Jan 24, 2011

~~Hari ni...~~


Hari ni, dah 3 15 pm, bosan taktau nak bt apa. And tk boleh pegi ke mana pun, tunggu Aliff tdo. Sian Aliff, demam nak tumbuh gigi, manja terlebih arini, tdo nk duduk atas riba. Sib baik dah lelap boleh letak atas katil.

Hari ni... masak simple jek. Rasa tak larat pulak, sbb semalam tdo lambat and bangun awal. Sib baik bley cover tdo kejap lepas Subuh tadi. So hari ni end up masak sup ayam, ikan bakar salut daun kunyit, air asam & buncis goreng kunyit jek. Opsss.... satu lagi menu, menu tunjuk, beli gulai sket kt kedai untuk Liana, si hantu gulai.

Hari ni, panas semacam, bagus jugak takda plan nak kuar ke mana-mana. Bersantai di umah sambil ngadap pc di bawah kipas yg berpusing sepoi-sepoi bahasa (^-^) . Apo ekk nak buat? Kekonon nak update ' ceenonetsbling', tapi belum ada hati lagi. Cuma buat sneak preview untuk projek yg satu ini, eheeeeeeee, malas okeh!!

Hari ni, hubby tak masuk opis, ada training kt luar. So tk boleh nak ber'skype' bagai, itu yg bosan tu. Hmm..... hari ni, petang..... mungkin hanya melayan TV di bawah... sudah semestinya cerita hindustan kegemaran mak. Sememangnya menjadi rutin 5 pm - 8 pm, Isnin hingga Jumaat, TV telah di booked oleh mak untuk menonton rancangan kegemarannya di 108 (#o_O)

Hari ni, malam punya cerita belum tau lagi. Harapnya yg baik2 sahaja. Ok lah, bai!!


P/s : Upsss, lupa. Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang memenangi Kejuaraan Terbuka Malaysia 2011 kelmarin. Sesungguhnya I berbangga menjadi anak Malaysia (Sila berdiri tegak kalau nak nyanyi lagu Negaraku okeh)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

No comments:

Related Posts with Thumbnails