Feb 29, 2012
~~5th day~~
Feb 25, 2012
~~Tetiba~~
Feb 16, 2012
~~Amalan ketika anak sedang tidur~~
Feb 15, 2012
~~ Pola tidur si kecil - Tidur Imtiyaaz... tidur~~
PERNAHKAH anda menghadapi situasi ini? Bayi anda yang baru berusia tiga bulan tidak dapat tidur lena dan terbangun setiap dua jam. Malah dia tidak mahu tidur semula walaupun sudah disusukan dan ditukarkan lampin. Menjelang jam lima pagi barulah dia dapat tidur nyenyak. Keadaan ini sudah tentu memenatkan tambahan pula bagi ibu yang bekerja keesokan harinya.
Hasil kajian mendapati :
47 peratus daripada ibu di Malaysia yang terbabit dalam kajian itu tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam
45 peratus ibu bapa berpendapat, bayi mereka mempunyai masalah tidur. Pada masa sama, 20 peratus ibu bapa menyatakan menidurkan bayi adalah waktu yang sukar.
Ibu bapa di Malaysia tidak begitu menyedari bayi mereka tiada pola tidur yang sihat dan ini menjadi punca masalah tidur yang dihadapi bayi mereka.
Dari sudut kesihatan :
Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak.
Tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi.
Muka notty lepas puas tdo
Pola tidur bayi & kanak-kanak :
Faktor penyebab masalah tidur :
Masalah obesiti
Genetik tidak normal
Cara pernafasan tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.
Tabiat normal bayi :
Langkah awal penerapan pola tidur :
Menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya
Tidak tidur bersama anak di ruang tamu atau membiarkan anak menonton televisyen bersendirian kerana ini akan menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan tidak akan tidur awal.
Khusus untuk bayi :
Pakaikan pakaian nipis diperbuat daripada kapas.
Lakukan aktiviti pada siang hari. - Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
Pantau tidur siang anak anda - Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
Ikut rutin waktu tidur yang konsisten - Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.
Tidurkan bayi ketika mengantuk. - Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.
Beri masa untuk dia bertenang. - Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya
Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
Pastikan malamnya sentiasa gelap. - Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
Elakkan menonton televisyen - Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menontonsebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.
Courtesy : Harian Metro Online