Dec 31, 2011

~~Entri akhir 2011~~


Salaam & hi semua..... 15 minutes more to go before we head for 2012.

Tak ada azam yang beria-ria + gegak gempita + 'wow' & sewaktu dengannya.

Mahu menjadi seorang anak, isteri, mama, kakak, adik, mak sedara, sahabat, individu & hamba Allah yang lebih baik, redha, tabah, bersemangat, ceria bla..bla...bla.....

Cuma berharap & berdoa semoga hidup ai akan menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. Bukan tidak bersyukur, cuma mahu menjadi yang lebih baik, berjaya, cemerlang, gemilang & terbilang.

Ecehhh... baru jek tadi kata taknak azam gegak gempita, heh. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya urusan di dunia dan di akhirat, Amin....



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Dec 14, 2011

~~Mood masterchef yang hilang~~

Salaam & hi uols..... pekabo?? Hihi....sejak ada masterchef Malaysia, rajin la plak nak masak kan, upps.. before this pun rajin, it's just this time... mood nak masak tu makin berkobar-kobar. Jadi terapi minda gitu.

Few days tak abeskan gas memasak, godek2 dalam freezer, ada lg ayam, daging, ikan segala bagai. Lagipun Aliff mai arini, kena masak la sbb nk bg dia makan nasik, few days dah tak makan nasik : mulut sakit. Dah nampak kurus sket dah dia, siannnn...

So ai sms hubby ' Sup ayam ka ayam masak kicap". Then he replied, 'sup ayam pls, TQVM". So ahkak pun dengan bersemangat masuk dapur. Sedia suma bahan2... cari punya cari... adehhh, satu bahan utama tak cukup.

Huuu.... terus mood masterchef ai turun 40%. Jumpa la 2-3 ulas yg kecik2 jek. Apa bendanya?? Bawang putih la uols.... Ai mmg, klu nak masak... 4 benda ni wajib ada, bawang besar/kecik, bawang putih, cabai & halia. Kalau takdek rasa tk complete masakan, bley gitu?

Di sebabkan kekurangan bawang putih, menu pun bertukar jugak. End up masak sup ayam (ku gagahi jugak masak walopun bawang putih tk cukup), sambal ikan jadi ikan goreng + sambal belacan & telur goreng kicap without garlic. Heeheh... berselera gak kan? Sekian...


p/s : 1. Jenuh pujuk Aliff makan nasik, Alhamdulillah abes gak semangkuk kecik nasik +sup ayam dia makan. Imtiyaz plak cip cip ubi dalam sup tu, hehe...

2. Byk lg backdated entry nk buat... tungguuuuu.... :)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Dec 8, 2011

~~Hari ini hari Khamis~~


Salaam & hi all.... eh memang la hari ni hari Khamis kan, weahuuuuu. Motif?? Saja, takdek idea nak letak tajuk untuk entri ni.

Suram, kelam, hujan lebat.. itu suma tak menghalang ai dari menulis blog pada hari ini (kekdah nye macam hapdet blog tetiap hari nih, hehe)

Seperti hari2 biasa yang lain, memulakan hari dengan tugas2 bibik di dapur. Hari ni Aliff dgn Lanna mai lewat sket. Aliff : papa bawak g klinik, ada ulser dalam mulut. Lanna : papa bawak gi check mata, sebab asyik tgk TV/skrin komputer dekat2.

Kelmarin maktok cakap Aliff sakit mulut sebab nak tumbuh gigi. Ropanya ada ulser dalam mulut. Bukan satu, bukan dua, banyak jugak la. Sian dia, asyik merengek... bila tdo meleleh air liur, huhu. Selalunya ai jaki dengan Aliff, tapi hari ni serius kesian kt dia.

Imtiyaaz?? Imtiyaaz sudah ai antar ke bilik maktok. Sebab?? Bilik kt atas ni panas + budak2 pompuan 2 org ni ada kat atas. Bising ja keja depa, main congkak la, main lukis2 la. Tangan berjalan takpa, ni mulut pun berjalan, pot pet pot pet... sabo je la. Kejap2 bergolek atas lantai... hish, tatau la... budak2 main, asal boleh jek.

Actually, tgh pk camana nak amend design umah sket, untuk cut the cost. Sian abah, banyak benda nak kena pk... hmm, ntah la. Takleh cakap lelebih... takdak kuasa mutlak untuk bertindak sebegitu.

Apa merepek nih, ok lah.... till teh next entri muaahss, da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 24, 2011

~~Juai...juai... meh tgk meh~~


Salaam & hi all... malas nk citer panjang2, ai nk let go beg ni.... kt M'sia baru nk pemes brand NINE WEST nih. Beli ujung taon lepas kat Melbourne, pakai sekejap sangat, pastu simpan jek dalam kotak koleksi beg ai *wink*wink*. More info feel free to click HERE..

Sapa2 berminat bley PM ai, thanx muchoooo... muaahsss


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 22, 2011

~~Hari yang biasa2 aja~~


Biasa je arini, seperti hari2 lain. Cumanya semalam rakyat Malaysia bergembira sebab Harimau Malaya dah baham si Garuda, auuummmmm. Walopun ahkak tak tgk sgt, tapi time diaorang nyanyi lagu Negaraku tu ahkak turun tgk, hehehe, semangat mau ada (^-^)

Panas semacam arini tau u ols, takdak bunga2 nk hujan pun, cerah terang benderang. Tatau la kot2 petang sket hujan pulak, kalau hujan Alhamdulillah... sejuk sket Kuala Lumpur nih.

Takdak topik panas pun nk hapdet. Badan Imtiyaaz jek panas sket arini, 38.3 darjah celsius. Fatut la asyik meragam + takmau tdo. Ai peluk dia baru dia mau lena, tu pun tahan 15 menet ja. Hopefully tak melarat la mcm the other day, naik smpi 39.7 suhu badan Imtiyaaz, risau smpi tkleh tdo ai tau.

Tadi dok baca gossip2 artis Malaysia. U ols notice tak, artis yg pegi FFM 24 yg dressing up baju bling bling seksi segala bagai sumanya artis yg suam2 kuku + tk glemer, propa je lebih. Amik gambo tonggek sana sini . Naik menyampah pulak tgk, huhu...ok, full stop pasal gossip!!! (Ahkak suka baju Eja & Fazura. Owh.. and baju Afdlin Shauki sangat chomel gitu)

Ok, gambo2 dibawah takda kena mengena pun dgn post ni. Saja jek mencari-cari idea untuk interior umah adek ai... :)

Nak plastered ceiling katanya, so ai suggest takyah la buat design yg bunga2 segala bagai tu, macam dah old school jek design tu. So, dia cakap nak yg simple, yang ni macam simple + elegant kan?? Sesuai untuk rumah muda mudi.

Ni pun ai rasa not bad, simple... bentuk2 geometri jek, lagipun ai bukan jenis orang bunga2 sangat pun, u ols rasa camana??

Lampu siling ni pun macam ok, tak serabut sangat yet not too simple. Sedang elok je ai rasa.

Haaa... yg ni nampak macam fire crackers, kelako pulak tgk mula2 tu, tapi macam comel jugak la. Actually bentuknya twinkle twinkle little star tu. Apa2 pun lighting tu kena btol dengan ruang tu, ye tak? (macam interior designer plak ai, hehe) Okeh tu je, pencarian akan diteruskan selepas ini, da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 21, 2011

~~Jalan-jalan cari sale + makan~~


Wokehhh, ahkak mmg dah tk boleh nak tadah mata tgk bola, jantung asyik dupdap dupdap. So... mari kita hapdet blog lagi... hihi

Ni citer wiken lepas2 (meaning wiken 2 minggu lepas la). Seperti biasa untuk org yg tk bekerja, hari2 selain jaga anak + jadi bibik, keja ai ialah surf internet. Salah satu kesukaan ai ialah google kt mana ada sale. Tak kisah la sale benda apa pun, janji sale. Website ni selalu hapdet pasai sale2.... sila2 la klik (^_^)

So, jumpa FOS nyer sale kt the Curve. Janji punya janji, plan punya plan, sampai jugak kt the Curve. Ok, first time nih ahkak pegi the Curve, padahal sebelah Ikea jek, sebelum ni tk sampai seru kot nak masuk dalam the Curve ni, heh!

Jalan punya jalan, jumpa la sale FOS nih. Buat kt tetengah donia, 'fashion court' katanya. Mmg a good bargain la, suar jeans budak2 3 helai 5 hengget, belasah jek beli kt budak2 ni. Baju org tua, bertimbun-timbun la, tapi besa la, dah nama pun sale kan, bukannya elok sangat pun. Ai amik tshirt + singlet selai. Total suma 16 hengget klu tk silap, pueh ati ahkak.

(Okeh, now mode menyusu anak sambil tulis blog, supermak
kan ai??)

Di sebabkan niat mmg nk g tgk sale FOS tu jek, maka lepas bersesak kt situ, mmg we all dh tk continue merayap dlm the Curve. Perut pun dh berbunyi, so we all jln2 cari makan la pulak... enjoy la pic kt bawah ni... hihi... da!

Little Penang Kafe ; Penah makan sekali kt Midvalley nyer branch, so nk try kt sini pulak

Menu kesukaan + wajib :)

Hubby's lunch - nasi lemak klu tk salah, ahkak dh ingat2 lopa da

Lauk2 sampingan nye... bley tahan la rasa nya, sedap....

Ai punya lunch, Hokkien Mee kot, lupa dah... sedap jugakkk, Alhamdulillah

Last but not least, anak bujang ai, tetengah menyusu pun nk interframe jugak, sama perangai macam abah dia (^-^), muaahss

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Berdebar-debar : MAS vs INDO~~


Huuuu.... ai bukan taknak tgk, tapi hati ai berdebar-debar nk tgk. Dengar pulak hubby dok komen + mengomel itu ini kat hall bawah. Uwaaa... takutnyaaaa...

Harimau Malaya, buat yang terbaik, ai doakan yang terbaik buat kalian semua....

Kalau menang, Alhamdulillah... itu satu bonus,
Kalau kalah, itu satu pengalaman yang baik,
Cuba lagi pada masa akan datang,
Moga2 Harimau Malaya selamat hendaknya, itu yang penting... Amin


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Isnin suda~~


Tup tap tup tap, dah ari Isnin arini, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik & rezeki yg tidak kurang tidak lebih. Hari pun tak panas sangat, suram suam2 kuku gitu :)

Cuti sekolah pun dah bermula. And bermula lah juga perang dingin ai dengan budak2 kecik kt umah ni. Bukan perang dingin apa sangat, Imtiyaaz xleh selalu ada kt bawah la time tdo, kang sempat tdo 2 menet dah terbangun dek suara2 gemersik budak kecik 3 org tu. U ols tau je lah klu budak2 bermain kan, klu tak jerit2 + tk gelak kuat2 + tak lompat2 + tak lari2, mmg tk sah. Imtiyaaz pulak pantang terkejut, mula gelabah and mata jadi merah. Anak teruna ai sorang ni mmg sensitip sket.

Ceritera wiken's plan yg tak menjadi, tension jugak memula, seharian ai tak bercakap dengan hubby.... dah la tkleh pegi tempat yg nak pegi, balik umah bley plak dia asyik layan bola dari siang ke malam, mau tak hangin satu badan ahkak !! (huuu, jauhkan lah diriku dari menjadi isteri derhaka, Amin). It's ok, I doa supaya warehouse sale tu ada lagi pasni, Amin lagi sekali.

Kelmarin pulak pegi Puchong, kali btol2 nak renovate umah dah ni. Seingat ai, dah bapa kali pegi tunggang terbalik amik gambo, bt sketch suma untuk renovate, tp pastu senyap sunyi suma org. This time hopefully btol2 terjadi, walopun budget at the moment is very tight.

Malam ni lah kot baru nk berchenta dengan butter paper, artline, pencil color, CAD dan segala-galanya yg berkaitan dengan design. Yess.. DESIGN, perkataan keramat yg dah lama i tinggalkan & buat2 tak reti. And now I'm back for it!! Wish me luck yer suma, muaahss (ntah ingat ke tak lagi segala command dalam CAD, photoshop, illustrator segala bagai tuh, harap2 masih berbekas di hati, chewahhh)


P/s: Sapa2 nak amik ai jadi designer (architect) silakan, ai tengah cari keja sekarang. Dah rasa tepu dok kt umah jek.... huuuu.... (o_O). Moga2 ada rezeki ai di luar sana, InsyaAllah...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 19, 2011

~~Apa la nasib~~


Argghhhh, dugaan btol la semenjak dua menjak ni. Today we all kuar nk g baby fair, dah sampai tempat parking dah nih. Tgh pusing2 cari parking sekali kereta berasap. Terus hubby suh ai & Imtiyaaz cepat2 kuar dari kereta. Takut terbakar ke apa ke..... temperature nak full bar terus!

Berenti kat tepi, bukak tgk enjin, mmg berasap... coolant yg kaler ijo tu abes berlinang atas lantai. Bocor ke ape ntah la. Ai dukung Imtiyaaz so tk berani pegi dekat. Dah la hangat semacam kat tempat parking tu I tell u.

End up tak pegi pun baby fair, sementara tunggu tow truck datang, tunggu kt lobby shopping complex, sadis btol tgk org lalu lalang bawak beg shopping banyak2, uwaaaa (sib baik ahkak control idung supaya tak kembang kempis sambil minum slurpy, heh)

Mungkin kurang bernasib baik hari ni.... tapi ada hikmahnya di sebalik dugaan ni. Imtiyaaz dapat naik tow truck, hahahaha. Of course la ahkak pun naik. Yer la kan, hari2 biasa, sapa pulak nk bg naik tow truck, buang karan jek.

So, aktiviti hari ni, bangun tdo, siap cantik2 + sembur perfume banyak2, naik keta pegi PJ, jalan2 kt tempat parking, then naik tow truck balik umah, huuuu. Pastu layan citer Al Hijab + terbongkang dengan Imtiyaaz sampai petang. Akan ai coba sembuhkan hati ini dengan kuar berjalan-jalan esok, muehehehehe. Okie lah, da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Mari - mari~~


Mari-mari, adik-adik, kakak-kakak, mak-mak & makcik-makcik. Jom tengok koleksi terbaru dari Ceenonet's Bling (^-^) . Feel free to click on the link or the shop banner on the left side. TQVM, muahssss..

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Master chef Lin~~


Cey cey cey, tajuk tak kalah kan!! Motif?? Saja nak tayang hasil air tangan ai kat dapur 2-3 menjak ni, angin rajin ahkak tetiba datang nak 'bake' something. Tapi tak la pulak suma benda yg di masak di ambil gambonye, time rajin ja sempat snap.Enjoyyy....

** Ini ialah sebuku roti yang sedang di bakar di dalam oven. Yer, roti gandum. Gagah nak buat seniri, hehe. Walopun kulitnya agak keras, tapi isinya sedap, laku jugak, abes di mamam the next day. Kalau nak buat selalu kena la tahan daulat tunggu doh kembang lama sangat, huhu.


**Ni suma orang bley agak kot, puding karamel. Tapi yg spesel nya, lepas puding ni masak, ai tuang lagi karamel kat atas tu bagi dia jadi crusty + berkeping-keping, seriously sedap bila makan makan ada krupp krapp krupp krapp sket, heh!


**Ini pula ialah tat telur. Dah lama tingin nk makan. Nak beli kt luaq macam mahal + xdak selera pulak nk makan. So try buat seniri, pic ni yg kali ke-2 buat. First time buat bawak g PD di other day, kawan2 cakap sedap, mak abah pun cakap sedap, kekekeke (mode kembang semangkuk buat seketika). Proses nak buat tat telur ni agak lama + remeh jugak, so bley buat sekali sekala jek.

SEKIAN

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 18, 2011

~~Cuti2 kampung~~

**Hijau sawah padi kat jalan nak masuk umah, cantik kan?

Ni citer 2 minggu lepas ni, balik Kampung Lubuk Keriang sempena Raya Aidiladha. Since raya puasa dah beraya di Penang, so raya haji balik Kedah la pulak. Plus, we all nak buat kenduri aqiqah untuk Imtiyaaz.

Malam raya ai tak se'bz' selalu, sbb tukang masaknya ialah ibu mertuaku, dibantu oleh akak birasku & adik iparku. Ai?? Ai tolong2 jek apa yg patut, tak reti sangat nak tolong sbb diaorang buat keja cepat.

Kalau kt umah seniri tau dah nak buat apa, benda2 suma letak mana... lagipun mmg ai sorang anak pompuan (plus Liana yg masih terlompat-lompat) , so kena la tolong mak masak2, heh.

Pagi raya, kalut2 nak g smayang, sekali sampai masjid orang dh start smayang. Apa lagi, abg iparku merempit keta kat jalan atas batas2 sawah tu nk pegi surau. Huuu.... time tu mmg kecut perut ahkak takut keta terbalik masuk sawah, bley gitu?? Hih... Alhamdulillah, org belum start smayang, so sempat la ai merasa smayang raya kt kampung hubby.

Lepas smayang, balik kejap, siap2 Imtiyaaz, then kalut2 pulak nak g tgk lembu kena sembelih since buat aqiqah untuk Imtiyaaz. Tapi ai tk tgk la, takut kesian, tk bley makan plak kang (makan jek ko hengat kan??). G tolong2 apa yg patut kt surau, coz buat kenduri kat surau jek.

Tak sempat nak snap pic pun. Pic 1 ni jek ada, tu pun hubby yg hamek. Katanya, bini makan tak ingat laki, kekekeke...

**Hasil usahasama memasak (kekonon) - kerabu daging mentah, sup tulang/daging, daging/limpa/ hati goreng, air asam, perut rebus.

Then the next day balik Bukit Mertajam pulak. Walopun takda org coz parent ai tk blk raya kt kampung, we all balik la jugak tgk umah since dh lama tk balik. Kekonon nk g jenjalan kt Penang la kan, end up suma terbongkang depan TV smpi petang sebab hujan lebat, huhu. Mmg takdak rezeki btol.

**Imtiyaaz - on d way balik Penang.

Malam tu kekonon pulak nk g makan char kuew tiao Kampung Pelet yg di idam-idamkan tu, hishhhh, sekali tak bukak plak. Frust ala2 ketam menari menonggeng ahkak I tell u. Luckily ada option lain, nasik kandaq pokok ketapang!!

Tu pun lauk pauk ala2 nak abes dah, tapau bawak balik umah jek since Imtiyaaz dah ala2 lali nak lena + hujan rintik2. Enjoy la k pic nasik kandaq pokok ketapang kt bawah tu, hehe..

**Sedap, sapa2 nak try... nasik kandaq pokok ketapang ni hanyalah mobile stall, bukan nya warung atau restoran. Senang jek nk cari, lepas padang MPSP kt Butterworth tu, jalan depan sket, nampak bangunan TM beso sebelah kanan, masuk la simpang sebelum bangunan TM tu. InsyaAllah nampak kusi meja tepi2 jalan sebelah kanan tu, tu lah dia nasik kandaq pokok ketapang. Hanya dibuka 9 malam ke atas yer... jgn coba2 pi waktu siang pulak, mmg confirm dapat tgk pokok jek.... enjoy!!


P/s: Pokcik nasik kandaq kena bagi ai makan free selama sebulan ni sbb dh promote nasik kandaq dia, hehe.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 11, 2011

11.11.11


11.11.11.... Salaam & morning peeps, suma org sibuk post tarikh arini kt facebook la, twitter la, kt mana2 jer la, terlebih excited pulak. Lelebih lagi to those yg nak kawen arini, congrates :). Ada apa dengan 11.11.11? Nothing special in particular, it's just a number... a unique number I presume. Other than that, I love today... coz it's Friday... mulianya hari Jumaat bagi yang menghargai + memuliakannya & tomorrow is already weekend, hiks (gediks).

Imtiyaaz lepas mandi & minum susu, dah selamat terbongkang atas katil, baju pun tk sempat nak pakai. Baby boy mama ni mmg notty sket, kaco2 mama tdo, then kita dah xleh tdo dia plak take over katil. Aaaiissshhh, apa2 pun, mama loves u a lot!! >_<

Banyak nau benda nk update actually, ntah yg mana satu patut di post dulu. Owh, berita gumbira, berat turun lagi ----> 60 kg now. So, another 8 kilos more to go. Ambitious gila kan?? InsyaAllah boleh. Hubby dah rasa tercabar dengan berat I yg makin turun nih, muehehehe.

Nak mengomel apa lagi ekkk? Hari masih panjang, kerja2 bibik belum start lagi, Imtiyaaz dah mula meracau atas katil. Ok lah. Salaam Jumaat suma, pk yg indah2 + baik2 sahaja, moga kita suma diberkati, Amin.



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 28, 2011

~~Buah Hati Mama & Abah~~



No big car, no huge house, no big cash... There's nothing can replace you in our heart..... lovesssss

FAIZ IMTIYAAZ B. FAEIZULAZLAN


P/s: Tetiba jadi emo pulak di pagi hari Jumaat... hari pun nak hujan nih.....moga baik2 saja sampai esok lusa & selamanya, InsyaAllah.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Dinner at Victoria Station~~


It was mom's birthday on the 26th of October, so we went for this lavish dinner at Victoria Station Jalan Ampang. Went there once few years back but at Penang's branch.

The food was ok, not so WOW, not to the level that I've expected, but the price was definitely *wink*wink*....that's why I address it as 'lavish' (haruslah ahkak selak buku menu tu 3-4 kali cari plate yg murah sket). Also, waiter & waitress are friendly & helpful indeed. Only manage to snap hubby's plate & mine. And I would call it as once a year or once in 2 years time dinner at VS (^-^).

And I would say it's not suitable for family dinner, kalau couple or to be exact si boyfriend/hubby nak impresskan + appreciate teman masing2 + nak bercintan cintun, sesuai sangat lah kot.... hihi

Hubby's - Grilled Neptune Taurus

Mine - Chicken A'la Kiev

Total damage on that night - almost rm500, huhu (o_O)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 11, 2011

~~Malaikatmu bernama IBU~~

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA:

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat. Wallahu'alam...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Credited : Unknown

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 6, 2011

~~Apa khabar orang kampung~~

(sila nyanyi dengan penuh khusyuk)

Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

I am super cute, am I? (^-^)


Iskh, takyah la kirim berita, we all nak balik kampung malam ni..... Imtiyaaz nak jumpa tokwan, tok, Kak Ain, Abg Ammar... & the rest of the family.... huehuehue...

Imtiyaaz nak tgk mesin padi... tgk tokwan amik padi... eh, tokwan dah amik padi ka belum haaa? Hopefully belum lagi.. hiks!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Nukilan malam~~


Tak boleh tdo, even kepala ni pening since petang tadi. Hati tak keruan, resah, gelisah... memikirkan pasal kerja.... Yeah, perkataan 'kerja' tu asyik berlegar legar dalam kepala sejak balik tanah air taon lepas. But right now, makin kerap berfikir tentang perkara yg satu ini...

Imtiyaaz dah 104 hari usianya hari ni, Alhamdulillah, dah besar anak mama. Dan orang sekeliling mula sibuk bertanya 'dah kerja ke?' atau 'bila nak start kerja?' Secara jujurnya, tiap2 hari memang I berfikir tentang kerja, mencari, bertanya... I'm trying hard here to find a job ok, and I'm still working on it.

Yer, rezeki Allah ada di mana-mana, and I mmg percaya pada those wisdom words. Apa yang I depress ialah when people keep asking, bila nak kerja, bila nak kerja. Nak kerja lah ni... tolong jangan tanya lagi boleh tak? Kadang2 naik hangin jugak bila soalan yg sama jek keluar. And kadang2 those questions jugak buat I menangis dalam hati, yer dalam hati... nobody knows apa yg terbuku dalam hati I sekarang ni. Menangis btol2 bley buat time org lain dh tdo jek, yer mcm s'rang ni, bley nangis puas2.

I know and I am aware of my responsibilities. I pun ada perasaan nak bagi duit kt my parent monthly, beli barang2 guna duit seniri especially for myself & Imtiyaaz, tolong hubby + abah bayar sedikit sebanyak all the bills, installments & belanja untuk umah. Semua benda tu I nak buat, it's just that... I'm jobless now... & I'm looking for a job. My crochet stuff doesn't seem work well. Boleh lah nak simpan sket2 dalam tabung Imtiyaaz :).

Bergenang air mata time tenung muka Imtiyaaz tgh tdo tadi, beralih sebelah kanan, muka hubby pulak. Oh no, bukan bergenang lagi dah, dah laju pun kuar. Dua orang kesayangan I apart from my family. As a wife, I have a strong desire nak tolong hubby especially time we all mmg btol2 in need of money, I tak kisah pun klu kena korek tabung. Duit simpanan waktu kerja kt Melbourne dulu pun dah nak abes sesangat. Bila dah ada Imtiyaaz, lg la guna banyak duit, tapi mama tak anggap pun Imtiyaaz sebagai satu beban. Imtiyaaz adalah anugerah Allah yg tak ternilai buat mama & abah, and mama akan buat yang terbaik untuk Imtiyaaz. And I percaya, ada rezeki untuk anak I sorang ni di mana-mana. It's just Allah belum kurniakan lagi untuk kami satu family.

Nak cari kerja ;

Resume...

Cover letter...

Portfolio...

Interview...

Semua perkara di atas InsyaAllah I akan update + prepare sket2... wish me luck. Moga rezeki dan kasih sayang daripada Allah SWT ada bersama - sama I untuk perjuangan yang satu ini, Amin.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 15, 2011

~~Our pride & joy~~

It's been a while. No updates. Been busy. Plus lazy. And this is the back dated one.

Salaam & hi all,

The previous entry was only a filler, can I say that? So this is it. I haven't officially introduced my little hero on this blog yet. Faiz Imtiyaaz bin Faeizulazlan, that's the name given to our little hero (ekceli ai yg pilih nama ni, hiks).

After a day me fighting with the contraction pain (ni lah sobabnye hubby kalah dlm pemilihan nama baby), it left me no energy to push the baby out of the womb. So, it took me another 2 and a half hour in the battle (sakit tak tertahan sbb ai tak hamik epidural mahukan induce, so dalam keadaan gegak gempita tu, ai pun request untuk buat ceaser, but semuanya di tolak mentah2 oleh mak ai) before Imtiyaaz was born.

After few failed trials, the docs then decided to do an 'assist vacuum'. With all the energy left in me, I put myself together and pushed the hardest as I could while they vacuumed out the baby's head. Alhamdulillah, we did it! Our pride & joy was born on the 25th of June 2011 (23 Rejab 1432) at 5.26 am, Selayang Hospital. It worths all the pain that I had before as the baby was before my eyes.

An hour old - our twinkle twinkle little star :)

But 4-5 minutes after the baby came out, this question came out of my mouth "Baby dah keluar ke belum?" Dah..... kan tadi baby duduk atas perut awak," replied the doctor (Bley cenggitu?? Ai mmg dah mamai sangat time tu, sakit nak bersalin mmg tatau nak citer camana, asyik ikut mak ai Istighfar - hubby dah kuar dari labour room sbb dah pucat lesi, & di sebabkan sakit tu jugak, ai mmg dah terlelap tanpa ragu-ragu 4-5 kali dalam labour room tu, hih)

Our muuchooo sweetheart - 1 & a half hour old :)

More or less, this is the story about me delivering Imtiyaaz, I wont tell the scary cutting & sewing parts, only people who have the experience can imagine & know about it (^-^).

12 days old - a good khalifah to be , InsyaAllah

Faiz Imtiyaaz, you are mama and abah's pride & joy. You are the best thing happened in our life so far. We loved & will always love you day in & day out. May you grow up healthy & live a long life InsyaAllah. And our prays will always be with you, muaahsssss...



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 28, 2011

~~Peristiwa yg tk dpt dilupakan~~

Peristiwa yang tak dapat dilupakan hari ni, kisah anak bujang kecik I. We all (me, baby, mak & Yuih my lil bro) kuar arini. G klinik, g Tabung Haji bukak akaun untuk Imtiyaaz (thank you Mak Tok sbb sponsor Imtiyaaz bukak akaun, hih). Then singgah BSN pulak sbb my mom nak update buku akaun dia.

Sementara tunggu mak, check la pampers si anak bujang kecik ni, owh dia poo poo rupanya. So I pun bukak la pampers nk tukar, baby wipes suma siap sedia dalam henbeg nih, hihi. Nak jadikan cita, elok jek letak pampers baru, dia poo poo lagi, ada la secoet kt lubang bon*** dia, belum kena pampers lagi "selamat pampers baru", kata I dalam hati.

So I cepat2 amik wipes and cuci secoet kt bon*** Imtiyaaz. Tetiba jek dia teran baik punya kuar poo poo lagi. Yang mengharukan ialah abes poo poo dia terpercik dalam keta, itu termasuklah kena suar I, seat driver sebelah belakang, pintu keta CRV tok abah & tak lupa jugak sebelah belakang baju driver. Hahaha, haru biru satu keta.

Sib baik la ada wipes & tisu sekotak dalam keta. But then terpaksa singgah kedai runcit jugak beli ayaq untuk cuci suar & tangan I yang kekuningan. Seriously macam watercolor poo poo Imtiyaaz. Sib baik la takda bau lagi, kalau tak mmg pengsan suma org dalam keta, hih. Sekian, itulah peristiwa yang tak dapat dilupakan pada hari ini (^-^)

p/s : Kelam kabut sangat, so tk sempat nk snap pic. Harap2 pasni abah pulak dapat experience camnih, heh.






*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 13, 2011

~~Tik tok tik tok~~


It was in AM..... Friday, 24th of June 2011

4 00, 4 15, 4 30...... continuously until 6 10...... there was a sign...
took a shower, asked hubby to wake up....

7 15, 7 25, 7 35.... continuously every 10-15 minutes..... until noon

And it was in the noon until late evening....

14 32, 14 53, 15 12, 15 18, 15 25, 15 32, 15 40, 15 47, 15 55, 16 04, 16 11, 16 19, 16 27, 16 36, 16 42, 16 49, 16 57, 17 04, 17 13, 17 31, 17 39, 17 50, 18 09, 16 18, 18 23, 18 28, 18 33, 18 49, 18 58, 19 06, 19 15, 19 20, 19 24, 19 32, 19 35, 19 45, 19 50, 19 55, 20 02, 20 05, 20 10, 20 14, 20 20, 20 23, 20 30, 20 37, 20 43, 20 49, 20 55, 20 59, 21 05, 21 10, 21 17, 21 22, 21 28, 21 35, 21 44, 21 51, 21 55, 22 04, 22 07, 22 11, 22 14, 22 16, 22 18, 22 22, 22 30, 22 32, 22 37, 22 42, 22 48, 22 52, 22 59, 23 02.... continuously every 2-3 minutes... until early morning


It was in AM again..... Saturday, 25th of June 2011

2 45.... the sign was frequently getting stronger & stronger.....

5 26.... (^-^) Alhamdulillah


I'm sure some of you been wondering what were the numbers for. They were the moments when I was fighting with the pain of contraction... and I did cry once...

Yes, me & hubby were keep tracking the contraction time.....

- easy for us to inform the doctors/nurses when they ask
- for Mama's personal record, so that Imtiyaaz will know how long was Mama fighting with the contraction's pain before Imtiyaaz was born (^-^)


Alhamdulillah & Thank You ya Allah for this precious moment & feeling.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jun 22, 2011

~~Jalan-jalan D' Titiwangsa~~


Well, entry ni sepatutnya publish 2 minggu lepas, tp sbb malas, peram dalam draft dulu, hehe.

Ini bukan lagi aktiviti lawatan berskala ke Titiwangsa. Actually one of hubby's friends invited us to attend his brothers & sister wedding @ Laman Tiba, Tasik Titiwangsa. 3 couples sekaligus, seriously jimat.. hihi.

So, al kisah on Saturday Abg Jan & Kak Lin sibuk angkut barang nk pindah umah baru. So, since we all ada kenduri, tk dapek la nak nolong sangat. So kami berdua angkut la anak2 sedara Lanna & Aliff supaya diaorang tak kaco aktiviti perpindahan (^-^). Jenuh pujuk kata nak bawak naik kuda baru ON nak ikut.

Sempat la bersosial sekejap, tgk muka budak dioarang ni dah maha bosan dah, tak sabo nak naik kuda... hihi. Ikut jadual kol 3 pm dah bley beli tiket, tapi tunggu punya tunggu kuda tak smpi2. Eh bukan kuda.... pokcik2 yg handle kuda tu la. Hangin jugak la akak...dengan boyot2 dok tunggu tengah panas kan.

Finally kol 4 pm baru ada. Budak 2 org ni konon nak naik kuda, tapi penakut gila.. aish... so naik keta kuda jer la. Ok la... fee keta kuda tak mahal pun, RM1 untuk dewasa & RM0.50 untuk kanak2 for 1 round. So... boley la naik banyak round sampai muntah.

Sessi bergambo dgn kuda sementara tunggu kaunter tiket bukak.

Yeay... dah dpt tiket after a long wait!!

Tunggu kuda pulak kuar dari kandang, bergambo dengan 'keta' jek dulu.

Hmmm, since dioarang ni tak sistematik sgt, sapa beratur dulu dia la dapat naik dulu walopun dah beli tiket awal2, hangin btol akak!!

Finally, after 1 and a half hours of waiting, dapat gak naik keta kuda. Aliff terkedu selama beberapa saat, then baru dia berani bersuara, hehehe. Lenkali kita naik kuda pulak wokeh....

SEKIAN

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jun 17, 2011

~~Grrr....~~


Today I rasa sangat tension + stress + benci + nak marah + segala perasaan yang sewaktu dengannya. Natijahnya, I rasa pening, nak muntah, tak lalu nak makan & rasa nak bergolek golek pegi Jusco hiburkan hati.

Duhai hati.... sejuk la cepat2, moga amarah ni tak berpanjangan & tak effect kat baby mama, Amin....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jun 6, 2011

~~Makan dah makan lagi...


Since orang lain pegi berhoya hoye ke Korea (now dah balik la), we all pun ada plan sendiri. Time dinner jek la, sbb siang hubby & abah g keje (including me lah tu)

So...ni makanan2 yg telah ditelan sepanjang ketiadaan rombongan Korea (mmg sekarang I dah letak jawatan terus dari jadi tukang masak kat umah, hihi)


Day 1
Makan kt Juara Tomyam, dah lama tak jenguk restoran ni. Dulu everytime balik M'sia mesti pegi at least sekali... the menu was superb, tambah pulak orang yg belanja, ngehngehngeh.

Otak - otak

Other dishes - kerabu mangga, sambal udang petai, kailan ikan masin, sotong goreng tepung & tomyam campur

Menu kegemaran - deep fry ikan 3 rasa

The damage that has been done

Day 2
Abang beli tapau from Saba, it's an Arabian Restaurant. Menu nya briani ayam, kebab ayam & 1 lagi menu tak ingat nama dia... Too bad tak sempat ambil gambo sbb we all dh tahap kebulur malam itusss... (^-^)

Day 3
Seriously takdek idea nak makan apa, so abah suggest order Dominos Pizza jek, and it was on his treat after all. So, there'd you go, dinner pizza Classified Chicken & Extravaganza.

Day 4
It was hubby's birthday.... so Abah & two of us went to this quite expensive restaurant (ehem, of course it was on Abah's treat, hehe). But it was enjoyable night. The menus were superb & mouth watering indeed even though it was a bit 'pricey'.

Anyone want to go?? It is at Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang.

Black sos fried chicken with dried chillis.

Fried long bean, simple but really yummy.

Fried prawn with butter floss....

This is the superb one, crab in a red sauce, I dont how they cooked it, but it was really2 yummy... some more the crabs were the fresh one...


P/s : Actually we went there again last night, this time with the whole family, and the crab, it is a 'must order' menu (^-^). Thank you Allah for all the rezqi, Alhamdulillah.


*******************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 31, 2011

~~Day 2~~


Day 2, a bit unwell, plus I couldn't really sleep last night. Ate a lot at Juara Tomyam Restaurant last night, hehe.

In the middle of the night, body temperature was suddenly went up. Woke up for Subuh & straight away forced myself to finish all the house work.

And I'm now at the office, playing around & as yesterday doing nothing. Thought of going out, but the driver is on leave today *sight*. Baby also is a bit inactive this morning.

Hmm, it's only 10 30 am & I'm already feel very sleepy & dizzy. Hmmm, I got nothing to babble about... da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 30, 2011

~~Should I be sad or happy ??~~

Ok, day 1 at Abah's office.... I got nothing to do, even I asked for a task from Abah few times. Hmm.... there's nothing for me to get busy of. So, I'm bored to death now.... And this is gonna be an emotional entry....

Why am I here? Coz I refused to stay at home alone/with somebody else. Others at home? They've gone for a vacation for 5 days approx. Sometimes I just wondering, why at this time around?? Why must they go when I have a restriction to do so and really couldn't join them??

Wouldn't it be happy if me & hubby tagging along with them?? Hmm... don't know, it's just my other side of bad thinking.... I am here & I still couldn't join family's activities. Yes, I cried few times... just to console myself. I'm gonna be definitely fine even I'm not joining them.. (-_-)

And I don't know whether I should be sad for myself or be happy for them. Seriously I don't know. Thank God Abah is still around when hubby is gone for work, at least there is still somebody that I can rely on.

Umm, thought of going out for shopping, me and only me, but hubby forbids me to do so (#o_O). It's gonna be a long day today & the days ahead. Somehow, I should feel happy coz I got a chance to go out after staying at home & being a 'bibik' for quite sometime (^-^).

Ok, enough of an emotional entry... da people!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 25, 2011

~Koleksi baru, panas lagiiiii...... (^-^)~~


Hello allllllllllll.... jom tengok koleksi terbaru CeenonetsblingCollection


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 23, 2011

~~A gift for a friend~~


Taon ni ramai btol family & kawan2 dapat baby. InsyaAllah I pun akan menyusul pasni. Moga dipermudahkan segalanya, Amin.

So kisahnya, kalau nak g melawat baby mesti nak bawak hadiah kan. I smpi tk larat nk pusing2 cari hadiah kt supermarket... asyik benda sama jek, last2 beli untuk baby seniri, hihi.

This time nak g visit a baby girl, so I beli sepasang baju blouse & suar (of course kaler pink). Then i buat crochet headband yg ala2 matching dengan baju baby tu.

Time nak membungkus pulak. Dah busan guna kotak+kertas pembalut/ paper bag bunga+katun2, so this is my initiative......

I jahit seniri bag kain tu, simple jek, kejap jek, tk sampai 10 menet dah siap jahit. Ikut bentuk lipatan baju. Then letak ribbon, then terus masuk baju+ headband.

Closed up sket isi kat dalam!! Owh lupa, kain buat bag tu murah jek, semeter RM2.50. Pakai sket je pun......

Ikat ribbon kat atas, dah siap!!! Senang kan? Lain dari yang lain sket (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Akhirnya...~~


Salaam & good morning.... happy happy Monday... (^-^)...

Ermmm, taknak ngomel panjang... just nak share rasa happy, sbb baby's quilt yg I usahakan sejak beberapa minggu yang lepas dah siapppppp.... weeeeeeeeeeeeeeeeee......

Up front... comey kan?? Heeeee.....

Sebelah belakang, walopun takda la kemas sangat, but I'm happy with it, first trial... from mama to baby with luv!! (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 18, 2011

~~Sekali sekala berkongsi rasa...~~

Salaam & hi all, bertemu lagi kita (^-^). Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. And I love Friday a lot... hihi...

This entry supposedly been published about a week ago. But for some reason I baru ada hati nak publish arini (buat kali ke-2 sbb salah seniri tak save draft, heh)

Well tgk first pic dah boleh agak event apa kan? This event was held by HSBC's yellow team, which included my hubby as well. I pun join jugak since bley bawak family/boyfriend/girlfriend etc.

Diaorang kt HSBC dah divide few groups untuk buat charity event, tak kisah la sama ada kt umah anak yatim, umah org tua or wherever yg dirasakan sesuai dengan 'charity' theme tu.

So yellow team has decided to choose Pusat Jagaan Suci Rohani untuk event ni. Anak2/adik2 yang ada kt sini terdiri daripada anak2 yatim + anak2 kurang berkemampuan, dari sekolah rendah smpi la sekolah menengah. And lelaki & perempuan diasingkan di pusat jagaan yg berbeza. Meaning, diaorang ada few places lg mcm ni kt tempat lain untuk adik2 nih.

Aktiviti bermula seawal 10 pagi, but me & hubby smpi agak lewat disebabkan ada masalah teknikal sket kt umah.

Macam2 aktiviti diaorang buat untuk adik2 ni...... jom kita tgk sebahagiannya...

Akak2 ganteng HSBC tengah buat game 'cerita berantai' kat adik2 ni.

Teka kata tru action... kenal tak sapa tu?? Tak kenal??? OK la, buat2 je la kenal.. hihi

Sebahagian daripada adik2 'Suci Rohani'.

Tengah pay attention tgk game show kat depan.

Prize giving session. Ok, ni dah closed up, bley kenal tak??

Abang A bersama adik2 perempuan Suci Rohani, suma mcm malu2 gitu.

HSBC's yellow team bergambar kenangan sebelum balik dengan adik2 Suci Rohani.

Hubby ku yang gedik nak bergambo dengan Abg A, kekekeke.

Ok la, I pun gedik sekali nak bergambo. Yer la... bukan senang nak bergambo dgn selebriti. Kepada sesapa yg belum dpt hint lagi sapa mamat ni... ni la Alex dari Raja Lawak/Maharaja Lawak.

Alex ni mmg sangat peramah + sporting & lawak. Baru kenal tapi bersembang macam dah kenal bertaon-taon. Thanx sangat sebab sudi datang hiburkan adik2 ni, walopun baru sampai dari Sabah the night before (^-^)

Ummm, sekali sekala berkongsi rasa & get involve dengan aktiviti macam ni mmg menginsafkan. Walopun adik2 ni serba kekurangan, masing2 nampak redha & tabah.

Bergenang air mata I time tgk diorang agihkan cupcakes, suma tadah tangan to make sure diaorang dapat, and ada yg minta 2 bijik, huhu.

And sekali lagi hati terusik bila akak2 HSBC agihkan buku Ben 10 kat adik2 ni. Masing2 teruja & appreciate dengan pemberian yg tak seberapa tu. Terus teringat anak2 sedara & adik I kat umah, betapa beruntung nya diaorang.

Setakat buku Ben 10 harga 2-3 hinggit tu, tunjuk je nak yg mana, terus dapat on the dot. So bila dah senang dapat, diaorang tak reti nak bersyukur & appreciate. Rasa bosan je, biar jek bersepah merata-rata.

I jadi sebak & air mata I bergenang lagi (yer, I mmg sensitip orangnya) time bersembang dengan pengasas Suci Rohani, Puan Rokiah. Betapa tabahnya seorang ibu mengambil tanggungjawab menjaga anak2 yg kurang bernasib baik ni. Kalau I, tatau la bley handle ke tak.. huhu.

According to her, funding mmg kena cari seniri. Nak beli stok makanan basah, pegi market time dah nak tutup, so that diorang bley dapat harga murah, and of course kualiti pun dah kurang elok. Itu baru bab makanan, belum lagi masuk bab sewa umah, bil2, perbelanjaan sekolah etc.

I teringin jugak nak sumbangkan sesuatu, tapi.... InsyaAllah, klu masa ke depan ada rezeki lebih sket, bley bagi fund or do something to ease their burden.

And I doakan semoga adik2 yg kurang bernasib baik ni akan membesar jadi org yg berguna, so that suatu hari nanti, diaorang pulak boleh buat/sumbangkan sesuatu yang baik untuk masyarakat, InsyaAllah, Amin.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails