Sep 25, 2010

~~Sakit hapuskan dosa~~


DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”


Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah."
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.



Moga I termasuk dalam golongan tu, tadi dah nanges semahu nya sbb tak larat sangat - dengan selesema + batuk yang dh berminggu minggu tak baik. Sekarang ni tambah lagi, sakit mata, demam, sakit dada, kepala berdenyut-denyut, suma dlm 1 package. Ubat doc mcm tak jalan je.

I tdo lepas Maghrib tadi, dengan harapan bila bangun dh ok sket, bley buat keja coz next week ada mid semester crit. Tapi tak, makin teruk... gagahkan diri bangun nk bt keja, but here I am. Langsung tk boleh pk.... sedihnya keadaan mcm ni. Mcm2 dugaan, bukan I tak redha... tapi rasa mcm dh tak tertanggung rasa sakit ni.

InsyaAllah, I akan terima seada nya ujian ni. Moga terhapus dosa2 kecil I, Amin. Doakan I cepat sembuh yer... muaahss...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

2 comments:

hidayahrodhi said...

Salam clin,

risau i baca entry u nih.rest bnyk2, n minum air suam bnyk tau.kalau melarat lagi pegi jumpa doktor...kalau tak sehat lagi jgn paksa diri pikir design..mayb kena rest betul2..tp kadang2 design yg last minit tu lah crit dia ok.dont push ur self to hard darl!..so u take care ok.

Elylinn said...

Tq dear....hmm, byk btol dugaan lately. Nak abeskan cepat2 & balik...
Moga dipermudahkan semuanya... Amin.
U doa untuk I tau!!

Related Posts with Thumbnails