Salaam & hi people,
Got nothing much to say, just nak share pengalaman arini jek, not only about today actually, hari2 yang lepas pun. Ermm... today jamah nasi only at 9 pm, after almost 3 hours selepas waktu berbuka. Kenapa? Well, sebab ada kelas. Berbuka tadi makan apa? Hm.. Sempatlah jamah 4-5 biji kismis, kismis je, not kurma occay, then sembahyang, terus terkocoh-kocoh g kelas. Nak teguk air pun tak ingat.
Mesti korang pk, apsal la minah ni citer pasal pengalaman berbuka pulak, cam takdek topik lain. Takde lah, just nak bagitau, bersyukur la semua2 yang ada kat M'sia nun, jangan merungut, even ada banyak kelas + assignment + kerja, tapi waktu berbuka tetap diperuntukkan, kat sini.. who cares? Lecturer mat saleh tu nak bagi pelepasan waktu berbuka, dalam mimpi je la, nak sembahyang pun, buat2 keluar nak g toilet, raya pun belum tentu boleh raya, raya tetap raya, tapi dalam kelas jer la (^-^) redha, so orang2 di sana, hargai segala apa yang ada di sekeliling, even walaupun benda tu kita tak suka, at least... appreciate, mana tahu masa ke hadapan, kita takkan jumpa lagi benda tu.
Orang kebiasaannya selalu bercakap, 'wah, bestnye belajar kat oversea', ye ke? At certain point yes, in term of experience, lain.. lain sangat dari negara sendiri, ada yang positif & tak kurang jugak negatif nye. Kalau setakat nak jalan berjalan-jalan for 2-3 weeks, couldnt be denied memang teruja + best. Tapi, kalau stay + belajar lama2 kat sini, baru tau langit tu tinggi ke rendah, apa yang boleh disimpulkan "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri". Maybe apa yang I merepek kat atas tu tak applicable untuk semua orang, yeah.. depends la kan. I reckon I can survive for another several years if only at least 1 of my family member is here, air mata pun dah kering, tapi kadang-kadang merambu jugak kuar, huhu. Yes, definitely..... Kawan-kawan memang ramai, yer... semua pun baik2, tapi tak sama dengan family sendiri, walau apa pun, mesti ada the differences, kan?! And among all of the siblings, I yang selalu away dari family, padahal I yang paling manja sekali (dah diganti oleh Liana kenit), dunno why, maybe dah tersurat macam tu, redha.
And... pengalaman bekerja sambil belajar memang memenatkan, tambah lagi di negara asing, and sekali lagi kadang-kadang air mata ni bergenang tanpa disuruh, baru terasa bertuahnya kalau belajar di tanahair sendiri, serba serbi sempurna, I mean, at least kita familiar dengan suasana sekeliling. Di sini, baru terdetik untuk belajar menghargai, menghargai semua peluang yang ada, sebab tak ada org akan tolong kalau tercicir, belajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. I remember, a friend of mine told me once, education di Malaysia tak membolehkan student bekerja, yeah, maybe I akan ada alasan yang sama kalau I belajar di M'sia, but after gone through 2 different systems, what I could say is the education system here is more tight + independent which means it requires students to be more focus and enthusiastic towards their assessments. Flexible means you have to be more responsible. But still most of the student here are working in order to survive. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan", yes, those are the right words, semangat & iltizam tu perlu... (motivasi untuk diri sendiri ni sebenarnye)
Oklah, cukup2 lah tu merepek, dah lenguh tangan occay, nak layan jiwa jap.. :~~
Dalam dingin subuh hatiku terusik,
Kenang nasib diri di rantauan,
Bergema takbir raya menitis air mata,
Terbayang suasana permai desa,
Rindu hati ini inginku kembali,
Pada ayah bonda dan saudara...
Hanya ku sampaikan doa & kiriman tulus ikhlas,
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf...
Restu ayah bonda ku harap selalu,
Demi anakmu yang kini jauh...
(Allahyarham Sudirman Haji Arshad)
No comments:
Post a Comment