Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Aug 31, 2010

~~Sahur~~


Hari ni bangun awal for sahur, kol 4 am dah terjaga, tp bergolek-golek dulu atas tilam, 440 am baru bangun. Makan je apa yang ada, abeskan saki baki nasi + ayam tandoori yang beli kat pasar Ramadhan. Yer, kat sini pun ada pasar Ramadhan, kat Malaysia hall. Walopun seminggu sekali jek, tapi ok la, dari takda langsung kan. Harga makanan2 pun murah banyak dari kt kedai. So might as well, beli stok banyak2 untuk 2-3 hari, jimat sket.

Teringin nya nak bersahur dengan family especially dengan my beloved hubby. This is a first Ramadhan watching me as a wife. Nak jugak merasa bersahur dengan suami, nak abang suap waktu makan macam selalu tu (^-^). Tapi apakan daya, sorang utara sorang selatan, hmmm.

Kalau nak di ikutkan, I mmg susah bangun sahur. Teringat dulu masa sekolah rendah smpi la sekolah menengah, time mak kerja shift malam, abah yang akan bangun prepare sahur. Dah ready semua, baru dia kejut kitaorang adik-beradik, and I akan jadi orang yg last sekali bangun, huhu, buruk nau perangai. Kalau mak ada kat umah pulak, prinsip dia, takpa lah kalau taknak makan nasi pun, tapi kena bangun jugak minum air at least secawan. Favourite dishes pulak ialah telur masin & papadom, takpun telur goreng dengan kicap. Lauk lain macam takleh masuk jek dengan tekak ni pagi2 buta.

Mengimbau kenangan kat sekolah asrama pulak, I mmg jarang bangun, pemalas tahap dewa. Tapi kalau makcik dewan makan datang ketuk pintu dengan senduk, mmg nak tak nak kena bangun. Menonong la jalan g dewan makan. Bukan malas apa, malas nk bersiap pakai tudung segala bagai, nak tukar baju lah semua. Yer la, kena maintain cun la even waktu sahur, segan wohhh boys tengok muka selebet pagi2 buta, hihi.

Rindunya saat2 tu, especially kat kampung. Masih boleh dengar ayam berkokok even time sahur. Kat KL jangan harap la, ntah2 budak2 pun tk kenal ayam hidup, kenal ayam yg dah takda bulu jek, hih!

Dah lama sangat tak beraya kt M'sia. Hopefully ini Ramadhan & Aidilfitri terakhir I ada kat bumi asing ni. Dah tertanggung rasanya rasa sayu ni sorang2. Ha kan, dah menitis air mata, yer, I mmg sensitif, ratu air mata, huuu... Ok lah, Subuh pun dah masuk, moga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya untuk kita semua, InsyaAllah.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 30, 2010

~~53 tahun yang berjaya~~



Esok Hari Kebangsaan di Malaysia. Sedar tak sedar dah 53 tahun Tanah Melayu/Malaysia merdeka dari jajahan penjajah. Sejarah merdeka sepatutnya dihayati dan perjuangan orang2 dahulu untuk memerdekakan tanah air yang bertuah ni sepatutnya dihargai. Tapi sayang, anak2 muda sekarang lebih cenderung terkinja-kinja menyaksikan konsert/perbarisan merdeka tanpa mengerti jerih payah mereka yang menuntut kemerdekaan dulu. Hanya segelintir kecil saja yang benar-benar menghayatinya.

Dan tanpa menyelami sejarah, ada juga 'penjajah' dalam negara sendiri, yang dengan rasa bangga memburukkan & memporak perandakan bangsa & negara sendiri, iskh tak malu betul!! Kemudahan yang kerajaan sediakan semua nak guna, tapi mulut & hati busuk memburukkan negara. Hmmm, sepatutnya mereka semua bersyukur dengan kemakmuran yang ada sekarang. Tak perlu hidup dalam ketakutan & lari dari hujung senapang, seperti yang berlaku di negara2 bertelagah yang lain, hidup kais pagi makan pagi, kadang2 tak makan 2-3 hari. Itu sudah cukup bagus jika tak berlaku di Malaysia. Tapi golongan ini mmg tak sedar diri, ntah la. Moga negara ini terus makmur & aman damai, InsyaAllah, Amin. Selamat Hari Kebangsaan!!!


Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara
-Abraham Lincoln-


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 28, 2010

~~Tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula...~~




This is a place where I would go whenever I was at my hometown, and my loyal accompany was my beloved abah. We went there early in the morning for jogging and went straight away for a breakfast at Penanti's market after that. I missed this place really.... Watching the sunrise by the lake is one of the most beautiful moment created by HIM. Hopefully I still manage to go there after this, with abah + abang (^-^).


Beautiful sunrise scenery @ Mengkuang Dam


More than 100 people come here every morning to jog.


Scenery by the lake


Tranquility - Strongly feels HIS love here.


*************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.


Aug 2, 2010

~~Balik kampung~~

This time nak buat post bergambar jek, malas nak merapu banyak2 (^-^). All those pics below were taken by hubby while he was in his kampung... balik time weekend jek. I? Definite la tk blk kan, sob sob.... Padi tengah menghijau, cantek.... Tapi pics ni snap dengan camera hp jek, sebab tu kualiti dia tk berapa nak elok. Jadi laaa.... pengubat rindu orang kata.. (^-^)


Pemandangan dari belakang umah, dah besar dah pokok2 padi abah, aritu balik ceenonet lagi.

Lagi.... greenery, sayup2 mata memandang (^-^)

Ni 2 ekor kucing kesayangan family. Tex & Lilin.... Malangnya ahli keluarga baru diaorang dah mati aritu, tk sempat nak membesar pun, huhu....

Tengah pulun breakfast!!

Ain tengah bebal sbb Pak Ngah dia tinggal Ummi dia... muehehe, so kena la beli mainan untuk pujuk balik...



Jul 25, 2010

~~Mari tempek gambar~~



Ini ialah himpunan gambar2 time balik bercuti aritu, tp sket jer la, sbb my digi cam tertinggal kt Penang, huhu.... ampes sungguh, layan jer la yg ada ni, sumanya dari hubby's hp, hih!


Adik2 iparku Diksha & Fahmi, posing dgn Ain dalam keta, nak g lunch kat Atap Rumbia, Aloq Setaq . Ehh, btol kan??


Kat Italianese, The Garden, muka happy sbb dapat g dating dgn hubby, ihiks!


Sibuk memanjang dengan buku komik dia, huh! Nyesal bagi beli...


Seafood tomato soup yang yummy & bread + olive oil/sour ketchup dip <---- appetizer


Beef lasagna <----- Mine, tapi kurang sket rasa dia, lasagna KLCC lagi superb, hih!


Kat William dengan Kak Dayah, Cmeen belum smpi time ni.... lena plak Kak Dayah ni, huhu


Menu paling mahal malam itusss ----> Nasi Goreng Asam Prawn, sedap.... tp, harga nya bley tahan.... 40 hengget okeh!! Setaon sekali jek bley makan ni, hehe


P/S: Rindu segala-galanya di Malaysia....

Aug 14, 2009

~~Mengimbau kenangan lama - PEAH~~

Dah seminggu lebih tak update, malas je kekdahnye... tup tap tup tap, dah dekat sebulan balik sini. And yet, there is something I havent settled down still, hmm.... I found 1 adv while browsing on the internet just now, somebody is selling a sugar glider, tiba2 tingat pulak kat Peah (nama sebenar). Rindu plak rasa kat Peah, tingat cara dia mati, tragis... sedih pulak rasa bila ingat balik...

Kenal Peah ni tak lama pun, kenal gitu2 jek, tapi dia la peneman kat umah kalau adik-adikku takmau layan akak diaorang yg sorang ni, hihi.... Selalu klu Yuih balik dari campus, Peah mesti ikut balik, tak bley tidak. Seperti biasa, kedatangan orang baru dalam family kitaorang, disambut mesra, especially Peah. Memula kenal, mak ai.. garang + kerek sungguh minah sekor nih, nak sentuh pun takut, huhu. Tapi lama2, rasa sayang pulak, sampai sanggup la g kedai jauh nun di Gombak semata-mata nak beli makanan kegemaran Peah ni. Benda yang sepatutnya aku sungguh geli untuk pegang, sampai suruh org kedai tu ikat tali panjang2 la sbb geli.

Tengah2 malam mesti bangun tgk Peah, dia dah tdo ke belum, dah makan ke belum, huhu. Kadang tgk dia tdo, usap2 sket badan dia, smpi la dia dah boleh get along dengan kitaorang. Pegi mana2 pun especially balik kampung, Peah pun diangkut berhimpit sekali dalam keta, haha.. tapi hidup dia tak lama. Dah ditentukan dia pergi dulu. Ni semua gara2 adik-adikku tinggalkan Peah dalam keta 2 hari. Bley plak tak ingat ada hidupan lain tertinggal dalam keta, ampes. Akibatnya Peah mati keras tak cukup oksigen + panas + kebuluran dalam keta, sob... sob.... So, Peah kini hanya tinggal kenangan, nak beli lain mau abes 4-5 ratus.... bye bye Peah


Taaraaaa... ni la dia Peah, makanan kegemaran : epal, pisang, ulat kodek2...eyyy...


Peah sedang nyenyak tdo dalam tempurung kelapa nye.. hihi


Peah dalam mini sangkar, sangkar besar pun ada jugak, tempat dia melompat sana sini.. (^-^)


Related Posts with Thumbnails