Sep 27, 2010

~~ (^-^) ~~

I'm getting better I guess, even my eyes 'sepet' sebelah, ihiks!! Alhamdulillah....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 25, 2010

~~Sakit hapuskan dosa~~


DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”


Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah."
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.



Moga I termasuk dalam golongan tu, tadi dah nanges semahu nya sbb tak larat sangat - dengan selesema + batuk yang dh berminggu minggu tak baik. Sekarang ni tambah lagi, sakit mata, demam, sakit dada, kepala berdenyut-denyut, suma dlm 1 package. Ubat doc mcm tak jalan je.

I tdo lepas Maghrib tadi, dengan harapan bila bangun dh ok sket, bley buat keja coz next week ada mid semester crit. Tapi tak, makin teruk... gagahkan diri bangun nk bt keja, but here I am. Langsung tk boleh pk.... sedihnya keadaan mcm ni. Mcm2 dugaan, bukan I tak redha... tapi rasa mcm dh tak tertanggung rasa sakit ni.

InsyaAllah, I akan terima seada nya ujian ni. Moga terhapus dosa2 kecil I, Amin. Doakan I cepat sembuh yer... muaahss...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 24, 2010

~~Shopaholic yg tgh sakit+bosan~~


Bosan plak malam ni, nk tdo tak bley... walopun keadaan kesihatan diri yang patutnye kena tdo. Nak sembang takdek teman pulak. What should I do?? My major project, aahhh.... not again, seriously I couldnt think anything about it...

Hurmmm... I'm bored of 'facebooking' as well, sneaking around other people profile to view their pics + walls etc. Tiring & wasting a time, but then, I still do it, huh.. pathetic!!

U ols suke shopping tak?? Me?? Of courseeeeeeee.... me like super duper shopaholic. Okeh, it's time to make a confession.. whooppsss, confession of a shopaholic?? Maybe...

When I first came here, I sangat takut untuk berbelanja, coz everytime I wanna buy something, I will time it three, so end up tak jadi beli. But since I keje, ada duit seniri... wah wah... duit abes macam air paip kuar. Seriously, mula la berangan nak beli macam2 (^-^).

At first, I kumpul duit untuk travel. Ok la... dh sampi Tasmania, Adelaide, Sydney & Gold Coast. Perth belum, NZ belum.. & I tingin nakg desert kt tetengah benua OZ nih - Alice Spring. Orang cakap takde ape2, mmg pun...desert la kan, hurmm... sometime I do like to do something adventurous.

Then lepas abeskan duit untul travel. I kumpul lagi, this time beli barang umah, pinggan mangkuk Corell segala bagai, mmg heaven especially time boxing day. Selamat sudah angut balik M'sia, in fact ada yg still dalam kotak. Tak sempat nk mengemas pun, selambak jek my mom susun atas kabinet dapur (^-^). Owh juga, kumpul duit nak kawen jugak time tu... hihi, tp untuk membeli belah barang hantaran segala, harus lah ikut taste seniri kan.

Now, I gila membeli cadar + quilt cover. Design kt sini cantik2 compare to M'sia. Kalau ada pun comforter set, tapi bulky, takkan nk beli byk2 comforter set & simpan dalam lemari. Tak muat okeh!! Yer lah, kat M'sia org tk pakai sangat quilt cover kan. But I couldnt stop myself of buying it. Dah alang2 I dh beli thin quilt untuk summer, selamat smpi M'sia dah pun. So, sekarang berazam nk buat collection quilt cover pulak.

At the same time, I bershopping handbags jugak, tapi takla gila sangat. Kena budget2 jugak since dah kawen ni. Sekali sekala hubby tegur + bebel jugak. Nak buat camno, wife you mmg suka shopping la dear. Terima jer la seada nye yer, hiks! Now tgh kumpul duit nk beli handbag yg dh lama I idam-idamkan. Hubby tk bley bebel sbb I guna duit seniri, muehehehe. Baju & kasut, ermm sometime jek, I bukan gila fesyen pun. Biasa2 jek, tambah sekarang badan dah naik, malas nk berfesyen bagai.

Thank God, I jugak bukan orang yang freak pasal gadget, kalau tak, botak lah kepala lakiku. Eheee, I boleh hang on at 1 gadget for years. Sampai rosak teruk baru tukar, close example... my Lola, masuk taon ni dah 6 taon I guna Lola. Walopun lately, kadang2 dia buat hal jugak.

Dengan laptop ni la I keep in touch dgn family especially my hubby, dengan laptop ni la I buat kerja2 I, dengan laptop ni jugak I layan kebosanan mcm s'rang ni & dengan laptop ni la I cari makan. Banyak berjasa ni, smpi tercabut la button keyboard Lola ni, tk sengaja tersangkut kt buku, huhu..... but it's ok. I bukan taip guna keyboard laptop pun, rimas... I ada other cute usb keyboard yg attach dengan Lola (^-^)

Haiyohhh, dalam kebosanan pun panjang gak entri ni, heh! Ok lah, best kan cita pasal shopping2. Nanti update lagi.... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Ubat oohhh ubat~~


Ok, setelah dipaksa berkali-kali oleh uncheck hubby, I pun dengan terpaksa rela pegi 'dating' dengan doktor arini. Kol 850 am dh terpacul kt klinik, doc pun tak smpi lagi. Konon nye la appointment kol 900 am. End up 915 am baru doc sampai. Dah consult & check segala bagai, nak tau apa hasilnya??....

Ni ubat batuk, yang ade pain chest relief sekali, sbb
selalu batuk
& sakit dada especially at night.

Ni pulak antibiotik.... ok, jgn tertipu dgn botolnye yer,
bukak2 ada 7 bijik jek, ceittt!!
Fatut la dia suh dtg balik klu
antibiotik abes & sakit still tk baik,
ropanya sket je dia kasik,
mmg bisnes strategy sungguh!!


Ni pulak eye drop sbb mata I pun gatal jek 2-3 hari ni, doc tu
kata ubat ni bagus.. huuu, mmg la, cuba usha rega dia bape.

Sib baik tak sakit jantung time nak bayar tadi.

Total of Aud68.10 untuk suma ubat2 ni... huhuh....

Disebabkan I dah spend duit gaji I untuk ubat2 ni, so terpaksa rela kena abeskan jugak. I know, i know... rega tu dah boleh dapat 1 purse Nine West yang cantik ituss, sobsss. Kena baik cepat2, takleh sakit dah pasni. And Alhamdulillah bukan H1N1, I siap tanya lagi kt doc tu, and dia sengih je sambil geleng kepala. So, lega sket rasa.... hopefully malam ni boleh tdo lena ditemani ubat2 yg mahal nih.... Amin!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 23, 2010

~~Riang Ria Aidilfitri - Day 2~~


Salaam all..... how r u? Erm, actually taknak pun update blog sbb kepala tgh pusing2, badan panas & hidung berair. Tapi ku paksa rela buat entri baru sbb nak tahan taknak tdo. Yer lah, awal lagi kot, baru kol 8 pm, even Isya' dah masuk, but still early to go to bed. Takut nnt tengah malam mata terkebil-kebil tkleh tdo.

So... taraaa, entri kedua untuk hari raya. Takde la menarik sangat pun compare to the first day, pics pun tk banyak coz malas nk kuarkan camera. Layan jer laa.....


Hari ke - 2 ada tetamu datang lagi, sib baik la ada lagi segala juadah...So, ni gamba reramai time diaorang nak balik. Baju raya?? Takdek dah, tuka uniform biasa dah, hehe

Aksi berposing dengan pokok sakura yang baru nk berbunga... hih!

With Haziq yang seksiss gitu, & lemon tree yang sedang galak berbuah

Ni aksi tak boleh blah di dalam kesejukan itusss.....sila jgn tiru gaya ini, buruk okeh!!

Later on that evening, we paid a visit to umah orang2 yang dtg awalnye tadi. Si budak kecik cute ni namanya Fatihah. Sangat la over excited + happy time kitaorang sampai... hihi, chumel sgt!!


Conclusion nye, day 2 of Eid adalah hari mengembungkan perut, 4 umah kitaorang g. Sampai je kat umah ke-4, suma surrender takleh masuk dah makanan, seriously mcm nk meletup salur esofagus + usus perut. End up makan kacang jek. Apa2 pun, I did enjoy the day (^-^)

~~End of day 2~~


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 20, 2010

~~DIY - lulur mandi (home made face & body scrub)~~


Hallluuuuuuuu.... me again! Yer la, this is my blog kan, mesti la I yang update, hiks (gediks)! Occay this time I want to share a simple tips. Macam mana nak dapatkan kulit yang halus lagi gebu lagi comey lagi... errr, dan sewaktu dengannya (^-^).

For those yang kenal I dari sekolah menengah mesti tau kulit muka I cemana dulu. Gelap, berminyak & most of all baaaaaanyaaakkkkkkk sangat jerawat + buruk. Sebab tu kot takda org minat kt I time sekolah dulu, eheh. Bayangkan time cikgu sibuk mengajar kt depan, I kt belakang sibuk picit jerawat, takda cermin pun jadik, raba2 jerawat terus picit. Kira macam hobi lah, meanwhile deskmate I sibuk cipta fesyen baju dengan lukisan-lukisan nye, ekekeke, sapa?? Biarlah rahsia..

Bila masuk uni pun sama, buruk nau muka, dengan parut sana sini, parut hitam plak tu. Habit picit jerawat mmg tkleh hilang. Sampai ada one time, one of my uncle suggest suh I tempek ta** lembu. Owh time tu sgt la sedih, sungguh rasa hina dina diri ni, tau la anak2 dia suma kulit cantik, soobbss..... Even sampai sekarang pun I ingat ayat tu, I tau dia melawak, tapi tetap menghiris hati ini (o_O)

My mom & aunties pun tk larat dah nk bawak g jumpa doktor kulit, bawak g various butik kecantikan & suggest to try macam2 jenis produk yg ada kt pasaran. Yang mahal yang murah semua I belasah try ja. Huhu.... sedey I...

Sampai la pada suatu hari yang indah, sebelum I fly.. abg & akak ipar suggest pakai Bodyshop. Sebab according to them, Bodyshop ada kt mana2, so stok takkan putus la. I try la one of the product untuk kulit sensitif. And at the same time, I mula amal petua basuh muka dengan air basuhan beras. Alhamdulillah, kulit muka dah makin elok, now dah tukar guna Bodyshop Aloe Soothing Day & Night Cream. Chewahh, promote pulak.

Tapi at the same time, ada 1 problem lagi, macam mana nk get rid sel2 kulit mati kat muka & badan?? Sbb benda ni one of the reason jerawat naik bila pori muka tersumbat. Jeng jeng jeng... inilah petua nya... heeee, intro kemain panjang lagi kan. Jangan marah yer, sambil menyelam minum air, share sejarah silam. Petua ni I amalkan since I masuk U, dapat dari sorang adik yang kulit nya sangat cantik & halus.

Petua nye..... Ambil beras biasa yang kita masak nasi tu, tak perlu basuh. Goreng tanpa minyak sampai la dia jadi coklat2 or klu hitam sket pun ok. Then blend sampai halus, then boleh la dibancuh dengan air & digunakan untuk scrub muka & badan. Selain buang sel kulit mati, scrub ni jugak melembutkan tekstur kulit. Tapi awas, jangan buat tiap2 hari pulak, klu rajin seminggu sekali, or 2 minggu sekali pun ok. Lama jugak I dah amalkan benda ni & Alhamdulillah, kulit makin ok walopun kadang2 ada la 3-4 bijik jerawat gatal, hihi.

Kalau nak hasilnya ok lagi, boleh bancuh lulur beras ni dgn susu or madu. Then lumurkan ke muka & badan 10 menet sebelum mandi. So sambil mandi tu bley la urut muka & badan, gosok2 untuk buang sel kulit mati. Lepas mandi, InsyaAllah, rasa bersih & kulit halus je. I rasa petua ni sesuai jugak untuk bakal2 pengantin (^-^). Other than that, jangan lupa consume air masak banyak2 to make sure kulit sentiasa lembab & glowing.

Okie... all the best yer kepada sape2 yang nak try. Jimat pun jimat..... (^-^)


Ni lah ropanya lulur beras itusss....

Closed up sket! Yang ini I blend tak halus sangat... boleh blend halus lagi so that tak rasa sakit sangat bila scrub kt badan + muka


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Tak suka~~


I tak suka tengok rancangan TV3 @ tonton.com.my. Sangat lembab+slow macam kura-kura & selalu buffering, plus tak mesra pengguna. Dulu waktu bley view kat website TV3 itself, ok je..... laju jek. Iskh, sakit nya hati, tu je la sumber nk tgk rancangan TV from Malaysia kat sini, and I love all the programs on TV3, but now....

Owh, sangat lah kecewa.... benci benci benci.....

P/s : Take it or leave it, terpaksa cari sumber lain after this... (O_o)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Ceritera~~

Cuaca hari ni kurang memberangsangkan, kelam + suram dari pagi smpi ke petang. Tunggu punya tunggu, matahari tak timbul2 pun. Hmm.... dengan keadaan selesema yang tak baik2 lagi ni, memang sesuai untuk tdo sepanjang hari.

Tapi tak, I kuatkan semangat untuk bertapa depan Lola nih, konon nya buat keja. Tapi... lagi banyak main game, hehe. Yer lah, time selesema ni, otak jadi weng weng sket, idea taknak kuar... btol tak tipu, huhu....

Ermm... update for entri raya 'day 2' ok gak kan, tapi gambar nya belum di proses lagi, so tunggu lah yer. At the mean time, layan jer la entri2 merapu nih, hehe....

Iskh, tak sabar nk tunggu next week, muehehehe.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 18, 2010

~~Should or shouldnt I?~~


I dont know for sure whether I should feel the 'emptiness' or not..... I'm used to it I guess... naaaa......, whatever!!

Whatever it is, I still have my family that I can rely on....and HE is with me as well... dat's for sure!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Riang Ria Aidilfitri - Day 1~~


Presenting... the journey of joy - Eid 2010, Thank you Allah for the happiness & smile, for the rezqi & for the people around me whom made my day so contented, I feel so blessed, Alhamdulillah.


THE DISHES

From one end to one end - yes, we prepared it together

The desserts - all are home made except the center pic (Shah Rukh Khan bought it, hihi)
Sponge cake, blueberry cheese cake, choco moist cake & carrot cake

Cookies & the main dishes - jelatah, ayam masak merah & rendang ayam.
There's more - laksa, satay, beriani ayam, gulai daging, rendang daging, rendang paru+perut, ketupat pulut/nasi, lasagna etc.... bla...bla... bla... (^-^)


THE PEOPLE

Balqis Qistina & Benjamin Haziq - our buah hati pengarang jantung

The host - Abg Bad & Kak Amie

Family portrait - all of us
From left behind- Mizan, Abg Bad, Haziq
From left front - Nadia, Kak Amie, Balqis, Lyn & me (^-^)

Us again (^-^)

The host again - in front of their house & the lemon tree

Outdoor photo shoot in the middle of cold winter breeze.. huu - right before the first guest turned up for the open house (^-^)

First day of Eid, we prepared various dishes for the open house. People come & go starting from 11 am until 9 30 pm, huhu... what a tiring day, but I really enjoyed it even though I had to be away later on that evening for a weekly meeting with my supervisor.

~~End of day 1~~

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 15, 2010

~~Kasih sayang~~


Wang ringgit & kebendaan tak sepatutnya menjadi perkara pertama dalam hal menilai kasih sayang.

Kasih sayang sepatutnya di lihat pada berapa banyak masa yang di luangkan untuk mengingati yang tersayang, berapa banyak masa yang di curi untuk bertanya khabar, berapa banyak masa yang di ambil untuk berkongsi cerita sedih gembira & berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk melakukan akitiviti bersama-sama.

Jika langsung tiada masa untuk semua itu waima seminit dua, maka terlerai lah kasih sayang yang di pinjamkan Nya itu, Wallahua'alam.

- My 2 cent thoughts -


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 14, 2010

~~Cyber date with hubby~~

Rinduuuu, dah 5 hari tak online dengan hubby, since he's back at his hometown for raya. Amik cuti tak hengat punya lama, nak dekat 10 hari. Tinggal la isteri terkontang-kanting sorang2 layan blues kat sini, huhu.

So, since hubby dah janji kelmarin nak online, I pun tunggu la dari pagi smpi ke petang. Sampai tdo2 la punya tunggu. At last, baru la encheck hubby muncul. G cc kat City Plaza katanya, hih, tq b. Walopun nampak macam Sivaji pakai ketayap, u're always my B, muehehehe. Sempat online dlm 30 minutes jek, tu pun lari jap dari open house umah Mak Ndak, huhu. Ok la, lepas rindu, hihihi, gatai plak!!

Lama lagi tu nak balik KL, ntah2 wiken depan baru balik. Huuu.... sangap la I sorang2 depan Lola ni (o_O) .... It's ok.... sabar sket je lagi......


Si suami & si isteri.. (^-^)

Tengok la tu, baru 5 hari raya, muka dah jadi bulat balik, aritu nampak macam dah kurus sket, iskh, iskh.... encheck Faeizul, sila kurangkan makan okeh, nnt tk muat pulak seluar kerja anda, hiks!! Miss miss miss youuuu....


P/s: Entri untuk raya tunggu ja dulu, malas nak susun gambo, peram jap untuk seminggu, anyway raya kan sebulan.. (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 8, 2010

~~Aktiviti memasak juadah raya bermula~~


Tengok tajuk pun dah tau apa isi kandungan dia kan, hihi. Since kelmarin dah sibuk keluar membeli-belah barang2 nk masak, tu portion I jek. Portion geng2 yang lain, lagi la banyak. We all cadang nk masak banyak menu untuk 'open house' kitaorang. Sorang masak 1-2 juadah, then kumpul ramai2 1 umah buat rumah terbuka. Kalau takdek orang datang, kami perabih semua juadah2 tu, hihi.

So for me... selain buat kuih the other day, I volunteer untuk buat kek sarang semut & all time favourite dish ----->> LAKSA!! I memang hantu laksa ok. Sanggup angkut periuk besar dari umah Kak Amie semata-mata nak buat laksa. Errr... of course la nk jamu org lain jugak kan. Kelmarin dah g pasar beli ikan sardin fresh, 2 kilo ok!! Dah siang2 suma, simpan dalam freezer dulu, esok baru rebus.

Today, I buat kek dulu. Sangat gebu & anjal toingg toingg ok.... hehe, perasan btol!! And since Kak Amie pun bercita-cita nak masak byk sangat juadah, I amik tugas untuk rebus segala ketupat nasi + pulut kat umah I. Tak la sesak dapur Kak Amie nanti... Malam esok we all nak cucuk satay, uppsss.... pecah rahsia. Tu salah satu juadah, banyak lagi yg lain, akan direveal lepas abes open house nnt (^-^). Pics pun nnt I upload banyak2.

Semua orang dh berpusu-pusu balik kampung ekkk. Agaknye kat KL nun, jalan dah clear, boleh baring golek-golek tengah jalan, bestnya kan!! Takpe, takpe, sket je lagi. Taon depan InsyaAllah beraya di Malaysia..... Amin


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 5, 2010

~~Ops Balang~~



Kelmarin seharian kat umah Kak Amie, dari pagi sampai ke malam, sib baik la Abg Bad sudi antar balik. Kalau tak mau kena menapak dalam kesejukan. Kitaorang ada Ops Balang, hihi. Dapat la 5 jenis kuih, cepat kan?? Yer la... 3 org buat keja.. hihi. Sambil buat kuih, bersembang bagai, hilang jap segala masalah + kuih hangit 1 tray, muehehehe (^-^). Apa2 pun, Ops Balang kitaorang mmg berjaya!!


Bahan2 untuk doh kuih yg 1st

Taraaa, doh dah siap, sangat kuning ok!! Baru la naik selera (^-^)

Ni dia kuihnya, kuih samprit, lenguh ibu jari dok tekan doh kuar dari acuan, huhu

Closed up!! Comey kan, kan, kan...

Dalam oven, dah penyek sket, huhu

Dah masak!! Rasa ok dah, tapi manis sket, maklum la puasa tk bley rasa. Plus kurang gebu sket sbb 1 ingredient takdek - tepung kastard. Jenuh cari kt kedai/supermarket tak jumpa, huhu.

Ni pulak adunan untuk chocolate cookies, yum yum... tk sabar nk ngap time raya.


Tu jer pics yg sempat snap. Busy tk menang tangan, oven plak ada 1, cita2 tinggi nak buat 5 jenis kuih, hihi. Berenti jap berbuka then sambung buat kuih lagi. Kuih2 lain - honey cornflakes, kuih arab, kek batik, choco cookies tak sempat amik gambo. Tunggu la raya nnt (^-^)

So, kat sini ada 5 jenis kuih, kat rumah u ols buat bapa jenis kuih? Walopun bukan di Malaysia, kemeriahan nak raya tetap terasa.... But malam raya confirm ' hujan renyai2' turun, ihiks, tu dah menjadi 1 kewajipan malam raya . Okie lah, more updates after this, muaahss... da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 3, 2010

~~Menu iftar malam ini~~

Hello.... u ols berbuka ape today?? Hari ni I masak simple sangat, bezanye hari ni ada kuih (^-^). Tengah mengemas dapur tadi, ropa- ropanya ada 2 bungkus tepung pulut. Aiyarks, ni mesti kes sorok tepung cari tak jumpa then g beli lagi. So, haruslah digunakan sebelum tarikh tamat tempoh, hihi. Jom lah tengok apa menu nya, jeng jeng jeng.....


Ni fillet ayam & ikan celup tepung, guna tepung Gogi.


Cicah dengan kuah sambal tumis yang I buat 1 container, cukup stok untuk seminggu dua. Makan dengan nasi putih panas2 mmg sedap. Kalau xda sambal, sos Lingam pun ok.


Jeng.... jeng..... jeng..... cuba teka apa di dalam??


Taraaaa.... ni lah dia kuih itussss, buah melaka, sib baik la kelapa parut, gula merah suma ada, so tercipta lah kuih ni. Dah lama sangat tak makan, so hari macam rajin sket nak uli kuih, kejap je dah siap 13 biji. (^-^)


Tu jer la menu berbuka I hari ni, sayur dah abes, so lain taon makan sayur, hih .I mmg simple, takyah makanan banyak2, asalkan kenyang.. dah Alhamdulillah. Memang kalau pk pasal pasar Ramadhan kat M'sia, mau menitis air mata. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang ada. Ramai lagi orang kt luar sana tk dpt makan dengan sempurna even nasi kosong & ikan masin. Hmm...... at least I try untuk tak membazir, kan?? (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Mencari mood raya~~

Salaam hari Jumaat. Sedar tak sedar dah tinggal seminggu je lagi dalam bulan Ramadhan. Next Friday dah nak raya!! Goshh, seriously I tak rasa apa2, maybe sbb takde preparation. Some more, I stay kat umah sorang2, takde orang nak bersembang pasal raya or whatsoever.

Hari ni tak pegi keja, off for 3 weeks, so I decided to stay at home and buat drawings jek. Rasa tk sedap badan jugak dari kelmarin, tekak sakit, rasa mcm ada demam sket2 + pening2 lalat + runny nose.

Dah tengah hari ni, tapi belum mandi, malas okeh!! Kemas2 umah sket, then terlintas kt kepala, why dont I turn on lagu raya. Nak naikkan semangat sket, hih! Siap tukar pakai baju kurung, hihihihi, bukan baju raya pun. Yer, taon ni takdek baju raya... alah, dah nak balik, tk kisah la pakai baju kurung lama pun. Janji semangat raya mau ada. (^-^)

Esok plan nya nak teman Kak Amie shopping groceries, and we all cadang nk buat kuih esok. Itu pun sebab I request, kalau ikut Kak Amie, dia nk buat kek jek. So I pun offer nk tolong bt kuih, but kt umah dia la, umah I serba kekurangan, oven pun takde, camno? Takde family, at least ada kawan untuk share semangat raya + menumpang kasih, it's more than enough for me (^-^)


Nampak tak? Yes, they are my inspiration... & dear hubby & dear Aliff(^-^)


Nak tayang kad ni actually, dapat 1 jek, tu pun setelah di request ,huhu.... jadilah!!


Lagu raya ni macam bosan pulak. Suma yg version lama, yang slow tempo, I think I should download lagu yang baru2, yang rancak sket. Takde lah tangkap leleh srott srett srott srett sorang2. Okie people, have a great day okeh!! Muaahss....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 2, 2010

~~Perlu ker jadi macam diaorang??~~

I came across to this news while browsing through the net.....

Bendera Malaysia dibakar lagi

JAKARTA - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta), bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannya itu ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini, semalam.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu, selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis 'diplomasi mati suri', 'ganyang Malaysia', 'bela harga diri bangsa' serta 'malingsia serumpun yang durhaka'.

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam yang bermula 11.05 pagi itu diawasi kira-kira 60 polis Indonesia. - Bernama

(Courtesy of Sinar Harian Online)


Lately banyak btol berita demonstrasi orang2 Indon ni ekk. Apa yang diaorang tak puas hati sangat pun tatau. Macam diaorang ni tak buat salah + dosa langsung. Berita kat atas ni pulak membuatkan I lg sakit hati. Ada title 'mahasiswa', terpelajar la kononnya. Tapi takda otak, otak letak kat kepala lutut. Opsss bukan, maybe letak kat tapak kaki kot. Sebab tu daya pemikiran diaorang berada di tahap yg paling rendah.

I ingat golongan 'terpelajar' ni la yang bakal memperbetulkan tanggapan yang tak betul. Moreover, kes berkas pegawai diaorang tu pun, bukan nya tk bley settle elok2. Diorang seniri pun ada berkas nelayan dari M'sia, tapi dibebaskan sebab takda bukti. Nak 'ganyang Malaysia' konon, nak 'sweeping' ehhh? Abes ganyang kitaorang nak letak mana? Tak sedar ker, banyak saudara2 Indon diaorang yg masuk legally + illegally untuk cari rezeki kat M'sia. Sebab apa, sebab kat Indon takleh cari makan, yer lah, asyik nak ganyang orang jek, macam mana nak maju.

Kes baling na*** tu adalah kes paling memalukan. Menggambarkan betapa rendahnya martabat + IQ diaorang. It's ok, Alhamdulillah untuk semua perlakuan buruk tu. Kes bakar bendera, lagi lah bodoh!!! Nak bela harga diri, masalahnye, ada harga diri ker? Tak layak pun ada gelaran mahasiswa. And some more btol kata somebody tu (I tak ingat sapa), kempen boikot barangan M'sia takkan merugikan Malaysia. And one more thing, diaorang hanya menghabiskan duit negara diaorang lagi ada, untuk baiki balik segala kerosakan, untuk bayar tenaga kerja pertahanan diaorang.

So, perlu ker kita rakyat Malaysia jadi macam diaorang.? Baling na*** kat Kedutaan Indonesia?? No, I dont think so. I believe rakyat Malaysia jauh lebih berpelajaran, berfikiran waras dan masih tebal dengan adab tatasusila yang baik. We Malaysian wont put down our self to the lowest attitude as some of Indonesian did. That's why, I'm proud to be Malaysian (^-^). May our country will be blessed with more prosperity and good luck, InsyaAllah.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Hilang lagi~~


Asyik2 hilang, asyik2 hilang, masuk yang ni, ntah la bapa kali hilang, rasanya 5-6 kali jugak. Call mak bagitau, mak pun cakap, "Aik, hilang lagi?". Tau dah anak dia ni memang 'cemerkap', tak reti jaga barang. Apo nak buat, dah di takdirkan dia masuk dalam lubang shower tu, huhu. Barang yang dimaksudkan ialah subang I, wawawa.... hilang sebelah plak tu, tinggal bontot dia jek. Pagi tadi time lepas mandi, tengah lap2, ada terdengar bunyi benda terjatuh 'plup'. Tapi buat donno jek, dah siap sikat rambut suma baru perasan sebelah subang dah takdek. Aiyarks.... mmg takda jodoh btol la dgn subang.

Telinga I ni pulak spesis telinga mahal, other than gold takleh pakai. Dah try dah yg plastik, abes jadi gatal + berkudis, huhu. Ngengada btol kan, tapi apakan daya, dah mmg jenis kulit sensitif, nak buat camno. Tak bley la nak beli accesories cantik2 kat Sinma ker, Diva ker.. (^-^). Setakat rantai yg labuh ala2 mak datin tu bley la pakai, tapi kejap jek la.

Last2 tadi mak suggest pakai lidi jek, bwahahaha. Mana pulak nak cari lidi kelapa kat Melby nih, huhu. Then dia cakap "takpun Angah pakai bunga cengkih". Aiyooo, sket punya beso batang bunga cengkih tu, mau rabak telinga, huhu. Takpa lah, nk blk dah, harap2 lobang tu tak terkambus la, tak sanggup nk g tembak telinga lagi sekali. Cukup la sekali seumur hidup.

Off topik :

Hari ni diaorang suma g berbuka kat Nelayan okeh. Makan sambil layan blues tepi tasik. Adoiii, jeles tahap gaban nih. Encheck hubby pun join, satu family la kiranya, sob sob... sedey. I berbuka sorang2, makan nasi dgn ikan masin + kuah sambal tumis jek, sian kan?? Hmm, it's ok lah, jap jer lagi, moga ditabahkan hati ini, Amin. Chaiyokkk, chaiyookk.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 1, 2010

~~ Semangat baru (^-^) ~~


Salaam semuaaaaa..... how r u today? Harapnya semua sihat2 belaka (^-^). Posa tak hari ni?Me? Sihat jugak even ada runny nose sket, biasa la time spring aka winter nih. This morning kan, buka jek mata terdetik kat hati nak check email, ropa-ropanya ada 'suprise' menanti, hihi.

Terus ceria hari I hari ni, walopun cuaca kat luar ala2 suram + kelam sebab hujan dari semalam. (^-^), hati tengah girang gembira ni. And the most important thing, that suprise jadi motivation untuk I buat kerja dengan lebih bersemangat & bersungguh-sungguh. Ala2 macam semangat/azam bulan baru la. Hari ni kan 1 hb September, takde azam taon baru, azam bulan baru pun ok jek.

Hiihihihihihihihihihihi, mcm sewel plak kan gelak panjang2. Moga semangat + rasa happy ni berpanjangan sampai bila2, Amin. Uppss, korang mesti tertanya-tanya apakah 'suprise' itu kan. Theeeheeeeeheeeee, nanti lah, akan di reveal bila dh menjadi kenyataan, tunggguuuuu.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Related Posts with Thumbnails