Anak manja abah ni selalu merengek dibelikan jeans suatu ketika dulu,
Abah iyakan aja walaupun di tegah oleh mak 'tak boleh pakai seluar, pakai skirt je',
Dalam diam abah bawak ke supermarket membeli jeans,
Yeay, riang gembira di dalam hati ketika itu...
Anak manja abah ni selalu nak makan laksa ketika sakit dulu,
And abahkan iyakan aja walaupun di larang oleh mak 'tak boleh makan, ada asam keping',
Secara diam2 abah bawak ke gerai laksa Taman Ciku,
Owh rindunya suasana ketika itu...
Anak manja abah ni selalu rindu nak balik umah,
And setiap kali tu jugak abah iyakan aja,
Walaupun baru menjejak kaki sempat seminggu di bumi asing nih,
Berbunga hati tatkala tiket flight sudah berada di genggaman...
Anak manja abah ni selalu kempunan nak makan macam2,
And abah bagaikan mengerti kehendak anaknya yang seorang ni,
Lalu dibelikan ayam masak kicap atau ketam di pasar untuk dibuat masak lemak,
Yummy, yummy... kenyang Alhamdulillah...
Anak manja abah ni selalu liat nak bangun pergi berjogging di empangan,
Walhal diri seniri jugak yang mahu kurus.. huhu,
And abah tak jemu2 kejutkan sampai bangun,
Lepas berjogging ke pasar Penanti bersarapan sama2,
Owh rindunya saat itu , terasa mahu pulang ke kampung...
Tak terkira banyaknya kenangan bersama abah,
Tak terkira banyaknya jasa & pengorbanan abah,
Tak terbalas rasanya oleh anak manja abah yang seorang ni,
Terima kasih atas segalanya... I miss U, I love U,
Selamat Hari Bapa... Abah....
No comments:
Post a Comment