Hmm, budak-budak zaman sekarang ni memang xtau adab langsung, xda sopan santun, tak hormat orang tua especially orang yang mencurahkan ilmu kat dia. Baru kena denda berdiri depan kelas dah nak mengamuk tak tentu pasal.
Tiba2 teringat kisah zaman sekolah dulu. Kena berdiri atas kerusi sebab tak reti nak bersyair, sekolah menengah time form 4 ok!!! Kena rendam kaki (with kasut + stokin sekolah) dalam kolam ikan yang busuk tepi kantin tu pun masih boleh tersengih lagi, rileks je! Ni kena denda sket dah nak maki hamun orang tak tentu pasal.
Sebab apa? Sebab mak ayah tak bagi penekanan tentang adab sopan & tatasusila. Sebab tu dia tek reti hormat cikgu dia. Tu belum masuk isu kawan rogol kawan, ugut nak bunuh cikgu dll. Aish, mintak2 dijauhkan keluarga kita dari semua perkara negatif ni. I xda anak lagi, moga2 I & hubby boleh didik anak2 kami dengan btol nanti, InsyaAllah, Amin....
Tumbuk muka cikgu.
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.
“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.
“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.
Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.
Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.
Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.
(Courtesy of Harian Metro Online)
3 comments:
semakin berani murid sekolah zaman sekarang..sepatutnye kita perlu hormati guru yang mengajar kita ilmu..dulu2 tak berani pun nak maki hamun cikgu2..
masih ku ingat peristiwa kena rotan masa masuk jap common room nak beli kacang...hahahah...sape lagi ntah join venture? aku tak ingat lagi tiga ketul yang kena gak tu...hahaha
hahaha, aku pun ada gakbuat jahat kt sekolah dulu, main tanglung 'toyol' kat tepi asrama, pastu kena kejar dgn tok Ong, aku tk ingat main dgn sapa.. dgn hang ka Maya??
Pastu lompat pagar dengan Lia tepi padang balik dari umah Cikgu Murni kt taman perumahan sebelah tu, huhu.... kena perli dgn Cikgu time assembly ari Isnin, wakaka.... Byk la benda lain lagi, rindu nya time sekolah....
Post a Comment