Oct 28, 2011

~~Buah Hati Mama & Abah~~



No big car, no huge house, no big cash... There's nothing can replace you in our heart..... lovesssss

FAIZ IMTIYAAZ B. FAEIZULAZLAN


P/s: Tetiba jadi emo pulak di pagi hari Jumaat... hari pun nak hujan nih.....moga baik2 saja sampai esok lusa & selamanya, InsyaAllah.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Dinner at Victoria Station~~


It was mom's birthday on the 26th of October, so we went for this lavish dinner at Victoria Station Jalan Ampang. Went there once few years back but at Penang's branch.

The food was ok, not so WOW, not to the level that I've expected, but the price was definitely *wink*wink*....that's why I address it as 'lavish' (haruslah ahkak selak buku menu tu 3-4 kali cari plate yg murah sket). Also, waiter & waitress are friendly & helpful indeed. Only manage to snap hubby's plate & mine. And I would call it as once a year or once in 2 years time dinner at VS (^-^).

And I would say it's not suitable for family dinner, kalau couple or to be exact si boyfriend/hubby nak impresskan + appreciate teman masing2 + nak bercintan cintun, sesuai sangat lah kot.... hihi

Hubby's - Grilled Neptune Taurus

Mine - Chicken A'la Kiev

Total damage on that night - almost rm500, huhu (o_O)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 11, 2011

~~Malaikatmu bernama IBU~~

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA:

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat. Wallahu'alam...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Credited : Unknown

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 6, 2011

~~Apa khabar orang kampung~~

(sila nyanyi dengan penuh khusyuk)

Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

I am super cute, am I? (^-^)


Iskh, takyah la kirim berita, we all nak balik kampung malam ni..... Imtiyaaz nak jumpa tokwan, tok, Kak Ain, Abg Ammar... & the rest of the family.... huehuehue...

Imtiyaaz nak tgk mesin padi... tgk tokwan amik padi... eh, tokwan dah amik padi ka belum haaa? Hopefully belum lagi.. hiks!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Nukilan malam~~


Tak boleh tdo, even kepala ni pening since petang tadi. Hati tak keruan, resah, gelisah... memikirkan pasal kerja.... Yeah, perkataan 'kerja' tu asyik berlegar legar dalam kepala sejak balik tanah air taon lepas. But right now, makin kerap berfikir tentang perkara yg satu ini...

Imtiyaaz dah 104 hari usianya hari ni, Alhamdulillah, dah besar anak mama. Dan orang sekeliling mula sibuk bertanya 'dah kerja ke?' atau 'bila nak start kerja?' Secara jujurnya, tiap2 hari memang I berfikir tentang kerja, mencari, bertanya... I'm trying hard here to find a job ok, and I'm still working on it.

Yer, rezeki Allah ada di mana-mana, and I mmg percaya pada those wisdom words. Apa yang I depress ialah when people keep asking, bila nak kerja, bila nak kerja. Nak kerja lah ni... tolong jangan tanya lagi boleh tak? Kadang2 naik hangin jugak bila soalan yg sama jek keluar. And kadang2 those questions jugak buat I menangis dalam hati, yer dalam hati... nobody knows apa yg terbuku dalam hati I sekarang ni. Menangis btol2 bley buat time org lain dh tdo jek, yer mcm s'rang ni, bley nangis puas2.

I know and I am aware of my responsibilities. I pun ada perasaan nak bagi duit kt my parent monthly, beli barang2 guna duit seniri especially for myself & Imtiyaaz, tolong hubby + abah bayar sedikit sebanyak all the bills, installments & belanja untuk umah. Semua benda tu I nak buat, it's just that... I'm jobless now... & I'm looking for a job. My crochet stuff doesn't seem work well. Boleh lah nak simpan sket2 dalam tabung Imtiyaaz :).

Bergenang air mata time tenung muka Imtiyaaz tgh tdo tadi, beralih sebelah kanan, muka hubby pulak. Oh no, bukan bergenang lagi dah, dah laju pun kuar. Dua orang kesayangan I apart from my family. As a wife, I have a strong desire nak tolong hubby especially time we all mmg btol2 in need of money, I tak kisah pun klu kena korek tabung. Duit simpanan waktu kerja kt Melbourne dulu pun dah nak abes sesangat. Bila dah ada Imtiyaaz, lg la guna banyak duit, tapi mama tak anggap pun Imtiyaaz sebagai satu beban. Imtiyaaz adalah anugerah Allah yg tak ternilai buat mama & abah, and mama akan buat yang terbaik untuk Imtiyaaz. And I percaya, ada rezeki untuk anak I sorang ni di mana-mana. It's just Allah belum kurniakan lagi untuk kami satu family.

Nak cari kerja ;

Resume...

Cover letter...

Portfolio...

Interview...

Semua perkara di atas InsyaAllah I akan update + prepare sket2... wish me luck. Moga rezeki dan kasih sayang daripada Allah SWT ada bersama - sama I untuk perjuangan yang satu ini, Amin.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails