Jul 18, 2008

~~Makanan Membentuk Peribadi~~

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah bersih, Dia tidak menerima kecuali amalan yang juga bersih.


Sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin dengan perkara yang Dia suruh para Rasul, maka dia berfirman yang bermaksud: Wahai sekelian Rasul, makanlah makanan yang baik-baik dan kerjakan amalan soleh. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Firmannya lagi yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu.


Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu dia menadah kedua tangannya ke langit memohon doa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan yang haram, maka bagaimana doanya diperkenankan. (riwayat Muslim, Kitab:al-Zakat, 1015).


Makanan yang Halal


Halal ertinya boleh, jadi makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut syariat Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah halal dimakan, kecuali apabila ada nas al-Quran atau hadis yang mengharamkannya. Ada kemungkinan sesuatu itu menjadi haram kerana memberi mudarat bagi kehidupan manusia seperti racun, barang-barang yang menjijikkan dan sebagainya.


Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya beribadat kepada-Nya. (al-Baqarah: 172)


Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang sangat nyata bagi kamu. (al-Baqarah : 168).


Firman Allah yang bermaksud: Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk. (al-A’raf : 157)


Rasulullah SAW, pernah ditanya tentang minyak sanin, keju dan kulit binatang yang dipergunakan untuk perhiasan atau tempat duduk. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang dihalalkan oleh Allah dalam Kitab-Nya adalah halal dan apa yang diharamkan Allah di dalam Kitab-Nya adalah haram, dan apa yang didiamkan (tidak diterangkan), maka barang itu termasuk yang dimaafkan”. (riwayat Ibnu Majah dan al-Tarmidzi).


Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW, dapat disimpulkan bahwa jenis-jenis makanan yang halal ialah:


* Semua makanan yang baik, tidak kotor dan tidak menjijikkan.

* Semua makanan yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

* Semua makanan yang tidak memberi mudarat, tidak membahayakan kesihatan jasmani dan tidak merosak akal, moral, dan akidah.

* Binatang yang hidup di dalam air, baik air laut maupun air tawar.


Jika diperhatikan dengan penuh teliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW di atas, secara langsung menyuruh orang Islam memilih makan yang halal dan yang baik. Malahan perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada orang awam malahan suruhan itu terlebih dahulu memerintah para Nabi dan Rasul a.s supaya beriltizam dengan sumber yang halal.


Ungkapan “halal lagi baik”, maksudnya halal dari sudut sifat makan itu dan baik bermaksud makanan yang berzat. Ini bertujuan supaya apabila makanan itu dimakan, ia bukan sahaja mengenyangkan dan pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan jasad manusia dari sudut mineral dan vitaminnya.


Ini bermaksud Islam menganjurkan penganut mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang .Makanan yang halal dan berkat ada kaitannya dengan perangai dan tingkah manusia. Makanan yang halal dapat menjana kekuatan jiwa manusia, juga dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang.


Saya juga yakin bahawa makanan yang halal dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan insan yang patuh dan tunduk pada perintah Allah SWT.


(COURTESY OF 'BICARA AGAMA' COLUMN, UTUSAN MALAYSIA)


2 comments:

hidayahrodhi said...

Melbourne Design Market
Sunday, 20 July 2008


The Melbourne Design Market is back again. As one of the most highly-anticipated events on the Melbourne International Design Festival program, the Market promises to be a fun-filled, family-friendly, design-drenched day.

This year the Market takes place on
Sunday 20 July, 10am-5pm at the Federation Square undercover carpark. Entry is free.

Attended by more than 100,000 local and international visitors since its launch in 2004, the MDM redefines the meaning of a market with an outstanding selection of design retailers, emerging and established designers and design students.

Products include everything from fashion to jewellery, products, homewares, graphic design and much more.

Applications for the July 2008 MDM have now closed. July 2008 MDM stallholders will be announced very soon.

Date: 10am-5pm, Sunday 20 July
Venue: Undercover Carpark, Federation Square.
Enter via Russell Street extension or Atrium underpass.
Cost: FREE

kat sini mayb ada kedai2 yg kita tak sempat nak cari hari tu lynn..pegi la percuma jek..pastu ambik gambar tau.

Elylinn said...

eh tau tak, aritu jalan sorang, macam terjumpa la one of the shop yang kak dayah nk g kt north melbourne tu, huhu.. baeklah, aku ku pegi menjengukakn diriku

Related Posts with Thumbnails