Fuhhh...fuh..... lama btol tak update, takdek mood lately. Dok umah jek pun macam banyak tekanan, hmm... ntah la.
Iskh pagi2 dah merungut kan, sangat tidak baik untuk tumbesaran baby. Mama say sorry kay baby, sbb lately asyik rasa sedih, tertekan & macam2 lagi perasaan negatif timbul (#o_O). Nampak luaran mmg ok, tp dalam hati.....
Topik hari ini ; tak pernah puas. Manusia mmg tak penah puas dengan apa yg mereka ada, and that will include me as an ordinary Allah's servant. Dari sudut positif, ok la, tu tandanya mereka akan berusaha untuk mencapai tahap yg lebih tinggi.
On the other hand, kadang2 nampak macam kita tak bersyukur dengan apa yg kita dah ada, yes... that will include me as well. Kadang2 rasa cemburu dengan org lain, dengan achievement diaorang. Simple words to say, tak senang duduk bila tengok org lain lebih daripada dia.
"Allah takkan mengubah nasib seseorang hambaNya melainkan mereka berusaha mengubahnya sendiri", quote dari ayat Al-Quran. Bila I pk2 maksud ayat ni, mmg tak ada jalan lain, kena berusaha untuk dapatkan sesuatu. Kena berusaha & tak perlu ada rasa cemburu dengan org lain. Kena berusaha bersungguh-sungguh, berdoa & tawakkal. Dan bila apa yang diusahakan membuahkan hasil, InsyaAllah kita akan rasa lebih bersyukur & menghargai apa yang kita dapat tu.
Tak pernah puas ; kalau kita fikir kita kekurangan sesuatu & rasa rendah diri, cuba muhasabah diri... ada orang lain yang mungkin lebih kekurangan daripada kita, yang lebih susah daripada kita. I selalu motivate diri I camtu, walopun kadang2 terbabas jugak, keluar jugak air mata ni, heh!!
Bukan untuk compare, tapi dilahirkan di bumi Malaysia, kita semua patut rasa bertuah, walaupun kadang2 kala terkena tempias bencana dari negara lain. Tapi ramai di antara kita yang tak pernah puas dengan kedamaian & kemakmuran yang ada di sini. Tak pernah menghargai & bersyukur.
Hmmm, ntah la.... cuma mahu muhasabah diri, mahu menenangkan fikiran & mungkin dapat mengurangkan kesedihan dalam hati, InsyaAllah.....
P/s: Harta dunia tak boleh di bawa mati, 'harta' akhirat itu juga yang akan di hitung nanti. Wallahu'alam.
When you lose your way, to Allah you should turn.
No comments:
Post a Comment