Oct 24, 2010

~~Lovely Sunday~~

It's already Sunday, bright & sunny....good indeed to have a walk outside & feel the spring's breeze.... Huu..... I'm so stress right now. A good reason for me to finish 2 packs of Mamee in less than 5 minutes while hubby is cooking his 'signature dishes' --->> fried egg with soy sauce & fried peas + carrot, also with soy sauce. Whatever it is.... I was like.... yum yum.... they smell good....

I'm so stress, coz it's a lovely Sunday, but I have to stay at home & do my work... (-_-#)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 21, 2010

~~(#o_O)~~


Hari ni I telah menjadi makcik garang kat umah. Sebab? Sebab I tension buat keja. So I telah forbid hubby I dari bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya, meanwhile I tengah kerut2 dahi memikirkan masalah dunia. Iskh taklah, bukan masalah dunia, masalah buat section drawing untuk final projek ni. Padan muka diri sendiri, buat lagi staircase berpintal-pintal sana sini :P. Pasti civil engineer marah kt I pasni.

Tiap kali hubby tersengih-sengih or kuar suara aka ketawa, I akan buat jelingan tajam dari tepi kt dia. Mencik I, sbb I bley nampak apa yg dia buat sbb we all duduk sebelah menyebelah. Huwaa... I dah nak muntah memikirkan pasal projek ni. Sekali sekali bila busan, I layan/cuci mata tgk website Coach, bley gitu? Takpun main Word Challenge kat facebook. Takpun I akan gigit tangan hubby I, muehehehe, sudah jadi separuh gila nampaknya.

Hmmm.... peninglah, 9 days to go. Wawawa.... nk print hari Sabtu depan, sempat kah?? Nanti bila I ada anak, I takmau bagi dia jadi arkitek, serius!! Cukup la I sorang jek yang jadi. Bley jadi permenant head damage cenggini, huhu. Sudahlah, bai!!!!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Oct 18, 2010

~~Ceritera~~


Mata pedih sbb asyik ngadap skrin laptop ni, konon buat keja.... Tapi sket je yg siap, fokus yang lain terbabas ke facebook, ke email, ke budiey, ke beautifulnara etc. Aiyohhh, sangat tidak membantu.Internet ni kadang2 mmg melalaikan. Nak2 untuk org macam I yg cepat sangat hilang fokus. Huuu.... Ngantuk pun ada ni. Perut plak kembung dgn air.

Errm, u ols mesti dah dgr pasal budget 2011. Cey cey cey.... bergembira lah kakak2 & makcik2 di luar sana. Pasni bley bergaya dgn branded handbags & other stuffs. Yer la... duty import untuk barang2 tu dh dimansuhkan. I?? I tak bergembira pun, bersyukur jek. I belum ada keja tetap... makan pun kais seminggu sekali baru ada duit sket, huhu.

Tapi ada gak benda dalam bajet tu yg mcm mengabeskan boras/duit rakyat. Ie: Buat bangunan berbillion ringgit & peruntukan kononnya untuk tolong rakyat, but end up... bantuan masuk poket seniri. Rakyat tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Not apply to all la. But that's d fact which is going around the nation & government. Hurmm...I tak go into detail lagi Bajet 2011 tu. Nanti2 la bila ada masa sket I review.

Kepoh jer kan, I ni sapa la kan nk bg pendapat. Hanya ibarat seekor semut yg sedang berenang-renang di tengah lautan yang luas. Eh, reti berenang ke haku?? Errr... reti kot, janji bley floating, muehehehe.

Hmmm... ok tuka topik. Arini I masak sambal ayam yang 'tulang banyak + isi ciput + end up kena makan tulang ayam' sambil buat demo kt hubby, and abang amik kontrak masak sayur. Kelmarin dia masak sayur & sardin, sayur mentah OK.... paksa rela untuk telan, gulps!! Cakap dgn mak mertua, "Amboi rajin masak, kat umah tk penah masak pun", balas mak mertua ku, hih. It's ok la, baru jinak2 nak masuk dapur. So I target by the time we all balik M'sia dia dah tau masak simple dishes. Klu I tk larat masak, dia bley take over dapur, yeah... dat's my secret mission yang dah tak secret (^-^)

Sejuk harini, dari pagi smpi ke malam. Sbb tu rasa nk tdo makin membuak-buak (o_O). Iskh, okay lah. Keyboard off for now. Muaahss... da!

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Diracik, dimandi & dikebumikan~~

Agak menarik artikel di bawah, sebelum ni I tak penah tau & amik tau pun, huhu.... Sekadar berkongsi info....

EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.

Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.

Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.

“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.

Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.

“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.

Memelihara dan melupus

“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.

Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.

“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.

Hajat terlaksana

Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran. Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.

“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.

“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.

Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.

“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.

Suhu 700 darjah Celsius

Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.

“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.

“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.

Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya.

(Courtesy of Kosmo Online)

*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.
Related Posts with Thumbnails