Showing posts with label ngomelan. Show all posts
Showing posts with label ngomelan. Show all posts

Oct 25, 2012

~~Sakit perut~~

Hari ni sakit perut, period pain. Dah lama tak rasa sakit ni, sejak lahirkan Imtiyaaz, since then tk datang bulan. Normal for fully breast feeding mommy katanya.

Owh sakit and rasa takmau buat apa2. Urrmm.... tp definitely sakit nak bersalin lagi sakit, and I could bear with it. Sakit niii, eleh... sket je ni, petang karang baeklah.. InsyaAllah , heeeeee....



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 11, 2012

~~Seriously in need of a new baju kurung~~

Tengok tajuk pun dah tau pasal apa & takyah baca post ni dah kan? Hehehehe.... tapi nk tulis gak, tak kira. Pagi2 nak mengomel pasal baju sekali sekala :P
Kalau dengar ada kenduri, first thing yang ai akan pk ialah..... baju mana nk pakai ni?? Buka almari & selak2 baju, iskh... satu pun tk sesuai, some more.... TAK muat jugakkkkk (that's the main reason actually), sobsss.
Kadang2 bukak almari mak, cari baju... sama jek, tak muat, tak sesuai , tak berkenan, tk memenuhi kriteria ibu menyusu... huuu, byk lah alasan!!!!
Kalau dicongak2 balik, rasanya dah 2 tahun tak buat baju kurung, sadis kan?? Baju raya pun recycle baju2 taon lepas. But now, seriously sumanya macam ala2 ketat, uwaaaaaa, sedey sedey.
Today ada 3 kenduri yg perlu di attend, masih mencari2 baju yg sesuai untuk dipakai. Silap haribulan mama Imtiyaaz pakai tshirt dgn suar jek nih, hih. Ok lah, nk g tgk Imtiyaaz... pagi2 dh merayap g umah Tokteh. Some more Pak Ajam ada rajin melayan si kecik nih, hihi. Okie people, happy Sunday aitee... muaahss!!
p/s : Pegi monthly check up last Thursday, & berat dah turun 2 kilos... muehehehe, hip hip hoorayyyy, hip hip horraayyyy.. (^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 27, 2012

~~Tak mahu tapi mahu~~


Dah tengah malam ni, hubby & Imtiyaaz lawan snoring dari tadi lagi. Sian Imtiyaaz dapat flu, byk hari dah asyik meleleh hingus tu. Ai pun tk larat dah nak sedut (euwww, geli pun ada jugak). Tapi sbb sayang anak ai paksa rela sedut hingus dia kuar, hih!!

Perut macam dah sebu + kenyang, rasa macam segala bagai benda yg masuk tadi dh sampai kat anak tekak, but still terasa nak mengunyah. Why? why?? Nafsu je kan suma tu... kan? Iskh, tak bagus btol!!!

Ni suma gara2 balik kampung last week, mmg tk boleh kalau tk makan. Yer la, makan ramai2 best wooo, rugi plak tk makan, some more masakan kampung mmg sedap, of course bukan ai yg masak. Ai bila balik kampung, mode malas masak otomatik jek on seniri, hih...

The other day berat dah turun bawah 60kg, now tatau la bapa, takut plak nk timbang, aaisshh. Nak kurus tapi asyik makan, hmmm. Pasni kena disiplin sket bab makan (O_o). Ok, enough of bab kurus & gemuk.

Gambar2 di bawah tak ada kena mengena dengan ini entri, saja nk tunjuk perkembangan Imtiyaaz @ 7 months old (^-^)

Tdo gaya twist!! Kadang2 dia pusing 360 darjah
atas katil, abes mama & abah di terajangnya, huhu

Mengeliat gaya malas, setelah puas tdo atas riba org.
Tabiat Imtiyaaz, klu tdo atas riba mmg laaaamaaaaa sgt,
tp klu letak atas baby car seat, tahan la 10-15 menet (#-_-)

P/s : Berangan jadi kurus & boleh pakai jeans yg ai beli kt Bandung 3 taon lepas but still tkleh pakai lagi sampai sekarang (kes beli tak try dulu, perasan kurus, terus amik tanpa ragu2 & bayar). Ya Allah, permudahkan proses menguruskan badan ku supaya tak membazir jeans yg dibeli itussss, Amin.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 18, 2012

~~Propa!!!~~


Topik 1 -Arini rasa loya tekak, pening mmg since 2 hari lepas, demam. Kelmarin siang asyik rasa nk pitam, mungkin sbb cuaca panas jugak kot. Umm, demam arini dh getting better. Apakah??? Owhh... tak sanggup nk p beli alat itusss.... The other day dah test, -ve.. hih!

Esok nak berjalan jauh pulak, nk balik kampung. Hope all these sicknesses tak berpanjangan... klu tak alamat asyik terbongkang lah jawabnya.. huhu....

Topik 2 - Mmg jarang nk tulis benda2 negatif dalam blog ni. But today, here is one of 'em. - Tak paham, ingat ahkak ni budak darjah 2 ke hapa? Bagi alasan camtu... alasan 'kekabu'!!! Taknak datang cakap jer la taknak datang, ada ahkak kesah ?? Imtiyaaz pun tak kesah derrrr. One fine day, u'll get back what u give... as simple as that. Ahkak tak rugi satu sen pun, sep gula dalam balang lagi ada, hehe. Lantak la korang :P

Sib baik kitaorang tk pegi hari tu. Walopun ahkak terpaksa, tp sbb abah dah ajak the night before, ahkak tepon jugak tanya kot2 dia tingin nk pegi walopun ahkak tgh berjimba dgn anak & somi di luar. Baguslah tk jadi, klu tak sia2 pegi, rugi duit minyak & tol!! Some more air liur untuk bersembang (yer mmg tk ikhlas nk p pun).

Klu la abah tau korang seronok berjimba dekat2 sini aritu, tp tak teringin pun nk ziarah dia, mesti dia kecik hati. Awat ? Tak setaraf kah kita?

Nk beli brg pun buat endah tak endah jek. Org nk tolong dia, tapi sombong nya.... MasyaAllah. Moga family ahkak dijauhkan sifat camtu, Amin.

Topik 3 - Enchek somi ni ada plan malam ni, kekonon nak bergolek-golek pegi Jucso, ntah jadi ke idok. Harap2 dia ingat benang yg ai kirim... tengah bersemangat waja terus membara ni. So u ols, nantikan kemunculan baby afghan yg vogue de vassss gitewwwww ... hihi...

K la, enough of merapu. Pepandai la korang nilai diri seniri, baik ke jahat, gemuk ke kurus, ikhlas ke tak... sume2 lah. Take care suma... muaahhssss


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 17, 2012

~~Entri apa2 saja~~


It's 3 pm now, and tetiba rasa bosan. Kerja bibik suma dah dibereskan, Imtiyaaz lena terbongkang atas katil... Hmm, and me suddenly tatau nk bt apa...

Facebook... urmm, tetiba jadi bosan tgk facebook jugak. One of my friends once said, "I found nothing interesting in facebooking, stalking other people profile here and there, yet we got nothing, just wasting time & energy".

Yeah... kind of true. I did deactivate my fb for 1 week the other day, and I found that I'm still breathing without it & I lost nothing, ZERO. For some people, yer lah... it's one of those mediums which get people together, bercintan-cintun, berkongsi cerita suka duka kehidupan & keep in touch no matter where u r & what u're doing.

Apa yg ai merepek nih?? Rasa nk kuar bersiar-siar, tp panas arini... bukak ekon pun tak rasa sangat. Sian Imtiyaaz berpeluh-peluh. Tapi bagus gak, kering baju2 ahkak yg basuh 3 round tadi, hiks!

AAaaaaa, actually byk benda nk bt, ie : nak belajar bt crochet selimut baby. Nak jahit langsir pintu yang kainnya belum pun ai potong, huwaaaa..... Malas!! Alasan tak lain tak bukan, MALAS!! Aduh... lemah, lemahnya diri ini....

Have to put myself together in order to start the engine and push the gear. Ya Allah, kuatkan semangat ku dalam mengharungi kehidupan yg penuh dengan dugaan ni. Permudahkan urusanku & keluargaku di dunia & di akhirat, jauhi lah kami semua dari mara bahaya & perbuatan dengki & khianat manusia+syaitan & bimbingi lah kami semua ke jalan yg Engkau redhai, Amin.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Dec 8, 2011

~~Hari ini hari Khamis~~


Salaam & hi all.... eh memang la hari ni hari Khamis kan, weahuuuuu. Motif?? Saja, takdek idea nak letak tajuk untuk entri ni.

Suram, kelam, hujan lebat.. itu suma tak menghalang ai dari menulis blog pada hari ini (kekdah nye macam hapdet blog tetiap hari nih, hehe)

Seperti hari2 biasa yang lain, memulakan hari dengan tugas2 bibik di dapur. Hari ni Aliff dgn Lanna mai lewat sket. Aliff : papa bawak g klinik, ada ulser dalam mulut. Lanna : papa bawak gi check mata, sebab asyik tgk TV/skrin komputer dekat2.

Kelmarin maktok cakap Aliff sakit mulut sebab nak tumbuh gigi. Ropanya ada ulser dalam mulut. Bukan satu, bukan dua, banyak jugak la. Sian dia, asyik merengek... bila tdo meleleh air liur, huhu. Selalunya ai jaki dengan Aliff, tapi hari ni serius kesian kt dia.

Imtiyaaz?? Imtiyaaz sudah ai antar ke bilik maktok. Sebab?? Bilik kt atas ni panas + budak2 pompuan 2 org ni ada kat atas. Bising ja keja depa, main congkak la, main lukis2 la. Tangan berjalan takpa, ni mulut pun berjalan, pot pet pot pet... sabo je la. Kejap2 bergolek atas lantai... hish, tatau la... budak2 main, asal boleh jek.

Actually, tgh pk camana nak amend design umah sket, untuk cut the cost. Sian abah, banyak benda nak kena pk... hmm, ntah la. Takleh cakap lelebih... takdak kuasa mutlak untuk bertindak sebegitu.

Apa merepek nih, ok lah.... till teh next entri muaahss, da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 22, 2011

~~Hari yang biasa2 aja~~


Biasa je arini, seperti hari2 lain. Cumanya semalam rakyat Malaysia bergembira sebab Harimau Malaya dah baham si Garuda, auuummmmm. Walopun ahkak tak tgk sgt, tapi time diaorang nyanyi lagu Negaraku tu ahkak turun tgk, hehehe, semangat mau ada (^-^)

Panas semacam arini tau u ols, takdak bunga2 nk hujan pun, cerah terang benderang. Tatau la kot2 petang sket hujan pulak, kalau hujan Alhamdulillah... sejuk sket Kuala Lumpur nih.

Takdak topik panas pun nk hapdet. Badan Imtiyaaz jek panas sket arini, 38.3 darjah celsius. Fatut la asyik meragam + takmau tdo. Ai peluk dia baru dia mau lena, tu pun tahan 15 menet ja. Hopefully tak melarat la mcm the other day, naik smpi 39.7 suhu badan Imtiyaaz, risau smpi tkleh tdo ai tau.

Tadi dok baca gossip2 artis Malaysia. U ols notice tak, artis yg pegi FFM 24 yg dressing up baju bling bling seksi segala bagai sumanya artis yg suam2 kuku + tk glemer, propa je lebih. Amik gambo tonggek sana sini . Naik menyampah pulak tgk, huhu...ok, full stop pasal gossip!!! (Ahkak suka baju Eja & Fazura. Owh.. and baju Afdlin Shauki sangat chomel gitu)

Ok, gambo2 dibawah takda kena mengena pun dgn post ni. Saja jek mencari-cari idea untuk interior umah adek ai... :)

Nak plastered ceiling katanya, so ai suggest takyah la buat design yg bunga2 segala bagai tu, macam dah old school jek design tu. So, dia cakap nak yg simple, yang ni macam simple + elegant kan?? Sesuai untuk rumah muda mudi.

Ni pun ai rasa not bad, simple... bentuk2 geometri jek, lagipun ai bukan jenis orang bunga2 sangat pun, u ols rasa camana??

Lampu siling ni pun macam ok, tak serabut sangat yet not too simple. Sedang elok je ai rasa.

Haaa... yg ni nampak macam fire crackers, kelako pulak tgk mula2 tu, tapi macam comel jugak la. Actually bentuknya twinkle twinkle little star tu. Apa2 pun lighting tu kena btol dengan ruang tu, ye tak? (macam interior designer plak ai, hehe) Okeh tu je, pencarian akan diteruskan selepas ini, da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 21, 2011

~~Isnin suda~~


Tup tap tup tap, dah ari Isnin arini, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik & rezeki yg tidak kurang tidak lebih. Hari pun tak panas sangat, suram suam2 kuku gitu :)

Cuti sekolah pun dah bermula. And bermula lah juga perang dingin ai dengan budak2 kecik kt umah ni. Bukan perang dingin apa sangat, Imtiyaaz xleh selalu ada kt bawah la time tdo, kang sempat tdo 2 menet dah terbangun dek suara2 gemersik budak kecik 3 org tu. U ols tau je lah klu budak2 bermain kan, klu tak jerit2 + tk gelak kuat2 + tak lompat2 + tak lari2, mmg tk sah. Imtiyaaz pulak pantang terkejut, mula gelabah and mata jadi merah. Anak teruna ai sorang ni mmg sensitip sket.

Ceritera wiken's plan yg tak menjadi, tension jugak memula, seharian ai tak bercakap dengan hubby.... dah la tkleh pegi tempat yg nak pegi, balik umah bley plak dia asyik layan bola dari siang ke malam, mau tak hangin satu badan ahkak !! (huuu, jauhkan lah diriku dari menjadi isteri derhaka, Amin). It's ok, I doa supaya warehouse sale tu ada lagi pasni, Amin lagi sekali.

Kelmarin pulak pegi Puchong, kali btol2 nak renovate umah dah ni. Seingat ai, dah bapa kali pegi tunggang terbalik amik gambo, bt sketch suma untuk renovate, tp pastu senyap sunyi suma org. This time hopefully btol2 terjadi, walopun budget at the moment is very tight.

Malam ni lah kot baru nk berchenta dengan butter paper, artline, pencil color, CAD dan segala-galanya yg berkaitan dengan design. Yess.. DESIGN, perkataan keramat yg dah lama i tinggalkan & buat2 tak reti. And now I'm back for it!! Wish me luck yer suma, muaahss (ntah ingat ke tak lagi segala command dalam CAD, photoshop, illustrator segala bagai tuh, harap2 masih berbekas di hati, chewahhh)


P/s: Sapa2 nak amik ai jadi designer (architect) silakan, ai tengah cari keja sekarang. Dah rasa tepu dok kt umah jek.... huuuu.... (o_O). Moga2 ada rezeki ai di luar sana, InsyaAllah...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 19, 2011

~~Apa la nasib~~


Argghhhh, dugaan btol la semenjak dua menjak ni. Today we all kuar nk g baby fair, dah sampai tempat parking dah nih. Tgh pusing2 cari parking sekali kereta berasap. Terus hubby suh ai & Imtiyaaz cepat2 kuar dari kereta. Takut terbakar ke apa ke..... temperature nak full bar terus!

Berenti kat tepi, bukak tgk enjin, mmg berasap... coolant yg kaler ijo tu abes berlinang atas lantai. Bocor ke ape ntah la. Ai dukung Imtiyaaz so tk berani pegi dekat. Dah la hangat semacam kat tempat parking tu I tell u.

End up tak pegi pun baby fair, sementara tunggu tow truck datang, tunggu kt lobby shopping complex, sadis btol tgk org lalu lalang bawak beg shopping banyak2, uwaaaa (sib baik ahkak control idung supaya tak kembang kempis sambil minum slurpy, heh)

Mungkin kurang bernasib baik hari ni.... tapi ada hikmahnya di sebalik dugaan ni. Imtiyaaz dapat naik tow truck, hahahaha. Of course la ahkak pun naik. Yer la kan, hari2 biasa, sapa pulak nk bg naik tow truck, buang karan jek.

So, aktiviti hari ni, bangun tdo, siap cantik2 + sembur perfume banyak2, naik keta pegi PJ, jalan2 kt tempat parking, then naik tow truck balik umah, huuuu. Pastu layan citer Al Hijab + terbongkang dengan Imtiyaaz sampai petang. Akan ai coba sembuhkan hati ini dengan kuar berjalan-jalan esok, muehehehehe. Okie lah, da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 11, 2011

11.11.11


11.11.11.... Salaam & morning peeps, suma org sibuk post tarikh arini kt facebook la, twitter la, kt mana2 jer la, terlebih excited pulak. Lelebih lagi to those yg nak kawen arini, congrates :). Ada apa dengan 11.11.11? Nothing special in particular, it's just a number... a unique number I presume. Other than that, I love today... coz it's Friday... mulianya hari Jumaat bagi yang menghargai + memuliakannya & tomorrow is already weekend, hiks (gediks).

Imtiyaaz lepas mandi & minum susu, dah selamat terbongkang atas katil, baju pun tk sempat nak pakai. Baby boy mama ni mmg notty sket, kaco2 mama tdo, then kita dah xleh tdo dia plak take over katil. Aaaiissshhh, apa2 pun, mama loves u a lot!! >_<

Banyak nau benda nk update actually, ntah yg mana satu patut di post dulu. Owh, berita gumbira, berat turun lagi ----> 60 kg now. So, another 8 kilos more to go. Ambitious gila kan?? InsyaAllah boleh. Hubby dah rasa tercabar dengan berat I yg makin turun nih, muehehehe.

Nak mengomel apa lagi ekkk? Hari masih panjang, kerja2 bibik belum start lagi, Imtiyaaz dah mula meracau atas katil. Ok lah. Salaam Jumaat suma, pk yg indah2 + baik2 sahaja, moga kita suma diberkati, Amin.



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 28, 2011

~~Bosan~~


Bosan.... dok umah yer jugak. Tapi bertambah bosan bila tengok lambakan drama2 Indo dari pagi petang siang malam. Huh, dah la cerita meleret-leret 2-3 bulan baru abes. Murah sangat ke drama dari seberang sampai berderet-deret cerita diaorang di saluran-saluran kaca TV Malaysia nih.

Bukan nak being racist, tapi bosan lah. On jek TV, asyik ada drama dari seberang. Kalau macam ni, macam mana la drama/filem tempatan nak maju. Dah stesen TV seniri tak bg peluang untuk diaorang on air/cari makan. Ada pulak tu yang kena banned, hmmm.

Bosan jugak, dengan rancangan - rancangan realiti TV berbentuk hiburan yang diadakan saban tahun. Especially rancangan realiti TV menyanyi. Rancangan yang ilmiah sikit sangat. Sebab tu la ramai remaja sekarang byk yg rosak akhlak. Ikon diaorang suma tak membantu langsung.

Suma orang berlumba-lumba nak glamour, tapi langsung takdek kualiti. Sudahnya artis2 'mee segera' ni jadi macam sabut, tenggelam timbul. Yang konon nak jadi penyanyi tetiba jadi pelakon, pelakon tambahan, kesian. Yang pelakon pulak sibuk nak jadi penyanyi walopun suara ala2 itik serawa. Well, kang ada org cakap.. "Eleh macam suara ko sedap sangat". Mmg la tak sedap, sebab tu la nk dgr org yang suara sedap nyanyi :P

I sekarang sampai dah tak kenal dah artis2 kt Malaysia nih. Ramai sangat muka baru yang berlakon/menyanyi lebih kurang + takdek kualiti + tangkap muat + perasan bagus bla...bla... blaa.... Gossip lain jek yang lebih. Eyyy... menyampah!!!

Bosan lagi, sebab terlampau banyak cerita hantu sekarang ni. Baik di TV or kat wayang. Apa dah takdek idea nak buat drama/filem genre lain ke? Orang buat ini, ko buat pun tiru buat cerita yang sama. Tak kreatif langsung. Stesen TV pun pandai2 la pelbagaikan genre drama/filem kt TV ko tu, tu pun tak reti.

OK, cukup la dah hangin 1 badan. Dah lama simpan dalam perut pasal benda ni, terkeluar jugak akhirnya arini. Huh...... (sila baca semuanya dalam keadaan muka ketats ok)

Da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 4, 2011

~~Jahat...jahat....jahat!!!....~~


Lagi lagi ada berita tu.... lagi lagi ada berita orang buang baby, iskh.... apa la yang ada dalam mind diaorang ehhhh?? Nak kata takda otak, orang.... nak kata binatang, bukan jugak... Sebab binatang pun pandai sayang & hargai anak.

Ntah la nk masuk dalam kategori apa. Yang pastinya, mereka ini memang jahat, jahat dan jahat lagi....

Sedih asyik baca berita org buang baby, orang bunuh baby, orang dera baby. Tak penah pk ke kalau benda tu jadi kat diri seniri. I mean biar diaorang lak rasa kena dera & kena buang dalam tong sampah, ikat dalam plastik hitam biar tkleh bernafas (o_O). Baru rasa nak insaf kot!!

Iskh, ntah la apa solution terbaik untuk sedarkan orang2 ni..... tangkap masuk penjara jek mmg confirm tak jalan. Nnt kuar buat lagi..... hmmm... pk2 kan...


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 27, 2011

~~Tak larat~~


Since hari Jumaat mmg dah terasa tekak sakit & badan panas2 sket, biarkan aja. Esok baiklah tu.... Malamnya hidung dah start berair. 'Iskh, taknak demam lagiii..., cukup la sekali dulu...' kata dalam hati. So pulun minum air masak bergelen-gelen.

Hari Sabtu, semalam..... mmg tak larat, gagahkan diri bangun awal, sebab tergedik nak g Lorong Haji Taib. Hih, bukan ada pun, nk beli benang jek. Then singgah dewan Taman Keramat AU2 sbb ada sale baju + barang baby. Ternampak banner on the way nak g KL. Abang terus tarik muka lepat liat, muehehehe. Mmg teruja g situ, rambang mata, tapi disebabkan financial tk berapa nk stabil, beli sket2 je dulu. Abang mmg layankan aja kerenah wife dia yg ala2 mereng nih.

Then balik umah, lepas Zohor kuar g makan kenduri pulak. Pengantin cantik, makan pun sedap (^-^). Tak padan dengan sakit I pulun makan banyak gak, heh. Asyik sneezing dalam keta sebab air cond. Panas kat luar MasyaAllah, macam dalam oven. 'Panas penyakit nih', abah cakap.

Banyak pit stop ok, dengan jam tak hengat nya kat area Ampang tu, we all pegi Carrefour pulak. Beli barang untuk BBQ, jemput family2 aja. Orang kat Carrefour MasyaAllah ramai. Buat semak perut jek. The BBQ went well, sbb adik2 yg tolong buat. Gegak gempita 1 umah dengan kehadiran makcik2 yg mmg suka bersembang. Tak larat smpi lupa nk snap pic. I mmg cakap kt abah awal2, arini macam nak pengsan + tak larat. Dengan mata merah, runny nose, sore throat, coughing etc, suma lah ada, package lengkap.

Larat tak larat, I tolong la kemas umah lepas tu, tolak2 sofa balik, sapu2, basuh pinggan. And right now, takleh tdo, since pukul 4 am tadi... badan panas.... air dah bergelen telan. Asyik ulang alik masuk toilet & kaco abg tdo, heh. And one more, risau, sbb dari semalam tk rasa movement baby, huuu. Ke mama yg tak perasan baby buat 'somersault' kt dalam tu? Sian baby, mama tak jaga kesihatan btol2. Takut nak telan panadol byk2, takut pulak effect kat baby. Esok mama try minum air bali pulak, hopefully panas badan boleh turun, runny nose & batuk ni bley kurang sket, InsyaAllah.

Dah 540am ni, jap lagi nk masuk Subuh dah.... Okie people, have a good day... jaga kesihatan ok, muaahsss..... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 25, 2011

~~Jumaat suda...~~


Alhamdulillah.... dah hari Jumaat, & Alhamdulillah.... masih dipanjangkan umur. Owh, mood I dah kembali normal. I suka hari Jumaat, ihiks. Yes I know.... why nak suka hari Jumaat klu jadi surirumah jek, hari2 pun cuti kan? Why?? Why??

Sebabnye.... esok hubby cuti, weeahhuuuuuu, boleh la daku demand pegi merayap-rayap ke serata perosok alam, eheh. Bosan okeh dok umah jek...

Dah abes tugas bibik kat dapur. Hari ni xda plan pun, so sangap je la kt umah, sambil2 tu buat hair clips untuk Lanna & Liana. Then sangap lagi... hehe.

Esok nak attend kenduri kt Ampang, tapi takda baju yg seswai nak pakai sbb baju kurung suma dah ketat, huuuuuuuu. Harus la I pakai jubah mak saja... heheh. Takpun aci tak kalau pakai blouse dengan suar ali baba jek, iskh pelik la pulak kan.......

Aaaa.....aaa..... seriously takdek modal nk bergossip... ok lah, da!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 4, 2010

~~Monday blues~~


There's no sign of my hay fever will get any better *sigh*. Alas, the prescription which I got both from the doctor & pharmacy didn't seem to work on me as well. Hurmm... this morning hubby prepared hot lemon juice + honey after we had cucur udang for breakie. Turned out it taste so bitter.. bitter sweet to be exact I guess.

And I couldn't stand the watery itchy red eyes + runny nose + chesty cough also. Everything seems not right now, and definitely I couldn't focus on my work at all.

Hubby is cooking today, yeay... finally!! And me supervising him a meter away from the kitchen counter, muehehe. Cant wait to see & taste the dishes. Ihiks, sometimes it's good to be sick while ur love one is around (^-^). U know what I mean right!!... Okeh, will update more with pics after this... (^-^)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 3, 2010

~~Update untuk seminggu~~

Salaam & hi all.... it's been a while, seminggu tak update blog. Been busy dgn mid sem crit, and... urm, the feedback, tk berapa ok. Bak kata diaorang, design brief ok, planning suma ok, site bagus, "but we cant see the idea behind it' - kata critique panels. Sigh, poning kepala mokcik. Ni dah 3 hari tak tgk langsung. Menyampah & nak muntah lak rasa.

Errmm, dat's the bad news, the good is... hubby is here (^-^). So I dah ada teman, walopun dia asyik tgk Detektif Conan, takpun tgk rancangan yg I mencik tu -"How I met your mother". At least bila I nanges time tension, ada org console kan I. Dat's more than enough.

Owh... and, I reckon sekarang kadar vitamin D dalam badan I dah makin ok kot, sbb I asyik kuar jek waktu siang, hihi. Dah 6 hari hubby kt sini, the 1st three days mmg terbiar kejap la sbb I busy dgn presentation, tp buat last minutes gak, heheh... salah diri seniri.

Owh, 1 lagi berita kurang baik, Aliff cracked his collar bone. Terjatuh time tgh bergayut kat suar papa dia. Aiyohhh, kesian anak sedara ku yg sorang ni, ditimpa macam2 kecederaan. Hopefully tk serius sbb kena pakai anduh tangan tu jek. Tu pun dok tk diam. Moga Aliff cepat sembuh, Amin. Rindu plak, dh tkleh online dgn Aliff, selalunya hubby yg bawak Aliff online dgn I.

Kejap je kan dah nak abes bulan Syawal. Terasa baru semalam jek raya, how time flies.. Hurmm, daylight saving pun dah start, which means... sekarang ni beza waktu between M'sia & OZ ialah 3 jam. Fatut la cerah semacam jek time bangun pagi tadi, rupanya sang matahari kuar lgi awal.

Aisehhh, abes idea nk tulis apa dah.. nanti update lagi, till then.. daaaa...


Tengok tu si notty Aliff, panjat pintu grill.... huhu.....

Family potrait- Eid 2010, next year akan ada lagi 2 orang, InsyaAllah
(^-^)


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 24, 2010

~~Shopaholic yg tgh sakit+bosan~~


Bosan plak malam ni, nk tdo tak bley... walopun keadaan kesihatan diri yang patutnye kena tdo. Nak sembang takdek teman pulak. What should I do?? My major project, aahhh.... not again, seriously I couldnt think anything about it...

Hurmmm... I'm bored of 'facebooking' as well, sneaking around other people profile to view their pics + walls etc. Tiring & wasting a time, but then, I still do it, huh.. pathetic!!

U ols suke shopping tak?? Me?? Of courseeeeeeee.... me like super duper shopaholic. Okeh, it's time to make a confession.. whooppsss, confession of a shopaholic?? Maybe...

When I first came here, I sangat takut untuk berbelanja, coz everytime I wanna buy something, I will time it three, so end up tak jadi beli. But since I keje, ada duit seniri... wah wah... duit abes macam air paip kuar. Seriously, mula la berangan nak beli macam2 (^-^).

At first, I kumpul duit untuk travel. Ok la... dh sampi Tasmania, Adelaide, Sydney & Gold Coast. Perth belum, NZ belum.. & I tingin nakg desert kt tetengah benua OZ nih - Alice Spring. Orang cakap takde ape2, mmg pun...desert la kan, hurmm... sometime I do like to do something adventurous.

Then lepas abeskan duit untul travel. I kumpul lagi, this time beli barang umah, pinggan mangkuk Corell segala bagai, mmg heaven especially time boxing day. Selamat sudah angut balik M'sia, in fact ada yg still dalam kotak. Tak sempat nk mengemas pun, selambak jek my mom susun atas kabinet dapur (^-^). Owh juga, kumpul duit nak kawen jugak time tu... hihi, tp untuk membeli belah barang hantaran segala, harus lah ikut taste seniri kan.

Now, I gila membeli cadar + quilt cover. Design kt sini cantik2 compare to M'sia. Kalau ada pun comforter set, tapi bulky, takkan nk beli byk2 comforter set & simpan dalam lemari. Tak muat okeh!! Yer lah, kat M'sia org tk pakai sangat quilt cover kan. But I couldnt stop myself of buying it. Dah alang2 I dh beli thin quilt untuk summer, selamat smpi M'sia dah pun. So, sekarang berazam nk buat collection quilt cover pulak.

At the same time, I bershopping handbags jugak, tapi takla gila sangat. Kena budget2 jugak since dah kawen ni. Sekali sekala hubby tegur + bebel jugak. Nak buat camno, wife you mmg suka shopping la dear. Terima jer la seada nye yer, hiks! Now tgh kumpul duit nk beli handbag yg dh lama I idam-idamkan. Hubby tk bley bebel sbb I guna duit seniri, muehehehe. Baju & kasut, ermm sometime jek, I bukan gila fesyen pun. Biasa2 jek, tambah sekarang badan dah naik, malas nk berfesyen bagai.

Thank God, I jugak bukan orang yang freak pasal gadget, kalau tak, botak lah kepala lakiku. Eheee, I boleh hang on at 1 gadget for years. Sampai rosak teruk baru tukar, close example... my Lola, masuk taon ni dah 6 taon I guna Lola. Walopun lately, kadang2 dia buat hal jugak.

Dengan laptop ni la I keep in touch dgn family especially my hubby, dengan laptop ni la I buat kerja2 I, dengan laptop ni jugak I layan kebosanan mcm s'rang ni & dengan laptop ni la I cari makan. Banyak berjasa ni, smpi tercabut la button keyboard Lola ni, tk sengaja tersangkut kt buku, huhu..... but it's ok. I bukan taip guna keyboard laptop pun, rimas... I ada other cute usb keyboard yg attach dengan Lola (^-^)

Haiyohhh, dalam kebosanan pun panjang gak entri ni, heh! Ok lah, best kan cita pasal shopping2. Nanti update lagi.... da!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Ubat oohhh ubat~~


Ok, setelah dipaksa berkali-kali oleh uncheck hubby, I pun dengan terpaksa rela pegi 'dating' dengan doktor arini. Kol 850 am dh terpacul kt klinik, doc pun tak smpi lagi. Konon nye la appointment kol 900 am. End up 915 am baru doc sampai. Dah consult & check segala bagai, nak tau apa hasilnya??....

Ni ubat batuk, yang ade pain chest relief sekali, sbb
selalu batuk
& sakit dada especially at night.

Ni pulak antibiotik.... ok, jgn tertipu dgn botolnye yer,
bukak2 ada 7 bijik jek, ceittt!!
Fatut la dia suh dtg balik klu
antibiotik abes & sakit still tk baik,
ropanya sket je dia kasik,
mmg bisnes strategy sungguh!!


Ni pulak eye drop sbb mata I pun gatal jek 2-3 hari ni, doc tu
kata ubat ni bagus.. huuu, mmg la, cuba usha rega dia bape.

Sib baik tak sakit jantung time nak bayar tadi.

Total of Aud68.10 untuk suma ubat2 ni... huhuh....

Disebabkan I dah spend duit gaji I untuk ubat2 ni, so terpaksa rela kena abeskan jugak. I know, i know... rega tu dah boleh dapat 1 purse Nine West yang cantik ituss, sobsss. Kena baik cepat2, takleh sakit dah pasni. And Alhamdulillah bukan H1N1, I siap tanya lagi kt doc tu, and dia sengih je sambil geleng kepala. So, lega sket rasa.... hopefully malam ni boleh tdo lena ditemani ubat2 yg mahal nih.... Amin!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 20, 2010

~~Ceritera~~

Cuaca hari ni kurang memberangsangkan, kelam + suram dari pagi smpi ke petang. Tunggu punya tunggu, matahari tak timbul2 pun. Hmm.... dengan keadaan selesema yang tak baik2 lagi ni, memang sesuai untuk tdo sepanjang hari.

Tapi tak, I kuatkan semangat untuk bertapa depan Lola nih, konon nya buat keja. Tapi... lagi banyak main game, hehe. Yer lah, time selesema ni, otak jadi weng weng sket, idea taknak kuar... btol tak tipu, huhu....

Ermm... update for entri raya 'day 2' ok gak kan, tapi gambar nya belum di proses lagi, so tunggu lah yer. At the mean time, layan jer la entri2 merapu nih, hehe....

Iskh, tak sabar nk tunggu next week, muehehehe.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 3, 2010

~~Mencari mood raya~~

Salaam hari Jumaat. Sedar tak sedar dah tinggal seminggu je lagi dalam bulan Ramadhan. Next Friday dah nak raya!! Goshh, seriously I tak rasa apa2, maybe sbb takde preparation. Some more, I stay kat umah sorang2, takde orang nak bersembang pasal raya or whatsoever.

Hari ni tak pegi keja, off for 3 weeks, so I decided to stay at home and buat drawings jek. Rasa tk sedap badan jugak dari kelmarin, tekak sakit, rasa mcm ada demam sket2 + pening2 lalat + runny nose.

Dah tengah hari ni, tapi belum mandi, malas okeh!! Kemas2 umah sket, then terlintas kt kepala, why dont I turn on lagu raya. Nak naikkan semangat sket, hih! Siap tukar pakai baju kurung, hihihihi, bukan baju raya pun. Yer, taon ni takdek baju raya... alah, dah nak balik, tk kisah la pakai baju kurung lama pun. Janji semangat raya mau ada. (^-^)

Esok plan nya nak teman Kak Amie shopping groceries, and we all cadang nk buat kuih esok. Itu pun sebab I request, kalau ikut Kak Amie, dia nk buat kek jek. So I pun offer nk tolong bt kuih, but kt umah dia la, umah I serba kekurangan, oven pun takde, camno? Takde family, at least ada kawan untuk share semangat raya + menumpang kasih, it's more than enough for me (^-^)


Nampak tak? Yes, they are my inspiration... & dear hubby & dear Aliff(^-^)


Nak tayang kad ni actually, dapat 1 jek, tu pun setelah di request ,huhu.... jadilah!!


Lagu raya ni macam bosan pulak. Suma yg version lama, yang slow tempo, I think I should download lagu yang baru2, yang rancak sket. Takde lah tangkap leleh srott srett srott srett sorang2. Okie people, have a great day okeh!! Muaahss....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails