Showing posts with label tips dan info. Show all posts
Showing posts with label tips dan info. Show all posts

Oct 25, 2012

~~Makanan untuk otak~~


Imtiyaaz is enjoying his boiled corn, jagung dalam kategori bijirin lah kan?? or sayur??? 
Takpe lah, yg pasti ada dalam list, hehehe

Salaam and hi all. Sihat semuaaa??? Heheh, came across to this informative article, thought of sharing it with you. Untuk anak2 kita & kita jugak. Credit to Pa & Ma magazine. Mohon share yer....

1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.



Urmm,, ada few lagi items dalam list tu belum pernah bagi Imtiyaaz try, next time boleh la bagi. Hopefully Imtiyaaz dapat makanan yang seimbang, baru boleh membesar dengan sihat dan kuat (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 7, 2012

~~6 perkara yang Allah SWT sembunyikan~~

Salaam.... Ramadhan Kareem semua. Harap semuanya sihat2 belaka, jangan terlebih makan sudah. Dan semoga semua amalan kita dibulan yang mulia ni diberkati olehNya, InsyaAllah. Just nak share sedikit ilmu, maybe some of us dah pernah baca this article kat mana2. Yang belum baca, luangkan sedikit masa, tambahkan ilmu di dada (^-^)




6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.




*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Apr 8, 2012

~~MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.~~

Salaam and hi u ols. Lama betol tak update blog... Been busy lately (^-^). Nak share sedikit info. Next post will be about kehidupan diri seniri, Stay tuned!!!



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.

Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk.

Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 16, 2012

~~Amalan ketika anak sedang tidur~~

Amalan baik untuk ibu bapa lakukan ketika anak sedang tidur ;


Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.

Seterusnya, membaca surah Al fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak
.
Berguna juga bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi....


Courtesy: Persatuan Ibu-Ibu Chomel Mengandung

P/s : Nothing to lose if we try, Wallahu'alam. InsyaAllah niat yg baik akan mendatangkan perkara yg baik (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 15, 2012

~~ Pola tidur si kecil - Tidur Imtiyaaz... tidur~~

"Imtiyaaz tdoq la, mama dah ngantuk ni... kang tgh malam nk bgn lagi nak bg susu kat Imtiyaaz" or "Bila Imtiyaaz nak tdoq ni, mama dah tak larat ni", ayat2 ni mmg almost every night terkeluar dari mulut ai.

Uols camana? Mesti biasa jugak kan dengan situasi ni, especially untuk young parents yg baru dapat first baby. Aduuhhh, mmg penat sgt kadang2.... walopun dok umah jek. Ngadap anak 24 jam sambil disulam dengan keja2 umah, sapa kata tak penat?? Even superman pun penat tau.
Sleeping handsome, tdo dengan Mr Froggie

So, Imtiyaaz mmg susah nak tdo. And some more, si kecik ni jenis 'telinga kuali', ada bunyi sket terus terjaga', huhu. Today tgh baca2 online paper, I came across to this article. Banyak info berguna. Panjang gila artikelnya, maleh ai nak baca tapi ku paksa rela jugak baca. So below are few points yg ai amik dr artikel tu (ekceli byk jugak, hehehe). Baca lah... 'sharing is caring'... I like this sentence lately... Here goes....

PERNAHKAH anda menghadapi situasi ini? Bayi anda yang baru berusia tiga bulan tidak dapat tidur lena dan terbangun setiap dua jam. Malah dia tidak mahu tidur semula walaupun sudah disusukan dan ditukarkan lampin. Menjelang jam lima pagi barulah dia dapat tidur nyenyak. Keadaan ini sudah tentu memenatkan tambahan pula bagi ibu yang bekerja keesokan harinya.

Hasil kajian mendapati :

47 peratus daripada ibu di Malaysia yang terbabit dalam kajian itu tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam

45 peratus ibu bapa berpendapat, bayi mereka mempunyai masalah tidur. Pada masa sama, 20 peratus ibu bapa menyatakan menidurkan bayi adalah waktu yang sukar.

Ibu bapa di Malaysia tidak begitu menyedari bayi mereka tiada pola tidur yang sihat dan ini menjadi punca masalah tidur yang dihadapi bayi mereka.

Dari sudut kesihatan :

Tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak.

Tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi.

Ketika tidur banyak lemak yang tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.

Kanak-kanak yang tidur kurang 12 jam sehari berisiko tinggi mengalami masalah berat badan

Kira-kira 17 peratus kanak-kanak yang tidur kurang dari 12 jam sehari menjadi obes pada usia tiga tahun berbanding hanya tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak cukup tidur

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mereka cepat marah.

Mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga di sekolah.

Muka notty lepas puas tdo

Pola tidur bayi & kanak-kanak :

Pola tidur bayi dan kanak-kanak - secara purata setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada hari mereka untuk tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

“Bayi berusia dua hingga 12 bulan biasanya memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 15 jam sehari. Biasanya 15 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi.

Pola tidur begini tidak tetap tetapi masih dikira baik. Jadual tidur yang konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang.

“Pada usia setahun hingga tiga tahun kanak-kanak memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari dan keperluan ini semakin berkurangan kepada 11 hingga 13 jam sehari apabila usia meningkat enam tahun.

Faktor penyebab masalah tidur :

Masalah obesiti

Genetik tidak normal

Cara pernafasan tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.

Tabiat normal bayi :

Sesuatu yang normal sekiranya bayi terjaga pada waktu malam. Ibu tidak perlu panik dan terus bangun kerana bayi sebenarnya hanya terjaga untuk seketika dan akan tidur semula dengan sendirinya.

Kebanyakan bayi akan bangun setiap dua atau tiga jam setiap malam untuk menyusu badan atau apabila lampin basah. Malah keperluan untuk bangun pada waktu malam akan berkurangan selepas usia mereka mencecah enam bulan ke atas.

Langkah awal penerapan pola tidur :

Menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya

Menetapkan waktu tidur anak-anak sebaiknya tidur sebelum jam sembilan malam serta mengasingkan bilik tidur anak-anak sejak bayi lagi.

Membiasakan anak-anak tidur bersendirian akan memberikan mereka lebih waktu tidur yang sempurna serta melatih mereka berdisiplin ketika di tempat tidur - ini memastikan mereka masuk ke bilik mengikut waktunya,

Tidak tidur bersama anak di ruang tamu atau membiarkan anak menonton televisyen bersendirian kerana ini akan menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan tidak akan tidur awal.

Khusus untuk bayi :

Selain mendapatkan rutin tidur secara berkala menyediakan ruang tidur yang selesa serta memberikan sentuhan menerusi urutan dan belaian mampu mempengaruhi tempoh tidur bayi.

Ini boleh dilakukan dengan memandikan bayi selama lima minit menggunakan mandian bayi diikuti urutan pada keseluruhan badan bayi menggunakan minyak bayi selama dua minit.

Pakaikan pakaian nipis diperbuat daripada kapas.

Bangkitkan suasana tenang dengan melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai sehingga bayi terlena.

Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan bayi rehat sehingga esoknya.


Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

Lakukan aktiviti pada siang hari. - Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Pantau tidur siang anak anda - Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

Ikut rutin waktu tidur yang konsisten - Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

Tidurkan bayi ketika mengantuk. - Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

Beri masa untuk dia bertenang. - Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya

Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

Pastikan malamnya sentiasa gelap. - Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Elakkan menonton televisyen - Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menontonsebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.


Courtesy : Harian Metro Online

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 13, 2012

~~Cat Mesra Kesihatan~~

Salaam & hi all.... tengah berkira-kira untuk buat renovasi sket kat umah, so it's including nak tuka cat dinding/wallpaper. Terjumpa artikel ni, menarik... seswai untuk umah yg ada anak2 kecik... layannnn

Cat Superwash Mesra Kesihatan, produk terbaru daripada Mr. Paint Man, merupakan cat premium boleh basuh dengan kemasan kilau mewah untuk dinding dalaman. Berbanding cat konvensional, cat boleh basuh Cat Superwash Mesra Kesihatan, mempunyai daya tahan 10 kali lebih lama kerana mampu bertahan dengan cucian kerap tanpa mengurangkan 99.9% perlindungan antibakteria.

Cat ini boleh didapati di pengedar Mr. Paint Man dan Pusat Mix and Match Mr. Paint Man di seluruh Malaysia. Terdapat ribuan warna menarik yang anda boleh pilih seperti Snowbell, Bunny White, Nemo, Eeyore, Bubbles, Pearl Lilac, Pink Panther, Haystack, Limelight dan Melody. Pasti keluarga anda seronok dalam proses pemilihan warna untuk bilik tidur, dapur, bilik bayi, ruang tamu ataupun manamana sahaja ruangan dalaman.

Credit : Pa Ma

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 11, 2012

~~Sharing is caring~~

Salaam. Valuable readers, it just 10 minutes to read this & it might help someone out there to save their life. TQ muchoooo


STROKE: Remember The 1st Three Letters... S.T..R ...
My friend sent this to me ...and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks.

STROKE IDENTIFICATION:
During a party, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)
She had suffered a stroke at the party . Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this...

STROKE IDENTIFICATION:

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE ..
T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg 'It is sunny out today').
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call the ambulance and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another 'sign' of a stroke is
1. Ask the person to 'stick' out their tongue.
2. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

A prominent cardiologist says if everyone who gets this status shares it; you can bet that at least one life will be saved.......


Credit : Info for u

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 11, 2011

~~Malaikatmu bernama IBU~~

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA:

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat. Wallahu'alam...


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Credited : Unknown

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Apr 23, 2011

~~Online shopping, risiko atau memudahkan?~~


Salaam semua, salam hari Sabtu... Lepas Subuh dh tkleh lelap, sebab?? Sebab tadi tgh tdo tetiba kaki kejang, sakit sangat. Terus terbangun, dengan abang sekali terkejut, sian dia, I know dia tdo lewat semalam. Tolong urut2 sampai rasa ok sket....

Gelap lg kt luar, dah cerah sket kang nk g sidai baju, basuh dari semalam lagi, hehe...takut penyidai penuh. So apa nk gebang ehh pagi2 Sabtu nih?

Owh ada 1 topik yg berlegar-legar dalam kepala sekian lama. Online shopping... mesti semua orang dah sinonim dengan term ni kan?? Nak share sedikit info berdasarkan pengalaman....

So far, ada la few times berbelanja dalam talian nih, baik local or oversea. For me online shopping ni seolah-olah kita gamble kan duit kita kepada sesuatu yg tk pasti. Yang I dpt belajar, get to know your seller first. Kalau legal nye website untuk branded items, have to make sure web tu legal dari pihak yg sepatutnya. If possible, find a person yg handle bab2 jual barang dalam web tu.

Ada few advantages la klu buat online shopping ni..

1. Dapat compare harga sebelum beli the desired items

2. Maybe boleh dapat lg byk choices/options from websites yg jual benda yg sama

3. Jimat masa & tenaga, takyah susah2 kuar berpanas berhujan nk g beli kt kedai

The drawbacks??

1. Usually kita hanya dapat gambaran for those items from the pics given by seller, so tatau tahap mana kualiti that item or kita dapat fake stuff; there will be a frustration bila brg yg kita dpt tu tak seperti yg kita expect

2. Have to spend extra money for shipping cost ; for me yg ni terpulang kepada si pembeli, maybe dia dpt harga brg way too cheap from online shopping compare to kt kedai

3. Kita akan tend to spend more times on the internet to browse here & there, cari benda yg sama but of course with a good bargain

4. Online transaction, duit dalam bank hilang terus

5. Mungkin juga kita ditipu, dah bayar tapi barang tk dpt.... this is the worst case scenario especially when it involves with a BIG money.

I have experienced the drawback number 5, which is now I'm trying hard to get back my money. Lesson learned, never give a 100% trust to anybody on the net even if it's the people whom you got to know since your childhood.

And lesson learned jugak, I akan pastikan I berinteraksi dulu dengan seller yg I nk beli tu few times, just throw him/her whatever question you want to know, if possible get whatever info about the seller/the person in charge, ie ; name, contact number etc.

Other issue on online shopping is online transaction/the usage of a credit card. For me an online transaction is a serious thing. Kalau tersalah, mungkin juga duit dalam bank akan hilang semuanya. So, we have to be alert on this matter as well. If possible, tkyh bt online transaction, rajinkan diri pegi ATM mesin untuk deposit kan duit. And make sure simpan transaction slip for future reference.

Hmm, byk lagi nk cerita ni, tp lain kali la pulak... huhu... moga dapat sedikit tips arini (^-^). Muaahsss..... happy weekend all!!


p/s : Ada sapa2 nk share diaorang nye experiences/ bagi tips tak? Please feel free to...

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 9, 2011

~~Ubat gigi untuk ibu mengandung~~


Salaam hari Rabu..... smile people.... smileeeeee.... (^-^)

Ok, topik pagi di Rollinglifes : Ubat Gigi Ibu Mengandung (Maternity Tooth Paste)

Seriously I tak penah tau pun ada benda alah ni. Kisahnya time pegi umah Add the other day, macam2 tips la I dapat, since Linda dah beranak 1 & I consult terus dengan Cik Add si Pharmacist, hih!

So, hubby tolong google pasal ubat gigi nih, jumpa la 1 brand. Tapi I belum beli lagi. Sapa2 yg penah beli/guna produk ni please advise.... And ada tak ubat gigi ibu mengandung dari jenama lain??

Kenapa Mesti ubat gigi materniti Pureen?Kenapa x ubat gigi lain..Nie jawapannyer..

Ubat gigi Materniti PUREEN selamat untuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi:-

- Fluorida
-Sodium Lauril Sulfat
-Sakarin

Ubat gigi PUREEN mengandungi:-

-Kalsium 3 kali ganda dan fosfat untuk menguatkan gigi dan memutihkan gigi.
-8% Xylitol untuk merangsang rembesan air liur dan mencegah kerosakan gigi.
-2.1% Sarcosinate untuk mencegah nafas berbau.

Kenapa Tanpa Fluorida?

-Fluorida adalah lebih toksik daripada plumbum dan sedikit kurang toksid berbanding dengan arsenik. Ia merupakan bahan buangan industri pembuat baja dan racun tikus dan serangga.Fluorida adalah toksik,boleh memudaratkan kesihatan dan memberi kesan kumulatif dlam badan manusia walaupun diambiil dalam amaun yg kecil.Kajian menunjukkan bahawa fluorida boleh masuk ke dalam plesenta.

Kenapa Tanpa Sodium Lauril Sulfat?

-Sodium Lauril Sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yg didapati pada ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yg melindungi mulut.

Kenapa Tanpa Sakarin?

-Sakarin disintesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Environment Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. ia boleh meresap masuk ke dalam palenta dan mempengaruhi fetus.




Whatever it is, bagus jugak info kat atas ni ehhh. Kalau takdek jenama lain yg lagi meyakinkan, I rasa I akan beli ubat gigi nih (^-^)


p/s: Susu pun dah nak abes, kena la g borong jugak petang nih!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 6, 2010

~~BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud~~

Dont feel like updating about myself. Some info which is worth to share I reckon...might be useful to all of us, perhaps...

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 18, 2010

~~Diracik, dimandi & dikebumikan~~

Agak menarik artikel di bawah, sebelum ni I tak penah tau & amik tau pun, huhu.... Sekadar berkongsi info....

EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.

Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.

Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.

“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.

Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.

“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.

Memelihara dan melupus

“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.

Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.

“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.

Hajat terlaksana

Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran. Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.

“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.

“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.

Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.

“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.

Suhu 700 darjah Celsius

Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.

“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.

“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.

Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya.

(Courtesy of Kosmo Online)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 10, 2010

~~Fenomena baru - Maher Zain~~



Pic (album cover) : courtesy of islamforever.co.uk


Sekadar mahu berkongsi cerita. Mungkin I sedikit terkebelakang, mungkin di antara kita yang mengenali penyanyi ini lama dulu. Tapi I baru mengenalinya kurang sebulan yang lalu. Itu pun secara kebetulan melalui laman sosial mukabuku.

Membaca sejarah mengenai pembabitannya dalam aktiviti dakwah melalui nyanyian agak menyentuh jiwa (bagi I). Betapa Allah maha berkuasa, memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang di kehendaki Nya. Alhamdulillah, rahmat & petunjuk Allah ada di mana-mana. Cuma yang membezakannya hanya lambat atau cepat. I sendiri belum betul pasti, apa yang I cari & kehendaki untuk hidup ni.

Berbalik kepada penyanyi dakwah ini, pertama kali mendengar bait-bait lirik lagu "Always be There", membuatkan I berlinang air mata, tersedar betapa beruntung nya I, ke mana saja I pergi, Dia ada bersama. Begitu juga dengan lagu "Thank You Allah". Semua bait lirik dalam setiap lagu membawa maksud yang mendalam, tentang kejadian manusia, tentang cinta kepada isteri kerana Allah, tentang keperibadian Rasulullah SAW, tentang kembali ke jalan yg betul, tentang berbaik sesama manusia, tentang bersyukur, tentang cinta kepada Allah. Semuanya menyentuh jiwa. Dan kebanyakan lagu2 nya agak catchy & rancak, ala2 lagu jiwang BackStreetBoy tapi keislaman, u know what I mean right?

Bagi I, semua bait lirik yang di nyanyikan oleh Maher Zain sesuai untuk santapan minda & jiwa. Tambah lagi dengan ketibaan Ramadhan kali ni. Mungkin sesuai untuk anak2 remaja yang kurang minat dengan lagu2 nasyid slow tempo yang ada sekarang ni. Moga kita sama2 dapat manfaat daripadanya, InsyaAllah.



~~Marhaban ya Ramadhan~~


Puasa di Victoria InsyaAllah bermula pada hari Khamis, 12 Ogos 2010. Lambat sehari dari tarikh puasa di Malaysia. Apa2 pun, moga kita semua mendapat keberkatan daripadanya. Moga kita dapat tingkatkan amalan yang baik berbanding tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.

Readers - ampun & maaf diminta, dari hujung rambut sampai hujung kaki, jika ada salah silap terkasar bahasa atau terasa hati. Marhaban ya Ramadhan....


~~Sebab Zera request.....~~



Ni sebab Zera request... suruh tempek resepi buat sushi... xde apa sangat la Zera....

Kulit sushi tu dua2 ready made, ada jual kt kedai. Then Zera tanya, masak nasi kena guna cuka ke?? Ada sesetengah orang mmg letak cuka beras, about 1 tbspn untuk 500 gm beras. Tapi Kak lin buat tk letak pun, hihi... main belasah jek. Just time masak nasik lebihkan air sket, so that nasik agak lembik & mudah untuk dikepal2... (^-^)

Kalau inti seaweed tu mmg diaorang buat letak cuka... tp sket je la. Yang lain2 tu ikut citarasa sendiri nak guna inti apa, mana tau Zera nak improvise guna inti serunding daging ke... iskh, sedap tu, terliur pulak.

One more, untuk sushi bergulung tu, time dah gulung abes, kt hujung kulit tu sapu air sket, so that dia mudah melekat, jangan terlebih tau, nanti terkoyak pulak. Okie budak kecik... good luck & happy try!!


Jun 3, 2010

~~ Minta daripadaNya~~



Apalah daya kita untuk membantu saudara-saudara kita yang ditindas dan di aniaya tanpa sebarang budi bicara. Tapi saya percaya kuasa doa sedikit sebanyak boleh membantu keperitan mereka di sana. Moga mereka semakin tabah dengan semangat yang tidak pernah luntur untuk berjuang InsyaAllah, Amin.

[17:4]
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[17:5]
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.


[17:6]
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


1. Mari bersama-sama kita menyelami dan muhasabah diri, bagaimana untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sama ada dalam solat fardhu ataupun sunat. Cara menunaikan doa Qunut Nazilah.


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang mengarakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.



May 10, 2010

~~Bukan perempuan je, lelaki pun sama~~

Saya suka artikel ini, sekadar peringatan buat semua... cheers..


Lelaki muda boros

KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).


(courtesy of Utusan Malaysia Online)


May 5, 2010

~~ Alat pengesan b*bi dalam makanan~~

Berita yang I rasa menarik untuk dikongsi pada hari ni. Kat mana boleh beli?? Kat pasaran M'sia dah ada ke belum?? Hopefully pasni diaorang pasarkan alat ni kt M'sia. Kena be extra careful sekarang pasal makanan. Banyak kedai bukan Islam yang guna cop halal palsu. Mintak di jauhkan la keluarga kita dari consume benda2 yg haram ni.... Apa yang kita makan akan jadi darah daging kita, in other words.... makanan membentuk peribadi seseorang tu... kan? Bley klik kt link tu dan baca... Okie, sekadar berkongsi info, moga kita sama2 di lindungiNya, InsyaAllah.


ALMATY: Saintis di Kazakhstan memperkenalkan alat ujian segera kehadiran elemen babi di dalam makanan, lapor akhbar tempatan kelmarin, memudahkan penduduk negara majoriti Islam ini mengenalpasti makanan halal.

Kayu penguji plastik yang direka itu berupaya mengesan molekul makanan yang hanya ditemui dalam daging babi, yang mudah ditemui di negara Asia Tengah ini, kata mingguan Megapolis.

“Tiada rahsia sesetengah chef menipu dan mencampurkan daging babi dengan daging lembu untuk menjadikan makanan itu lebih murah,” kata akhbar itu kelmarin.

(Courtesy of Berita Harian Online)

Related Posts with Thumbnails