Sep 21, 2008

~~Kadang-kadang~~

Kadang-kadang...
Kita kena pentingkan diri-sendiri
Supaya tak selamanya di tindas
Atas kesediaan kita yang kadang kala terlalu lembut hati

Kadang-kadang...
Kita kena pekak kan telinga
Agar hidup kita tak selamanya dalam di lema
Agar hidup kita lebih fokus kepada sesuatu perkara
Kerana orang lain hanya faham dan tahu dari segi lahiriah

Kadang-kadang...
Kite perlu luahkan prinsip kita
Walaupun pahit bagi orang lain
Supaya suara kita di dengar
Supaya kehadiran kita di ambil pusing oleh orang lain

Kadang-kadang...
Ya, hidup ini ada pasang surutnya
Perlukan pengorbanan yang kadang kala
menyakitkan hati dan kejam
Inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang manusia
Jika mahu kekal bertahan dalam keadaan waras
Jika mahu kekal seimbang rohani dan jasmani

Kadang-kadang... bertafakur, berfikirlah...
Kembali kepada-Nya

(Copyright Reserved : Linda Razak)

No comments:

Related Posts with Thumbnails