Feb 29, 2012

~~5th day~~


Hari ni dah masuk hari ke 5 Imtiyaaz demam. Sabtu & Ahad macam suam2 kuku lagi, and he's still giggling here & there :). Suhu badan naik turun & the highest was 39.9 degree Celsius.

Tdo malam pun dah banyak hari tunggang langgang. Kejap2 check kepala Imtiyaaz panas ke tak, sambil jelum2 kepala & badan dia dgn towel lembab. 2 jam sekali check guna termometer pulak.

Some more we all anak beranak dah tuka tempat tdo - depan TV sekarang. Luas & airy sket, baru udara bertukar sket. Tak berkuwap macam dalam bilik. Sian Imtiyaaz, kejap happy kejap tak larat. Tdo jek 2-3 hari ni.

Hari Isnin dh g klinik, doc kasi ubat demam jek. Takda progression, so this morning when his body temp went up until 39.8, we decided to go Damai Service Hospital.

Turned out the fever was caused by both virus & bacteria. So the doc gave us both ubat demam & antibiotik. Hopefully pasni suhu badan Imtiyaaz bley turun sket2.. InsyaAllah, Amin.


p/s : Banyak topik nak update, tapi right now takda hati lagi nak buat. My priority now is Imtiyaaz.....

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 25, 2012

~~Tetiba~~


Bla....bla... bla....before that... bla..bla..bla...perbualan di kala Imtiyaaz lena kali kedua... bla bla bla..

Me : Sian, dah janji... Ok bley pegi, dengan syarat, nk g beli baju baru!!
Hubby : ........ ......... ......... Tak p lah kot.... bukan janji pun dengan dia.
Me : Eleh abang jeles sbb ayang nk beli baju baru kan??!!!!
Hubby : ...... ....... ...... .......(few minutes after that). G lah mandi, jom g Jalan TAR.
Me : (I was like...) Napa nak g Jalan TAR??? Buat apa nak g Jalan TAR?

Masuk ni dah 2 kali hubby yang ajak g jalan TAR, pelik. Before this ai yg sangat tergedik-gedik nak g. Almost every weekend nak g. And as usual hubby akan rasa reluctant nak g, heh. Biasa la org lelaki, mana ada yg suka g jalan TAR. Buang masa & tenaga jek bagi diaorang. Kalau pegi pun kejap2 tengok jam kat tangan, kita yang nak membeli pun terus hilang mood nak membeli. Begitulah selalunya...

Tapi tetiba, dia ajak lagi g Jalan TAR, hehehe.... ini peluang yang baek. Tapi, tapi, tapi.. tengoklah dulu, mood untuk berjalan-jalan jamu mata & bershopping dah faded away since kelmarin :P. Dengan kata lain, saki baki merajuk masih ada...alah, merajuk2 manja gitussss... Hmm, kay lah, saja merapu2 yang ringan... good day all!!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 16, 2012

~~Amalan ketika anak sedang tidur~~

Amalan baik untuk ibu bapa lakukan ketika anak sedang tidur ;


Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

Seterusnya, membaca surah Al fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak
.
Berguna juga bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi....


Courtesy: Persatuan Ibu-Ibu Chomel Mengandung

P/s : Nothing to lose if we try, Wallahu'alam. InsyaAllah niat yg baik akan mendatangkan perkara yg baik (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 15, 2012

~~ Pola tidur si kecil - Tidur Imtiyaaz... tidur~~

"Imtiyaaz tdoq la, mama dah ngantuk ni... kang tgh malam nk bgn lagi nak bg susu kat Imtiyaaz" or "Bila Imtiyaaz nak tdoq ni, mama dah tak larat ni", ayat2 ni mmg almost every night terkeluar dari mulut ai.

Uols camana? Mesti biasa jugak kan dengan situasi ni, especially untuk young parents yg baru dapat first baby. Aduuhhh, mmg penat sgt kadang2.... walopun dok umah jek. Ngadap anak 24 jam sambil disulam dengan keja2 umah, sapa kata tak penat?? Even superman pun penat tau.
Sleeping handsome, tdo dengan Mr Froggie

So, Imtiyaaz mmg susah nak tdo. And some more, si kecik ni jenis 'telinga kuali', ada bunyi sket terus terjaga', huhu. Today tgh baca2 online paper, I came across to this article. Banyak info berguna. Panjang gila artikelnya, maleh ai nak baca tapi ku paksa rela jugak baca. So below are few points yg ai amik dr artikel tu (ekceli byk jugak, hehehe). Baca lah... 'sharing is caring'... I like this sentence lately... Here goes....

PERNAHKAH anda menghadapi situasi ini? Bayi anda yang baru berusia tiga bulan tidak dapat tidur lena dan terbangun setiap dua jam. Malah dia tidak mahu tidur semula walaupun sudah disusukan dan ditukarkan lampin. Menjelang jam lima pagi barulah dia dapat tidur nyenyak. Keadaan ini sudah tentu memenatkan tambahan pula bagi ibu yang bekerja keesokan harinya.

Hasil kajian mendapati :

47 peratus daripada ibu di Malaysia yang terbabit dalam kajian itu tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam

45 peratus ibu bapa berpendapat, bayi mereka mempunyai masalah tidur. Pada masa sama, 20 peratus ibu bapa menyatakan menidurkan bayi adalah waktu yang sukar.

Ibu bapa di Malaysia tidak begitu menyedari bayi mereka tiada pola tidur yang sihat dan ini menjadi punca masalah tidur yang dihadapi bayi mereka.

Dari sudut kesihatan :

Tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak.

Tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi.

Ketika tidur banyak lemak yang tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.

Kanak-kanak yang tidur kurang 12 jam sehari berisiko tinggi mengalami masalah berat badan

Kira-kira 17 peratus kanak-kanak yang tidur kurang dari 12 jam sehari menjadi obes pada usia tiga tahun berbanding hanya tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak cukup tidur

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mereka cepat marah.

Mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga di sekolah.

Muka notty lepas puas tdo

Pola tidur bayi & kanak-kanak :

Pola tidur bayi dan kanak-kanak - secara purata setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada hari mereka untuk tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

“Bayi berusia dua hingga 12 bulan biasanya memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 15 jam sehari. Biasanya 15 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi.

Pola tidur begini tidak tetap tetapi masih dikira baik. Jadual tidur yang konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang.

“Pada usia setahun hingga tiga tahun kanak-kanak memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari dan keperluan ini semakin berkurangan kepada 11 hingga 13 jam sehari apabila usia meningkat enam tahun.

Faktor penyebab masalah tidur :

Masalah obesiti

Genetik tidak normal

Cara pernafasan tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.

Tabiat normal bayi :

Sesuatu yang normal sekiranya bayi terjaga pada waktu malam. Ibu tidak perlu panik dan terus bangun kerana bayi sebenarnya hanya terjaga untuk seketika dan akan tidur semula dengan sendirinya.

Kebanyakan bayi akan bangun setiap dua atau tiga jam setiap malam untuk menyusu badan atau apabila lampin basah. Malah keperluan untuk bangun pada waktu malam akan berkurangan selepas usia mereka mencecah enam bulan ke atas.

Langkah awal penerapan pola tidur :

Menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya

Menetapkan waktu tidur anak-anak sebaiknya tidur sebelum jam sembilan malam serta mengasingkan bilik tidur anak-anak sejak bayi lagi.

Membiasakan anak-anak tidur bersendirian akan memberikan mereka lebih waktu tidur yang sempurna serta melatih mereka berdisiplin ketika di tempat tidur - ini memastikan mereka masuk ke bilik mengikut waktunya,

Tidak tidur bersama anak di ruang tamu atau membiarkan anak menonton televisyen bersendirian kerana ini akan menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan tidak akan tidur awal.

Khusus untuk bayi :

Selain mendapatkan rutin tidur secara berkala menyediakan ruang tidur yang selesa serta memberikan sentuhan menerusi urutan dan belaian mampu mempengaruhi tempoh tidur bayi.

Ini boleh dilakukan dengan memandikan bayi selama lima minit menggunakan mandian bayi diikuti urutan pada keseluruhan badan bayi menggunakan minyak bayi selama dua minit.

Pakaikan pakaian nipis diperbuat daripada kapas.

Bangkitkan suasana tenang dengan melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai sehingga bayi terlena.

Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan bayi rehat sehingga esoknya.


Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

Lakukan aktiviti pada siang hari. - Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Pantau tidur siang anak anda - Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

Ikut rutin waktu tidur yang konsisten - Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

Tidurkan bayi ketika mengantuk. - Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

Beri masa untuk dia bertenang. - Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya

Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

Pastikan malamnya sentiasa gelap. - Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Elakkan menonton televisyen - Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menontonsebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.


Courtesy : Harian Metro Online

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails