Sep 2, 2010

~~Perlu ker jadi macam diaorang??~~

I came across to this news while browsing through the net.....

Bendera Malaysia dibakar lagi

JAKARTA - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta), bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannya itu ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini, semalam.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu, selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis 'diplomasi mati suri', 'ganyang Malaysia', 'bela harga diri bangsa' serta 'malingsia serumpun yang durhaka'.

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam yang bermula 11.05 pagi itu diawasi kira-kira 60 polis Indonesia. - Bernama

(Courtesy of Sinar Harian Online)


Lately banyak btol berita demonstrasi orang2 Indon ni ekk. Apa yang diaorang tak puas hati sangat pun tatau. Macam diaorang ni tak buat salah + dosa langsung. Berita kat atas ni pulak membuatkan I lg sakit hati. Ada title 'mahasiswa', terpelajar la kononnya. Tapi takda otak, otak letak kat kepala lutut. Opsss bukan, maybe letak kat tapak kaki kot. Sebab tu daya pemikiran diaorang berada di tahap yg paling rendah.

I ingat golongan 'terpelajar' ni la yang bakal memperbetulkan tanggapan yang tak betul. Moreover, kes berkas pegawai diaorang tu pun, bukan nya tk bley settle elok2. Diorang seniri pun ada berkas nelayan dari M'sia, tapi dibebaskan sebab takda bukti. Nak 'ganyang Malaysia' konon, nak 'sweeping' ehhh? Abes ganyang kitaorang nak letak mana? Tak sedar ker, banyak saudara2 Indon diaorang yg masuk legally + illegally untuk cari rezeki kat M'sia. Sebab apa, sebab kat Indon takleh cari makan, yer lah, asyik nak ganyang orang jek, macam mana nak maju.

Kes baling na*** tu adalah kes paling memalukan. Menggambarkan betapa rendahnya martabat + IQ diaorang. It's ok, Alhamdulillah untuk semua perlakuan buruk tu. Kes bakar bendera, lagi lah bodoh!!! Nak bela harga diri, masalahnye, ada harga diri ker? Tak layak pun ada gelaran mahasiswa. And some more btol kata somebody tu (I tak ingat sapa), kempen boikot barangan M'sia takkan merugikan Malaysia. And one more thing, diaorang hanya menghabiskan duit negara diaorang lagi ada, untuk baiki balik segala kerosakan, untuk bayar tenaga kerja pertahanan diaorang.

So, perlu ker kita rakyat Malaysia jadi macam diaorang.? Baling na*** kat Kedutaan Indonesia?? No, I dont think so. I believe rakyat Malaysia jauh lebih berpelajaran, berfikiran waras dan masih tebal dengan adab tatasusila yang baik. We Malaysian wont put down our self to the lowest attitude as some of Indonesian did. That's why, I'm proud to be Malaysian (^-^). May our country will be blessed with more prosperity and good luck, InsyaAllah.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

~~Hilang lagi~~


Asyik2 hilang, asyik2 hilang, masuk yang ni, ntah la bapa kali hilang, rasanya 5-6 kali jugak. Call mak bagitau, mak pun cakap, "Aik, hilang lagi?". Tau dah anak dia ni memang 'cemerkap', tak reti jaga barang. Apo nak buat, dah di takdirkan dia masuk dalam lubang shower tu, huhu. Barang yang dimaksudkan ialah subang I, wawawa.... hilang sebelah plak tu, tinggal bontot dia jek. Pagi tadi time lepas mandi, tengah lap2, ada terdengar bunyi benda terjatuh 'plup'. Tapi buat donno jek, dah siap sikat rambut suma baru perasan sebelah subang dah takdek. Aiyarks.... mmg takda jodoh btol la dgn subang.

Telinga I ni pulak spesis telinga mahal, other than gold takleh pakai. Dah try dah yg plastik, abes jadi gatal + berkudis, huhu. Ngengada btol kan, tapi apakan daya, dah mmg jenis kulit sensitif, nak buat camno. Tak bley la nak beli accesories cantik2 kat Sinma ker, Diva ker.. (^-^). Setakat rantai yg labuh ala2 mak datin tu bley la pakai, tapi kejap jek la.

Last2 tadi mak suggest pakai lidi jek, bwahahaha. Mana pulak nak cari lidi kelapa kat Melby nih, huhu. Then dia cakap "takpun Angah pakai bunga cengkih". Aiyooo, sket punya beso batang bunga cengkih tu, mau rabak telinga, huhu. Takpa lah, nk blk dah, harap2 lobang tu tak terkambus la, tak sanggup nk g tembak telinga lagi sekali. Cukup la sekali seumur hidup.

Off topik :

Hari ni diaorang suma g berbuka kat Nelayan okeh. Makan sambil layan blues tepi tasik. Adoiii, jeles tahap gaban nih. Encheck hubby pun join, satu family la kiranya, sob sob... sedey. I berbuka sorang2, makan nasi dgn ikan masin + kuah sambal tumis jek, sian kan?? Hmm, it's ok lah, jap jer lagi, moga ditabahkan hati ini, Amin. Chaiyokkk, chaiyookk.....


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Sep 1, 2010

~~ Semangat baru (^-^) ~~


Salaam semuaaaaa..... how r u today? Harapnya semua sihat2 belaka (^-^). Posa tak hari ni?Me? Sihat jugak even ada runny nose sket, biasa la time spring aka winter nih. This morning kan, buka jek mata terdetik kat hati nak check email, ropa-ropanya ada 'suprise' menanti, hihi.

Terus ceria hari I hari ni, walopun cuaca kat luar ala2 suram + kelam sebab hujan dari semalam. (^-^), hati tengah girang gembira ni. And the most important thing, that suprise jadi motivation untuk I buat kerja dengan lebih bersemangat & bersungguh-sungguh. Ala2 macam semangat/azam bulan baru la. Hari ni kan 1 hb September, takde azam taon baru, azam bulan baru pun ok jek.

Hiihihihihihihihihihihi, mcm sewel plak kan gelak panjang2. Moga semangat + rasa happy ni berpanjangan sampai bila2, Amin. Uppss, korang mesti tertanya-tanya apakah 'suprise' itu kan. Theeeheeeeeheeeee, nanti lah, akan di reveal bila dh menjadi kenyataan, tunggguuuuu.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Aug 31, 2010

~~Sahur~~


Hari ni bangun awal for sahur, kol 4 am dah terjaga, tp bergolek-golek dulu atas tilam, 440 am baru bangun. Makan je apa yang ada, abeskan saki baki nasi + ayam tandoori yang beli kat pasar Ramadhan. Yer, kat sini pun ada pasar Ramadhan, kat Malaysia hall. Walopun seminggu sekali jek, tapi ok la, dari takda langsung kan. Harga makanan2 pun murah banyak dari kt kedai. So might as well, beli stok banyak2 untuk 2-3 hari, jimat sket.

Teringin nya nak bersahur dengan family especially dengan my beloved hubby. This is a first Ramadhan watching me as a wife. Nak jugak merasa bersahur dengan suami, nak abang suap waktu makan macam selalu tu (^-^). Tapi apakan daya, sorang utara sorang selatan, hmmm.

Kalau nak di ikutkan, I mmg susah bangun sahur. Teringat dulu masa sekolah rendah smpi la sekolah menengah, time mak kerja shift malam, abah yang akan bangun prepare sahur. Dah ready semua, baru dia kejut kitaorang adik-beradik, and I akan jadi orang yg last sekali bangun, huhu, buruk nau perangai. Kalau mak ada kat umah pulak, prinsip dia, takpa lah kalau taknak makan nasi pun, tapi kena bangun jugak minum air at least secawan. Favourite dishes pulak ialah telur masin & papadom, takpun telur goreng dengan kicap. Lauk lain macam takleh masuk jek dengan tekak ni pagi2 buta.

Mengimbau kenangan kat sekolah asrama pulak, I mmg jarang bangun, pemalas tahap dewa. Tapi kalau makcik dewan makan datang ketuk pintu dengan senduk, mmg nak tak nak kena bangun. Menonong la jalan g dewan makan. Bukan malas apa, malas nk bersiap pakai tudung segala bagai, nak tukar baju lah semua. Yer la, kena maintain cun la even waktu sahur, segan wohhh boys tengok muka selebet pagi2 buta, hihi.

Rindunya saat2 tu, especially kat kampung. Masih boleh dengar ayam berkokok even time sahur. Kat KL jangan harap la, ntah2 budak2 pun tk kenal ayam hidup, kenal ayam yg dah takda bulu jek, hih!

Dah lama sangat tak beraya kt M'sia. Hopefully ini Ramadhan & Aidilfitri terakhir I ada kat bumi asing ni. Dah tertanggung rasanya rasa sayu ni sorang2. Ha kan, dah menitis air mata, yer, I mmg sensitif, ratu air mata, huuu... Ok lah, Subuh pun dah masuk, moga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya untuk kita semua, InsyaAllah.


*********************************************************
When you lose your way, to Allah you should turn.

Related Posts with Thumbnails