Apr 28, 2010

~~Gerabak khas KTM komuter untuk wanita??~~

Bila terpandang jek tajuk, terus terasa nak baca. Alhamdulillah, I rasa KTM berjaya buat pendekatan yang bagus. Mengurangkan risiko gangguan seksual ketika berada di dalam komuter & penumpang wanita pun berasa lebih selamat, sekaligus mengurangkan kadar jenayah. Walopun I tersangat lah jarang naik komuter/public transports kat KL, tapi I sokong usaha yang dibuat KTM ni.

Mereka dah mula mengambil kira keperluan & kehendak pengguna. I rasa mesti ada kaum lelaki yang mungkin tak berpuas hati dengan pendekatan baru ni, tapi sama2 la kita fikir.... Kalau kaum keluarga perempuan kita yang naik komuter tu sorang2, sudah semestinya kita nak diaorang selamat smpi ke tempat yang dituju, kan??!! Tu jer basic concept dia, simple kan??!!

Walopun kemudahan pengangkutan awam di Malaysia bukan lah di tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi I dah boleh lihat perubahan demi perubahan dibuat untuk keselesaan penumpang & pengguna. Sokongan & rasa tanggungjawab dari pengguna pun diperlukan jugak, ie: Jangan la rosakkan kemudahan awam, vandalisme suma tuh, dalam erti kata lain, kena la ada kesedaran sivik, ye tak?? Sama2 jaga kemudahan, sama2 jaga negara kita.

Aiseymen... macam menteri berhujah la plak.Tapi betul la kan, kena ada 2 ways interaction, give & take... Jangan asyik nak bebal mintak itu ini jek, tapi tak sumbang apa2 pun, tu nama dia tak sedar diri. Asyik nak mengata orang sana sini, salah kan orang sana sini, padahal diri seniri pun tak betul. Huhu, enough for today, bab ni kalau nk membebel mmg tak abes sampai bila2. Tepuk dada, tanya selera.

p/s : Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenonye... Sama2 la kita muhasabah diri...

~~Apa nak jadi orang zaman sekarang ni~~

Terbaca berita ni dalam paper. Sebab kena tegur buang sampah jek kena pukul sampai mati. MasyaAllah, apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni, takutnya. Macam dah takda nilai kemanusiaan langsung, kesedaran sivik is at zero level. Macam kt zaman batu lagaknye... ntah2 diaorang lagi bersopan-santun dari orang zaman sekarang. Tegur pun dah kena belasah, apatah lagi kena cuit. Tu belum masuk bab ragut, budak2 kena dera, kes buang baby , orang kena sembelih etc... Moga2 kita semua dijauhkan la dari perkara2 mcm ni.... Wallahhu'alam.


Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu

Beliau berkata, ia bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke rumah dan mengambil kayu besbol.

"Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu kerana membuang sampah di hadapan rumahnya namun suspek terus berang dan memarahi Chung Sin.

"Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan memukul Chung Sin hingga dia cedera parah," katanya kepada pemberita di Dataran Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.

Ku berkata, Chung Sin yang dikatakan menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri terus tersungkur dan mati di tempat kejadian sebaik sahaja kayu besbol itu mengenai kepalanya.

"Chung Sin yang tidak mempunyai pekerjaan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh anak saudaranya dan jiran lain, namun beliau disahkan meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan.

Mayat Chung Sin kini berada di HKL untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Sekyen 302 Akta Kanun Keseksaan, berkaitan kes bunuh. - Bernama

(courtesy of Berita harian Online)

Apr 27, 2010

~~Bengong~~

Otak saye tersangat lah bengong pada hari ini dan saye telah ponteng kelas, iskh... buruk nau perangai... And bertambah bengong lagi bila ada pokcik mat saleh call tanya pasal pencen, ape ke hal pokcik nih??!! Saje jek nak tambah pening kepala orang . Urmm, urmmm... eyyy, tak sabar nak tunggu minggu depan!!



P/s : Ikan pekasam goreng yang dipicit asam limau & dihias dengan cili burung + bawang besar goreng sangat la sedap dijamah dengan nasi putih. Marvelous!!!


Apr 26, 2010

~~Asid folik~~


Sekadar berkongsi informasi di kala kebosanan.....

FUNGSI

Asid folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan 'folic acid anemia'. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Asid folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut. Asid folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi asid folik: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

KEKURANGAN

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

- Sakit di sekeliling mulut
- Sakit lidah
- Tumbersaran lembab untuk kanak-kanak
- Anemia


Related Posts with Thumbnails