Nov 8, 2009

~~Tragedi hari Ahad~~

Hari ini sudah hari Ahad. Esok saya akan menduduki peperiksaaan akhir Kertas 2 Elektif 2. Sepatutnya hari ini bertungkus-lumus membuat ulangkaji terakhir sebelum menduduki peperiksaan esok. Tapi secara tiba-tiba angin rajin telah datang dan hati membuak-buak untuk membuang segala ketulan ais yang terbentuk dalam kotak sejuk beku peti ais saya. Jadi buku rujukan ditutup dan kerja-kerja membersih dilakukan. Tidak semena-sema gas untuk sejuk beku itu tiba-tiba terpancut keluar dari saluran yang bocor. Panik dengan gas yang bocor, saya dengan pantasnya menarik peti ais ke depan untuk menutup suisnya. Sewaktu itulah, peti ais itu telah 'menggigit' jari kaki saya tanpa ragu-ragu. Darah yang keluar dengan banyaknya membuatkan saya panik dan menangis terisak-isak kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya menadah darah yang mengalir dengan tapak tangan sambil menangis memanggil abang melalui Skype. Abang bangun dari tidur dengan terhoyong-hayang kerana terkejut dengan tangisan saya. Abang memaksa saya menghubungi kawan-kawan yang terdekat. Rasa serba-salah kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Di dalam kotak fikiran hanya terbayang tangan doktor yang sedang menjahit jari kaki saya. Owh tidak, saya tidak sanggup, cukup lah sekali dulu kepala saya dijahit hingga 15 jahitan. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Saya akur dengan nasihat abang lalu menghubungi mummy, namun mummy langsung tidak memahami butir bicara saya. Mummy sepantas kilat datang dari pejabatnya. Mummy yang menguruskan luka itu, dari membersih hingga membalut. Saya hanya memandang terkebil-kebil sambil menahan sakit. Menurut mummy, lukanya tidak dalam tetapi besar. Jadi tidak perlu berjumpa dengan doktor, yeahoooo! Sakit yang berdenyut-denyut dan rasa kebas di kaki membuatkan saya hanya tidur sepanjang hari. Iskh, sepatutnya mengerahkan tenaga untuk belajar, selepas ini akan sambung ulangkaji yang tergendala, hingga ke minit-minit terakhir, hih! Mungkin saya hanya berupaya menyarung selipar untuk menduduki peperiksaan esok. Dan mungkin juga saya akan menjadi pengantin capik nanti, harapnya tidak. Aminnnn...

Sekian.

p/s: Kalau Cikgu Rabitah, Cikgu Rosmah & Cikgu Anuar baca entri ni, mesti diaorang tepuk dahi. Macam karangan budak darjah 1. Dah lama beno tak buat karangan skema macam ni. Tak mengapalah, saya hanya mahu menjadi skema pada hari ini, hihi!


3 comments:

ANAKIRANA said...

ya allah lin niiii...sib baik tak putus jari ke apa
or gkata darah manis org nak kawen ni..
lain kali hati2..jn dok buat keja pelik2 dah pasni

✿Cik_Azera said...

kak lin...macam mana kaki nya sekarang? die dah tak kuar darah kan?
bengkak tak???

take care...

Elylinn said...

Kak Ana, pelik apanya, cuci peti ais ja, cuma terganas sket smpi bocor sana sini, huhu, nasib tak baek btol, a'aa kan, sib baik la jari tak putus, klu idak cacat seumur hidup, mintak simpanggggg...

Zera - bleeding sket2 je lagi, dah letak minyak gamat, hopefully luka tu bley tertutup balik, ade la rasa kebas + berdenyut-denyut. But it's ok, I'm a superwoman, err... yg suka nanges, hih.

Terima kaseh kalian kerana prihatin. (^-^)

Related Posts with Thumbnails