Oct 25, 2012

~~Makanan untuk otak~~


Imtiyaaz is enjoying his boiled corn, jagung dalam kategori bijirin lah kan?? or sayur??? 
Takpe lah, yg pasti ada dalam list, hehehe

Salaam and hi all. Sihat semuaaa??? Heheh, came across to this informative article, thought of sharing it with you. Untuk anak2 kita & kita jugak. Credit to Pa & Ma magazine. Mohon share yer....

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.



Urmm,, ada few lagi items dalam list tu belum pernah bagi Imtiyaaz try, next time boleh la bagi. Hopefully Imtiyaaz dapat makanan yang seimbang, baru boleh membesar dengan sihat dan kuat (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Sakit perut~~

Hari ni sakit perut, period pain. Dah lama tak rasa sakit ni, sejak lahirkan Imtiyaaz, since then tk datang bulan. Normal for fully breast feeding mommy katanya.

Owh sakit and rasa takmau buat apa2. Urrmm.... tp definitely sakit nak bersalin lagi sakit, and I could bear with it. Sakit niii, eleh... sket je ni, petang karang baeklah.. InsyaAllah , heeeeee....



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 7, 2012

~~6 perkara yang Allah SWT sembunyikan~~

Salaam.... Ramadhan Kareem semua. Harap semuanya sihat2 belaka, jangan terlebih makan sudah. Dan semoga semua amalan kita dibulan yang mulia ni diberkati olehNya, InsyaAllah. Just nak share sedikit ilmu, maybe some of us dah pernah baca this article kat mana2. Yang belum baca, luangkan sedikit masa, tambahkan ilmu di dada (^-^)




6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.




*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 12, 2012

Jula juli... bley?

Dah lama tk menulis kat sini, I mean yang betul2 menulis for a certain topik. Hmmm, bz yang macam2, itu semua alasan jek.

Tapi, mmg betul bz pun, bz dengan kerja, sampai berat turun 4 kilo... uppssss. Alhamdulillah, last week and this week dah slow down sket, bley balik awal dari office & entertain Imtiyaaz :). But for temporary jek, once dah confirm build up area, akan bermulalah cerita bermalam di opis kembali. Bos cakap bila projek dah start, dengan buaian Imtiyaaz sekali kena angkut g opis, heh. I hanya senyum kerang busuk bila dengar ayat tu time meeting last week. Luckily Imtiyaaz tak tidur dalam buaian.

Alhamdulillah, hujung bulan ni dah masuk 3 bulan kerja, rezeki Imtiyaaz. Boleh la cover2 bil kat umah, beli barang2 sendiri + barang2 Imtiyaaz tanpa ragu2, tak la rasa bersalah sangat, heheh. Boleh bagi mak abah sket, beli2 barang umah itu ini, Alhamdulillah, tak mewah tapi boleh hidup dengan selesa. Tapi  kena buat budget jugak, shopping punya shopping kang simpanan hari tua xdak pulak, yer tak?

Tengah serabut actually... budget macam tk mencukupi, salah sendiri sebenarnya, tak alert, sambil lewa. Tapi sedih jugak, baru start nak kumpul duit, masalah  benda lain pulak timbul (#o_o). Hmmm, maybe Allah nak bagi peringatan, sbb sebelum ni leka. Walopun dh ada gaji seniri, tp dgn budget bulanan yg ada, I still tk boleh beli brg yg I nak. Kadang2 sedih jugak, kadang2 I merungut and tension  kat hubby. Yer lah, tak nampak duit tu belanja untuk diri seniri. Keja penat2, portion diri seniri dpt sket je, sama mcm I tak keja dulu, portion tu lebih kurang jek, duit simpanan tetap sket, nak amik insurans jauh sekali. Sebab tu Allah turunkan peringatan kot, hmmm... ntah la, susah nak cakap. 

Ummm, setiap kesulitan ada jalan penyelesaian, InsyaAllah... Allah akan membantu kalau kita sentiasa berusaha & berdoa kepadaNya, Amin... Ok lah, to be continue dengan topik lain pulak pasni... daaaaa, muaahsss

********************************************************* When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails