Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Jan 13, 2012

~~Main masak-masak~~

Nak update blog, tapi tatau nak update yg mana satu (kalut). So, tempek gambo makanan yg ai masak sejak 2-3 menjak nih. Layannnn...

Spaghetti seafood carbonara, menu ni requested by abah lepas ai buat spaghetti bolognese the other day. 2 minggu lepas kot buat. Nampak simple jek, tapi sebenaunya remeh sket. All the seafood nak kena rebus asing dulu sbb takut nnt air seafood akan mencairkan white cheesy gravy tu pulok. Apa2 pun suma org kata sedap, heheh.

Jenahak sweet sour, buat time cuti new year aritu. Kesian tgk ikan ni dok terperuk dalam freezer. Hasil daddy pegi memancing nih. So.... kira punya kira, ai belasah saja 'besiang' ikan besau nih & bt sweet sour. Serius tk penah besiang ikan besau2 camnih, selalunya abah or lil brother yg buat, huhu. Mau setengah jam gak besiang. Sedap jugak, klu bebetul ada kuali deep fry mmg lagi terangkat lah, ni guna kuali yg agak leper, nak deep fry kot celah mana kan?

p/s : Ada lagi sekor dlm freezer, tgk la wiken ni kalau rajin bley bt lagi, hehe....

Ni la pulak hubby cakap Hero yg order, huhu. Yo yo OOoo jek. Memotivasikan diri uli tepung and buat doh roti. Alkisahnye nak abeskan tepung sebelum expired date, hih. Dah lama sangat dok 'tagak' nak buat. So, uli punya uli, dapat 2 bijik doh. Dapat la merasa home made sausage roll, sardin bun & onion+cheese bread. Ok la rasa dia, first time buat kan. Lagipun ada ingredient yg kurang. Pasni kena buat lagi & lagi & lagi untuk memantopkan skill ahkak :P


P/s : Malam ni nak mimpi buat kek velvet merah pulak la.... mana tau esok sampai seru nak buat, bahan suma dah cukup kat dapur nun. Klu jadik ai post kt sini, heeeeee..... da!! Owh seperkara lagi, Hero di atas ialah Pasaraya Hero di seberang jalan taman perumahan ahkak ini. Bukan hero aka superman or spiderman or boboi boy yerrrr..... (^-^).


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Dec 14, 2011

~~Mood masterchef yang hilang~~

Salaam & hi uols..... pekabo?? Hihi....sejak ada masterchef Malaysia, rajin la plak nak masak kan, upps.. before this pun rajin, it's just this time... mood nak masak tu makin berkobar-kobar. Jadi terapi minda gitu.

Few days tak abeskan gas memasak, godek2 dalam freezer, ada lg ayam, daging, ikan segala bagai. Lagipun Aliff mai arini, kena masak la sbb nk bg dia makan nasik, few days dah tak makan nasik : mulut sakit. Dah nampak kurus sket dah dia, siannnn...

So ai sms hubby ' Sup ayam ka ayam masak kicap". Then he replied, 'sup ayam pls, TQVM". So ahkak pun dengan bersemangat masuk dapur. Sedia suma bahan2... cari punya cari... adehhh, satu bahan utama tak cukup.

Huuu.... terus mood masterchef ai turun 40%. Jumpa la 2-3 ulas yg kecik2 jek. Apa bendanya?? Bawang putih la uols.... Ai mmg, klu nak masak... 4 benda ni wajib ada, bawang besar/kecik, bawang putih, cabai & halia. Kalau takdek rasa tk complete masakan, bley gitu?

Di sebabkan kekurangan bawang putih, menu pun bertukar jugak. End up masak sup ayam (ku gagahi jugak masak walopun bawang putih tk cukup), sambal ikan jadi ikan goreng + sambal belacan & telur goreng kicap without garlic. Heeheh... berselera gak kan? Sekian...


p/s : 1. Jenuh pujuk Aliff makan nasik, Alhamdulillah abes gak semangkuk kecik nasik +sup ayam dia makan. Imtiyaz plak cip cip ubi dalam sup tu, hehe...

2. Byk lg backdated entry nk buat... tungguuuuu.... :)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 19, 2011

~~Master chef Lin~~


Cey cey cey, tajuk tak kalah kan!! Motif?? Saja nak tayang hasil air tangan ai kat dapur 2-3 menjak ni, angin rajin ahkak tetiba datang nak 'bake' something. Tapi tak la pulak suma benda yg di masak di ambil gambonye, time rajin ja sempat snap.Enjoyyy....

** Ini ialah sebuku roti yang sedang di bakar di dalam oven. Yer, roti gandum. Gagah nak buat seniri, hehe. Walopun kulitnya agak keras, tapi isinya sedap, laku jugak, abes di mamam the next day. Kalau nak buat selalu kena la tahan daulat tunggu doh kembang lama sangat, huhu.


**Ni suma orang bley agak kot, puding karamel. Tapi yg spesel nya, lepas puding ni masak, ai tuang lagi karamel kat atas tu bagi dia jadi crusty + berkeping-keping, seriously sedap bila makan makan ada krupp krapp krupp krapp sket, heh!


**Ini pula ialah tat telur. Dah lama tingin nk makan. Nak beli kt luaq macam mahal + xdak selera pulak nk makan. So try buat seniri, pic ni yg kali ke-2 buat. First time buat bawak g PD di other day, kawan2 cakap sedap, mak abah pun cakap sedap, kekekeke (mode kembang semangkuk buat seketika). Proses nak buat tat telur ni agak lama + remeh jugak, so bley buat sekali sekala jek.

SEKIAN

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

May 3, 2011

~~Nasi Ayam Madu+Minyak Bijan~~


Sedang galak nk update blog arini supaya tak tdo tengah hari, hehe. Okeh, this time nk tayang home made nasi ayam yg menjadi kesukaan + pojaan perut hubby ku, ngehngehngeh.

Buat ari Sabtu lepas sebab kes malas nk masak lauk banyak2 (^-^) . Memang sedap hingga menjilat jari (sekali sekala masuk bakul angkat seniri, heh)

Nasi ayam madu+minyak bijan. Yang tengah tu sup ikan, requested by Abah.

Closed up sket supaya anda suma terliur, hehe.


P/s: Nak makan jemput la mai umah, tapi....tapi....tapi.... kena bagi ample notice dulu okeh! Da!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Feb 8, 2011

~~Kudap-kudap hari minggu~~


Uppsss, sebelum g mandi, nak update 1 lagi post. Hehe.... ini ialah cream puff yang I buat untuk kudap2 last weekend. Dah buat hari Jumaat untuk birthday party kat umah Mak Njang, but I sempat rasa 2 bijik jek. So balik rumah, hari Sabtu I buat lagi since inti custard cream tu ada baki lagi (^-^). Rajin kan I? Kan? Kan??


Ni ingredients untuk puff.

Adunan puff yang dah siap

Box of nozels yang beli kt Melbourne dulu. Actually most of these nozels are meant untuk buat cake decoration guna icing coz lubang dia suma kecik2. But I belasah saja guna... hihi.

Puff bentuk siput 'bite' size.

Closed up sket!! Comey kan, kan....!!? (Sila cakap comey)

Okeh, bley masuk oven & bakar for 20 minutes @ 180 degree Celsius.

Puff dah masak, bley la masukkan custard cream ni dalam perut puff. Then boleh ngap!!



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Jan 17, 2011

~~Menu di rumah~~



Berikut adalah senarai menu yang telah dimasak & akan dimasak minggu lepas /minggu ini :-


Rabu - Daging masak kicap, errr...... dah tak ingat!!
Khamis - Sambal ayam, sayur masak lemak, ikan goreng
Jumaat - Ikan bakar, air asam, sup ayam, gulai ikan
Sabtu - Ketam masak lemak, ikan goreng, sambal belacan, ulam raja, sotong masak kicap
Ahad - Nasi lemak, sambal tumis, telur rebus, bilis goreng (bekalan pergi berkelah di Ulu Yam, best oooOoOOooo)
Isnin - Daging masak merah, udang+buncis+carrot goreng kunyit, ikan goreng, sambal tumis
Selasa - Mungkin ayam masak kicap, gulai udang, sup sawi+fish cake
Rabu - Belum pk lagi, heh!


Daging masak merah

Ketam masak lemak sedang di reneh



Sekian sahaja laporan, moga dapat memberi idea kepada anda yang belum tahu nak masak apa hari ini.


P/s : Owhhh, I'm so in love with cooking nowadays (^-^)



*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Nov 10, 2010

~~Hari ni punya cerita~~

Dah lama tak merepek meraban dalam nih. Not in the mood lately. Hurmm, arini tetiba terasa nk makan pajeri terung. So, seumur hidup.... hari ni first time masak pajeri terung, hih! Luckily suma bahan2 untuk resepi nih ada dlm umah. Pajeri terung + ayam masak kicap + nasi panas, Alhamdulillah.... hubby cakap sedap, ihih!! Kembanggggg.......

Okeh, tu jer cerita untuk hari ni. Till then, da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 18, 2010

~~Riang Ria Aidilfitri - Day 1~~


Presenting... the journey of joy - Eid 2010, Thank you Allah for the happiness & smile, for the rezqi & for the people around me whom made my day so contented, I feel so blessed, Alhamdulillah.


THE DISHES

From one end to one end - yes, we prepared it together

The desserts - all are home made except the center pic (Shah Rukh Khan bought it, hihi)
Sponge cake, blueberry cheese cake, choco moist cake & carrot cake

Cookies & the main dishes - jelatah, ayam masak merah & rendang ayam.
There's more - laksa, satay, beriani ayam, gulai daging, rendang daging, rendang paru+perut, ketupat pulut/nasi, lasagna etc.... bla...bla... bla... (^-^)


THE PEOPLE

Balqis Qistina & Benjamin Haziq - our buah hati pengarang jantung

The host - Abg Bad & Kak Amie

Family portrait - all of us
From left behind- Mizan, Abg Bad, Haziq
From left front - Nadia, Kak Amie, Balqis, Lyn & me (^-^)

Us again (^-^)

The host again - in front of their house & the lemon tree

Outdoor photo shoot in the middle of cold winter breeze.. huu - right before the first guest turned up for the open house (^-^)

First day of Eid, we prepared various dishes for the open house. People come & go starting from 11 am until 9 30 pm, huhu... what a tiring day, but I really enjoyed it even though I had to be away later on that evening for a weekly meeting with my supervisor.

~~End of day 1~~

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 8, 2010

~~Aktiviti memasak juadah raya bermula~~


Tengok tajuk pun dah tau apa isi kandungan dia kan, hihi. Since kelmarin dah sibuk keluar membeli-belah barang2 nk masak, tu portion I jek. Portion geng2 yang lain, lagi la banyak. We all cadang nk masak banyak menu untuk 'open house' kitaorang. Sorang masak 1-2 juadah, then kumpul ramai2 1 umah buat rumah terbuka. Kalau takdek orang datang, kami perabih semua juadah2 tu, hihi.

So for me... selain buat kuih the other day, I volunteer untuk buat kek sarang semut & all time favourite dish ----->> LAKSA!! I memang hantu laksa ok. Sanggup angkut periuk besar dari umah Kak Amie semata-mata nak buat laksa. Errr... of course la nk jamu org lain jugak kan. Kelmarin dah g pasar beli ikan sardin fresh, 2 kilo ok!! Dah siang2 suma, simpan dalam freezer dulu, esok baru rebus.

Today, I buat kek dulu. Sangat gebu & anjal toingg toingg ok.... hehe, perasan btol!! And since Kak Amie pun bercita-cita nak masak byk sangat juadah, I amik tugas untuk rebus segala ketupat nasi + pulut kat umah I. Tak la sesak dapur Kak Amie nanti... Malam esok we all nak cucuk satay, uppsss.... pecah rahsia. Tu salah satu juadah, banyak lagi yg lain, akan direveal lepas abes open house nnt (^-^). Pics pun nnt I upload banyak2.

Semua orang dh berpusu-pusu balik kampung ekkk. Agaknye kat KL nun, jalan dah clear, boleh baring golek-golek tengah jalan, bestnya kan!! Takpe, takpe, sket je lagi. Taon depan InsyaAllah beraya di Malaysia..... Amin


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 5, 2010

~~Ops Balang~~



Kelmarin seharian kat umah Kak Amie, dari pagi sampai ke malam, sib baik la Abg Bad sudi antar balik. Kalau tak mau kena menapak dalam kesejukan. Kitaorang ada Ops Balang, hihi. Dapat la 5 jenis kuih, cepat kan?? Yer la... 3 org buat keja.. hihi. Sambil buat kuih, bersembang bagai, hilang jap segala masalah + kuih hangit 1 tray, muehehehe (^-^). Apa2 pun, Ops Balang kitaorang mmg berjaya!!


Bahan2 untuk doh kuih yg 1st

Taraaa, doh dah siap, sangat kuning ok!! Baru la naik selera (^-^)

Ni dia kuihnya, kuih samprit, lenguh ibu jari dok tekan doh kuar dari acuan, huhu

Closed up!! Comey kan, kan, kan...

Dalam oven, dah penyek sket, huhu

Dah masak!! Rasa ok dah, tapi manis sket, maklum la puasa tk bley rasa. Plus kurang gebu sket sbb 1 ingredient takdek - tepung kastard. Jenuh cari kt kedai/supermarket tak jumpa, huhu.

Ni pulak adunan untuk chocolate cookies, yum yum... tk sabar nk ngap time raya.


Tu jer pics yg sempat snap. Busy tk menang tangan, oven plak ada 1, cita2 tinggi nak buat 5 jenis kuih, hihi. Berenti jap berbuka then sambung buat kuih lagi. Kuih2 lain - honey cornflakes, kuih arab, kek batik, choco cookies tak sempat amik gambo. Tunggu la raya nnt (^-^)

So, kat sini ada 5 jenis kuih, kat rumah u ols buat bapa jenis kuih? Walopun bukan di Malaysia, kemeriahan nak raya tetap terasa.... But malam raya confirm ' hujan renyai2' turun, ihiks, tu dah menjadi 1 kewajipan malam raya . Okie lah, more updates after this, muaahss... da!!


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails