Jan 28, 2011

~~Sedetik Lebih~~


Currently I suka dengar lagu ni. Penyanyi nya tak lain tak bukan Abang Anuar Zain muchooo... I cari on the net tk jumpa, so I paksa hubby cari & dedicate lagu ni kat I, muehehehe. Teruk kan..... apa2 jer lah, janji I suka lagu ni. Ok *jiwang mode* is on now (^-^)



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM






*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Macam-macam hal...~~


Dah 2 hari rasa tk sedap badan, so nk update blogs pun takdek mood. Bila malam pulak tkleh tdo, perut rasa keras semacam. Mak cakap sebab baby womb tengah mengembang, sbb baby nak membesar. Membesar dengan sihat InsyaAllah sbb mama dia asyik makan lately, but portion kecik jek (abang please dont deny it, u jek makan nasik tambah 3 pinggan okeh).

Last night pegi Carrefour lepas antar Liana g Kumon. Cari chemical untul clogged pipes, sian mak asyik terbongkok-bongkok korek paip yg tersumbat tu, benci btol klu jadi benda2 camni. I nak tolong pun tkleh tunduk lama2, pening. Semalam nak buat sbb air dalam paip dah kering sket, mak tk bg pulak, huhu.

Uppsss, kona balik p Careefour, nak cari benda alah tu la, then sambil menyelam minum air, we all pegi timbang berat kat rak jual penimbang, hehehe. Save budget, berat tak naik pun... sama jek macam timbang kt Klinik Ibu & Anak the other day. Adakah I akan kena marah sbb berat badan tak naik? I cakap dgn nurse, I minum susu sket je. 'Owh tk boleh adik, adik kena minum susu at least 2 gelas sehari, kalau 3 gelas lagi bagus', nasihat nurse tersebut. Pastu dia suggest minum air masak 2 liter sehari. Humang aihhhh, mau kembung perut dgn air jek (#o_O)

Ubat + vitamin : I kena telan 5 jenis prescription sehari, huuuu.... ni perkara paling last yg I akan ingat dalam byk2 hal kt umah tiap2 hari. Dulu 2 jenis jek Dr Halim kasik, sekali g Klinik Ibu & Anak, dia up jadi 5. Owh Dr Halim ialah 'gynea' yg I pegi consult sebelum ni, sangat teliti & detail orangnya. Walopun dah pangkat bapak dengan I & I puas hati dengan dia punya service tapi I malu sbb dia laki, huhu. So next time pegi I akan ajak hubby sekali. The other day dia check baby's heart beat, terasa sangat teruja + terharu seketika (^-^), rasa macam nak nangis pun ada (emo).

Esok balik kampung hubby, dah sebulan lebih tak balik. Hopefully bley balik awal pagi seperti yang dirancang. But before balik nak makan nasik lemak 'Etta's Kitchen'. Abang please take a note ehh, dont worry I belanja u 2 bungkus, muehehehe. Oklah, nak mandi & nak tgk si kecik Aliff. Dah sihat arini dia, papa dia cakap arini mood dia baik, sampai2 depan pintu terus tersengih, hihi. Okie people... smileeeeee.....muaahss, da!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 26, 2011

~~Finally..~~


Finally...Alhamdulillah, I dah launch blog baru I. To be exact, online shop I, muehehe. Walopun layout nye tak seberapa at the moment, hopefully ada yg sudi menjenguk. Sudi-sudi kan lah anda semua lajak ke situ ehh.... here goes.... muaahss, thanx!!





*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 25, 2011

~~Ngidam...~~


Arini mood ngidam nak makan beef lasagna KLCC, bley gitu?? Seriously sejak balik ni belum jejak kaki lagi ke KLCC. Sekadar tengok jeling-jeling dari jauh jek.

And seriously for me takda benda yg special pun kt KLCC, except for those branded shop lots yg I seniri tak penah menapak masuk - sama jek macam The Garden. I akan pegi kalau just nak masuk Kinokuniya & I can spend there for almost 2 - 3 hours kalau takdek org kaco I. Well, takpun pegi tgk wayang or makan beef lasagna yg I tergila-gilakan tu. Other than that... nothing I guess.

Tapi right now klu nk tgk wayang kt KLCC macam melampau la pulak kan. Dah ada dekat dgn umah, I mean sangat2 dekat. Tak sempat kentut 2 kali dah sampai, kihkihkih. Kegilaan terbaru I sekarang adalah nak pegi Jusco'dut'. Ok 'dut' tu I saja tambah secukup rasa. Kalau bley tiap2 hari nak pegi Jusco'dut', tak beli barang pun takpa, janji pegi and lalu pegang2 barang, especially barang baby. Hahaha, ni tahap org sewel ngidam.

Apo yg haku merepek nih. Ok lah, nak turun jadi surirumah balik. Bai!!


P/s : Angin bertiup, awan berarak....... itu tandanya hari nak hujan...



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Tik tok tik tok~~


Ntah la mimpi apa semalam, end up dua2 org terbabas. Bijak plak tu, semalam tak kunci alarm, adoihhhhh!!! Tengok2 jam... tik tok tik tok....... dah kol 7 am, Astaghfirullah.... bukan ke hubby kena kuar 630 am?? Kejut dia cakap dah kol 7 am, terus terlompat bangun ko. And terus g mandi tanpa ragu2.

Yang pasti dengan I sekali dada berdebar, huhu. Prepare breakfast lebih kurang, pegi tolong start keta siap2 & tunggu hubby kuar, baru smayang Subuh, bijak tak?? Heeeee, otak baru nak activate...

Ok, sekarang baru bley pk dengan waras, dah bley start keja2 surirumah tangga, eheeee... surirumah la sangat. Apa2 pun, lesson learned, lenkali set alarm kalau dah tau nk bgn awal yer adik2 & akak2, baik si suami mahupun si isteri (#o_O). Kalau idak jadi la macam arini, macam tikus lari tak cukup tanah, huhu.

Whatever it is, start ur day with Bismillah and smile... yes... Smile please.... You'll make a better world everyday. Muaahsss...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 24, 2011

~~Hari ni...~~


Hari ni, dah 3 15 pm, bosan taktau nak bt apa. And tk boleh pegi ke mana pun, tunggu Aliff tdo. Sian Aliff, demam nak tumbuh gigi, manja terlebih arini, tdo nk duduk atas riba. Sib baik dah lelap boleh letak atas katil.

Hari ni... masak simple jek. Rasa tak larat pulak, sbb semalam tdo lambat and bangun awal. Sib baik bley cover tdo kejap lepas Subuh tadi. So hari ni end up masak sup ayam, ikan bakar salut daun kunyit, air asam & buncis goreng kunyit jek. Opsss.... satu lagi menu, menu tunjuk, beli gulai sket kt kedai untuk Liana, si hantu gulai.

Hari ni, panas semacam, bagus jugak takda plan nak kuar ke mana-mana. Bersantai di umah sambil ngadap pc di bawah kipas yg berpusing sepoi-sepoi bahasa (^-^) . Apo ekk nak buat? Kekonon nak update ' ceenonetsbling', tapi belum ada hati lagi. Cuma buat sneak preview untuk projek yg satu ini, eheeeeeeee, malas okeh!!

Hari ni, hubby tak masuk opis, ada training kt luar. So tk boleh nak ber'skype' bagai, itu yg bosan tu. Hmm..... hari ni, petang..... mungkin hanya melayan TV di bawah... sudah semestinya cerita hindustan kegemaran mak. Sememangnya menjadi rutin 5 pm - 8 pm, Isnin hingga Jumaat, TV telah di booked oleh mak untuk menonton rancangan kegemarannya di 108 (#o_O)

Hari ni, malam punya cerita belum tau lagi. Harapnya yg baik2 sahaja. Ok lah, bai!!


P/s : Upsss, lupa. Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang memenangi Kejuaraan Terbuka Malaysia 2011 kelmarin. Sesungguhnya I berbangga menjadi anak Malaysia (Sila berdiri tegak kalau nak nyanyi lagu Negaraku okeh)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Rise and shine~~


Salaam and morning all...... take a deep breath, rise and shine people! It's already Monday. Hopefully today will be better than yesterday, in term of everything - love, rezqi, work, study, relationship, health..... InsyaAllah, Amin. *Smile* And you'll make other people smile too (^-^)



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Akan datang~~


Haluuuu.... tetiba jek kan rajin update blog. Something new is coming on the net. VERY-VERY SOON......



Nak tau benda apa kat atas tu?? Haaaaa.... nantikan kemunculan nya di skrin komputer anda... TUNGGUUUUUUUUU.....



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Sesi merapu di tengah malam!!~~


Tiba-tiba takleh tdo plak, maybe sbb dah 'ter'lelap tak hengat dunia petang tadi, ihiks. Lately cepat letih, tambah2 kena naik turun tangga rumah yg byk tangga nih. Ehheeee, alasan jek kan.

Cik abang dah lama belayar. Esok nak bangun awal, 630 am dah nk kena kuar dari umah, ada training at a place somewhere around Pudu, tau2 jer la that area macam mana pagi2. Dengan nak sesat lagi satu hal. Pity hubby, dia pun dapat flu, jangkit daripada I, heh. Sroohh sreehhh sroohh srehhh sampai hidung merah.

Yesterday me & hubby pegi Mid Valley. Ada higher education fair, so saja pegi survey untuk adik2 iparku yg nak further study & AdekG yg konon2 nak further study gak (macam xleh caya jek yg sorang ni, hihi). Bagus jugak la ada education fair nih, byk information yg kitaorang dapat. Ramai jugak parents yg sibuk bertanya itu ini untuk anak2 masing2.

Makan laksa kt dlm Jusco, dah tk mcm dulu, kureng sket rasa dia. Orang kt MV MasyaAllah ramainya. Naik semak perut yg boyot nih, sale pun sana sini. I cuci mata jek, sambil tangan merama-rama selak longgokan baju budak2. Haish mmg tk bley belah sale kt Jusco time musim perayaan nih. Bikin poket gue yg kering ni bertambah kering.

Then pegi the Garden pulak. Kat sini mmg harus la cuci mata jek, nak masuk kedai pun tk berani, suma ala2 branded gitu. G kedai art kt level 4, nak cari french barrette hair clips, tp malangnya saiz yg I nak takdek, u ols tau tak nak cari kt mana? I nak beli terus 50 ketulss ke. And of course with a good deal. Kt situ 5 bijik dah rm4.90. Tak kuasa akak nak beli. Last2 hubby cakap dengan pasrahnya, 'Ayang beli je la kat ebay tu'. Ihik ihik... at last dapat kebenaran.

Singgah hubby's office amik barang, lepas tu we all headed back la, penat!! Itu yang konon 'ter'lelap tah hengat dunia tu, heeeee. Ok lah, esok hopefully bley terjaga awal, prepare breakfast untuk cik abang. Nope nope I mean btol2 awal, sbb at 630 am dia dh nak kuar, huhu.


P/s : Tadi terasa macam baby gerak2, ke perasaan I jek? Hopefully baby membesar dgn sihat walopun mama dia sumbat macam2 dalam perut nih, eheee... InsyaAllah, Amin!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 19, 2011

~~Unwell & unwell again~~


A bit unwell since last Monday until now, fever + flu = couldn't get enough sleep. And it's just a bad timing, suddenly hubby also fell sick yesterday morning, it was like really2 sick, he couldnt even stay still. So we went to the nearest clinic, waited for the doc to come for almost half an hour.

After the check up, urine test & few questions from the doc, he said it might have something to do with the 'batu karang' & his kidney. After one shot of pain killer given by the doc, we went home. But seems like it didn't work at all. So, me & AdekG took hubby to HKL, straight away to ER. I didn't know what they're doing to him, but it took almost 4 hours of waiting with me shivering at the ER's waiting area, huhu.

He's getting better now, though sometimes he might felt some pain on his back. With 4 prescriptions given by the hospital, hopefully hubby could hang on until his 2nd check up next month. This time he has to go to the HKL's Urology Department, and they are going to perform a detail check up on his kidney. I pray & hope there's nothing serious or complicated about it, or else, I might be the one who will be admitted into a hospital first (o_O#)

Ok, keyboard off for now. Need some rest after a tiring sleepless night.



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 17, 2011

~~Menu di rumah~~



Berikut adalah senarai menu yang telah dimasak & akan dimasak minggu lepas /minggu ini :-


Rabu - Daging masak kicap, errr...... dah tak ingat!!
Khamis - Sambal ayam, sayur masak lemak, ikan goreng
Jumaat - Ikan bakar, air asam, sup ayam, gulai ikan
Sabtu - Ketam masak lemak, ikan goreng, sambal belacan, ulam raja, sotong masak kicap
Ahad - Nasi lemak, sambal tumis, telur rebus, bilis goreng (bekalan pergi berkelah di Ulu Yam, best oooOoOOooo)
Isnin - Daging masak merah, udang+buncis+carrot goreng kunyit, ikan goreng, sambal tumis
Selasa - Mungkin ayam masak kicap, gulai udang, sup sawi+fish cake
Rabu - Belum pk lagi, heh!


Daging masak merah

Ketam masak lemak sedang di reneh



Sekian sahaja laporan, moga dapat memberi idea kepada anda yang belum tahu nak masak apa hari ini.


P/s : Owhhh, I'm so in love with cooking nowadays (^-^)



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 14, 2011

~~Deco...deco....~~


Sejak dah balik & tengah menganggur ni, macam2 benda nak buat. Especially nak buat dekorasi untuk rumah. At the moment belum boleh lagi, sbb barang terlampau banyak di sana sini. Bila abang Jan dah masuk rumah baru & angkut sume perabot/barang dia, maybe boleh start keja2 dekorasi. Tak sabar!!

So, at the moment bley decorate bilik seniri jek. Itu pun sket2 je dulu, sebab?? Sebab utama sebab barang banyak jugak. Malas btol kalau bab2 nk pilih barang yg nak di guna & tak berguna lagi, hih. Almari yg sebesar besar bilik pun dah penuh, huhu.

Ok la, untuk 1st entri pasal dekorasi ni, I nak tayang quilt cover yg I beli kt OZ dulu. Ni salah satu dari koleksi yang I ada la. Since dear abang suka kaler merah, so I pun pulun cari yg ada ala2 kaler merah, of course la combine dengan kaler lain jugak. Jom tengok...!!!

Kombinasi warna - merah + hitam + putih. Cadar plak kaler merah ang ang.. (^-^)

Amacam, cantik tak?? Notice tak, ada sticker mural kat corner tu, konon2 nye nak matching dengan quilt cover tu la, muehehehe. Hajat di hati nak tuka kaler dinding, nak tuka curtain & beli karpet baru, tp belum ada budget lagi. Tunggu la bila bisnes dah start nanti.... (^-^), InsyaAllah


Ermm... ermmm.. ok la, keyboard off for now. Ada keja lain lagi sedang menanti di sana sinun.... till then, da!


P/s : Penat wokeh tuka cadar & quilt cover sorang2!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 13, 2011

~~Satay ikan~~

Satay ikan... ummm, penah makan tak? Dulu kecik2 selalu la pokcik naik motor datang jual kt kampung.

Since berbadan dua ni, asyik terasa nak makan macam2 benda jek. Tapi makanan yg biasa2 je la, yang senang di cari, takdek pulak ngidam nak makan daging rusa bertanduk emas ke, daging kangaroo ke, kalau tak.. haru jugak nak cari!!

Satay ikan ni dah ngidam seminggu lebih dah! The other day my little sister ada beli kt sekolah agama dia, 5 batang singgit kot. Nak jadikan citer, kami berlima dalam keta time tu. So dapat merasa sorang sebatang jek, which is tiap batang ada 4 ketul kecik satay ikan tuh!!

Esok tu ingat nk kirim la beli 3-4 hinggit. My mom tiap2 hari la g tgk2 jugak kt tepi sekolah kot2 ada. Pokcik tu tk datang pulak, huhu.... sampai la ke hari ni.

Puas hati ok makan hari ni. Tgh hari tadi cakap dgn my brother nk makan satay ikan. Siap dh google cari resepi nak buat seniri, sangat kronik ok!! Since ari ni hujan, takdek la letak hope pokcik tu dtg coz dh seminggu lebih dia tk menjual. Dear hubby g cari kelmarin pun takdek.

Ehh eehhhhh... tup2 tiba2 ada plak, my brother siap beli 8 hinggit okeh!! Syukur Alhamdulillah untuk rezeki ari ni... & tenkiussss so much to my AdekG & Yuih, ehehehe....

Okeh, nk story tu jek. Nak kongsi betapa happy nya I dapat makan satay ikan ari ni. (^-^). Okie... da! Muaahhssss....


P/s : Teruk jugak 'peel' pregnant klu sekali sekala mengidam tak dapat, huhu.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 11, 2011

~~ (o-O#) ~~


Sedih, rasa tak di hargai, setelah berpenat lelah dari awal pagi sampai ke malam. Ke I yg terlebih sensitif, I dont know. Ok, dah puas nangis, cari tempat untuk lelap mata sekarang, da!


P/s : Teringin nak makan satay ikan, tapi sampai hari ni belum dapat2 lagi...sobsss...

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 2, 2011

~~Salaam~~


Salaam,

Hi, dah lama tak jenguk blog, dah 2011 rupanya. Hidup belum stabil, perut belum stabil, perlukan sedikit masa untuk menstabilkan semuanya. Then baru boleh update blog selalu. Harap-harapnya semua akan menjadi bertambah baik pada tahun 2011 ini, InsyaAllah, Amin.



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails