Jun 8, 2010

~~ (o_O)~~

Abang, I wish you were here :(


..........


.........


.......


.....


...


..


.




Jun 3, 2010

~~ Minta daripadaNya~~



Apalah daya kita untuk membantu saudara-saudara kita yang ditindas dan di aniaya tanpa sebarang budi bicara. Tapi saya percaya kuasa doa sedikit sebanyak boleh membantu keperitan mereka di sana. Moga mereka semakin tabah dengan semangat yang tidak pernah luntur untuk berjuang InsyaAllah, Amin.

[17:4]
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[17:5]
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.


[17:6]
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


1. Mari bersama-sama kita menyelami dan muhasabah diri, bagaimana untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sama ada dalam solat fardhu ataupun sunat. Cara menunaikan doa Qunut Nazilah.


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang mengarakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.



Jun 2, 2010

~~Hari ini hari dia....~~



Hari ini hari dia....
Sudah menjangkau 29 tahun...
Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang...
Masih meminjamkan sehela nafas...
Untuk berbakti, berjuang & beribadah di dunia yang fana ini...

Tapi sedikit terkilan...
Kerana tak berupaya berada di sisi...
Kerana hari ini... hari lahirnya yang pertama...
Setelah bergelar suami...

Apakan daya..
Tanggungjawab memisahkan kami...
Namun harapnya hanya untuk seketika...

Abang.. Selamat Hari Lahir...
Hanya doa yang mampu dikirimkan di kala ini...

Moga diberkati & dipermudahkan segalanya...
Dunia dan akhirat...

Moga hari yang mendatang lebih baik...
Untuk wacana yang lebih sempurna...

Moga kasih sayang kita dipanjangkan..
Hingga hujung nyawa...


Nukilan : Ayang untuk Abang 020610 ( Copyright reserved)


We are 6 months & 7 days old today (^-^)


Jun 1, 2010

~~Rupa-rupanya.....~~


Semalam menaiki tram ke Docklands, terjumpa seorang rakan. Jadi kami berdua membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama. Di sepanjang perjalanan kami ternampak rumah-rumah kayu yang biasa di lihat di perkampungan Melayu di Malaysia. Apakah ini? Hati menjadi girang tak terhingga.

Tiba-tiba di suatu perhentian, ternampak seorang pakcik tua menjual cendol di tepi jalan. Waa... nak makan cendol. Jadi kami berdua terus berhenti di perhentian seterusnya, mengambil keputusan untuk berpatah balik ke gerai cendol. Sungguh bersemangat berjalan dengan laju untuk sampai ke gerai cendol tersebut.

Tiba - tiba, kedengaran bunyi lori yang sangat kuat.... plap!! Memaling kepala ke kanan sambil mencari handphone, kenapa gelap ni?? Waaaa..... rupa-rupanya..... aku mimpi jek!!! Mencikkkk!!!!

Sekian.....


Related Posts with Thumbnails