Feb 8, 2011

~~Kudap-kudap hari minggu~~


Uppsss, sebelum g mandi, nak update 1 lagi post. Hehe.... ini ialah cream puff yang I buat untuk kudap2 last weekend. Dah buat hari Jumaat untuk birthday party kat umah Mak Njang, but I sempat rasa 2 bijik jek. So balik rumah, hari Sabtu I buat lagi since inti custard cream tu ada baki lagi (^-^). Rajin kan I? Kan? Kan??


Ni ingredients untuk puff.

Adunan puff yang dah siap

Box of nozels yang beli kt Melbourne dulu. Actually most of these nozels are meant untuk buat cake decoration guna icing coz lubang dia suma kecik2. But I belasah saja guna... hihi.

Puff bentuk siput 'bite' size.

Closed up sket!! Comey kan, kan....!!? (Sila cakap comey)

Okeh, bley masuk oven & bakar for 20 minutes @ 180 degree Celsius.

Puff dah masak, bley la masukkan custard cream ni dalam perut puff. Then boleh ngap!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Aku seorang surirumah~~


Hehe, best tak tajuk??

Hari ni seperti biasa lepas Subuh terus masuk dapur. Sempat masak sambal telur & ayam goreng berempah untuk hubby bawak bekal lunch hari ni. Lauk2 lain karang baru masak sebelum bebudak kecik tu balik dari sekolah.

Kelmarin masak sardin, gulai, ayam masak kicap & sayur sawi. Ada lagi baki, so takyah nak pulun masak sangat arini. Just nak buat sup daging & gulai jek jap lagi. Pastu bley mengulit dengan Aliff depan TV (^-^).

Teruja ; pagi tadi lepas hubby g keja, saja lepak2 kat hall sambil baca paper & tunggu Aliff mai. Tetiba perut rasa geli-geli gitu. I pun dok dendiam tgk perut. Ihiks.... ada toing toing kat perut. Means baby tgh gerak2, maybe lapar kot. Owh... terasa sangat teruja buat seketika, then sengih sorang2 macam org sewel, muehehehe.

I'm in 20 weeks & 2 days now. Ramai org cakap baby girl, tapi I & hubby tak kisah pun girl or boy. Janji sihat & sempurna.And tak sabar nak g shopping barang baby pasni. Dah ada kumpul sket2, tapi sbb belum confirm lagi girl or boy, I tak berani beli banyak2. Tengah survey barang2 menyusu pulak.

Ceenonets Bling ; so far sambutan tk begitu menggalakkan. Maybe promosi kurang kot, abang cakap kena sabar, baru lagi. Ada la 3-4 items yang dah terjual. Owh, I akan upload items baru very2 soon. Pastu nak buat promosi banyak2 sket, so that orang tau. Setakat ni hanya promote kt facebook jek (memang dasar orang tak reti berniaga, heh)

Ok lah, nak mandi.... muaahssss... smile people, da!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 6, 2011

~~Jom tengok jom~~


Salaam & hello semua............. Apa khabar hari ni?

Jom tengok koleksi terbaru kat ----> Ceenonet's Bling Collection



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 5, 2011

~~Masa Kualiti~~


Masa kualiti @ quality time, pelik ehhh bila translate ke BM. Ke I yang tak reti translate?? Dunno. Bagaimana anda semua menghargai quality time anda bersama orang tersayang especially family?

I baru balik dari kampung hubby last Wednesday. How did we spend our quality time together?? Dah jadi rutin... makan malam mesti sama2, sebab breakfast & lunch, masing2 sibuk ie: g keja, bgn tdo tk sama time etc. Kalau keluar mesti angkut adik beradik sekali sbb sekali sekala jek balik.

And walopun skill memasak I takde la sebagus mana, I try jugak buat nasik kerabu yg hubby request untuk jamu family & kawan rapat family. Ok seriously that day memang I takut gila nasik kerabu I tak jadi, tambah pulak diri seniri bagi idea nk bt ayam percik Kelantan sekali. Tapi....it turned out quite well I guess (^-^)

Walopun I ni jenis tk byk mulut (hubby cakap PR I very weak, huh), tapi I try to take part jugak, walopun sekadar jadi mak pacak, hihi. And this time balik I sempat teman mak mentua g shopping kt bazar. Sungguh happy sekali mak mentua I shopping, pastu sempat lagi kami singgah pasar malam dekat umah survey harga tudung, muehehehe.

For my family pulak, since form 1, kami 4 beradik memang dah di antar ke sekolah asrama. So our quality time hanya bertumpu waktu cuti sekolah bila semua adik-beradik balik bercuti. Tapi tak jugak coz my parent sibuk bekerja. So, we all adik beradik akan stay kat umah arwah Tok Piah & arwah Tokwan Hadi. Time we all kecik2 paling best I rasa. Sebab abah & mak selalu bawak g jalan2, gi Terengganu, Kelantan, Teluk Batik, Langkawi, g berkelah, balik cuti raya kt Teluk Intan etc.

Ni time balik beraya kt Teluk Intan, umah arwah Tok Man, me & siblings & a cousin.


Dah tua2 ni, jarang dapat spend masa sama2, eventhough I still tak keja. Yer la, adik2 sibuk dgn keja & study, abah pun sibuk kt opis, Abg Jan dah ada family seniri, tinggal la mak, Liana & anak2 sedara jek kt umah. Jarang la dapat makan complete 1 family. Even dgn hubby pun kadang2 tkda quality time, especially hari bekerja. Abes jauh pun g dating kat Hero beli ikan bilis, aci tak gitu? Hehe.... but it's ok, masing2 ada tanggungjawab masing2.

Dekat jeti bot nak g Seberang Takir, Terengganu with Mak Njang's family.

Pic bajet comel with little brothers - Kelantan


Kalau I recall balik, time stay kt Penang dulu lgi banyak quality time dengan family kot. Pagi2 lepas Subuh ikut abah g jogging kat Tasik Mengkuang. Then singgah market beli ikan sambil pekena nasik lemak kt warung dekat2 situ. Balik umah sambil tunggu mak masak, tgk TV sama2.Petang pulak, tolong abah basuh keta or semua pakat melepak amik angin atas buai depan umah Makteh. Sembang punya sembang sampai nak dekat Maghrib. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan sekarang. Dah takda orang kt umah Tanah Liat tu, sekali sekala jek balik tgk umah, dah tak meriah macam dulu. Owh, how I miss those moments.

Pic taon lepas - jogging @ Mengkuang Dam

Hubby pun ikut sekali time ni.


Tak macam adik-beradik hubby, I dgn adik2 I jarang kuar sekali. Kalau kuar sekali pun pegi makan kenduri sedara mara or kawan2 rapat. Other than that, not that I remember. Yer la, diaorang burung hantu, siang tdo malam berjaga. One more reason, I tak gemar sangat merayap sampai pagi2 buta or kuar malam la. Kalau g Jusco'dut' I ok, hehehehe (^-^).

Owh, hari ni I spent quality time dgn hubby, we all kemas bilik, pilih2 barang yg suka hati disumbat di tepi/ dalam almari. Hihihi, bapa lama dah suh hubby tgk barang dia, tak jalan jugak. So arini I kuarkan semua longgok depan dia, muehehehe. Akhirnya berjaya clearkan sket almari yg dah penuh. Wiken lain2, ada jugak our quality time, nak tau?? We all masak sama2, sidai baju sama2, basuh keta sama2 (ni baru sekali buat, tu pun setelah dipaksa). Iron baju jek hubby fail, so I yg kena buat.

Quality time dengan pakcik makcik & sepupu sepapat. Simple, family I mmg suka buat makan2, eventhough bukan birthday party. Kalau we all terasa nak buat, kami akan buat jek tanpa ragu2. Selalunya buat BBQ, jemput la semua adik-beradik & jiran2 dekat umah.... So macam tu la we all spend our quality time together. Like yesterday, Mak Njang buat makan2 untuk birthday 4 org sepupu I. Gegak gempita 1 umah macam nak runtuh. But yang penting semua orang happy....Jumpa untuk tukar2 cerita, update gossip etc, hehehe.

So, bagaimana pulak u ols spend quality time dengan family?? I believe masing2 ada cara tersendiri.... Ok lah, muaahsss, da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Related Posts with Thumbnails