknya, I amik alih tugas2 kt umah, masak, kemas umah, basuh baju, anta amik Liana sekolah, jaga Aliff & Lanna. Mak dgn Yuih awal2 dah g IJN tgk abah. Since abah dah stabil, doktor bagi kuar the next day, Alhamdulillah. I masak asing lauk2 untuk abah & orang lain, beras pun lain. Kena btul2 jaga la makan suma, since I cuti kejap ja, I amik peluang ni untuk jaga abah. Since abah kuar dari IJN, sedara-mara tak putus2 dtg melawat... even my MIL & FIL pun dtg dari kampung, tima kaseh mak & abah, susah2 naik bas datang dari jauh. Kadang2 kesian tgk abah kena melayan suma org, ulang cerita yang sama, tp takpa la, tu tandanya suma org ingat & appreciate abah, kan?

Hari I nk bertolak balik, mmg sedih sgt, I dah try nk postpone tiket flight,tp dah terlambat... redha je la. Salam2 dgn suma org, peluk abah & mak, try tahan taknak nanges, tp masuk keta ja, merambu air mata kuar, sobss! Terkenang abah asyik bagitau I, boring dok umah takda benda nk buat, pening bila makan ubat IJN, rasa cepat penat + letih, maybe tak serasi lagi dgn ubat, so tk boleh gerak banyak & pegi ofis. I pulak, even dah smpi sini, I rasa hati I still kt M'sia, kat umah, nak jaga abah & tolong mak uruskan hal kt umah, tapi apakan daya, Dia dah tentukan yang terbaik I rasa. Tapi I percaya, abang, Abg Jan, Kak Lin, Yuih & Jon akan tolong jaga abah & mak untuk I, smpi I balik for good nanti, tolong doa2 kan la ekk... Moga I ada semangat balik & tabah untuk teruskan apa yg perlu I abeskan kt sini... InsyaAllah, Amin.


2 comments:

✿Cik_Azera said...

saya doakan kak lin tabah menghadapai dugaan ini...

di doakan juga abah kak lin akan kembali sihat..

banyak kan bersabar...

take care,kak lin~~

Elylinn said...

Tenkiu Zera... doakan yang terbaik ehhh, muaahhss

Related Posts with Thumbnails