Sep 8, 2010

~~Aktiviti memasak juadah raya bermula~~


Tengok tajuk pun dah tau apa isi kandungan dia kan, hihi. Since kelmarin dah sibuk keluar membeli-belah barang2 nk masak, tu portion I jek. Portion geng2 yang lain, lagi la banyak. We all cadang nk masak banyak menu untuk 'open house' kitaorang. Sorang masak 1-2 juadah, then kumpul ramai2 1 umah buat rumah terbuka. Kalau takdek orang datang, kami perabih semua juadah2 tu, hihi.

So for me... selain buat kuih the other day, I volunteer untuk buat kek sarang semut & all time favourite dish ----->> LAKSA!! I memang hantu laksa ok. Sanggup angkut periuk besar dari umah Kak Amie semata-mata nak buat laksa. Errr... of course la nk jamu org lain jugak kan. Kelmarin dah g pasar beli ikan sardin fresh, 2 kilo ok!! Dah siang2 suma, simpan dalam freezer dulu, esok baru rebus.

Today, I buat kek dulu. Sangat gebu & anjal toingg toingg ok.... hehe, perasan btol!! And since Kak Amie pun bercita-cita nak masak byk sangat juadah, I amik tugas untuk rebus segala ketupat nasi + pulut kat umah I. Tak la sesak dapur Kak Amie nanti... Malam esok we all nak cucuk satay, uppsss.... pecah rahsia. Tu salah satu juadah, banyak lagi yg lain, akan direveal lepas abes open house nnt (^-^). Pics pun nnt I upload banyak2.

Semua orang dh berpusu-pusu balik kampung ekkk. Agaknye kat KL nun, jalan dah clear, boleh baring golek-golek tengah jalan, bestnya kan!! Takpe, takpe, sket je lagi. Taon depan InsyaAllah beraya di Malaysia..... Amin


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

No comments:

Related Posts with Thumbnails