Sep 19, 2008

~~Blessed Friday~~

Salaam & hi all,

Today baru terasa nak update blog, this week macam bz sket kt ofis + assignments uni. Bertubi-tubi keja itu ini datang, baru siap initial design for a new project in Box Hill. Tertekan jiwa raga since pagi tadi bila bos asyik tanya drawing dah siap ke blum, huhu... kira sampai pening la di buatnya. Luckily semalam dah buat separuh kat umah.

Hari ini ku berbaju kurung ke tempat kerja. Mak aiii, berangin semacam, nak jalan kain melekat-lekat, tapi still control ayu (^-^). Cuaca arini pun bagus, suasana yang sesuai untuk pergi jalan2 & window shopping, heeeee... just a bit windy jek. Today takdek idea nak berbuka dengan menu apa, hmmm... most probably makan kat luar je la kot. Letih memasak lagipun stok bahan mentah kat umah pun dah abes... nanti bila sampai angin rajin baru nak g beli.

Haish.. yang si anak bos ni ape kes, asyik lalu lalang dari pagi tadi. Naik rimas aku, tiap2 kali aku datang kerja pun macam tu, rasa dalam setengah jam tu ada 4-5 kali dia lalu, nak ngorat cakap je la... kekekeke! (perasan seketika, Abang jangan marah ehh). Ada ala2 nak ajak bersembang, sorry la.. banyak lagi keja lain nak buat, seperti meng 'update' blog nih, hihi (^-^). Owh.... sempena hari Jumaat dalam bulan yang mulia ni, nak attach sedikit tazkirah, more to sejarah Islam I guess...moga dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan buat kita semua.. InsyaAllah...




Al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah kitab tetapi untuk menjadi pedoman hidup atau petunjuk (hidayah) bagi umat manusia, memberi rahmat, syifa', ketenangan, peringatan, penjelasan, sekali gus sebagai mukjizat atas kenabian Muhammad SAW.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang batil)..." (al-Baqarah: 185)

Oleh itu, seharusnya peringatan Nuzul al-Quran menjadi momentum bagi umat Islam untuk menilai kembali sejauh mana mereka memahami dan menghayati kandungan al-Quran. Apatah lagi dalam kita melayari Ramadan mulia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: Kitab suci ini diturunkan untuk memberi keputusan (jalan keluar) terbaik bagi masalah-masalah kehidupan manusia (al-Baqarah: 213).

Peristiwa penurunan pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ketika berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran Baginda sentiasa dijadikan pemangkin semangat kepada pemuda mualaf kelahiran Perkampungan Muramvya, Burundi, Afrika, Hilali Sibomana, 30, dalam usaha beliau menguasai dan menyelidik ilmu al-Quran.

Beliau berkata, surah al-Alaq yang bermula dengan suruhan yang bermaksud: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"... adalah bukti paling jelas dan sahih tentang kepentingan pencarian ilmu itu.


(Courtesy of column 'Bicara Agama', Utusan Malaysia Online)

2 comments:

Shasha Saad said...

huhu..selamat menyambut ari raya..
kalau pg raya kat sana nnt ada org mengusik k.lin, tabahkan lah hati [dia dah plan dah!!!!]

Elylinn said...

iskh, siapakah manusia ituss... isskhhhh, tak baeeeekkk..... nak kaco org... nak kasik org nangis la tu... tak baaekkkkkk!!

Related Posts with Thumbnails