Mar 28, 2011

~~Bosan~~


Bosan.... dok umah yer jugak. Tapi bertambah bosan bila tengok lambakan drama2 Indo dari pagi petang siang malam. Huh, dah la cerita meleret-leret 2-3 bulan baru abes. Murah sangat ke drama dari seberang sampai berderet-deret cerita diaorang di saluran-saluran kaca TV Malaysia nih.

Bukan nak being racist, tapi bosan lah. On jek TV, asyik ada drama dari seberang. Kalau macam ni, macam mana la drama/filem tempatan nak maju. Dah stesen TV seniri tak bg peluang untuk diaorang on air/cari makan. Ada pulak tu yang kena banned, hmmm.

Bosan jugak, dengan rancangan - rancangan realiti TV berbentuk hiburan yang diadakan saban tahun. Especially rancangan realiti TV menyanyi. Rancangan yang ilmiah sikit sangat. Sebab tu la ramai remaja sekarang byk yg rosak akhlak. Ikon diaorang suma tak membantu langsung.

Suma orang berlumba-lumba nak glamour, tapi langsung takdek kualiti. Sudahnya artis2 'mee segera' ni jadi macam sabut, tenggelam timbul. Yang konon nak jadi penyanyi tetiba jadi pelakon, pelakon tambahan, kesian. Yang pelakon pulak sibuk nak jadi penyanyi walopun suara ala2 itik serawa. Well, kang ada org cakap.. "Eleh macam suara ko sedap sangat". Mmg la tak sedap, sebab tu la nk dgr org yang suara sedap nyanyi :P

I sekarang sampai dah tak kenal dah artis2 kt Malaysia nih. Ramai sangat muka baru yang berlakon/menyanyi lebih kurang + takdek kualiti + tangkap muat + perasan bagus bla...bla... blaa.... Gossip lain jek yang lebih. Eyyy... menyampah!!!

Bosan lagi, sebab terlampau banyak cerita hantu sekarang ni. Baik di TV or kat wayang. Apa dah takdek idea nak buat drama/filem genre lain ke? Orang buat ini, ko buat pun tiru buat cerita yang sama. Tak kreatif langsung. Stesen TV pun pandai2 la pelbagaikan genre drama/filem kt TV ko tu, tu pun tak reti.

OK, cukup la dah hangin 1 badan. Dah lama simpan dalam perut pasal benda ni, terkeluar jugak akhirnya arini. Huh...... (sila baca semuanya dalam keadaan muka ketats ok)

Da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

No comments:

Related Posts with Thumbnails