Pada suatu hari yang indah, aku berjalan-jalan berdekatan dengan kawasan rumah setelah pulang dari rumah terbuka bersama teman serumahku. Menikmati bunga-bunga yang berwarna-warni yang sedang berkembang cantik pada musim bunga kali ini, owh indahnya. Sekilas pandang aku ternampak sepohon pokok bunga mawar yang sedang merimbun dengan bunganye, 2 kali pandang memang confirm bunga mawar, heeeee "Wahhh, cantiknye", terdetik dalam hati. Disebabkan ada camera di tangan, tanpa melengahkan masa lagi terus la snap gambar bunga2 itusss...... Setelah puas aku pun meneruskan perjalanan, tiba2 kakiku tersadung kayu, imbangan pun hilang dan badanku melayang-layang jatuh, "gedebuk", macam nangka busuk lagaknya. Adusssss, sakit tak hengat, tapi aku tetap maintain cun (^-^). Aku bernasib baik kerana tiada orang lalu lalang ketika itusss. Teman serumahku blur seketika, nak gelak ke taknak, heh, sakitnya Tuhan je yang tahu, disebabkan aku hendak menyelamatkan camera yang berada di tangan, lututku menjadi mangsa. Daya momentum jatuh yang agak besar telah menyebabkan seluar sekaligus lututku terkoyak bersama. Uhuks, sedih, seluar itusss baru sahaja ku beli... sob, sob....
Setibanya di rumah, luka dicuci dan diletak minyak gamat, tapi seluar ituss? Seluar ituss mesti diselamatkan juga, sebab baru sahaja dibeli, aku pun mencari-cari kain yang sesuai untuk ditampal, mujur aku masih menyimpan seluar jeans lusuh yang tidak boleh dipakai lagi. Kerja-kerja menampal pun dilakukan, dan untuk menambahkan element 'vogue', tampalan dibuat bentuk hati. Hihi, puas hati melihat seluarku berwajah baru, mesti semua orang diluar sana cemburu melihat seluarku yang baru iniss. (^-^)
Lutut? Seminggu dua juga terasa kebasnya, Alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih. Terima kasih kepada bunga2 dan kayu ituss kerana memberi gaya baru kepada seluarku, redha...... Sekian....
Backdated : 3 weeks ago
1 comment:
Cantik tu....Cian... jatuh yer. Nanti Haziq & Afda tolong urut kaki mak ngah lin yek...Dalam kesakitan tu ada hikmahnyer yer...
Post a Comment