Saya kecewa, kerana hari ini sekali lagi kedengaran keluhan mak di hujung talian, hmm... yang pasti bukan sekali dua. Dia hanya menyatakan rasa kecewa + sedih nya. Saya hanya memilih untuk berdiam diri tatkala ayat yang sama terpacul keluar, ya faham... Hati tua mudah terasa... dan dia hanya meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku sekian lama...
Seingat saya, sepanjang berhijrah ke KL, tak pernah sekali pun datang menjenguk, bukan meminta untuk datang setiap minggu, once in a while, sekali dalam setengah tahun?? Atau.. setahun sekali?? (excluded Raya) .Nope, never.... dari membujang sampai dah berkeluarga.... Hmmm, mungkinkah terlalu sibuk?
Bukan untuk mengungkit... tapi saya kecewa, kehadiran ahli keluarga baru bagaikan tak disedari... Bukan meminta untuk diraikan, sekadar bertandang bertanya khabar. Jauh, taklah! Masakan jauh, saya boleh saja hidupkan enjin kereta dan memandu ke sana... Kadangkala saya mengharap ahli keluarga yang lain mengambil tahu sakit pening mak abah semasa ketiadaan saya... Bukan setiap minggu, ONCE IN A WHILE!!!!! Panggilan telefon saja sudah memadai sekiranya terlalu sibuk, pasti mak tidak merasa kecewa seperti sekarang. Saya sangka saya sudah merapatkan silaturrahim, tapi nampaknya keadaan tetap sama. Hmm, lebih baik buat taktau dari mengharap, yer tak?? Tutup buku, dont put any hope on others for something which u yourself dont ever bother to do!! As simple as that!!...
Da people!
3 comments:
bila dah tiada baru nak menyesal kan..hmmm..sementara ada ni buat lah yg terbaik
tu lah dia Kak Ana.... bila susah baru cariiiiii.... tu la dia manusia!
errkk....sapa tuh?
Post a Comment