Showing posts with label imtiyaaz. Show all posts
Showing posts with label imtiyaaz. Show all posts

Mar 8, 2012

~~Solid foods for Imtiyaaz~~

Alhamdullilah, Imtiyaaz is turning 9 months at the end of this month. He started to take solids when he was 4 months old. But have to stop for a while sbb Imtiyaaz jadi susah nak poo poo. Dah la anak bujang ai ni kurang gemar minum air masak (o_O).

Some more, pharmacist kt kedai obat tu pun suggest jgn kasik lagi sbb baby @ 4 months old, perut & usus dioarang still lagi tk matang & susah nak digest solid food. Alas, ai pun stop serta merta & kasik susu jek kt Imtiyaaz (ekceli sadis tgk Imtiyaaz nanges bila nk poo poo & some more ada kuar darah sket, huuuu)

Bila Imtiyaaz dh 6 months old, baru start bagi balik. So he starts with vegetable & fruits puree. Banyak jugak ai google sana sini cari 'can & cant foods'. Masuk forum tanya sana sini. Maklum la, first baby, ilmu masih kurang di dada + excited nak bg anak makan solids, hihi.

@ 6 months old, Imtiyaaz dah start makan :
- puree lobak
- puree kurma (Imtiyaaz suka)
- puree epal
- puree brokoli (Imtiyaaz kurang gemar yang ni)
- puree pisang
- puree betik
- puree keledek

Then, bila dah masuk 7 bulan lebih sket, I started menu yang ada nasi. Kat atas tu ialah puree nasi+lobak merah+ayam. Rebus semua sekali sampai betul2 lembut, blend & tapis. Imtiyaaz sangat suka puree ni. Ada jugak buat puree nasi + ikan bilis, tapi jalan 4-5 sudu jek, huhu.

4 days wait rule :

Macam mana kita apply rule ni?? Senang jek, untuk satu2 puree yg kita baru nak perkenalkan kat baby kita, kita bagi baby makan puree tu dalam masa 4 hari. So dalam 4 hari tu kita monitor la, puree tu sesuai tak untuk baby. Ie: Ada cirit birit ke tak, susah nak poo poo ke tak, naik ruam or alahan lain ke. Macam tu lah lebih kurang. Kalau takda apa2, then baby boleh consume that puree, di selang seli dgn puree yang lain.

Pic atas ni ialah puree pear, ada mummy yg suggest blend dgn nasi, katanya sedap. So far bagi puree pear tu itself jek kt Imtiyaaz.

Ni pulak sweet green peas, tengah rebus. Mummies, ai dah try rebus & blend sekali dgn kulit, rasa dia macam tk sedap sket. Better kupas & amik kacang kt dalam jek. Dah try blend dgn nasi, so far Alhamdulillah Imtiyaaz bley makan. (Mummies kena rasa gak makanan yang baby kita makan sekali sekala, secara tak langsung kita tau camana baby kita rasa time diaorang makan)

Imtiyaaz kena measles or demam campak kecik the other day. So maktok rebus nasi + ayam _ kentang bagi Imtiyaaz makan, without blend, tenyeh2 jek bg halus. Soupy sket yang ni, so that Imtiyaaz bley hirup sup ayam sekali, dah baek punnnn. Mekaseh maktok (^-^)

Ni menu terbaru ai baru discover untuk Imtiyaaz - epal + mangga manis. Sanggup pegi supermarket gi belek2 makanan baby dalam balang2 comel by Heinz tu. Ai hafal combination fruits & vegi yang diaorang guna dalam product diaorang, hihi, gigih tak?

Masuk hari ni dah 3 hari Imtiyaaz makan puree ni. Pasni nk try puree sweet green peas + zucchini pulak. Aritu cari zucchini kt Giant takdek pulak.

So, sedikit sebanyak update pasal makanan pejal untuk Imtiyaaz. Moga anak mama membesar dgn sihat dan kuat, InsyaAllah, Amin.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Mar 4, 2012

~~Hari minggu di rumah~~

Yer, berhari minggu di rumah saja minggu ini. Motif?? Imtiyaaz tak berapa sihat, or to be exact, Imtiyaaz kena demam campak 0r should I address it as measles??

Alhamdulillah arini dah getting better, dah tak nampak sangat all the bintik2 merah. Makan pun dah lalu. Klu tak, makan 4-5 sudu then takmau dah. Agaknya rasa mulut pahit ke apa tatau la, Dah kurus sket nampak. Sian anak mama....

Ai pun, since dah few days tak cukup rehat + tdo & segala bagai, asyik malas jek nk bt benda lain. Semua keja kena stop jap... Asyik mengendeng dgn Imtiyaaz jek. Masak pun malas. Semalam lagilah, pening semacam, telan panadol 500 tu, then lega sket.

Hari ni getting better, so merajinkan diri di dapur. Menu malas hari ni - nasi tomato, ayam masak merah , daging rebus & air asam, simple. Kes malas masak banyak lauk, heh!

Dah tepu otak dok dalam umah jek. Nak bawak Imtiyaaz jalan2 keliling taman jap lagi. Okie people... da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 29, 2012

~~5th day~~


Hari ni dah masuk hari ke 5 Imtiyaaz demam. Sabtu & Ahad macam suam2 kuku lagi, and he's still giggling here & there :). Suhu badan naik turun & the highest was 39.9 degree Celsius.

Tdo malam pun dah banyak hari tunggang langgang. Kejap2 check kepala Imtiyaaz panas ke tak, sambil jelum2 kepala & badan dia dgn towel lembab. 2 jam sekali check guna termometer pulak.

Some more we all anak beranak dah tuka tempat tdo - depan TV sekarang. Luas & airy sket, baru udara bertukar sket. Tak berkuwap macam dalam bilik. Sian Imtiyaaz, kejap happy kejap tak larat. Tdo jek 2-3 hari ni.

Hari Isnin dh g klinik, doc kasi ubat demam jek. Takda progression, so this morning when his body temp went up until 39.8, we decided to go Damai Service Hospital.

Turned out the fever was caused by both virus & bacteria. So the doc gave us both ubat demam & antibiotik. Hopefully pasni suhu badan Imtiyaaz bley turun sket2.. InsyaAllah, Amin.


p/s : Banyak topik nak update, tapi right now takda hati lagi nak buat. My priority now is Imtiyaaz.....

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 15, 2012

~~ Pola tidur si kecil - Tidur Imtiyaaz... tidur~~

"Imtiyaaz tdoq la, mama dah ngantuk ni... kang tgh malam nk bgn lagi nak bg susu kat Imtiyaaz" or "Bila Imtiyaaz nak tdoq ni, mama dah tak larat ni", ayat2 ni mmg almost every night terkeluar dari mulut ai.

Uols camana? Mesti biasa jugak kan dengan situasi ni, especially untuk young parents yg baru dapat first baby. Aduuhhh, mmg penat sgt kadang2.... walopun dok umah jek. Ngadap anak 24 jam sambil disulam dengan keja2 umah, sapa kata tak penat?? Even superman pun penat tau.
Sleeping handsome, tdo dengan Mr Froggie

So, Imtiyaaz mmg susah nak tdo. And some more, si kecik ni jenis 'telinga kuali', ada bunyi sket terus terjaga', huhu. Today tgh baca2 online paper, I came across to this article. Banyak info berguna. Panjang gila artikelnya, maleh ai nak baca tapi ku paksa rela jugak baca. So below are few points yg ai amik dr artikel tu (ekceli byk jugak, hehehe). Baca lah... 'sharing is caring'... I like this sentence lately... Here goes....

PERNAHKAH anda menghadapi situasi ini? Bayi anda yang baru berusia tiga bulan tidak dapat tidur lena dan terbangun setiap dua jam. Malah dia tidak mahu tidur semula walaupun sudah disusukan dan ditukarkan lampin. Menjelang jam lima pagi barulah dia dapat tidur nyenyak. Keadaan ini sudah tentu memenatkan tambahan pula bagi ibu yang bekerja keesokan harinya.

Hasil kajian mendapati :

47 peratus daripada ibu di Malaysia yang terbabit dalam kajian itu tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam

45 peratus ibu bapa berpendapat, bayi mereka mempunyai masalah tidur. Pada masa sama, 20 peratus ibu bapa menyatakan menidurkan bayi adalah waktu yang sukar.

Ibu bapa di Malaysia tidak begitu menyedari bayi mereka tiada pola tidur yang sihat dan ini menjadi punca masalah tidur yang dihadapi bayi mereka.

Dari sudut kesihatan :

Tidur adalah elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Tidak menetapkan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, sistem imunisasi, daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak.

Tidur yang mencukupi akan melepaskan beberapa hormon penting dalam tubuh yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi.

Ketika tidur banyak lemak yang tidak diperlukan akan terbakar dan ini menjadikan bayi dan kanak-kanak berkembang sihat dan kurang mengalami masalah kegemukan.

Kanak-kanak yang tidur kurang 12 jam sehari berisiko tinggi mengalami masalah berat badan

Kira-kira 17 peratus kanak-kanak yang tidur kurang dari 12 jam sehari menjadi obes pada usia tiga tahun berbanding hanya tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak cukup tidur

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula, tidak cukup tidur membuatkan mereka cepat marah.

Mereka berhadapan masalah tumpuan, lemah daya ingatan dan membuat keputusan serta kekurangan tenaga di sekolah.

Muka notty lepas puas tdo

Pola tidur bayi & kanak-kanak :

Pola tidur bayi dan kanak-kanak - secara purata setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada hari mereka untuk tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

“Bayi berusia dua hingga 12 bulan biasanya memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 15 jam sehari. Biasanya 15 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi.

Pola tidur begini tidak tetap tetapi masih dikira baik. Jadual tidur yang konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang.

“Pada usia setahun hingga tiga tahun kanak-kanak memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari dan keperluan ini semakin berkurangan kepada 11 hingga 13 jam sehari apabila usia meningkat enam tahun.

Faktor penyebab masalah tidur :

Masalah obesiti

Genetik tidak normal

Cara pernafasan tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.

Tabiat normal bayi :

Sesuatu yang normal sekiranya bayi terjaga pada waktu malam. Ibu tidak perlu panik dan terus bangun kerana bayi sebenarnya hanya terjaga untuk seketika dan akan tidur semula dengan sendirinya.

Kebanyakan bayi akan bangun setiap dua atau tiga jam setiap malam untuk menyusu badan atau apabila lampin basah. Malah keperluan untuk bangun pada waktu malam akan berkurangan selepas usia mereka mencecah enam bulan ke atas.

Langkah awal penerapan pola tidur :

Menerapkan budaya dan rutin tidur yang betul sejak kecil supaya anak-anak mendapat manfaatnya

Menetapkan waktu tidur anak-anak sebaiknya tidur sebelum jam sembilan malam serta mengasingkan bilik tidur anak-anak sejak bayi lagi.

Membiasakan anak-anak tidur bersendirian akan memberikan mereka lebih waktu tidur yang sempurna serta melatih mereka berdisiplin ketika di tempat tidur - ini memastikan mereka masuk ke bilik mengikut waktunya,

Tidak tidur bersama anak di ruang tamu atau membiarkan anak menonton televisyen bersendirian kerana ini akan menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan tidak akan tidur awal.

Khusus untuk bayi :

Selain mendapatkan rutin tidur secara berkala menyediakan ruang tidur yang selesa serta memberikan sentuhan menerusi urutan dan belaian mampu mempengaruhi tempoh tidur bayi.

Ini boleh dilakukan dengan memandikan bayi selama lima minit menggunakan mandian bayi diikuti urutan pada keseluruhan badan bayi menggunakan minyak bayi selama dua minit.

Pakaikan pakaian nipis diperbuat daripada kapas.

Bangkitkan suasana tenang dengan melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai sehingga bayi terlena.

Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan bayi rehat sehingga esoknya.


Panduan membentuk tabiat tidur yang baik:

Lakukan aktiviti pada siang hari. - Pada waktu siang, lakukan aktiviti bersama-sama dengan bayi. Misalnya mengajaknya berbual-bual bersama, menyanyi atau bermain. Biasakan bayi dengan kebisingan rumah seperti bunyi orang memasak, televisyen atau penyedut hampa gas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Pantau tidur siang anak anda - Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.

Ikut rutin waktu tidur yang konsisten - Sebelum tidur, mandikan dia, buat urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

Tidurkan bayi ketika mengantuk. - Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya kemas daripada anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa sedar.

Beri masa untuk dia bertenang. - Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya

Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.

Pastikan malamnya sentiasa gelap. - Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Elakkan menonton televisyen - Elakkan anak-anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menontonsebelum waktu tidur kemudian tidak membenarkan anak-anak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka.


Courtesy : Harian Metro Online

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 9, 2012

~~Trauma~


"Mama yang salah, mama say sorry sangat, mama tak sengaja, mama tak sedar, mama sorry kay, mama sayang Imtiyaaz"...I keep saying this sentence to Imtiyaaz since yesterday. Huuu.... mmg jantung berhenti berdegup seketika the moment he fell & screamed out loud.

Semuanya salah ai....xda salah org lain. As usual bila bebudak kecik tu balik dari sekolah, ai akan bawak naik Imtiyaaz ke bilik & tdokan kan dia kt atas. Baru bley dia tdo nyenyak sket. Yesterday pun macam tu gak, but ai letih sket, buat keja umah, then out to clinic for monthly check up, dengan panasnya Allah saja yang tau.

So bawak Imtiyaaz naik atas, on both aircond & kipas, tdokan dia. Keliling katil mmg dah sendal dgn bantal sesiap & I baring tepi katil so that jadi benteng untuk Imtiyaaz jugak. Somehow ai terlelap, yang tk sedar2, agaknya banyak sgt setan bergantung kt mata ni, MasyaAllah. Selalunya ai akan sedar klu Imityaaz terjaga. Huuu.... then tersentak bila dgr Imtiyaaz nanges dengan kuat. Tengok2 dah ada atas lantai.

Ya Allah... terus peluk Imtiyaaz kuat2 & dukung dia. Tak berenti menangis, ai pun nangis sekali sbb takut sangat jadi apa2 kt Imtiyaaz. Hidung dia ada scratch luka sket, then ada kuar darah sket dari dalam hidung. "Ya Allah, apa aku dah buat niiii.... , mcm mana Imtiyaaz bley jatuh dari katil. Ya Allah tolong selamatkan Imtiyaaz", terdetik dalam hati time tu.

Mak amik Imtiyaaz after that & check. Mak cakap takda apa2, it's just Imtiyaaz jatuh, terkejut & trauma. Mak mandikan dia lepas tu, ai naik atas & nanges2 call hubby. Then mandi & get ready nak bawak Imtiyaaz g klinik. Ye lah, physically mmg tak nampak luka apa2 pun, tapi ai takut sangat klu ada crack ke, terseliuh kt mana2 (o_O). Lepas mandi nanges dia dh tone down sket. Dah bley sengih2 sket. Somehow ai still takut.... selagi tk jumpa doc mmg dalam hati ni risau sangat.

Hubby balik & we all terus g klinik, Alhamdulillah doc cakap luka dalam idung tu sebelah luar jek. Somehow kena observe jugak klu2 Imtiyaaz demam, jadi tak aktif, asyik menangis. Syukur, today Imtiyaaz aktif mcm biasa. Ai pun trauma jugak, semalam xleh tdo coz asyik tgk Imtiyaaz takut2 dia sakit or demam. Kejap2 usap kepala dia tgk panas ke tak. Alhamdulillah Allah lindungi anak mama ni. Hopefully pasni mama tk lalai lg, and moga Imtiyaaz membesar dengan sihat, Amin, InsyaAllah.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 5, 2012

~~Imtiyaaz at 6 months 1 week 3 days old~~

Alhamdulillah, Imtiyaaz dah umur setengah tahun (^-^). Anak mama yg cheeky, montel, comey & gebu macam mama ni grew up very well. Imtiyaaz dah start makan nestum but still BF dengan mama.

Thank you Allah, niat mama nk BF Imtiyaaz sampai umur 6 bulan dah tercapai. If possible, sampai mama dah kerja nnt pun, mama nk bekalkan susu mama untuk Imtiyaaz. Just now mama dah cari menu2 lain untuk Imtiyaaz other than susu.

6 months old. Taken on the 25th of Dec 2011, on the way back to KL from Kedah.

Suka sangat nyibuk time mama or abah nak menaip, so mama korbankan
keyboard mama yg chomel ni untuk Imtiyaaz main2.

At this stage, Imtiyaaz dah start to explore his surrounding world, touching, licking, kicking & he would eat anything which he could grab & touch. He loves music, red & pattern so much. Mainan sendiri kadang2 taknak main dah, nak jugak yang org lain pegang. Klu di amik dari tangannya, mula la muka tu merah padam.

Kalau bab membebel sorang2 tu, dah boleh serah kat Imtiyaaz jugak. Agak2 takda org nak layan dia, mula la dia babbling dengan 'kawan2' dia kat atas katil. And since Imtiyaaz dah boleh meniarap, bergolek-golek & berpusing 360 darjah, mama kena alert selalu klu tinggal Imtiyaaz sorang2 atas katil.

Bab sembur menyembur air liur pun Imtiyaaz dah terer... mama paling hangin klu Imtiyaaz sembur time mama suap nestum, huhu. Menggigit pun Imtiyaaz dh pandai, sakit woooo dia gigit walopun belum ada gigi. Agaknya gatal gusi nk tumbuh gigi kot.

Imtiyaaz dah make friends dengan Ronnie (on d left side)
& Bobo (on d right side). InsyaAllah bila mama dah kerja nnt,
I'll get Eddie for you dear, promise!!

Imtiyaaz dah mula kenal everybody in the house. Meaning, orang luar yg dia jarang tgk, kadang2 dia taknak, melalak jek keja klu strangers dukung dia. Huhu, penat jugak mama kadang2. Klu agah dari jauh, asyik tersenyum riang jek dia. Dah pandai identify klu mama & abah siap2 nak kuar, mula la buat muka chomel suh org amik dia. Klu bt derk ja, mula la nak nanges.... apapun, Imtiyaaz still cute walopun tgh nanges, hihi.

Imtiyaaz dah pandai duduk dalam walker, baru seminggu lebih mama ajar Imtiyaaz duduk dalam walker. Sukanya dia, dah bley bergerak sana sini. Sampai mama kena ikat walker tu, takut2 Imtiyaaz jatuh tangga (^-^). The other day letak Imtiyaaz dalam walker while mama & abah basuh kereta. Laju jek dia hala ke kereta nak main air nyer pasal. Heheee... anak bujang mama sorang ni mmg notty & brilliant!!

The happiest moment :)

Pantasnya masa berlalu. Terasa baru semalam mama & abah terima berita gembira yang mama dah berbadan dua. Rupanya demam selesema mama yg on off yg berlarutan smpi few weeks tu adalah petanda mama akan menimang cahayamata.

Cepatnya jam berdetik, terasa baru kelmarin mama duduk tersenyum sendirian sambil menangis bila terasa Imtiyaaz menendang-nendang dari dalam perut mama buat pertama kalinya. Indahnya saat itu. And masih terasa sakitnya ketika mama bertarung nyawa untuk lahirkan Imtiyaaz. Semuanya masih segar dalam ingatan mama.

Imtiyaaz - 4 and a half hours old

Siang berganti malam, malam berganti siang. Terasa baru semalam jugak mama tak jemu2 asyik merenung Imtiyaaz di atas katil baby di hospital. Kecil , comel, tidur dgn nyenyak walopun dibedung kemas. Kadang2 terasa macam mimpi, Allah dah kurniakan anugerah tak ternilai buat mama & abah, Alhamdulillah.

Kaki kecil ni kelak akan jadi orang yg berguna pada agama,
bangsa & negara, Amin, InsyaAllah.

Sakit atau pedih, suka atau duka, penat atau lelah, itu semua termasuk dalam memori indah buat mama & abah. Sekarang Imtiyaaz dah besar, dah peramah, suka senyum + sengih kerang busuk.... :) . Mama memang tak pernah jemu renung Imtiyaaz time Imtiyaaz lena, tak pernah bosan walau sesaat pun.

Doa mama tiap2 malam lepas Imtiyaaz tdo, moga Imtiyaaz membesar dengan sihat + ceria, panjang umur, jadi anak yg soleh, jadi org yg berguna, rajin belajar, pandai baca Quran, pandai ilmu agama, hormat orang tua, dengar cakap mama & abah..... ..... ...... panjang lagi doa mama. Tp itu yg mama mintak + doa kat Allah tiap2 hari. Moga Allah perkenankan doa mama, sebab mama & abah saaaaaaaaayaaaaaaannnggggg sangat Imtiyaaz (^-^), Amin.


*******************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 28, 2011

~~Buah Hati Mama & Abah~~



No big car, no huge house, no big cash... There's nothing can replace you in our heart..... lovesssss

FAIZ IMTIYAAZ B. FAEIZULAZLAN


P/s: Tetiba jadi emo pulak di pagi hari Jumaat... hari pun nak hujan nih.....moga baik2 saja sampai esok lusa & selamanya, InsyaAllah.

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 15, 2011

~~Our pride & joy~~

It's been a while. No updates. Been busy. Plus lazy. And this is the back dated one.

Salaam & hi all,

The previous entry was only a filler, can I say that? So this is it. I haven't officially introduced my little hero on this blog yet. Faiz Imtiyaaz bin Faeizulazlan, that's the name given to our little hero (ekceli ai yg pilih nama ni, hiks).

After a day me fighting with the contraction pain (ni lah sobabnye hubby kalah dlm pemilihan nama baby), it left me no energy to push the baby out of the womb. So, it took me another 2 and a half hour in the battle (sakit tak tertahan sbb ai tak hamik epidural mahukan induce, so dalam keadaan gegak gempita tu, ai pun request untuk buat ceaser, but semuanya di tolak mentah2 oleh mak ai) before Imtiyaaz was born.

After few failed trials, the docs then decided to do an 'assist vacuum'. With all the energy left in me, I put myself together and pushed the hardest as I could while they vacuumed out the baby's head. Alhamdulillah, we did it! Our pride & joy was born on the 25th of June 2011 (23 Rejab 1432) at 5.26 am, Selayang Hospital. It worths all the pain that I had before as the baby was before my eyes.

An hour old - our twinkle twinkle little star :)

But 4-5 minutes after the baby came out, this question came out of my mouth "Baby dah keluar ke belum?" Dah..... kan tadi baby duduk atas perut awak," replied the doctor (Bley cenggitu?? Ai mmg dah mamai sangat time tu, sakit nak bersalin mmg tatau nak citer camana, asyik ikut mak ai Istighfar - hubby dah kuar dari labour room sbb dah pucat lesi, & di sebabkan sakit tu jugak, ai mmg dah terlelap tanpa ragu-ragu 4-5 kali dalam labour room tu, hih)

Our muuchooo sweetheart - 1 & a half hour old :)

More or less, this is the story about me delivering Imtiyaaz, I wont tell the scary cutting & sewing parts, only people who have the experience can imagine & know about it (^-^).

12 days old - a good khalifah to be , InsyaAllah

Faiz Imtiyaaz, you are mama and abah's pride & joy. You are the best thing happened in our life so far. We loved & will always love you day in & day out. May you grow up healthy & live a long life InsyaAllah. And our prays will always be with you, muaahsssss...



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 28, 2011

~~Peristiwa yg tk dpt dilupakan~~

Peristiwa yang tak dapat dilupakan hari ni, kisah anak bujang kecik I. We all (me, baby, mak & Yuih my lil bro) kuar arini. G klinik, g Tabung Haji bukak akaun untuk Imtiyaaz (thank you Mak Tok sbb sponsor Imtiyaaz bukak akaun, hih). Then singgah BSN pulak sbb my mom nak update buku akaun dia.

Sementara tunggu mak, check la pampers si anak bujang kecik ni, owh dia poo poo rupanya. So I pun bukak la pampers nk tukar, baby wipes suma siap sedia dalam henbeg nih, hihi. Nak jadikan cita, elok jek letak pampers baru, dia poo poo lagi, ada la secoet kt lubang bon*** dia, belum kena pampers lagi "selamat pampers baru", kata I dalam hati.

So I cepat2 amik wipes and cuci secoet kt bon*** Imtiyaaz. Tetiba jek dia teran baik punya kuar poo poo lagi. Yang mengharukan ialah abes poo poo dia terpercik dalam keta, itu termasuklah kena suar I, seat driver sebelah belakang, pintu keta CRV tok abah & tak lupa jugak sebelah belakang baju driver. Hahaha, haru biru satu keta.

Sib baik la ada wipes & tisu sekotak dalam keta. But then terpaksa singgah kedai runcit jugak beli ayaq untuk cuci suar & tangan I yang kekuningan. Seriously macam watercolor poo poo Imtiyaaz. Sib baik la takda bau lagi, kalau tak mmg pengsan suma org dalam keta, hih. Sekian, itulah peristiwa yang tak dapat dilupakan pada hari ini (^-^)

p/s : Kelam kabut sangat, so tk sempat nk snap pic. Harap2 pasni abah pulak dapat experience camnih, heh.






*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jul 13, 2011

~~Tik tok tik tok~~


It was in AM..... Friday, 24th of June 2011

4 00, 4 15, 4 30...... continuously until 6 10...... there was a sign...
took a shower, asked hubby to wake up....

7 15, 7 25, 7 35.... continuously every 10-15 minutes..... until noon

And it was in the noon until late evening....

14 32, 14 53, 15 12, 15 18, 15 25, 15 32, 15 40, 15 47, 15 55, 16 04, 16 11, 16 19, 16 27, 16 36, 16 42, 16 49, 16 57, 17 04, 17 13, 17 31, 17 39, 17 50, 18 09, 16 18, 18 23, 18 28, 18 33, 18 49, 18 58, 19 06, 19 15, 19 20, 19 24, 19 32, 19 35, 19 45, 19 50, 19 55, 20 02, 20 05, 20 10, 20 14, 20 20, 20 23, 20 30, 20 37, 20 43, 20 49, 20 55, 20 59, 21 05, 21 10, 21 17, 21 22, 21 28, 21 35, 21 44, 21 51, 21 55, 22 04, 22 07, 22 11, 22 14, 22 16, 22 18, 22 22, 22 30, 22 32, 22 37, 22 42, 22 48, 22 52, 22 59, 23 02.... continuously every 2-3 minutes... until early morning


It was in AM again..... Saturday, 25th of June 2011

2 45.... the sign was frequently getting stronger & stronger.....

5 26.... (^-^) Alhamdulillah


I'm sure some of you been wondering what were the numbers for. They were the moments when I was fighting with the pain of contraction... and I did cry once...

Yes, me & hubby were keep tracking the contraction time.....

- easy for us to inform the doctors/nurses when they ask
- for Mama's personal record, so that Imtiyaaz will know how long was Mama fighting with the contraction's pain before Imtiyaaz was born (^-^)


Alhamdulillah & Thank You ya Allah for this precious moment & feeling.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails